PANAS TERIK!! Tamparan Buat Anwar, PAS Iktiraf Keputusan Pilihanraya??
Ucapan tahniah daripada PAS Terengganu memberi signal kepada Anwar dan para aparatnya agar menerima keputusan pilihanraya yang dibuat secara adil dan telus.
Kita semua tahu,isu yang dibangkitkan oleh haprak pakatan mengenai SPR dan pengundi hantu datang daripada kilang fitnah haprak pakatan sendiri.Sedarlah zaman menjadikan BN sebagai punching beg sudah berakhir,setiap fitnah,pembohongan dan juga rekayasa berjaya dipatahkan oleh para blogger dan juga facebooker pro BN.
Di luar sana rakyat bukannya bodoh dan tidak tahu berfikir,sehingga sekarang tidak ada satu pun bukti yang sahih dapat dibuktikan oleh haprak pakatan.Kesemuanya lebih kepada khabar angin dan lakonan. Pakatan menerima tamparan yang cukup hebat apatah lagi segala macam pembohongan dan fitnah dilemparkan namun rakyat lebih percayakan BN.Buktinya kerajaan yang ada sekarang ini masih boleh berdiri walaupun politik perkauman melalui hasutan secara konsisten .
Ucapan tahniah kepada 3 menteri dari Terengganu membuktikan PAS secara terbuka iktiraf keputusan pilihanraya dan secara langsung memberi insyarat kepada Anwar dan PKR bahawa pembohongan mereka sudah over kill dan rakyat sedang memerhatikan gelagat mereka.
Pas Terengganu mengucapkan tahniah atas pembentukan Kabinet baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang menyaksikan tiga wakil dari negeri ini dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.
Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut berharap mereka mampu memberikan khidmat dengan sebaik mungkin kepada rakyat khususnya di Terengganu.
Malah, jelasnya, daripada kalangan tiga yang dilantik itu, ada yang merupakan bekas menteri selain mempunyai pengalaman luas dalam politik dan kerajaan.
“Kita ucapkan tahniah kepada mereka, ada juga wakil dari Terengganu yang jadi menteri dan timbalan menteri.
“Kita juga berharap supaya mereka ini tak ada masalah memandangkan mereka adalah bekas menteri dan berpengalaman luas,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Perhubungan Pas Terengganu disini hari ini.
Abdul Wahid menambah, pihaknya juga mengharapkan agar pelantikan berkenaan memberi lebih banyak manfaat kepada seluruh rakyat Terengganu kelak untuk menikmati kemudahan dan pembangunan yang lebih baik berbanding sebelumnya.
Dalam senarai barisan Kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri semalam, dua yang dilantik sebagai menteri penuh dan seorang sebagai timbalan menteri adalah dari Terengganu.
Mereka ialah Datuk Seri Idris Jusoh yang memegang jawatan sebagai Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II manakala Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia sementara jawatan timbalannya digalas oleh Datuk Jailani Johari.
Pisau kata ” Pemimpin PAS menyampah dengan PKR dan DAP…khabarnya ada perkara besar bakal berlaku didalam kem pembangkang tak lama lagi… Pisau tak boleh dedahkan kena zip mulut dulu…”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan