SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Selasa, 30 April 2013

WAJIB BACA!! #PRU13 P057 : Dr Mujahid Yusof Rawa Tidak Sesuai dengan Parit Buntar.. #VOTE4BN

WAJIB BACA!! #PRU13 P057 : Dr Mujahid Yusof Rawa Tidak Sesuai dengan Parit Buntar.. #VOTE4BN





Biodata Dr. Mujahid bin Yusof

Ahli Parlimen Parit Buntar

Tarikh Lahir : 25 Oktober 1964
Tempat Lahir : George Town, Pulau Pinang

Jawatan Dalam Politik, Kerajaan & NGO
1) AJK PAS Pusat (2005 - Kini)
2) Pengerusi Perpaduan Nasional PAS Pusat
3) Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang
4) YDP PAS Kawasan Bayan Baru
5) AJK Pemuda PAS Pusat (2001 - 2005)
6) Pengerusi Dialog Antara Agama Untuk Keamanan Asia Tenggara
7) Ahli Lembaga Pengarah Pusat Zakat Pulau Pinang

Keluarga
Isteri - Zuraida Binti Husin
Anak - 3 Orang




Antara ulasan-ulasan yang berkaitan dengan Dr Mujahid :

"Pada Oktober 2011, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Dr. Mujahid Yusof Rawa (Pas-Parit Buntar) yang mengatakan polis terlibat dalam politik."

"Adakah Pas akan memecat bekas Timbalan Presiden partinya, Nasharudin Mat Isa ? Krew media Isma cuba mendapat jawapan daripada salah seorang ahli jawatankuasa Pas pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, namun beliau enggan mengulas. 
“Tiada Komen,” katanya ringkas. Jawapan sama turut diberikan ketika diminta pandangan akar umbi yang mendakwa Pas kini sedang diperkotakkatikkan oleh DAP."

"Di Georgetown, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa tidak menafikan pernah mengeluarkan kenyataan bersetuju agar penganut agama lain menggunakan kalimah ALLAH. Walaupun mengesahkan kenyataannya itu seperti yang didakwa Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin kelmarin, namun beliau menegaskan kenyataannya itu adalah berlandaskan kepada fekah dan perspektif yang lebih luas.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, kenyataan yang dibuat semasa dialog di sebuah gereja kira-kira dua tahun lalu tidak bercanggah dengan pendirian Pas kerana pendapat yang diberikannya berdasarkan soal fekah dan pandangan ulama. "Cuma dari segi enakmen negeri, terutama di Semenanjung, memang tidak membenarkan perkataan ALLAH diguna oleh agama lain, kecuali Islam,” katanya"

Jika kita lihat dari biodatanya, kita dapat lihat yang Mujahid ini bukan orang Perak dan tidak lahir pun di negeri Perak. Kebanyakkan jawatan yang dipegangnya adalah berpusat di Pulau Pinang tetapi ditarik untuk bertanding di negeri lain. Dia bukan orang tempatan di kawasan Parlimen Parit Buntar.

Lagi Baca DISINI

PANAS TERIK!! #PRU13 #LainKaliLah ! PAKATAN PEMBANGKANG KENA TOLAK?!! #GE13 #Vote4BN


PANAS TERIK!! #PRU13 #LainKaliLah ! PAKATAN PEMBANGKANG KENA TOLAK?!! #GE13 #Vote4BN




LAIN KALILAH! LU INGAT LU PAKAI NAMA MELAYU LU BOLEH TIPU SAMA GUA KA? LAIN KALILAH!Apakah tindakan UNCLE tersebut menolak untuk bersalam dengan Melayu CELUP di atas ada kaitan dengan TWIT di bawah ini?




Jadi jangan hendak pertikai akhlak rakyat yang tidak menyokong Pakatan Haram, kerana ini semua berpunca daripada perangai buruk pemimpin Pakatan Haram sendiri! Tindakan UNCLE itu menjawab LAIN KALILAH adalah tindakan yang tepat apabila didatangi calon yang hanya mahukan undi untuk berkuasa.

Jadi apa kata, kita sama-sama tengok video di bawah ini mengapa anda juga WAJIB menjawab LAIN KALILAH! kepada penchacai Pakatan Haram apabila bertemu dengan mereka.


Sumber

INFO @ AKJr :P057 PARIT BUNTAR Sepetang Bersama Rakyat di Kampung Raja Bashah, Kuala Kurau

INFO @ AKJr :P057 PARIT BUNTAR Sepetang Bersama Rakyat di Kampung Raja Bashah, Kuala Kurau





Sepetang bersama penduduk Kampung Raja Bashah di Kuala Kurau, Perak. Calon Parlimen Parit Buntar saudara Mua'amar Ghadafi Jamal bin Jamaludin bersama calon DUN Kuala Kurau iaitu Mohd Salleh bin Mat Disa berjalan-kaki dan bertemu serta beramah-mesra dengan rakyat. Bermula pada jam 6:00 petang bergerak sambil mengedar risalah kempen yang meliputi rakyat pelbagai bangsa terdiri dari bangsa Cina, India, Melayu dan lain-lain. 

























PANAS TERIK!! WarRoom! Pakatan Pembangkang Akui BN Menang #PRU13..

PANAS TERIK!! WarRoom! Pakatan Pembangkang Akui BN Menang #PRU13..



Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari war room DAP dan dibandingkan kajian oleh beberapa agensi memang tepat.Di sini Pisau senaraikan maklumat sulit dari beberapa agensi kerajaan cukup yakin BN akan dapat mengekalkan kuasa.

Kajian dibuat sejak penamaan calon hinggalah sekarang meliputi kesemua kawasan parlimen dan dun di seluruh negara.

Jumlah kerusi parlimen putih/menang oleh BN untuk PRU13 setelah lebih seminggu dibuat kajian hingga jam 12 tghari hari ini.

MIO- 145

SB-152

JASA-163

MKN-168.

Komen 4 agensi ini dilihat sama apabila Pulau Pinang dilihat sukar buat BN untuk menang.Manakala Kelantan,Selangor ,Kedah berjaya dirampas kembali oleh BN. Semua negeri lain kekal dan BN dikatakan menang bergaya.

Pisau mendapatkan maklumat dari war room DAP,indikatornya dilihat hampir sama apabila dibandingkan dengan kajian oleh 4 agensi kerajaan.

Sejak semalam kalangan kakitangan war room dan juga pemimpin DAP berasa lega apabila mereka dijangka akan dapat kekalkan kuasa di Pulau Pinang.Menurut sumber bacaan terkini DAP dan Pakatan rakyat Pulau Pinang sudah pasti akan beroleh kemenangan dengan 21 kerusi dan BN 19 kerusi.Walau pun sedikit cemas di war room kerana BN mengikuti rapat dalam persaingan yang sengit kerajaan pakatan Pulau Pinang bakal mengekalkan kuasa dengan majoriti tipis.

Manakala di Permatang Pauh,Dr Mazlan calon BN diakui memberi saingan yang sengit terhadap Anwar,menurut sumber DAP majoriti undi kepada Anwar setakat ini telah merudum teruk di tempat sendiri strategi BN meletakkan calon yang baik seperti Dr Mazlan memberi kesan besar kepada pengundi Permatang Pauh.Strategi menghangatkan kembali video China Doll kononnya wujud klon dan dilakonkan di Thailand menurut sumber DAP telah memakan diri apabila makin ramai percaya bahawa Anwar punyai masaalah moral. DAP berasa gusar melihat Anwar tidak bijak

Menyedari akan tewas dalam PRU13,arahan telah dikeluarkan oleh strategis pakatan untuk menyebarkan khabar angin kononnya pakatan bakal mengambil alih Putrajaya. Strategi serampang 2 mata ini ,Pertama untuk menambahkan keyakinan jentera dan kedua untuk menarik kembali mood rakyat agar menyokong kepada calon pakatan.

Strategi serampang 2 mata ini juga berperanan untuk membangkitkan sentimen kebencian dan kemarahan apabila keputusan PRU13 dikeluarkan pada malam 5 May nanti kononnya berlaku penipuan oleh SPR . Maka pada 5 May seluruh penyokong pakatan akan turun dijalan raya merusuh dan rancangan untuk menolak keputusan pilihanraya melalui keganasan akan dilaksanakan.

Pisau kata ” Alhamdulilah Allah Bersama BN”

Sumber dari Sahabat PISAU

PANAS BERAPI!! #PRU13 SI TANGGANG JADI CALON PKR?? #TOLAKPR # VOTE4BN #BETTERNATION

PANAS BERAPI!! #PRU13 SI TANGGANG JADI CALON PKR?? #TOLAKPR # VOTE4BN #BETTERNATION



PEKAN: Kemelut Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang semakin meruncing apabila ibu kepada seorang calonnya di Pahang, tidak merestui anak perempuannya, Sitarunishah Ab Kadir bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei ini.

Sunah Omar, 61, berkata dia sedih dan kecewa apabila mengetahui anaknya yang selama ini anggota Umno tiba-tiba menjadi calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menentang penyandang kerusi DUN itu daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Abu Bakar Harun.

Sunah memberitahu sidang media di sini pada Ahad, tindakan anak sulung daripada lima beradik itu membuatkan dia dan suaminya, Abdul Kadir Zakaria, 63, kecewa kerana selama ini Umno dan BN banyak membantu masyarakat peneroka di Felda Chini Timur 3 di sini.

"Mula-mula saya sudah dengar khabar angin apabila kalangan jiran menyindir anak saya jadi calon PKR.

Semasa hari penamaan calon di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan, saya menggigil menahan kemarahan apabila mengetahui anak saya diumumkan sebagai calon PKR di DUN Chini.

"Saya cukup kecewa dengan tindakan anak saya itu kerana penyandang kerusi tersebut, Datuk Abu Bakar Harun bersama ahli Umno banyak membantu masyarakat peneroka termasuk keluarga saya," katanya.

Sunah yang menyertai Umno sejak berusia 21 tahun dan kini anggota Pergerakan Wanita Umno, Felda Chini Timur 3 berkata anaknya itu yang tinggal di Kuantan bersama suaminya tidak pulang ke rumah di sini sejak empat bulan lepas.

"Dia ada meminta restu saya selepas hari penamaan calon. Saya kata tidak dan berdoa supaya dia kalah di kerusi DUN ini.

