SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Khamis, 9 Mei 2013

PANAS BERAPI!! AZMIN TAKUT PAS / UMNO BERGABUNG???


PANAS BERAPI!! AZMIN TAKUT PAS / UMNO BERGABUNG???



Heran kan. Kenapa sesama Melayu sendiri takut nak bergabung sedangkan ini waktu yang paling sesuai untuk mereka bersatu? Apa motifnya?

Adakah perjuangan mereka hanya berdasarkan kepada seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim semata - mata? Cukup ke kita nak perjuangkan seorang Melayu?

Adakah Si Ketua Penipu tu lebih mahal harganya jika hendak dibandingkan dengan kedudukan Melayu yang semakin kuat sehingga ada yang sanggup menggadai nyawa?

Jelas, hala tuju PKR bukan lah berpaksikan kepada Keadilan untuk rakyat. Mereka bukan menjanjikan Harapan untuk Rakyat. Sebaliknya, Harapan untuk Anwar.

Itu sahaja tujuan PKR ditubuhkan. Itu sahaja matlamat utama PKR ini. Tak de sebab lain yang dapat diperjelaskan kepada rakyat. Dan itu memang hakikatnya.

Kini, tatkala Melayu sudah bangkit dan mahu bersatu, kenapa pulak timbul puak - puak yang dengki dari melihat keadaan itu berlaku?

Benar. Islam tidak mengajar kita untuk memperjuangkan bangsa. Tetapi, dengan adanya bangsa itulah Islam dapat berkembang dengan lebih luas.

Islam dapat kekal kukuh dan kuat dengan adanya kesatuan bangsa. Tapi bila bangsa kita dipertikai dan diancam seperti sekarang, adakah kita akan terus tunduk?

Disebabkan Islam tidak bersatulah yang menyebabkan Palestine jatuh ke tangan Israel. Hanya semata - mata wujud pertualang yang merosakkan bangsa Palestine itu sendiri.

Bila Israel nak masuk ke bumi Palestine, petualang inilah yang menjaja cerita kononnya tanah Palestine perlu dikongsi dengan orang lain. Akhirnya?

Palestine juga yang terpinggir. Bangsa Palestine jugak yang disisih dan dihapuskan secara perlahan - lahan. Kesudahnnya kita dapat lihat sehingga hari ini.

Jadi, kita perlu tanya diri kita sendiri. Adakah kita mahu bangsa kita jadi seperti Palestine? Adakah kita mahu Islam itu kekal berpecah belah sedangkan musuh sudah ada depan mata? Sama - sama la kita renungkan!!!
Dalam Pakatan Rakyat, sekali lagi menjadi bahan pecacai yang dipandang dengan penuh curiga dan waspada adalah PAS. 
Dan sekali lagi juga cakap-cakap-cakap awal tentang kemaruknya pemimpin PAS untuk mewujudkan sebuah kerajaan perpaduandengan Barisan Nasional. 
Persoalannya ialah adakah benar yang PAS memang tidak boleh dipercayai sehinggakan Azmin Ali perlu menyindir dan memberi kata dua kepada PAS Selangor
Mengapa PAS yang mempunyai jumlah kerusi yang sama dengan DAP perlu diberi amaran sedangkan yang paling banyak mendatangkan masalah adalah wakil rakyat PKR. 
Yang paling tidak boleh dipercayai adalah PKR dan yang membawa paling banyak masalah juga datangnya dari PKR.
Sumber 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan