SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label NajibRazak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NajibRazak. Papar semua catatan

Isnin, 2 September 2013

Putra Disokong 24 Bahagian Pemuda Perak Calon Exco Pemuda Malaysia!! @NajibRazak @ZambryAbdKadir @tunfaisal

Putra Disokong 24 Bahagian Pemuda Perak Calon Exco Pemuda Malaysia!! @NajibRazak @ZambryAbdKadir @tunfaisal


Siapa tak kenal Putra di Perak. Dari budak-budak kecik sampai orang tua terutama di Bahagian Ipoh Barat semua kenal Putra dan apa jasa beliau diperingkat cawangan, bahagian, negeri Perak dan nasional. Inilah calon exco pemuda UMNO yang layak membantu Pemuda UMNO Malaysia bagi penggal yang akan datang. 

Ketua Pemuda Ipoh Barat ini terkenal dengan suara lantangnya membela bangsa Melayu ini bukanlah hanya mula bekerja ketika musim pemilihan sahaja tidak seperti calon kosmetik lain yang hanya muncul ketika musim pemilihan. Beliau sudah bekerja sejak 4 5 tahun dulu lagi diperingkat negeri Perak terutamanya. 

Tidak dapat tidak disangkal lagi peranan dan kerja kuat beliau membantu jentera negeri Perak terutama Pemuda untuk menawan kembali negeri Perak dari tangan kotor Pakatan Rakyat. Akhirnya, BN dan UMNO berjaya menawan kembali Perak dan menjaya mendirikan kerajaan. 

Baca selanjutnya di blog sahabat teman DISINI



Ahad, 26 Mei 2013

INFO @ AKJr : Sambutan Meriah di Perasmian Pelancaran Festival Belia Putrajaya 2013 Oleh PM @NajibRazak @Khairykj

INFO @ AKJr : Sambutan Meriah di Perasmian Pelancaran Festival Belia Putrajaya 2013 Oleh PM @NajibRazak @Khairykj



Barisan Nasional (BN) tidak pernah mencuri kemenangan daripada pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 baru-baru ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen seperti termaktub dalam perlembagaan negara dan BN memenangi pilihan raya berdasarkan kelebihan jumlah kerusi untuk membentuk kerajaan dan bukan berdasarkan undi popular seperti sistem presiden yang diamalkan di Amerika Syarikat.

"Dakwaan kita mencuri kemenangan parti pembangkang adalah satu kepalsuan sebab kita tidak melakukan penipuan dalam PRU13.


"Tunjukkan kepada saya di mana mat Bangla yang menjadi pengundi? Mereka (pembangkang) mendakwa 40,000 mat Bangla turun lapangan terbang, tunjukkan lapangan terbang mana? Jangan heret orang kerana rupa gelap sikit itu mat Bangla," katanya pada majlis pelancaran Festival Belia 2013 di sini hari Sabtu.

Hadir sama ialah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Najib berkata keluhuran dan ketinggian perlembagaan adalah tiang seri negara namun begitu rakyat mempunyai ruang untuk menyuarakan pendapat masing-masing selaras dengan amalan demokrasi berparlimen.



"Apa sahaja yang kita nak suarakan mesti berpaksikan kepada perlembagaan dan tidak boleh pilih di tepi jalan dengan mendesak dan membuat huru-hara sehingga menimbulkan keadaan tidak tenteram yang tidak selaras dengan perlembagaan.

"Sebagai generasi muda, kita mesti faham tuntutan perubahan mesti berpandukan kepada perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang. Kalau tidak akan berlaku undang-undang rimba dalam negara kita," katanya.

Najib menyarankan generasi muda agar berfikiran waras dan rasional serta tidak termakan hasutan dan penipuan khususnya dalam ruang siber.


Beliau berkata keutamaan dalam membina sebuah negara dan masa depan mesti berdasarkan kepada akal fikiran, yakni memilih yang kebenaran atas kepalsuan serta memilih hak daripada batil.

"Kalau ini dapat disemai, kalau ini dapat dipupuk di kalangan belia, Insya-Allah masa depan kita, masa depan belia dan negara yang tercinta akan terus bersinar dengan harapan untuk masa depan kita," katanya.

Najib juga memberi jaminan kerajaan mampu melakukan segala perubahan bukan sahaja untuk golongan belia bahkan masa depan negara.

"Percayalah kalau nakkan perubahan kepada negara kita tidak semestinya terlibat dalam himpunan jalanan atau pun meruntuhkan apa yang ada hari ini.

"Yang penting kita mesti faham apa kehendak belia dan suara belia itu dan kita menyediakan kaedah pentadbiran negara yang sesuai kepada golongan belia," katanya.

Psssttt... AKJr : Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua belia dari seluruh negara yang telah menjayakan Festival Belia pada tahun ini.. Kredit pertama tentulah diberikan kepada Chief Kita YB KJ selaku Menteri Belia dan sukan yang baru, yg sgt komited demi merealisasikan program ini..


Rabu, 15 Mei 2013

INFO @ AKJr : PM @NajibRazak Umum Barisan Kabinet Jam 4 Petang ini..

INFO @ AKJr : PM @NajibRazak Umum Barisan Kabinet Jam 4 Petang ini..



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara, pada 12 tengah hari tadi bagi mendapat perkenan terhadap cadangan pelantikan barisan kabinet baru.

Baginda sudah memperkenan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai menteri dan timbalan menteri diadakan di Istana Negara, 9.30 pagi Khamis.

Demikian menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri Selasa

Sementara itu mengikut jadual acara Perdana Menteri pada hari Rabu yang diedar untuk liputan media beliau akan membuat pengumuman barisan kabinet di pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri pada jam 4 petang.

Isnin, 29 April 2013

EKSKLUSIF @ AKJr #PRU13 PARLIMEN PARIT BUNTAR PASTI DIMENANGI BN @NajibRazak @ZambryAbdKadir @MuaamarGhadafi @Putra2388 @IqbalDWJ #VOTE4BN

EKSKLUSIF @ AKJr #PRU13 PARLIMEN PARIT BUNTAR PASTI DIMENANGI BN  @NajibRazak @ZambryAbdKadir @MuaamarGhadafi @Putra2388 @IqbalDWJ #VOTE4BN



BARISAN Nasional (BN) yakin bakal merampas kembali kerusi Parlimen Parit Buntar termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kurau dan Titi Serong pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei depan.

Calon BN Parlimen Parit Buntar, Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin berkata, buat masa ini tahap jentera BN yang turut dibantu beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) begitu hebat serta tersusun.

"Insya-Allah sokongan rakyat akan dapat disatukan serta merampas kembali kerusi P057 (Parit Buntar), N08 (Titi Serong) dan N09 (Kuala Kurau)," katanya selepas Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Dataran Bagan Serai, hari ini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan calon-calon BN bagi kerusi Parlimen dan DUN di daerah Kerian.

Sementara itu, beliau mengucapkan terima kasih Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan kepimpinan parti di atas kepercayaan kepada orang muda untuk menjadi calon di Parlimen Parit Buntar.

"Dengan adanya semangat baru ini dan kombinasi kerjasama dengan orang lama yang berpengalaman di DUN Kuala Kurau dan Titi Serong serta orang baru di Parlimen, Insya-Allah sokongan setiap golongan masyarakat akan bertambah.

"Kita tengok makluman balas daripada orang muda pun cukup baik dan mereka akan memberi sokongan kepada BN.

"Mereka (golongan muda) merasakan ini salah satu platform bagi orang muda untuk menyuarakan pandangan dan perkhidmatan kepada masyarakat serta rakyat di Parit Buntar.

"Insya-Allah jika dilihat peluang kita amat baik. Kedua-dua calon DUN Kuala Kurau iaitu Cikgu (Mohd) Salleh (Mat Disa) dan DUN Titi Serong, Abu Bakar (Mat Ali) adalah mereka yang sentiasa bekerja dan berkhidmat untuk masyarakat.

"Kedua-dua mereka walaupun tidak terpilih pada pilihan raya umum yang lalu, namun mereka tetap bekerja atas semangat BN," katanya.

Psssttt AKJr : Kepada semua Sahabat2, Kawan2 Pemuda Pemudi, Abg2, adik2, kakak2, Pakcik2 Dan Makcik2 sekalian Marilah kita bersama Menyokong penuh Calon BN P057 PARIT BUNTAR iaitu Sdra Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin pada PRU13 nanti.. Demi Masa depan Anak2, dan cucu kita semua nanti.. Tk.

Isnin, 15 April 2013

INFO @ AKJr #PRU13 :Watikah Calon sudah diserahkan kepada Pengerusi Perhubungan BN Negeri @NajibRazak


INFO @ AKJr #PRU13 :Watikah Calon sudah diserahkan kepada Pengerusi Perhubungan BN Negeri @NajibRazak


Dato Seri Najib tiba untuk menyampaikan watikah calon BN kepada pengerusi-pengerusi perhubungan BN negeri masing-masing. Manakala pengerusi perhubungan BN negeri akan mengumumkan pada malam ini juga dan watikah akan diserah secepat mungkin bagi memberi peluang kepada calon untuk memulakan kempen mereka.

Calon-calon akan di umumkan dalam masa terdekat nanti.. TUUUUNGGUUUUU....

Sabtu, 13 April 2013

PANAS BERAPI!! #PRU13 Gelombang Biru melanda Negeri Perak @NajibRazak @ZambryAbdKadir @AzwanBro @Putra2388 @MuaamarGhadafi

PANAS BERAPI!! #PRU13 Gelombang Biru melanda Negeri Perak @NajibRazak @ZambryAbdKadir @AzwanBro @Putra2388 @MuaamarGhadafi




'Gelombang Biru' Barisan Nasional (BN) Perak siap sedia dengan semangat bersatu hati dan kesetiaan untuk menjadi penggempur hadapan parti itu di seluruh pelusuk negeri ini bagi memenangi pilihan raya umum ke-13.

Selain laungan bersedia penuh bersemangat bagi menempuh cabaran pada majlis pelancaran Jentera PRU13 BN Perak di Stadium Indera Mulia di sini malam ini, hampir 8,000 anggota parti, terutama golongan muda, turut berikrar memastikan kemenangan parti komponen itu di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mereka juga berikrar setia menjadi jentera kepada mana-mana calon yang dipilih pucuk pimpinan parti.