"Sepatutnya dia bersyukur kerana kerajaan BN dan Umno telah banyak membantu masyarakat peneroka di sini termasuk keluarga saya," katanya.

Sunah berkata suaminya, Ab Kadir yang kini sakit akibat serangan angin ahmar sejak 12 tahun lepas hanya mampu menangis memikirkan tindakan anaknya itu.

"Saya bersama suami serta empat anak lain akan tetap menyokong BN dan saya sanggup turun padang membantu jentera Umno mempertahankan kerusi DUN Chini," katanya.


WAJIB BACA!! ISU KALIMAH ALLAH : ZULKIFLI CABAR KHALID NYATAKAN PENDIRIAN SEBELUM #PRU13 !!

WAJIB BACA!! ISU KALIMAH ALLAH : ZULKIFLI CABAR KHALID NYATAKAN PENDIRIAN SEBELUM #PRU13 !! 




SHAH ALAM 27 April- Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Shah Alam, Datuk Zulkifli Noordin mencabar Khalid Abdul Samad dari Pas untuk menyatakan pendiriannya berhubung desakan DAP agar membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible bahasa Melayu.

Menurut Zulkifli, Khalid diminta membuat kenyataan terbuka kepada penduduk Shah Alam sama ada dia menyokong kenyataan awal pimpinan Pas yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab tersebut atau menyokong keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang tidak membenarkan penggunaannya.

"Saya cabar Khalid Abdul Samad untuk menyatakan pendirian beliau sama ada menyokong keputusan pimpinan awal Pas yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu atau akur kepada keputusan melarang penggunaannya oleh Majlis Syura Ulama Pas yang diputus kemudian.

"Keputusan awal tersebut disokong oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan disediakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Justeru rakyat berhak tahu adakah Khalid masih kekal menyokong keputusan tersebut atau keputusan melarang penggunaan kalimah Allah dalam kitab tersebut oleh Majlis Syura," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program sarapan pagi bersama penduduk Seksyen 8 di rumah bekas Timbalan Pengarah Jabatan Jenayah Komersil, Bukit Aman, Datuk Kamaruddin Desa di Seksyen 8 di sini hari ini.



Zulkifli berkata, masyarakat Shah Alam perlu kenal dengan pemimpin mereka yang dilihat gemar melahirkan komen yang dilihat seperti memperlekeh agama dan pihak yang tidak sehaluan dengannya.

Mengulas sikap Khalid yang suka menyerang peribadi dan memperlekeh beliau, Zulkifli menganggap Khalid pemimpin yang tidak pandai menilai orang lain dan hanya merasakan 'dia bagus.'

"Saya nasihatkan dia (Khalid) jangan amalkan politik menyerang peribadi kerana masyarakat Shah Alam sudah boleh menilai segala tindak-tanduknya.

"Desas-desus yang saya dengar, beliau mengatakan saya tak mahu bersalam dengan dia semasa kami bertembung dalam suatu kempen, sedangkan dia yang tidak mahu bersalam, hentikanlah politik macam budak-budak," ujarnya.

Beliau menambah, ada orang memberitahunya dalam ceramah Khalid mengatakan beliau hanyalah peguam biasa yang cuma pandai menarik beg dan menumpang kehebatan peguam lain dalam pasukan guaman Anwar.

Jelas Zulkifli, jika beliau bukan peguam yang hebat, mengapa beliau menjadi peguam Anwar selama 10 tahun dan Anwar tetap mengharapkan dirinya sedangkan peguam lain semuanya sudah berundur dari mewakilinya.


Isnin, 29 April 2013

WAJIB TONTON!! #PRU13 [VIDEO] PEMBONGKARAN SIAPA HUSAM MUSA OLEH KICKDEFELLA DI PUTRAJAYA @TengkuAdnan @TunFaisal


WAJIB TONTON!! #PRU13 [VIDEO] PEMBONGKARAN SIAPA HUSAM MUSA OLEH KICKDEFELLA DI PUTRAJAYA @TengkuAdnan @TunFaisal





Rakaman khas pendedahan penipuan Husam Musa oleh blogger yang juga orang rapat Husam Musa di Putrajaya menceritakan secara terperinci modus operandi Husam Musa. Syed Azidi juga membongkarkan pergerakkan propaganda Husam Musa.Selain itu juga, Projek Lebuhraya Rakyat yang sebaliknya menarah Balak, Lembah Sireh menjadi projek Gajah Putih, Koridor Depu hanya tinggal tanah tetapi balaknya juga ditarah, Projek Stadium tertutup bernilai 320juta yang terbengkalai dan lain-lain.





Selain itu Syed Azidi atau Kickdefella turut mencabar Husam Musa untuk berdebat dengannya bagi membuktikan kebenaran kepada penduduk di Putrajaya.

Ini dah kali ke berapa Syed Azidi cabar Husam, tapi sehingga kini satu cabaran tidak disahut oleh Dato Husam.

Pssttt... AKJr : Rakyat Kelantan dah terkena, orang Putrajaya Jangan mudah percaya jelmaan penasihat 25% ini.

WAJIB BACA!! ADAKAH PERISTIWA 13 MEI DAN #PRU13 SATU KEBETULAN ATAU PERANCANGAN JAHAT ZIONIS..??

