SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label RAFIZI RAMLI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RAFIZI RAMLI. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Mei 2013

WAJIB BACA!! #PRU13 : Bukti Blogger @Milosuam Di Bayar Rafizi Ramli

WAJIB BACA!! #PRU13 : Bukti Blogger @Milosuam Di Bayar Rafizi Ramli



Pakatan memang lantang memperjuangkan kebebasan bersuara. Malangnya, Pakatanlah yang kerap menghalang & mengherdik mereka yang mengamalkan kebebasan bersuara. Tindakan cybertroopers Pakatan terutamanya Red Bean Army naungan DAP mengherdik dan membuli penyokong-penyokong BN adalah contoh betapa mereka sendiri tidak menghormati kebebasan bersuara orang lain.

Mereka adalah golongan hipokrit paling besar di alam maya. Blogger Milo Suam yang ditahan polis di bawah OSA juga dikatakan menerima bayaran dari Rafizi Ramli & PKR. Dia yang sebelum ini ditahan berhubung penyiaran dua artikel beserta gambar, dokumen rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan Ops Daulat dan dakwaan anggota PDRM mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya, baru-baru ini.

Dua artikel itu adalah berhubung penyiaran satu dokumen rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan Ops Daulat dan dakwaan anggota PDRM mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya, baru-baru ini. Lelaki berusia 29 tahun atau nama sebenarnya Yusuf Al Siddique Suratman itu ditahan di pekarangan sebuah pasar raya di Setia Alam, Klang, pada pukul 12.07 tengah malam tadi.
"Penyiaran artikel pertama bersabit perutusan polis berhubung pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada 6 Mac lalu. Kes disiasat mengikut Seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana dokumen yang disebarkan diklasifikasikan sebagai rahsia.
"Sementara satu lagi yang bersabit laporan dari Balai Polis Jalan Tun Razak pula disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.
Bukan perkara baru untuk pemimpin PR membiaya blogger bagi meningkatkan imej mereka di dunia siber, sedagkan pada hakikatnya mereka setakat cakap berhabuk.

Hanya pandai mencipta isu dan memporak perandakan negara tanpa mengambil kira konteks keseluruhan demokrasi menjadi punca mereka begitu taksub membantu pemimpin mereka. Blogger-blogger itu juga dibayar dengan jumlah yang besar bagi memastikan mereka terus kekal berkhidmat dan tidak berpaling tadah.

Fitnah-fitnah terus dicipta untuk menipu rakyat sedangkan berita yang disalurkan mereka adalah palsu dan tempeelan semata-mata. Tanpa fakta, blogger seperti ini akan menghina, mencaci dan membuat dakwaann tidak berasas ketika menyerang BN demi memastikan penyalur dana terus membeerrikan dana untuk mereka.

Begitu mudah menjadi blogger PR, cukup dengan skill kuat menipu dan berbohong serta mencipta fitnah baru, mereka akan diupah untuk berkhidmat kepada pemimpin mereka. Dan apabila disiasat, mereka akan mendakwa Malaysia tidak menjalankan prinsip demokrasi secara keseluruhannya.

Namun ketika memfitnah mereka tidak pernah pun fikir semua itu, apatah lagi menjaga batasan agama.

Teliti transkrip perbualan di antara Rafizi Ramli dan blogger MiloSuam :








Jelas terbukti bahawa Rafizi Ramli membeli dokumen yang didakwa penyelewengan PM daripada seorang kakitangan hotel dengan nilai RM5000 di mana blogger kaki kelentong MiloSuam bertindak sebagai perantara.

Rabu, 10 April 2013

PANAS TERIK!! PENGAKUAN MAHASISWA DI NEW YORK TENTANG @RAFIZIRAMLI !! #PRU13

PANAS TERIK!! PENGAKUAN MAHASISWA DI NEW YORK TENTANG @RAFIZIRAMLI !! #PRU13

MiM ingin berkongsi dengan pembaca sekalian satu artikel berdasarkan fakta dan realiti yang membuatkan kenyataan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR tampak seperti sampah dan tidak boleh dipakai.



Malah, pandangan seorang ahli politik sukar dipercayai jika berbanding dengan satu pasukan pakar ekonomis dalam MITI dan kerajaan Persekutuan. Mungkin Fizi boleh memperdaya mereka yang malas mahu tahu lebih lanjut tentang kerasionalan cadangan beliau tetapi hakikatnya, rakyat tidak begitu senang ditipu begitu sahaja.

Artikel di bawah menjawab cadangan Fizi yang dianggap merepek :

Sememangnya pengangkutan merupakan salah satu keperluan asas rakyat Malaysia untuk kegunaan pergi bekerja, menghantar anak ke sekolah dan sebagainya.

Namun, mari kita lihat apakah rasionalnya memansuhkan 100% cukai eksais kenderaan, yang dibentangkan oleh saudara Rafizi Ramli. Biar saya terangkan serba ringkas apa yang dibentang oleh beliau. Dengan mengambil data-data dari blog Rafizi Ramli dan website Kementerian Kewangan Negara.

Anggaran pendapatan negara dari cukai eksais yang dikutip oleh kerajaan adalah RM7.4B untuk tahun 2013 dan menaik sebanyak 4% setiap tahun. Melalui dasar ini, pemotongan cukai eksais akan dilakukan dengan berperingkat-peringkat sebanyak 20% setiap tahun dalam tempoh 5 tahun.

20% x RM7.4B = RM1.5B defisit.

