SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label CEC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CEC. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Oktober 2013

PANAS TERIK!! Isu CEC - @KhairyKJ Belasah Guan Eng #Khairykj

PANAS TERIK!! Isu CEC - @KhairyKJ Belasah Guan Eng #Khairykj





Selepas kenyataannya disalah ertikan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berhubung penelitian Jabatan Perndaftar Pertubuhan (ROS) terhadap pemilihan sayap parti Umno yang berlangsung, pada Sabtu lalu, hari ini, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kembali membidas pemimpin parti demokratik itu .

"Apa yang membezakan pemilihan Umno dan DAP. Ahli parti membuat aduan kepada ROS melalui surat.

"Ahli Umno tidak," katanya yang dipetik dalam laman Twitternya hari ini.

Beliau berkata demikian ekoran Guan Eng mendakwa dengan merujuk kenyataan Khairy bahawa perkara itu tidak terjadi jika ianya DAP dan itu adalah hipokrit.

Sebelum ini, Khairy berkata, masalah yang timbul dalam perjalanan mesyuarat dan pemilihan peringkat pemimpin sayap parti minggu lalu memadai dengan siasatan oleh jawatankuasa pemilihan Umno dan tidak perlu dibawa ke penelitian ROS.

Kes berkenaan, yang disifatkannya sebagai “terpencil”, perlu disiasat secara terperinci oleh jawatankuasa pemilihan tersebut, katanya kepada pemberita hari ini.

"Kalau ada kelemahan haruslah disiasat satu persatu. Setakat ini saya rasa tidaklah sampai ke peringkat harus dipertikaikan oleh ROS.

"Tapi tak apa, kita tengoklah siasatan yang dibuat. Tapi bagi kita ini bukan kes yang banyak, mungkin terpencil sahaja," katanya.

Selain itu, Khairy yang Menteri Belia dan Sukan itu berkata sekiranya ahli Umno membuat aduan kepada ROS tidak mustahil badan itu akan menyiasat.

"Jika ahli kami mengadu kepada ROS, ROS harus siasat.

"Tetapi ahli kami menggunakan mekanisme dalaman sekarang ini. Faham Lim Guan Eng?," ujarnya lagi.-SH


Sabtu, 9 Mac 2013

WAJIB TONTON!! AKAR UMBI DAP PROTES JAWATANKUASA EKSEKUTIF PUSAT (CEC)


WAJIB TONTON!! AKAR UMBI DAP PROTES JAWATANKUASA EKSEKUTIF PUSAT (CEC)


 

Peringkat akar umbi dalam parti DAP menegaskan pendirian mereka untuk menginginkan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dan menolak agenda tipu muslihat dalam parti itu. Menurut bekas Penolong Setiausaha Cawangan Taman Sri Sg Pelek, Wong Yu Liuh, peringkat akar umbi parti masih berasa tidak puas hati dengan kepimpinan tertinggi DAP berhubung pemilihan CEC yang disifatkan penuh dengan tipu muslihat. "Kami orang Cina bukan mengikut perasaan ketika mengundi tetapi memikirkan siapakah Perdana Menteri atau kerajaan yang betul-betul membangunkan negara dan rakyatnya," katanya.

AKjr: Memang berakal anak muda Cina ni apabila melihat dengan mata dan hati yang jitu dalam isu kemelut dalaman DAP yang sehingga waktu ini masih lagi belum selesai. Isunya adalah kerana pemilihan CEC yang telah jelas berlakunya penipuan UNDI dengan calon yang menang tetapi kalah sebaliknya calon yang kalah diangkat menjadi pemenang.

Sehingga waktu ini juga Lim Guan Eng yang dilaporkan perancang kepada PENIPUAN UNDI pada pemilihan CEC masih lagi berdiam diri dan cuba melupakan akan penipuan terancang tersebut walaupun telah didesak oleh banyak pihak untuk beliau mengadakan semula pemilihan tersebut.

Apakah kaum Cina yang menyokong DAP kini merasakan DAP BERSIH? BERSIH atau BULLSHIT?

Psssttt... Bila LIm Guan Eng nak letak jawatan? Takut hilang kuasa ke?


Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.