WAJIB BACA!! ADAKAH PERISTIWA 13 MEI DAN #PRU13 SATU KEBETULAN ATAU PERANCANGAN JAHAT ZIONIS..??



Bibit-bibit 13 Mei Telah Bermula Pilihanraya berdarah 1969 merupakan satu pengajaran keras yang tidak harus dan tidak akan dilupakan oleh rakyat Malaysia. Orang yang bijak pasti tahu bahawa mereka yang melupakan sejarah akan terpaksa melalui yang sama berkali-kali. Bagaimanapun, setelah bertahun berlalu dalam suasana aman dan makmur, segala trauma dari tragedi tersebut, walaupun tidak pernah dilupakan, mula kelihatan bagai sebuah mimpi yang ngeri. 

Pun begitu `jauh di dalam minda kita, kita sentiasa waspada kalau-kalau sejarah itu berulang, terutamanya sejak pemecatan Anwar Ibrahim. Sejak pemecatannya, beliau terus mengancam negara ini dengan drama ganas setiap kali melihat ‘peluang’ untuk berbuat demikian. Dan setiap kali juga, drama itu menyegarkan kembali ingatan terhadap tragedi 13 Mei. Reformasi, Bersih atau apa jua nama demonstrasi yang didalanginya, matlamatnya adalah jelas iaitu untuk mencetuskan huru-hara, ketidakstabilan dan krisis. 

Kita pasti, sekiranya beliau kalah lagi dalam PRU kali ini, maka bagi Pakatan Rakyat, anarki adalah perlu untuk memastikan impiannya menjadi Perdana Menteri tercapai. Beliau tahu bahawa impian tersebut tidak begitu sukar untuk dicapai dengan DAP, yang menjadi dalang utama tragedi 13 Mei, berada di pihaknya. Mengimbas sejarahnya, tragedi tersebut tercetus apabila DAP tidak lagi mampu menyembunyikan warna sebenar mereka sebagai rasis dan chauvinis Cina. 

Sejak azali lagi, parti DAP lahir dan hidup atas kebencian terhadap Melayu, kerajaan, Sultan dan apa saja yang merujuk kepada perkara-perkara ini. Sebelum pilihanraya 1969 yang diadakan pada 10 Mei, keadaan sudah pun mula tegang berikutan tempoh berkempen yang panjang iaitu 21 hari. Tempoh itu digunakan sepenuhnya oleh pembangkang (DAP, Gerakan dan PPP) untuk mempromosi perkauman, kebencian, prasangka, keraguan serta keangkuhan kerana kejayaan mereka menguasai ekonomi negara ini. Mereka juga menghina dan memperlekehkan Melayu yang ketinggalan jauh di belakang. 

Bertitik tolak dari situ, keputusan PRU kemudiannya menyaksikan Perikatan kehilangan majoriti 2/3 iaitu pengurangan jumlah kerusi Parlimen dari 89 kepada hanya 66. Gabungan pembangkang Cina memenangi 25 kerusi manakala PAS 12. Pembangkang menganggap keputusan tersebut sebagai kemenangan di pihak mereka, atau sekurang-kurangnya di Kuala Lumpur. Maka, pada 13 Mei, mereka pun mengadakan perarakan lengkap dengan penyapu yang diikat di kenderaan sebagai simbol ingin ‘menyapu bersih’ Melayu dari bandar itu. 

Mereka turut melaungkan kata-kata kesat dan mendabik dada bongkak terhadap Melayu. Pertumpahan darah berlaku apabila mereka gagal mengawal diri dan berarak memasuki kawasan Melayu, iaitu Kampung Baru, untuk mempamerkan keangkuhan mereka. Jelas, mereka telah tersilap congak akan tahap kesabaran kaum Melayu yang selama ini dilihat lemah lembut dan suka mengalah. Mereka tidak menyangka bahawa kaum Melayu akan bangkit melawan mereka. 

Dalam sekelip mata, Kuala Lumpur pun menyaksikan Cina dipancung, Melayu ditikam, rumah dibakar dengan sekeluarga di dalamnya, kereta dimusnahkan dan sebagainya. Dalam satu kejadian, kongsi gelap Cina telah mengarahkan semua kaum Cina keluar dari panggung wayang sebelum mereka masuk ke dalam dan membunuh semua Melayu. Keadaan huru-hara ini pantas merebak ke luar Kuala Lumpur terutama di bandar di mana terdapat ramai kaum Cina. Maka, darurat pun diisytiharkan di Kuala Lumpur.

Baca Selanjutnya Di Blog AJM Sahabat AKJr

PANAS BERAPI!! #PRU13 PEMUDA PAS P.PINANG DAKWA CHEGU BARD BOHONG?? #TOLAKPR #VOTE4BN

PANAS BERAPI!! #PRU13 PEMUDA PAS P.PINANG DAKWA CHEGU BARD BOHONG?? #TOLAKPR #VOTE4BN


Badrul Hisham Shahrin

GEORGETOWN, Pulau Pinang - Pemuda Pas Pulau Pinang menuntut permohonan maaf calon PKR Dun Sungai Acheh, Badrul Hisham Shaharin berhubung dakwaannya cuba dipukul oleh Pemuda Pas dan anggota Unit Amal Pemuda Pas pada hari penamaan calon, 20 April lalu.

