SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label HUSAM MUSA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HUSAM MUSA. Papar semua catatan

Selasa, 7 Mei 2013

PANAS TERIK!! #PRU13 Terkini ! Nik Aziz Bukan Menteri Besar Kelantan Lagi, Husam Tidak Di Lantik Exco!!

PANAS TERIK!! #PRU13 Terkini ! Nik Aziz Bukan Menteri Besar Kelantan Lagi, Husam Tidak Di Lantik Exco!!



Rakyat Kelantan mendapat kepimpinan baru apabila Datuk Ahmad Yakob dilantik sebagai Menteri Besar yang baru yang sekaligus menamatkan pimpinan Musyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat selama 22 tahun.

Ahmad Yakob mengangkat sumpah taat setia bagi memegang jawatan itu di hadapan Sultan Muhammad V Tengku Muhamad Faris Petra Sultan Ismail dalam Istiadat Pelantikan di Istana Negeri, Kubang Kerian.
Jawatan Timbalan Menteri Besar yang baru pula disandang oleh Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Sementara itu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dilantik juga mengambil giliran mengangkat sumpah setia perlantikan.

Ahli Mesyuarat Kerajaan terdiri daripada Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Fatah Mahmud, Nasaruddin Daud, Mejar (B) Datuk Ainizam Abdul Rahman, Datuk Che Abdullah Md Nawi, Datuk Dr. Mohd Fadli Hassan, Hanifah Ahmad, Dr Ramli Mamat dan Mumtaz Md. Nawi.

Nik Aziz, 82, mengambil pilihan bersara daripada memegang jawatan itu selepas kerajaan negeri di bawah kepimpinan PAS memerintah Kelantan sejak tahun 1990. - kosmo

Husam Musa tidak dilantik semula sebagai EXCO dalam pembentukan kerajaan baru Kelantan.

Isnin, 29 April 2013

WAJIB TONTON!! #PRU13 [VIDEO] PEMBONGKARAN SIAPA HUSAM MUSA OLEH KICKDEFELLA DI PUTRAJAYA @TengkuAdnan @TunFaisal


WAJIB TONTON!! #PRU13 [VIDEO] PEMBONGKARAN SIAPA HUSAM MUSA OLEH KICKDEFELLA DI PUTRAJAYA @TengkuAdnan @TunFaisal





Rakaman khas pendedahan penipuan Husam Musa oleh blogger yang juga orang rapat Husam Musa di Putrajaya menceritakan secara terperinci modus operandi Husam Musa. Syed Azidi juga membongkarkan pergerakkan propaganda Husam Musa.Selain itu juga, Projek Lebuhraya Rakyat yang sebaliknya menarah Balak, Lembah Sireh menjadi projek Gajah Putih, Koridor Depu hanya tinggal tanah tetapi balaknya juga ditarah, Projek Stadium tertutup bernilai 320juta yang terbengkalai dan lain-lain.





Selain itu Syed Azidi atau Kickdefella turut mencabar Husam Musa untuk berdebat dengannya bagi membuktikan kebenaran kepada penduduk di Putrajaya.

Ini dah kali ke berapa Syed Azidi cabar Husam, tapi sehingga kini satu cabaran tidak disahut oleh Dato Husam.

Pssttt... AKJr : Rakyat Kelantan dah terkena, orang Putrajaya Jangan mudah percaya jelmaan penasihat 25% ini.

Rabu, 10 April 2013

GEMPAR!! Selepas PapaGomo, RBF Online Umum Bertanding #PRU13 Lawan Husam Musa? #TolakPR

GEMPAR!! Selepas PapaGomo, RBF Online Umum Bertanding #PRU13 Lawan Husam Musa? #TolakPR





Orang tua-tua selalu pesan kalau kita nak kahwin kita kena kenal pasti siapa pasangan kita. Anak siapa, asal usul, susur galur keturunan dan sebagainya. Sebabnya kita nak cari pasangan mestilah dari keturunan orang baik-baik. Jika kita pilih pasangan dengan orang yang asal usulnya atau keturunan keluarganya huru hara, maka kita pun akan dapat keluarga yang huru hara.

Begitu juga dengan orang yang nak beli kereta. Kalau dia nak beli kereta baru dia akan cari kereta yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat yang mengeluarkan kereta yang bagus,syarikatnya stabil, nilai kereta tidak jatuh serta mudah untuk cari alat ganti. Sebabnya dia tidak mahu susah kemudian hari.

Kalau dia nak beli kereta terpakai pula , maka dia akan periksa pula berapa usia kereta itu, siapa tuannya, ada kemalangan atau tidak, ada rosak atau tidak dan sebagainya.

Apa sahaja yang kita nak buat kita kena periksa asal usul dan sebagainya supaya kita tidak tertipu. Benda atau perkara yang berasal dari asal usul yang tidak baik maka sampai bila-bila pun ianya akan jadi tidak baik.

Begitu jugalah dengan parti Pas....

Asal-usul tertubuhnya Pas kerana kekecewaan, marah dan dendam seorang pemimpin Umno yang tewas merebut jawatan Yang Dipertua Umno di tangan Tunku Abdul Rahman. Dia lari ke Perak dan tubuh parti yang berasaskan agama untuk menarik sokongan orang melayu. Mereka nak pakai nama melayu tak boleh kerana Umno dah pakai. Mereka guna nama islam kerana katanya islam lebih tinggi dari melayu.

Orang putih yang menjajah Malaya pada waktu itu jadi tukang cucuk untuk mereka menubuhkan parti baru supaya melayu berpecah belah. Apabila melayu berpecah belah mereka boleh melengah-lengahkan pemberian kemerdekaan kepada Malaya yang sedang dituntut Umno, dan mereka dapat kaut lagi hasil bijih timah serta hasil-hasil bumi lain di negara ini.

Baca Selanjutnya DISINI