Bagi menampung defisit ini, dasar ini akan menambahkan pendapatan negara melalui 2 kaedah iaitu dengan lelongan AP secara terbuka dan lebihan pungutan cukai hasil daripada wang rakyat dibelanjakan.

Pertama, dengan membuat lelongan AP secara terbuka dijangka akan memberi pulangan sebanyak RM2B setiap tahun dalam tempoh 3 tahun.

Kedua, melalui lebihan pungutan cukai hasil daripada wang rakyat dibelanjakan yang akan menambah pendapatan negara dengan kenaikan RM0.28B setiap tahun.

Secara keseluruhannya, jumlah keuntungan negara adalah RM2B dari lelongan AP ditambah dengan RM0.28 dari lebihan pungutan cukai, bersamaan dengan RM2.28B.

RM2.28B (Pendapatan) - RM1.5B(Defisit) = RM0.78B (Keuntungan)

Baca Lebih Lanjut DISINI

Ahad, 24 Mac 2013

WAJIB TONTON!! [VIDEO] @RafiziRamli hilang "cool" bila ditanya mengenai video Datuk T?

WAJIB TONTON!! [VIDEO] @RafiziRamli hilang "cool" bila ditanya mengenai video Datuk T?




KAH.. KAH.. KAH.. BERMATI2AN BEB SI MAMAT NI MEMPERTAHANKAN BOS KESAYANGANNYE.. HEBAT2..  TU SEMUA ADA MAKNAA TUHH... 

Sabtu, 23 Mac 2013

PANAS TERIK!! RAFIZI KANTOI!! "Saya bukan Papa Gomo.."

PANAS TERIK!! RAFIZI KANTOI!! "Saya bukan Papa Gomo.."


                                                                        Rafizi Ramli

SHAH ALAM - Individu yang dikaitkan dengan Papa Gomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris menafikan dirinya adalah blogger pro-Umno seperti yang didakwa oleh PKR, semalam.

Sebaliknya, Wan Muhammad Azri menegaskan beliau adalah Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd.

"Saya nak maklum bahawa nama saya adalah Wan Muhammad Azri Wan Deris, kad pengenalan 8301210350** dan merupakan Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd.

"Saya tegaskan di sini bahawa saya bukan blogger Papa Gomo seperti didakwa pembangkang," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.

Wan Muhammad Azri turut menafikan dakwaan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bahawa beliau pernah menjadi pengundi hantu kerana beliau belum pernah mengundi sebelum ini.

"Macam mana (boleh jadi) pengundi hantu sedangkan saya belum pernah mengundi lagi. PRU12 (Pilihan Raya Umum ke-12) saya belum ada kesedaran untuk mengundi.

"Sekarang, saya daftar mengundi di Parlimen Wangsa Maju dan tidak pernah mendaftar untuk mengundi di mana-mana tempat selain Wangsa Maju," katanya.

Pssstttt... AKjr : Kah kah kah... Apalah nk jadi dgn si jambu ni?? Membohong saja keje dia!! woiii Rafizi ang x takut dosa ker?? menipu sana, menipu sini, kelentong sana, kelentong sini... ishhh INSAF LA WEIIII!!!

Selasa, 19 Mac 2013

PANAS TERIK!! Shahrizat: 'Rafizi cuba jatuhkan saya sebagai Ketua Wanita BN'

PANAS TERIK!! Shahrizat: 'Rafizi cuba jatuhkan saya sebagai Ketua Wanita BN'



                                                                Shahrizat Abdul Jalil

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini tiada anggota keluarganya yang berbincang dengan beliau mengenai pembelian dua unit kondominium.

Oleh itu, kata Shahrizat, beliau tidak tahu menahu tentang pembelian dua unit kondominium 'One Menerung' menggunakan dana National Feedlot Corporation (NFCorp).

"Ya, mereka (anggota keluarga) tidak berbincang dengan saya," katanya ketika disoal balas peguam Ranjit Singh dalam kes samannya terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin dan pengarah strategik parti itu, Rafizi Ramli.

Ketika disoal selanjutnya oleh Ranjit yang mewakili Mohd Rafizi, sama ada beliau tahu tentang sebuah syarikat yang dikenali dengan nama National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC), telah membeli kedua-dua unit itu, Shahrizat menjawab: "Saya tidak tahu".

Ketua Pergerakan Wanita Umno itu berkata beliau menyedari tentang dakwaan berkaitan NFCorp apabila syarikat itu menjadi isu.

Shahrizat tidak bersetuju dengan cadangan Ranjit bahawa kenyataan Mohd Rafizi berhubung isu NFCorp adalah sebagai respons kepada kenyataan yang dibuat perdana menteri dan menteri pertanian dan industri asas tani di Parlimen pada 2011.

"Tidak, saya tidak bersetuju. Beliau (Mohd Rafizi) cuba menjatuhkan saya sebagai Ketua Wanita BN kerana beliau takut kepada kekuatan Wanita BN," katanya, dan menambah kenyataan Mohd Rafizi berhubung isu NFCorp seringkali menyebut mengenai keluarganya.

Pada 19 Jan tahun lepas, Shahrizat memfailkan saman fitnah terhadap Zuraida dan Mohd Rafizi berhubung dakwaan kenyataan fitnah yang dibuat oleh kedua-dua mereka mengenai isu NFCorp.

Beliau menuntut RM100 juta dalam ganti rugi am, teladan dan teruk daripada kedua-dua defendan.

Beliau turut memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada mengeluarkan kenyataan sama ada secara lisan atau dengan cara penerbitan terhadap beliau berhubung sebarang perkara berkaitan NFCorp atau syarikat bersekutunya.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera bersambung. - Bernama