Pemangku Timbalan Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Norazman Ishak berkata, mereka menuntut Badrul atau dikenali sebagai Chegu Bard supaya mengemukakan bukti mengenai dakwaan beliau, anak dan isterinya cuba dipukul di hadapan Dewan Serbaguna, Jawi pada hari berkenaan.

“Kita minta dia kemukakan bukti dan buat laporan polis jika ini benar. Jangan hanya cakap sahaja, laporkan kepada polis, biar polis siasat.

"Jika gagal untuk berbuat demikian, Pemuda Pas desak dia minta maaf secara terbuka dan mengakui bahawa ia hanya tuduhan liar terhadap Pemuda Pas Pulau Pinang dan anggota Unit Amal,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau menafikan tuduhan itu kerana hasil siasatan dan penelitian yang dibuat mendapati tiada kejadian pukul atau serangan ke atasnya berlaku seperti didakwa.

Selain itu, tiada kejadian tolak atau serangan terhadap anak dan isterinya seperti yang didakwa malah mereka tiada dalam perarakan penyokong calon pada hari berkenaan.

Menurutnya, pada hari berkenaan, calon Pas Dun Sungai Acheh, Mohd Yusni Mat Piah tiba bersama-sama penyokong kira-kira jam 7.20 pagi dan memenuhi ruang hadapan di sebelah kiri pintu masuk iaitu ruang yang disediakan untuk penyokong Pakatan Rakyat (PR).

“Petugas keselamatan Pas ketika itu berada di bahagian luar dan mengelilingi kumpulan penyokong calon Pas bagi mengelak dan mengawal provokasi serta tindakan luar kawalan,” katanya.

Baca Selanjutnya DISINI

PANAS TERIK!! #PRU13 : Remaja cedera dilanggar konvoi pembangkang.. #TOLAKPR #VOTE4BN

PANAS TERIK!! #PRU13 : Remaja cedera dilanggar konvoi pembangkang.. #TOLAKPR #VOTE4BN


 Gambar Sekadar Hiasan

KEPALA BATAS 29 April - Seorang bapa kesal dengan penganjur konvoi bermotosikal sebuah parti pembangkang yang didakwa mengabaikan aspek keselamatan sehingga mengakibatkan anak lelakinya cedera selepas dilanggar salah seorang peserta di persimpangan Pokok Sena menghala Tasek Gelugor pada Ahad lalu.

Azlan Din, 45, berkata, dalam kejadian pada pukul 1.40 petang itu, anaknya Muhamad Amirul Wafi Azlan, 18, yang menaiki motosikal sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari sebuah stesen minyak sebelum dilanggar salah seorang peserta konvoi yang mengiringi lawatan pemimpin tertinggi Pas ke kawasan berkenaan.

"Apa yang saya kesalkan selepas anak saya dilanggar, peserta konvoi itu hanya mengangkat anak saya dan kemudian melarikan diri.

Gambar Sekadar Hiasan

 "Saya tidak salahkan peserta konvoi sepenuhnya tetapi pihak penganjur yang sepatutnya bertanggungjawab kerana ia membabitkan soal keselamatan pengguna jalan raya yang lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menerima lawatan calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di rumahnya di Kampung Air Melintas Besar di sini hari ini.

Menurutnya, akibat rempuhan itu, anaknya mengalami retak di bahu dan betis kanan selain luka di muka dan patah gigi.

Katanya lagi, sehingga kini tiada seorang pun wakil Pas menziarahi anaknya yang kini terlantar di rumah.

Dalam pada itu, Muhamad Amirul ketika ditemui berkata, salah seorang peserta konvoi yang melanggarnya menunggang laju.

Gambar Sekadar Hiasan

"Saya tidak ingat apa-apa, bila sedar saya sudah berada di dalam longkang.

"Orang yang melanggar saya itu sudah melarikan diri tetapi ada beberapa peserta yang berhenti membantu saya sebelum dihantar ke Hospital Kepala Batas," ujarnya.

Sementara itu, Reezal Merican memberitahu, penganjur sepatutnya mengambil berat tentang aspek keselamatan peserta dan pengguna jalan raya lain ketika mengadakan konvoi bermotosikal.

"Memang kemalangan kita tidak boleh jangka bila akan berlaku tetapi ia boleh dielakkan sekiranya pihak penganjur mematuhi aspek keselamatan dengan meletakkan seorang marsyal bagi mengawal peserta konvoi.

"Malangnya penganjur tidak berbuat demikian dan apabila kemalangan ini berlaku mereka langsung tidak mahu bertanggungjawab dan tidak datang bertanya khabar kepada mangsa dan keluarga," katanya. 


PANAS TERIK!! #PRU13 Anwar Ibrahim tak boleh jadi PM!! - kata Pak Su Mid.. #BETTERNATION #VOTE4BN

PANAS TERIK!! #PRU13 Anwar Ibrahim tak boleh jadi PM!! - kata Pak Su Mid.. #BETTERNATION #VOTE4BN


Pak Su Mid (berkepiah) bersama Rafidi (rakan blogger)

Tahun 2011 sekitar bulan October/November, saya telah melawat seorang AHLUL ZIKRI / iaitu seorang ULAMA tersohor Kedah yang selalu berbincang tentang AL QURAN dalam bahasa arab yang beliau fahami. Nama ULAMA ini adalah ABDUL HAMID dan lebih senang dikenali sebagai PAK SU MID. Status ULAMA ini diberikan orang kepada beliau dan beliau sendiri tidak pernah mengaku bahwa beliau seorang ULAMA. PAK SU MID adalah antara ULAMA HARFIAH iaitu Sarjana Tatabahasa (Grammarian) Bahasa Arab yang "tinggai beberapa kerat sahaja" (loghat KEDAH) di Malaysia.