Selain itu, kehadiran bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Tajol Rosli Ghazali yang disifatkan BN sebagai 'ayahanda' turut mendapat tepukan gemuruh anggota jentera, sekali gus menandakan apa yang dilapor sebuah akhbar semalam hanyalah mainan pembangkang.

Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang bertindak sebagai Pengarah PRU13 negeri, dalam ucapannya, berkata setiap jentera parti komponen itu adalah pemuda perkasa dan pemudi bersemangat wirawati yang menjadi pendokong kuat.

Zambry mengingatkan seluruh jentera BN mereka bakal berdepan pertarungan yang besar tidak lama lagi dan turut mengimbau peristiwa pahit yang berlaku pada pilihan raya umum ke-12.

"Kita mahu imbau kenangan kita pada tahun 2008 supaya menjadi ingatan besar agar kita tidak ulangi lagi... yang penting ketika ini kita bersama-sama bersatu hati, berpadu tenaga, jangan bergaduh sesama sendiri, boleh berjanji kepada saya? Kita tetap bersama-sama walau apapun terjadi," katanya.

Beliau berkata setiap anggota jentera perlu bekerja atas kesetiaan kepada parti kerana sesiapa sahaja yang diletak sebagai calon oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau adalah calon BN.

Zambry berkata beliau dan pucuk pimpinan memahami kedudukan calon dan isu itu dibincang dalam semangat BN, berbeza dengan pakatan, yang menjadikan pentas ceramah untuk mengumumkan calon masing-masing.

"Kita BN tidak buat begitu, kita ada masalah, kita duduk selesaikan. Semangat berkorban kita buat sama-sama, tanyalah MCA, MIC, Gerakan, PPP dan komponen lain... kita tidak berlakon, itu bukan cara BN, cara BN adalah bila kita berpegang tangan, maka itulah pegangan yang mantap dan bersatu," katanya.

Psssttt... AKJr : HIDUP BN!! UNDI BN!!

Khamis, 4 April 2013

FAKTA!! Kronologi Pencapaian @NajibRazak Sepanjang 4 Tahun Pentadbirannya #PRU13 #Najib4PM #Transformasi #Vote4BN


FAKTA!! Kronologi Pencapaian @NajibRazak Sepanjang 4 Tahun Pentadbirannya #PRU13 #Najib4PM #Transformasi #Vote4BN



 Berikut ialah antara pembaharuan yang dibawa dan pencapaian yang dilakar Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang empat tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia, sejak dilantik pada 3 April 2009:

1. KESEJAHTERAAN RAKYAT/ PRODUK 1MALAYSIA

* 5 April 2009 - Memperkenal konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

* 11 Julai 2009 - Sempena genap 100 hari menjadi perdana menteri, Najib umum 11 langkah mesra rakyat antaranya penubuhan Tabung Amanah Saham 1Malaysia.

* 7 Jan 2010 - Menubuhkan Klinik 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah menjalani rawatan dengan bayaran RM1.

* 31 Jan 2010 - Menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP1M) dengan peruntukan RM37.6 juta.

* 28 Jan 2010 - Memperkenal Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bertujuan membina keupayaan golongan ini dan mewujudkan peluang pekerjaan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan. * 19 Feb 2011 - Lancar Program Transformasi Kedai Runcit Kecil (Tukar) sebagai usaha memodenkan peruncit kecil dan sekaligus membantu mereka meningkatkan daya saing.

* 22 Jun 2011 - Membangunkan Kedai Rakyat 1Malaysia (sehingga 28 Feb 2013, terdapat 87 KR1M dan kerajaan menyasarkan 90 lagi KR1M beroperasi tahun ini)

* 7 Okt 2011 - Dalam pembentangan Belanjawan 2012, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah.

* 4 Julai 2011 - Mengilhamkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

* 7 Julai 2011 - Menu Rakyat 1Malaysia diperkenal dengan harga siling RM2 dan juadah tengah hari pada harga RM4 (Sebanyak 3,572 premis menawarkan menu itu).

* 7 Julai 2011 - Lancar projek My Rapid Transit (MRT), kaedah pengangkutan utama Malaysia ke arah memperkukuh sistem pengangkutan awam negara.

* 19 Dis 2011 - Lancar televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV.

* 18 Feb 2012 - Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pertama di Gopeng, Perak dan beberapa lagi dibuka di Kelantan, Melaka dan Pahang.

* 23 Jun 2012 - Lancar Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama di Melaka dan pada 22 Sept tahun yang sama, sebuah lagi UTC dibuka di Pudu Sentral.

* 24 Jun 2012 - Lancar program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dengan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi.

* 7 Julai 2012 - Memperkenal Pelan Induk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bagi membawa pembangunan PKS ke peringkat lebih tinggi menerusi peningkatan produktiviti.

* 14 Julai 2012 : Lancar Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) sebagai usaha berterusan kerajaan membantu meringankan beban rakyat.

* 15 Julai 2012 - Lancar 1Malaysia For Youth (1M4U), program kesukarelawan dalam kalangan rakyat berbilang kaum berteraskan gagasan 1Malaysia.

* 7 Ogos 2012 - Memperkenal kad '1Malaysia Privilege Card' khusus buat 241,000 anggota dan pegawai polis dan tentera.

* 28 Sept 2012 - Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas.

* 12 Nov 2012 - Memperkenal Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) yang beroperasi 24 jam sehari bagi melonjakkan perkhidmatan awam ke tahap bitara.

* 15 Feb 2013 - Lancar Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat) inisiatif terbaharu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin dengan peruntukan sebanyak RM50 juta diagihkan kepada 200,000 penerima.

* 19 Mac 2013 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan inisiatif tahunan.

* 16 Mac 2013 - Mini UTC pertama dibuka di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

2. HAK ASASI DAN KESELAMATAN NEGARA

* 3 April 2009 - Mengumumkan pembebasan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri serta membuat kajian semula akta itu. (dalam perutusan sulungnya menerajui kerajaan)

* Pada tarikh yang sama, Najib mengumumkan kerajaan menarik balik larangan penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang digantung sebulan sebelum itu.

* 9 Julai 2009 - Tidak membenarkan negara dan sistem perbankannya digunakan bagi transaksi pencambahan senjata nuklear.

* 15 Sept 2011 (Sempena Hari Malaysia 16 Sept)- Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967.

* 5 Okt 2011 - Memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 (Akta 79) setelah tidak diguna pakai sejak 34 tahun lepas, mansuh Akta Kediaman Terhad 1933, umum pembebasan serta merta kesemua 125 individu yang ditahan mengikut akta itu, lebih 200 waran yang belum diserahkan, dibatalkan.

* 24 Nov 2011 - Membentang Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat yang antara lain keperluan untuk mendapatkan lesen perhimpunan akan dihapuskan.

* 24 Nov 2011 - Mansuh tiga Proklamasi Darurat 1966, 1969 dan 1977. Bebaskan 36 tahanan di bawah Ordinan Darurat.

* 19 April 2012 - Pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 diluluskan di Dewan Rakyat, yang memberi kelonggaran kepada mahasiswa mencapai usia 21 tahun untuk berpolitik.

* 28 Sept 2012 - Ketika pembentangan Belanjawan 2013, kerajaan bersetuju menubuhkan 1,000 Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dengan peruntukan RM20 juta.

* 28 Sept 2012 - Pemberian sumbangan RM1,000 secara sekali bayar kepada bekas tentera yang bersara kurang daripada 21 tahun perkhidmatan serta tidak berpencen. Seramai 224,000 bekas tentera mendapat manfaat.

* 15 Dis 2012 - Memperkenal Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia untuk kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

* 7 Mac 2013 - Perdana menteri beri amaran kepada penceroboh Sulu yang masih bersembunyi di Sabah bahawa mereka tiada pilihan lain selain meletak senjata dan menyerah diri. * 11 Mac 2013 - Penyerataan pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia dengan Perkhidmatan Awam Am.

* 25 Mac 2013 - Mewujudkan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) meliputi 10 daerah sebagai memberi asas perundangan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

* 30 Mac 2013 - Najib umum penambahan 1,000 lagi unit URB.



3. PENTADBIRAN

* 9 April 2009 - Najib memperkenal Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menilai prestasi anggota kabinetnya -- menteri dan timbalan menteri -- dalam mencapai matlamat pentadbirannya "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

* 18 Julai 2009 - Melakukan pembaharuan dalam sektor perkhidmatan awam dengan cadangan jawatan utama sektor itu dibuka kepada sektor swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) selain Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD).

* 27 Julai 2009 - Memperkenal Penunjuk Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan melantik Datuk Idris Jala sebagai Ketua Eksekutif (CEO) Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu).

(Bidang utama pada KPI itu ialah -- mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, membuka luas peluang pendidikan yang termampu dan berkualiti, meningkatkan taraf kehidupan masyarakat miskin, menambah baik infrastruktur di luar bandar dan menambah baik pengangkutan awam)

* 27 Jan 2010 - Perdana menteri lancar pelan induk pelaksanaan GTP yang berkaitan dengan enam NKRA.

* 8 Feb 2010 - Najib garis empat tonggak utama untuk dilaksanakan oleh pentadbiran awam bagi menjayakan agenda negara sepanjang tahun itu, iaitu Ggagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan (GTP); Model Ekonomi Baharu dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10). * 23 Feb 2010 - Umum peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada Sarawak menerusi NKRA bagi merancakkan semua projek pembangunan di negeri itu terutamanya di kawasan luar bandar.

* 23 Feb 2010 - Umum peruntukan khas RM35 juta untuk tiga projek memajukan kehidupan rakyat di empat skim penempatan semula Kawasan Pemerintah Keselamatan Rajang (Rascom) di Sibu Sarawak.

* 4 April 2011 - Perdana menteri mahu setiap anggota pentadbiran awam terap empat elemen penting yang terkandung dalam 'Strategi Lautan Biru Kebangsaan' dalam pengurusan tugas mereka, iaitu 'mengurang', 'menghapus', 'mewujud' dan 'menambah peluang'.

* 28 Sept 2012 - Tambahan bonus sebulan gaji bagi penjawat awam yang bayaran pertama akan dibuat pada Disember 2012, manakala sebulan lagi pada Januari 2013 dan bayaran RM500 kepada pesara kerajaan.

* 26 Ogos 2012 - Memperkenal Strategi Lautan Biru Kebangsaan 7 (NBOS 7) iaitu inisiatif menghubungkan antara UTC dan RTC supaya melaluinya produk makanan dan hasil pertanian boleh dibawa ke bandar secara berskala besar.

