SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Rabu, 8 Mei 2013

WAJIB BACA!! FAKTA BLACK OUT!!! Kantoi Terbesar Cybertrooper DAP Pasca #PRU13 !!

WAJIB BACA!! FAKTA BLACK OUT!!! Kantoi Terbesar Cybertrooper DAP Pasca #PRU13 !!



Tahukah anda….Sebuah video parodi ‘The Magical Blackout’ dimuat naik pada hari yang sama pilihan raya umum ke-13 berlangsung (5 Mei 2013).

Video itu menunjukkan beberapa situasi di mana sesuatu perkara itu boleh berubah apabila berlakunya ‘blackout’.

Itu adalah sindiran kononnya semasa pengiraan undi, DAP sedang menang, kemudian berlaku blackout dan secara tiba-tiba BN pula menang di beberapa tempat.

Kejadian blackout berlaku pada malam 5 Mei…dan pada malam itu juga The Magical Blackout muncul di Youtube.

Bayangkan, bagaimana sebuah video parodi sebegitu boleh siap dirakam, diedit dan dimuat naik dalam setengah jam selepas kejadian blackout berlaku?

Mudah sahaja…kejadian blackout sudah dirancang puak DAP. Sebab itu mereka telah bersedia dengan sebuah video parodi khusus untuk memperlihatkan kerajaan menggunakan taktik balckout untuk menipu undi.

Kalau parodi itu keluar tengah hari 6 Mei…lojik jugak…ini kurang setengah jam kejadian dah ada.

Cepatnya tahu…

Selain parodi blackout yang sudah disediakan begitu awal… tindak tanduk ejen pengundian DAP juga agak pelik.

Berikut adalah perbualan beberapa petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan orang awam yang merasa hairan dengan sikap dan perbuatan beberapa ahli dan ejen pengundian DAP di pusat-pusat penjumlahan undi.

“… yang tak tahan tu, siap agen DAP bawa masuk lampu kecemasan tu, dia kata takut blackout. Paranoid betul la.

“Tak logik. Agen DAP dekat tempat saya yang jaga undi dah diberi lampu standby dari kroni-koni deorang (mereka). Sebelum pukul 5, mereka dah dapat lampu standby.

“Kami petugas pun tertanya-tanya kenapa hantar lampu. Mereka ‘on’ lampu sampai kami habis kira undi, padahal lampu dalam kelas terang benderang.

“Mana mereka tau masa kira undi akan blackout?

“Pelik gak kan kenapa mereka bawa lampur extra. Tapi takde blackout la dekat tempat saya jadi agen. Sebab time tu dia dah tau dia confirm menang.

Itulah beberapa petikan perbualan petugas-petugas SPR menerusi laman sosial Facebook.

Kalau puak-puak DAP ni tak tahu akan blackout, macam mana boleh dari pukul 5 petang dah sediakan lampu kecemasan.

Petugas SPR dan petugas TNB pun tak tahu akan berlaku blackout.

Kerajaan menipu dalam PRU-13- Itulah idea yang sedang giat dimainkan cybertroper DAP.

Dan itulah propaganda pihak pembangkang pada hari ini yang mengecam keputusan PRU13.

Namun, sangat jelas video tersebut telah dirakamkan lebih awal dan dimuat naik pada hari pilihan raya. Blackout adalah agenda yang dirancang cybertroper DAP dan parti itu sejak awal lagi. Sebab itu sebuah parodi khusus dibuat awal.

Cuma kesilapan cybertroper DAP ialah mereka rakus dan memuat naik klip berkenaan terlalu pantas.

Dan kenapa mereka buat demikian? Mudah…Kerana mahu memburukkan kerajaan Barisan Nasional serta ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.

Satu muslihat yang dibawa oleh pihak DAP yang tidak dapat menerima kekalahan mereka di sesetengah tempat.

Bagi menutup kekalahan mereka, mereka telah merancang lebih awal untuk mengaburi mata rakyat yang menunjukkan buruk BN dan SPR.

Apa pun, syabas kepada cybertroper DAP yang berjaya menghasilkan sebuah video parodi ‘pada masa yang sama’ ketika proses pengiraan undi dilakukan.

Kepada anda fikir-fikirkan…itu baru satu…belum masuk penipuan lain yang dimainkan cybertroper seperti puluhan ribu warga Bangladesh dibawa masuk dan (yang paling kelakar) beg undi dibuang SPR dari helikopter.





Psssttt AKJr :  SEDIH SEBAB APA YANG DIKONGSI INI AKAN TETAP DITOLAK DAN TIDAK DIPERCAYAI OLEH MEREKA YANG TAKSUB KEPADA PR!!!

- SUMBER

9 ulasan:

  1. Poket ku BlackOut...... Pls kalau ada sapa mau suluh call yerrrrr

    BalasPadam
  2. SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN BEB!!!

    BalasPadam
  3. boleh call saya utk booking lampu utk standby apa2 function. 011-2922092

    BalasPadam
  4. KANTOI GILA PR aka DAP... kesianlah pada kaldai2 mereka yang percaya.. Confirm x berani appeal kpd IJS (International Court of Justice), x payah masuk court pon dah kantoi menipu..

    BalasPadam
  5. dah agak dah , cume tak faham kenapa lah org sekarang senang sgt percaya dgn kata-kata yg tak ade bukti. ayah saya yg bekerja dgn kerajaan negeri pembangkang dah tahu semua perangai mereka ini. hanya org yg bekerja dgn mereka tahu perangai sebenar mereka. plz jgn mudah percaya.

    BalasPadam
  6. Salam admin. Video yang diupload di Malaysia akan ikut tarikh server youtube di USA, yang lambat 12 jam dari kita. Korg boleh check sendiri. Cuba upload satu video di youtube sebelum pukul 12tgh hari, tarikh upload korg akan paparkan tarikh smlm. Harap ini membantu. :)

    BalasPadam
  7. PRU 14 lima tahun lagi. Otai2 pembangkang dah jadi keldai tua. Ada yang tak sempat jumpa. Yg hidup semua ungkal yg tak boleh diubah masih nak jadi pemerintah nak ambil peluang nak symphon kekayaan masuk dlm kocek mereka utk dibawa ke kubur. Yg gen Y & smart phone yang kononnya lebih terpelajar tapi akal sebenarnya belum empok tapi dan diracuni yang bakal jadi tunjang gen masa depan akan gunakan media maya utk buat mcm2 fitnah patut kita sekolahkan sebelum terlambat.

    BalasPadam
  8. Dalam latihan PACABA memang diberitahu untuk bawa lampu suluh. Jika tak pernah atau baru dengar PACABA dekat nak pilihan raya ni, tak payah sembang macam pandai sangat.

    BalasPadam
  9. blackout tu memang ada.. bukan semua tempat.. tapi tempat yg BN rasa nk kalah je.. contoh kat Perak.. kwn saya petugas SPR bagitau memang ada blackout.. ejen DAP tu memang bijak sedia payung sblm hujan... dcadangkn PRU 14 nnti siap pakai generator lagi.. sekian..

    BalasPadam