PAK SU MID sentiasa menerima kunjungan ziarah dari ramai orang yang menghormati kefahaman PAK SU MID dalam hal-ehwal Islam terutama tentang kefahaman AL-QURAN. Berbalik kepada bicara kita yang asal maka pada sekitar jam 7 petang tahun 2011 bulan October/November (saya tak ingat) saya menziarahi PAK SU MID dengan tujuan berbincang tentang AL-QURAN. Pada biasanya PAK SU MID tidak menerima kunjungan sesiapa pun lepas jam 5 petang tetapi disebabkan hubungan kami yang akrab maka diizinkan saya berbicara sebentar.

Tetapi pada hari tersebut, PAK SU MID telah memaklumkan kepada saya sesuatu yang memeranjatkan. Saya diminta jangan mengajukan pertanyaan untuk menjadi Perdana Menteri sebagaimana yang telah diminta oleh seorang tetamu yang hadir ke rumah PAK SU MID sebelum saya. Maka saya menjadi hairan dan bertanya siapa tetamu PAK SU MID yang minta nak jadi Perdana Menteri ? Dengan senyum simpul PAK SU MID menjawab, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Panggilan kampung PAK SU pada DSAI adalah Anuwat…

Saya ditunjukkan tulisan tangan dalam tulisan JAWI yang ditulis sendiri oleh Anwar Ibrahim meminta beliau mendoakan agar beliau dijadikan Perdana Menteri Malaysia selepas pilihanraya umum ke 13 ini. Saya dimaklumkan oleh PAK SU MID bahwa beliau adalah seorang tua yang duduk bawah pokok dan sapu daun-daun nangka kering sahaja. 

Permintaan Anuwat untuk menjadi Perdana Menteri tidak mampu PAK SU MID tunaikan kerana perkara itu adalah bukan hak PAK SU MID untuk putuskan atau untuk campur tangan. PAK SU MID nasihat Anuwat, biarlah rakyat yang putuskan. Nasihat PAK SU MID kepada Anuwat adalah, SATU KERIH TAK BOLEH MASUK DALAM DUA SARUNG. PAK SU MID menasihati Anuwat untuk meninggalkan dunia politik kerana ianya sudah tidak sesuai dengan dirinya kerana beliau tak mampu untuk menjadi Perdana Menteri.


Maka bertolak daripada peristiwa ini maka saya membuat rumusan Datuk Seri Anwar Ibrahim memang sangat terdesak untuk menjadi Perdana Menteri. Namun segala kejadian yang berlaku dalam hidupnya pada mulanya dikatakan angkara politik UMNO kini telah berubah arah kerana dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, kepimpinan PAS selain daripada MAT SABU / Husam Musa dan MAHFUZ, yang lain-nya sudah tidak mempercayai dakwaan Anwar bahwa beliau tidak melakukan perkara-perkara IMMORAL yang dikaitkan dengan beliau sama-ada berzina mahupun liwat. Ketidak-percayaan ini diterjemahkan oleh Majlis Syura PAS yang mengadakan perbincangan tertutup yang menolak Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang PRU 13. Malah tidak salah dikatakan cerita insider PAS yang mengatakan Anwar mungkin tidak akan bertanding di Permatang Pauh kerana beliau tidak mendapat sokongan PAS. Harun Din adalah antara kepimpinan PAS yang begitu tidak bersetuju dengan Anwar dicalonkan sebagai Perdana Menteri telah berjaya mempengaruhi sebahagian besar kepimpinan PAS yang lain untuk menolak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Bagaikan retak menunggu belah, isu KALIMAH ALLAH yang akan menjadi punca PAS berbalah dengan DAP dan isu Anwar menjadi PM akan menjadi asas PAS berbalah dengan PKR. Keadaan sangat gawat sekarang ini buat Pakatan Rakyat dan blog ini membuat prediksi PAS akan menarik diri daripada Pakatan Rakyat sebelum menjelang PRU 13. Jika PAS tidak mengambil tindakan ini maka PAS akan menjadi korban kepada golongan Anwarinas di dalam PAS yang akan menghancurkan PAS dari dalam dengan tersingkirnya Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa dari PAS / Majlis Syura.


PAS akan kalah teruk dalam PRU 13 ini kerana DAP telah mengkaldaikan PAS untuk mendapatkan sokongan orang-orang Cina manakala Anwar perlukan PAS untuk imej Islamik beliau tetapi yang akhirnya menyebabkan PAS kehilangan sokongan akar umbi disebabkan terpaksa mengalah dalam banyak perkara demi menjaga kesatuan Pakatan Rakyat.

Impian Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri pasti terkubur dengan tindakan Majlis Syura yang menentang beliau dari menjadi PM dan benarlah kata-kata PAK SU MID - SATU KERIH TAK BOLEH MASUK DALAM DUA SARUNG.