* 19 Mac 2013 - Pembentangan laporan tahunan Program Transformasi Negara (sebahagian besar matlamat GTP dan ETP berjaya dicapai)

* 25 Mac 2013 - Meluluskan tuntutan Dana Pencen, imbuhan tetap perumhan, pembayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan penyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada tujuh agensi Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan (BBDS).

4. EKONOMI DAN KEWANGAN

* 10 Mac 2009 - Mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua dan mekanisme pelaksanaannya.

* 22 Apr 2009 - Melakukan liberalisasi ke atas 27 sub sektor perkhidmatan.

* 27 Apr 2009 - Mengumumkan liberalisasi sektor kewangan negara.

* 27 Apr 2009 - Malaysia menjadi negara pertama mempunyai institusi kewangan Islam mega dengan modal berbayar sekurang-kurangnya AS$1 bilion.

* 15 Mei 2009 - Sebuah institut jaminan kewangan, Danajamin Nasional Berhad ditubuhkan bagi memudahkan syarikat mendapat akses lebih baik kepada pasaran bon Malaysia.

* 24 Jun 2009 - Najib syor supaya diwujudkan entiti Baitulmal di peringkat kebangsaan bagi menyelaras harta milik orang Islam Malaysia.

* 30 Jun 2009 - Najib mengumumkan garis panduan pelaburan secara komprehensif iaitu Garis Panduan Pelabur Asing (FIC).

* 1 Julai 2009 - Perdana menteri lancar Felda Global Ventures (Felda Global) yang menjadi jentera komersil bersepadu tunggal kumpulan Felda.

* 23 Okt 2009 - Najib buat pertama kali membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat yang bertemakan `1Malaysia, Kemakmuran Bersama' dengan peruntukan RM191.5 bilion.

* 23 Dis 2009 - Memperkenal semula Cukai Keuntungan Hartanah Sebenar (RPGT) dari jualan hartanah tanpa mengira tahun hartanah itu dibeli.

* 30 Mac 2010 - Mengumumkan Model Ekonomi Baharu (MEB) yang menggariskan lapan inisiatif pembaharuan strategik.

* 10 Jun 2010 - Membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

* 25 Okt 2010 - Lancar Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 18 projek permulaan (EPP).

* 11 Jan 2011 - Umum 19 lagi EPP yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion.

5. LUAR NEGARA

* 10 April 2009 - Mengetuai delegasi Malaysia sebagai Perdana Menteri ke Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan Sidang Kemuncak berkaitan, di Pattaya, Thailand

* 3 Jun 2009 - Pemimpin negara luar pertama diberi penghormatan berucap di Great Hall of the People, Beijing, China sempena lawatan rasmi.

* 6 Okt 2009 - Merupakan pemimpin Malaysia pertama dalam sejarah hubungan Malaysia dengan Unesco selama 50 tahun yang menyampaikan ucaptama pada sesi pembukaan persidangan Unesco di Paris, France.

* 30 Sept 2009 - Najib umum kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Arab Saudi menerusi penubuhan syarikat usaha sama yang bermodalkan AS$2.5 bilion (RM8.65 bilion) bagi mengendalikan aliran pelaburan langsung asing (FDI) dari Asia Barat serta membuat pelaburan strategik dalam projek berimpak tinggi di negara ini.

* 26 Okt 2009 - Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan New Zealand dimeterai.

* 12 April 2010 - Mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Barack Obama di Pusat Konvensyen Walter E.Washington di Washington, Amerika Syarikat.

* 27 Sept 2010 - Pada ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat, Najib menggesa semua negara supaya "memilih kesederhanaan dan menolak ekstremism".

* 12 Julai 2011 - Mengadakan lawatan rasmi ke United Kingdom, dan telah menjemput ketua-ketua industri negara tersebut untuk meneroka peluang pelaburan di Malaysia.

* 18 Mei 2011 - Menghadiri "Invest Malaysia New York 2011" di New York, Amerika Syarikat dengan menarik pelaburan baru antara RM5 dan RM6 bilion pelaburan.

* 15 Okt 2012 - Menjadi saksi kepada acara bersejarah permeteraian perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Manila, Filippina.

* 22 Jan 2013 - Merupakan perdana menteri Malaysia pertama menjejak kaki di bumi Palestin sempena lawatan kemanusiaannya ke Gaza.

6. TEKNOLOGI DAN INOVASI

* 24 Julai 2009 - menubuhkan Majlis Teknologi Hijau bagi mempromosi teknologi hijau dan amalannya.

* 15 Sept 2009 - mengumumkan Pasukan F1 1Malaysia yang dikendalikan anak tempatan dalam bidang pemotoran.

* 28 Okt 2009 - Umum kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) membabitkan 18 langkah baharu termasuk mewajibkan kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun membuat pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sebagai syarat memperbaharui cukai jalan mulai tahun depan, memansuhkan sepenuhnya permit import (AP) terbuka kenderaan terpakai mulai 2016 dan AP francais menjelang 2021.

* 29 Okt 2009 - Pusat Inovasi Negara (MyNIC) dan rangkaian Pusat Kecemerlangan Inovasi (iCoE) diwujudkan bagi menggalakkan kegiatan kreatif dan inovasi sebagai sumber komersial baru negara.

