SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label sms. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sms. Papar semua catatan

Ahad, 31 Mac 2013

PANAS TERIK!! #LAHADDATU : SMS INDIVIDU PEMBANGKANG MALAYSIA BERJAYA DIKESAN..

PANAS TERIK!! #LAHADDATU : SMS INDIVIDU PEMBANGKANG MALAYSIA BERJAYA DIKESAN..





SANGAT MENGEJUTKAN! Rupa-rupanya perancangan "mereka" bukan setakat memberi wang dan menghuru-harakan negara tetapi lebih dari itu. Kami sungguh terkejut.

Penemuan terbaru kami mendapati Individu Pembangkang bukan sahaja menyalurkan sejumlah wang yang besar kepada Militan Kiram, tetapi juga kami mendapat petunjuk baru yang amat-amat 'berat' di mana Individu Pembangkang turut menjanjikan beberapa perkara lain.

Sumber kami menunjukkan kepada kami beberapa sms dalam bahasa Inggeris, di antara Individu Pembangkang dengan pihak Militan Kiram, yang kami percaya dihantar kepada pihak perantara yang kami yakin ialah MNLF.

Daripada sms yang banyak itu, kami dapat bahagikan kepada dua bahagian.

SMS dari Individu Pembangkang di Malaysia :

1. Parlimen akan dibubarkan pada hujung bulan Februari. "Kucar-kacir" mesti dibuat pada hari yang sama. 
Keadaan mesti dihuru-harakan supaya Najib terpaksa mengisytihar "Darurat".

2. Berjanji akan menyalurkan wang. 50% Deposit.

3. Berjanji akan memberikan Pangkat dan Jawatan.

4. Berjanji "kami tidak kenal kamu dan kamu tidak kenal kami".


SMS balas dari pihak MNLF/ Militan Kiram :

1. Beri kami wang dahulu untuk beli minyak, sewa senjata, upah dan makanan.

2. Kami mahu Jawatan dalam Kerajaan jika Individu Pembangkang tersebut berjaya menjadi Presiden! 
Kami mahu jawatan Ketua Polis Negeri Borneo Utara, District Officer Semporna, Kunak & Lahad Datu.

3. Elaun kepada Sultan Jamalul Kiram III dan waris-waris dibayar setiap bulan.

4. Memberikan "Kewarganegaran" secara percuma kepada semua keluarga mereka yang berada di Sabah 
secara automatik.

5. Membatalkan Perjanjian dengan MILF. 

6. Membenarkan tentera MNLF dan Militan Kiram mendirikan Pos Kawalan di Tunku, Lahad Datu.


Baca Selanjutnya DISINI


Khamis, 7 Mac 2013

WAJIB BACA!! SMS TERAKHIR WIRA NEGARA YANG TERKORBAN DI SABAH! #LahadDatu


WAJIB BACA!! SMS TERAKHIR WIRA NEGARA YANG TERKORBAN DI SABAH! #LahadDatu

Foto : Utusan Malaysia

Di bawah adalah SMS terakhir seorang wira negara yang terkorban di Sabah. Sungguh menyayatkan hati ini.

AKjr sendiri berasa sebak apabila membaca SMS tersebut dengan background lagu di dalam video di bawah.


"Wahai Isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan..jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna..


Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada disaat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah..

Wahai mak & abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak & abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara..

Wahai Ibu & Ayah Mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu & ayah menjadi balu sebelum usia..

Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur dimedan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya.."


Sama-samalah kita sedekahkan AL-FATIHAH kepada wira-wira negara yang telah terkorban kerana mempertahankan kedaulatan negara ini.

Malangnya, kepimpinan pembangkang cuba memperlekehkan pengorbanan wira negara kita di Sabah. Dan MiM pasti kita sebagai rakyat Malaysia, sangat marah dengan sikap pemimpin pembangkang itu.