PAK SU MID memberi pesan kepada Islam/Melayu di Malaysia supaya BERSATU dan memberi amaran tentang PAS yang telah salah tafsirkan Islam bagi tujuan berpolitik.

EKSKLUSIF @ AKJr #PRU13 PARLIMEN PARIT BUNTAR PASTI DIMENANGI BN @NajibRazak @ZambryAbdKadir @MuaamarGhadafi @Putra2388 @IqbalDWJ #VOTE4BN

EKSKLUSIF @ AKJr #PRU13 PARLIMEN PARIT BUNTAR PASTI DIMENANGI BN  @NajibRazak @ZambryAbdKadir @MuaamarGhadafi @Putra2388 @IqbalDWJ #VOTE4BN



BARISAN Nasional (BN) yakin bakal merampas kembali kerusi Parlimen Parit Buntar termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kurau dan Titi Serong pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei depan.

Calon BN Parlimen Parit Buntar, Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin berkata, buat masa ini tahap jentera BN yang turut dibantu beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) begitu hebat serta tersusun.

"Insya-Allah sokongan rakyat akan dapat disatukan serta merampas kembali kerusi P057 (Parit Buntar), N08 (Titi Serong) dan N09 (Kuala Kurau)," katanya selepas Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Dataran Bagan Serai, hari ini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan calon-calon BN bagi kerusi Parlimen dan DUN di daerah Kerian.

Sementara itu, beliau mengucapkan terima kasih Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan kepimpinan parti di atas kepercayaan kepada orang muda untuk menjadi calon di Parlimen Parit Buntar.

"Dengan adanya semangat baru ini dan kombinasi kerjasama dengan orang lama yang berpengalaman di DUN Kuala Kurau dan Titi Serong serta orang baru di Parlimen, Insya-Allah sokongan setiap golongan masyarakat akan bertambah.

"Kita tengok makluman balas daripada orang muda pun cukup baik dan mereka akan memberi sokongan kepada BN.

"Mereka (golongan muda) merasakan ini salah satu platform bagi orang muda untuk menyuarakan pandangan dan perkhidmatan kepada masyarakat serta rakyat di Parit Buntar.

"Insya-Allah jika dilihat peluang kita amat baik. Kedua-dua calon DUN Kuala Kurau iaitu Cikgu (Mohd) Salleh (Mat Disa) dan DUN Titi Serong, Abu Bakar (Mat Ali) adalah mereka yang sentiasa bekerja dan berkhidmat untuk masyarakat.

"Kedua-dua mereka walaupun tidak terpilih pada pilihan raya umum yang lalu, namun mereka tetap bekerja atas semangat BN," katanya.

Psssttt AKJr : Kepada semua Sahabat2, Kawan2 Pemuda Pemudi, Abg2, adik2, kakak2, Pakcik2 Dan Makcik2 sekalian Marilah kita bersama Menyokong penuh Calon BN P057 PARIT BUNTAR iaitu Sdra Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin pada PRU13 nanti.. Demi Masa depan Anak2, dan cucu kita semua nanti.. Tk.

Ahad, 28 April 2013

PANAS TERIK!! #PRU13 Seramai 1500 ahli PKR Permatang Pauh keluar Parti??

PANAS TERIK!! #PRU13 Seramai 1500 ahli PKR Permatang Pauh keluar Parti??



Gempar! Berita yang baru aku terima. 1500 ahli PKR di Parlimen Permatang Pauh keluar Parti dan sokong Barisan Nasional. Kebanyakkan dari mereka adalah dari kaum India. 

Mereka sebentar tadi telah bertemu dengan calon Barisan Nasional Parlimen Permatang Pauh iaitu Dr Mazlan Ismail dan menyerahkan borang keluar Parti di Safira Club. 

Rata-rata kesemua mereka menyatakan sokongan pada BN dan amat kesal menyokong PKR selama ini di mana Anwar Ibrahim hanya pandai bercakap dan berjanji tetapi Rakyat di kawasan Permatang Pauh terabai. 

Kali ini mereka akan mengubah nasib dengan menyokong BN kerana mereka tahu hanya BN sahaja yang boleh mengembalikan kesejahteraan dan membela Rakyat di sana dan seluruh Malaysia. 

Apalagi yang Rakyat mahukan? Anwar telah gagal di tempat sendiri, inikan pula mahu mentadbir negara? Nak bagus macam mana lagi? Nak ubah macam mana lagi? Ape yang tak cukup lagi? 

Bersyukurlah selama ini kita hidup aman damai makan pakai semua cukup. Cuba korang semua pergi tempat lain, negara lain. Pergi melancong memang seronok tetapi cuba tinggal di sana terus, baru ade akai langit tinggi rendah. 

Jangan ikut orang. Gunakan akal fikiran yang ade, kaji sendiri, fikir sendiri ape kebaikan Kerajaan sekarang. Mengapa perlu diubah? Setelah diubah benarkah negara ini akan berubah? Atau semakin teruk? 

Ingat kembali, Malaysia hanya huru-hara selepas Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara. Betul tak? Sebaik keluar, dia terus memesongkan otak Rakyat Malaysia supaya membenci Kerajaan Barisan Nasional. 