* 17 Dis 2009 - Najib mengumumkan komitmen Malaysia mengguna pakai petunjuk bagi pengurangan secara sukarela pelepasan karbon atau gas rumah hijau sehingga 40 peratus daripada intensiti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020 berbanding tahap 2005 pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 (COP 15) di Denmark.

* 26 Jan 2010 - melancarkan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) yang merupakan komitmen kerajaan dalam memajukan sektor itu. Ia sejajar dengan akujanji Kuala Lumpur pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim, bagi mengurangkan pelepasan karbon dan gas rumah hijau sekali gus membantu memulihara persekitaran untuk generasi akan datang.

* 24 Mac 2010 - Umum empat insentif dalam Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mentransformasi Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara maju.

* 10 November 2010 - Kerajaan mengumumkan langkah untuk meningkatkan nilai KDNK dengan menambah kadar penggunaan jalur lebar di negara ini sehingga mencapai tahap 50 peratus menjelang akhir tahun depan daripada hanya 24 peratus ketika ini.

* 8 Sept 2011 - Lancar Rangka Kerja dan Sistem Penilaian Bandar Raya Rendah Karbon bertujuan mengurangkan 40 peratus penghasilan karbon dioksida di bandar menjelang 2020.

* 7 Julai 2011 - Memperkenal Kelestarian Yang Dicapai Melalui Kecekapan Tenaga dengan pemberian rebat tunai RM200 kepada pengguna domestik yang membeli pendingin hawa dan peti sejuk yang diberi taraf 5-bintang.

7. POLITIK

* 26 Mac 2009 - Diisytihar sebagai presiden Umno yang baharu, tanpa bertanding, pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

* 24 April 2009 - Dilantik sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

* 15 Ogos 2011 - Mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang dianggotai wakil kerajaan BN dan parti pembangkang bagi membincangkan reformasi pilihan raya.

* 29 Nov 2012 - Melancarkan buku bertajuk 'Transformasi Politik: Mendaulatkan Hak Asasi Serta Demokrasi Pemerintahan Rakyat untuk Rakyat', yang memperinci kewajaran setiap transformasi dilaksana kerajaan.

* 20 Feb 2013 - Menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International dan memperteguh komitmen beliau dalam memerangi rasuah terutama dalam pilihan raya umum ke-13.

8. PENGIKTIRAFAN DUNIA KEPADA MALAYSIA DI BAWAH PENTADBIRAN NAJIB



* Laporan Kemudahan Menjalankan Perniagaan 2011 oleh Bank Dunia, Malaysia tersenarai dalam kedudukan 20 teratas dan berkongsi kedudukan pertama di dunia dari segi kemudahan mendapatkan pinjaman perniagaan.

* Kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia ialah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh dunia. Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.

* Laporan World Economic Forum 2012 menyaksikan Malaysia naik lima anak tangga dalam senarai daya saing ekonomi dunia berbanding tahun sebelumnya, menjadikan Malaysia antara 21 buah negara paling kompetitif ekonominya di dunia.

* Syarikat perunding A.T Kearney iktiraf Malaysia sebagai negara 10 teratas dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing bagi tahun 2012.

* World Bank Ease of Doing Business Report 2013 meletakkan Malaysia negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia.

* Laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013 mendapati Malaysia negara ke-14 paling berdaya saing.

* Malaysia sebagai negara ke-10 bagi destinasi menarik pelaburan langsung dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing 2012.

9. PENDIDIKAN

* 25 Jan 2010 - 20 daripada 10,000 sekolah dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

* 7 Okt 2011 - Memperuntuk bantuan tunai RM100 buat semua pelajar sekolah dan RM200 baucar buku untuk pelajar universiti.

Pssssttt... Jelas Terbukti Dato Seri Najib sememangnya layak diberi mandat lagi untuk Memerintah Malaysia selama 5 Tahun yang akan datang ini .. Syabas Dan Tahniah Dato Seri...

Ahad, 31 Mac 2013

FAKTA!! TABLIGH MENERIMA DAN MERESTUI PERJUANGAN PM @NajibRazak

FAKTA!! TABLIGH MENERIMA DAN MERESTUI PERJUANGAN PM @NajibRazak 




Malam tadi, Perdana Menteri yang dikenali sangat mesra dengan kumpulan-kumpulan tabligh di Negara ini telah berjemaah di Masjid Seri Petaling dengan berimamkan Imam Besar Masjid Seri Petaling dan 500 orang Jemaah...

Beliau yang berkesempatan menyampaikan ucapan semasa pertemuan tersebut menyatakan: 
“Semua orang ada peranan serta tanggungjawab masing-masing. Pendakwah, laksanakan dakwah dengan berkesan. Saya sebagai pemimpin, saya lakukan kerja saya sebagai pemimpin untuk memakmurkan negara. Dengan maqasid syariah, syariah Islam kita tinggikan dan kalimah Allah kita sucikan. Itu tanggungjawab kita...."

“Sebab itu, walaupun kita berbeza pendapat, janganlah sampai kita rosakkan kepentingan Islam dan umat Islam..."

Perlu diingat, Jemaah tabligh berdakwah bukan berlandaskan pemikiran sempit sesuatu pemikiran parti sahaja malah lebih daripada itu... Mereka berdakwah atas nama menyebarkan agama islam berlandaskan AlQuran dan Assunnah... Itu sahaja... Namun, yang tak baik didengari, ada puak-puak yang sudah angkat bendera hijau diluar sana merendah-rendahkan usaha mereka... kasihan!

Semoga Allah memakbulkan doa para Jemaah agar Malaysia terus diperintah dnegan adil dan saksama dan tidak sama sekali diperintah oleh manusia pelbagai wajah...

Jumaat, 29 Mac 2013

#PRU13 #GE13 @NajibRazak Yakin Memperolehi Majoriti 2/3..

#PRU13 #GE13 @NajibRazak Yakin Memperolehi Majoriti 2/3..




Financial Times dan Reuters membawa berita baik untuk rakyat Malaysia iaitu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, telah menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional mampu memenangi majoriti 2/3 di dalam Pilihanraya ini. Keyakinannya amat bererti bagi kebanyakan golongan peniaga, terutamanya, kerana golongan inilah yang amat gusar dengan kredibiliti dan kebolehan pembangkang dalam menerajui ekonomi.

Hakikat bahawa Anwar Ibrahim juga menyatakan bahawa ini adalah peluang terbaik baginya untuk menang, dilihat sebagai satu kenyataan politik semata-mata daripada seorang yang asyik tertembak kaki sendiri di saat-saat genting ini.

Dengan mengenepikan skandal seksnya, rakyat Malaysia kini memerhatikan Anwar secara ‘dekat’ apabila namanya berkali-kali disebut dalam penyiasatan pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Sehingga ke hari ini, Anwar gagal menjelaskan kenapa beliau berjumpa dengan pemimpin MNLF beberapa kali dan apa yang dibuat oleh ‘orang-orangnya’ di Filipina beberapa hari sebelum pencerobohan tersebut.


Ia tidak mungkin satu kebetulan untuk Anwar membangkitkan isu Malaysia akan kehilangan Sabah dan membuat bising mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah tanpa mengikut prosedur, sebelum peristiwa berdarah tersebut tercetus di Sabah.

Tetapi, kesilapan Anwar yang paling besar dalam menangani isu ini ialah beliau cuba menutup mulut media dari mengorek cerita sebenar darinya dengan cara mengugut untuk menyaman jika mereka bertanyakan kenapa beliau tidak menyaman pihak yang pertama sekali mendedahkan pendalangannya iaitu Reuters dan media Filipina?


Beliau mungkin meraih keuntungan politik jika berbuat demikian, tetapi hakikat bahawa beliau tidak melakukannya, menunjukkan yang laporan tersebut pastinya berasas.

Tiada siapa yang waras akan mengundi seorang yang tidak tahu menghargai nyawa manusia. Tiada siapa yang sanggup mengundi seorang yang sanggup menggadaikan sebuah negeri kepada pengganas demi untuk menjadi Perdana Menteri.

Negara jenis apakah yang Perdana Menterinya sendiri seorang pengkhianat?

Seperti juga masalah-masalah lain yang menimpa Anwar, tiada siapa yang menganiaya dirinya melainkan dirinya sendiri. Ini adalah masalah biasa bagi seorang yang begitu terdesak, tidak tertahan-tahan, teruja dan tergila-gila untuk berkuasa.

Anwar boleh saja berjuang dengan cara yang betul, iaitu bekerja bersungguh-sungguh untuk membuktikan kredibiliti partinya dan berkhidmat kepada rakyat di kawasannya dengan baik. Dengan cara ini, tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan berjaya memenangi hati rakyat Malaysia di mana mereka mungkin akan melupakan segala kisah-kisah buruk, jijik lagi membusukkan mengenai dirinya.


Tetapi, beliau memilih untuk berjuang secara kotor, menggunakan pintu belakang dan mencetuskan suasana tidak aman. Malah, ‘Arab Spring’ merupakan impiannya, lalu bagaimana kita tidak melihat adanya hubungan antara dirinya dengan pertumpahan darah di Lahad Datu?

Sedang Anwar sentiasa berada di dalam ‘mode’ menyerang kerajaan dan apa saja yang berbunyi BN, Dato’ Seri Najib pula amat bertentangan dengannya.

Berbeza dari Anwar, Perdana Menteri lebih suka bercakap mengenai pencapaian kerajaan daripada menyerang musuh politiknya.

Di dalam wawancara dengan Financial Times, misalnya, Dato’ Seri Najib jelas begitu bersungguh-sungguh bekerja sebagai Perdana Menteri mahupun sebagai pemimpin parti. Beliau menjelaskan bagaimana sebuah kerajaan yang kuat amatlah perlu bagi mempercepatkan proses transformasi bagi negara ini. Beliau juga menekankan bagaimana beliau telah melakukan perubahan dari segi undang-undang di dalam UMNO begi memudahkan ahli untuk mengetengahkan pemimipin yang berpotensi.


Sebenarnya, beliau tidak perlu bercakap besar pun kerana angka-angka yang tercatat, dengan sendirinya membuktikan kesungguhan beliau bekerja. Malaysia kini didorong oleh sebuah program ekonomi yang dilancarkan pada 2010 bagi menggandakan pendapatan perkapita sehingga RM15,000 menjelang 2020. Ini membawa kepada peningkatan keyakinan pelabur asing di mana pegangan asing meningkat kepada 550% kepada RM215 billion (USD69 billion) sejak 2009, mengikut laporan HSBC.

Satu-satunya perkara yang Perdana Menteri sebut mengenai pembangkang dalam wawancara tersebut ialah beliau merasakan bahawa ia merupakan satu risiko yang besar untuk menaruh keyakinan kepada Pakatan yang tidak punya hala tuju yang jelas dan dengan manifesto yang tidak ada kredibiliti.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa adalah tidak perlu bagi sesiapa untuk melihat kepada angka-angka, tetapi melihat kepada personaliti kedua-dua pemimpin ini sahaja sudah cukup bagi rakyat untuk membuat pilihan. Anwar adalah seorang yang tidak patriotik, tidak sensitif, pengkhianat dan selamanya tergila-gila kuasa manakala Dato’ Seri Najib pula adalah seorang yang tenang, rasional, elegan dan bijak.

Justeru, tidak syak lagi, majoriti 2/3 bukanlah satu masalah bagi Barisan Nasional.

Rabu, 27 Mac 2013

FAKTA!! INILAH KERJA DS @NajibRazak SELAMA INI! #Najib4PM #JomBertindak #TolakPR

FAKTA!! INILAH KERJA DS @NajibRazak SELAMA INI! #Najib4PM #JomBertindak #TolakPR












Ingin tahu lebih lanjut prestasi DS Najib Razak, klik : JOM BERTINDAK

Psssttt... AKjr: Ini lah FAKTA yang Sebenarnya... Bukan RETORIK, Bukan Angan2.. Bukan Hanya Kata2 Manis Berjanji Bulan dan Bintang Tetapi ini adalah Hakikat yang DS Najib telah dan akan buat untuk semua rakyat Malaysia.. Ayuhhh Semua Kita bersama2 menjayakannya...

Sabtu, 16 Mac 2013

@NajibRazak AKAN UMUM PEMBUBARAN PARLIMEN ISNIN INI ?!!

@NajibRazak AKAN UMUM PEMBUBARAN PARLIMEN ISNIN INI ?!!





Apakah Perdana Menteri akan mengumumkan pembubaran Parlimen Isnin, 18 Mac 2013?  atau pun esoknya ataupun lusa, ataupun awal bulan April?? Persoalan yang sering bermain dikalangan rakyat Malaysia.. Apa2 pun Beliau saja yg mengetahuinya.. Kita tunggu sajalah ye.. SABAR..

Walaupun tarikh ini popular bagi membolehkan Pilihan Raya Umum diadakan pada cuti sekolah hujung Mac ini namun tanda-tanda tersebut tidak begitu jelas.

Khabar angin ini dikuatkan lagi dengan andaian DUN Johor akan terbubar secara otomatik pada 21 Mac 2013. 

Ramai orang terkeliru dengan maklumat yang tersebar di ruang siber bahawa DUN Johor akan terbubar pada 21 Mac 2013. 

Sebenarnya DUN Johor akan terbubar pada 21 April 2013 kerana itu merupakan tarikh angkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri Johor dan juga merupakan persidangan pertama DUN Johor.

Perdana Menteri mempunyai masa lebih sebulan lagi untuk mengisytiharkan pembubaran Parlimen dan sudah pasti ia akan dilakukan sebelum 21 April 2013. 

Sungguhpun Mohd Najib mempunyai masa sehingga 28 April 2013 untuk membubarkan Parlimen, sudah tentu beliau tidak mahu mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang membiarkan Dewan Undangan Negeri dibubarkan atau terbubar sebelum Parlimen dibubarkan.

Berikut senarai pembubaran DUN secara otomatik pada 2013 – 

- Melaka dan Johor pada 21 April
- Selangor pada 22 April
- Perak pada 25 April
- Negeri Sembilan pada 26 April 
- Kedah dan Sabah pada 5 Mei 
- Terengganu pada 7 Mei
- Pulau Pinang pada 2 Mei

Kemungkinan besar Parlimen Malaysia akan dibubarkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak ialah pada Jumaat 5 April 2013 iaitu selepas LIMA 2013. 

Tarikh pilihan raya ? 

Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu !

[ SUMBER ]

WAJIB TONTON!! [Video] Blogger @Milosuam Cuba Fitnah Najib?!


WAJIB TONTON!! [Video] Blogger Milosuam Cuba Fitnah Najib?! 

Kedegillan dan berlampirkan nafsu menyorot kebencian rakyat kepada pemerintah, kononnya menghasut dengan fakta..tapi lihatlah anak didikkan anwar yang cukup tidak bertamadun.


Tidak habis dengan menfitnah najib membunuh altantuya kini beliau dipersoalkan tentang kematian saudara Pi Bala yang sah mati pada hari ini akibat serangan jantung. Jika Nik Aziz mati akibat tua..adakah Najib juga dipersalahkan? Bila agaknya polis nak serkup anak haram ini????


Khamis, 7 Mac 2013

[Video] #LahadDatu Terkini !! @NajibRazak Tiba Di Lokasi Kejadian!! Terima Kasih PM !!


[Video] #LahadDatu Terkini !! @NajibRazak Tiba Di Lokasi Kejadian!! Terima Kasih PM !!



Ketibaan Perdana Menteri


Anggota tentera mengawal deretan kenderaan membawa perdana menteri dan menteri pertahan, menteri dalam negeri dan ketua menteri Sabah.

by BORHAN ABU SAMAH