Tak pernah selama ini sekumpulan Rakyat berdemo di jalanraya. Tak pernah selama ini sekumpulan Rakyat rosakkan harta benda awam. Tak pernah selama ini sekumpulan Rakyat belasah anggota keselematan. Tapi selepas Anwar keluar penjara sejak tahun 2004, semuanya berlaku.


Tolak Anwar! Tolak Pakatan Rakyat!

WAJIB TENGOK!! #PRU13 GAMBAR SEKITAR PROGRAM TUN M DI PUTRAJAYA @TengkuAdnanReal @TunFaisal #betternation #vote4BN

WAJIB TENGOK!! #PRU13 GAMBAR SEKITAR PROGRAM TUN M DI PUTRAJAYA @TengkuAdnanReal @TunFaisal #betternation #vote4BN





Barisan Nasional tidak memerlukan penyokong import seperti mana trick yang dilakukan oleh Husam Musa dan Nik Aziz.

Lihatlah sendiri wajah-wajah pengundi Putrajaya yang mahu bersama-sama BN mempertahankan Putrajaya dari dilelong puak PAS.




*Jangan lupa, PAS tak pernah lupakan cita-cita mereka untuk menjual Putrajaya kepada pembeli yang berminat.

EKSKLUSIF #PRU13 : USTAZ FATHUL BARI LAFAZ AKUJANJI MAJUKAN SANGLANG!! #VOTE4BN #BETTERNATION

EKSKLUSIF #PRU13 : USTAZ FATHUL BARI LAFAZ AKUJANJI MAJUKAN SANGLANG!! #VOTE4BN #BETTERNATION



Bagi yang tidak biasa dengan keadaan sawah di Perlis, kita dapat menyaksikan pandangan baru apabila melihat pukat atau jaring yang biasanya digunakan bagi menangkap ikan, dibentang luas di kawasan persawahan. 

Inilah apa yang dapat dilihat di Sanglang yang terletak di selatan Perlis, pukat sering digunakan bagi menangkap burung ayam-ayam dan wak-wak di bendang, yang turut menggambarkan aktiviti sampingan penduduknya. 

Sanglang sebagai kawasan pertanian juga tidak mempunyai bangunan konkrit yang tinggi, yang ada hanya bangunan batu yang dijadikan sarang burung walet, satu lagi lambang aktiviti ekonomi penduduk setempat. 

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang ialah Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Dr Fathul Bari Mat Yahya, 33, yang berazam akan meningkatkan taraf hidup petani dan nelayan jika beliau terpilih sebagai wakil rakyat. 

Menurut calon termuda BN di Perlis ini, para nelayan di Sanglang terutama dari golongan muda perlu diperkasakan melalui pelbagai latihan dan kursus supaya mereka menjadi nelayan moden. 

"Para nelayan di Sanglang juga perlu dibangunkan ekonomi mereka dengan mengajak mereka menyertai industri hiliran yang secara tidak langsung dapat menangani isu lambakan hasil laut pada musim tertentu," katanya dengan memberi contoh aktiviti hiliran di Terengganu yang menjadikannya pengeluar utama keropok. 

"Mungkin kita boleh buat bebola ikan sehingga menjadikan Perlis sebagai pengeluar utama produk tersebut," katanya. 

Beliau yang juga anak bekas Mufti Perlis Datuk Mat Jahya Hussin, pernah berada di Sanglang sejak waktu Subuh untuk bertemu penduduk hingga lewat malam.

Selanjutnya DISINI

WAJIB BACA!! #PRU13 PAKATAN PEMBANGKANG TAK LAYAK GANTI BN.. LAIN KALI LAHHH!! #VOTE4BN

WAJIB BACA!! #PRU13 PAKATAN PEMBANGKANG TAK LAYAK GANTI BN.. LAIN KALI LAHHH!! #VOTE4BN



1. Dengan 30 barang keperluan hidup dan makanan dikawal sepenuhnya oleh kerajaan memerintah selama ini, Malaysia dilihat sebagai negara yang terlalu memanjakan rakyatnya dengan subsidi pada satu pihak, dan satu pihak lagi menyebarkan persepsi yang tidak ada, iaitu pemimpin kaya raya menindas orang miskin.

2. Malah, limpahan subsidi sistem pemerintahan negara ini selama ini telah membuatkan ia turut dinikmati di segenap negara yang bersempadan dengan negara ini.

3. Selatan Thai, kepulauan Jolo, Kalimantan Timur, Kalimantan Barat dan Kepulauan Riau adalah wilayah luar Malaysia yang menjadi kawasan bahan keperluan bersubsidi negara ini turut dinikmati rakyatnya.

4. Ada pihak menyebar persepsi bahawa ahli politik di negara ini terlalu korup sehingga memiliki kekayaan yang beratus juta sedangkan mereka tidak pernah mampu untuk membuktikan tuduhan mereka.

5. Segalanya hanyalah persepsi semata-mata sehinggalah sangat mudah cincin berlian pameran di Singapura dituduh milik Rosmah.

6. Apabila tuduhan seperti ini tidak dilayan, mereka berjaya menguatkan pengaruh persepsi mereka terhadap lebih ramai orang lagi sehinggakan penafian tertuduh pun tidak membawa erti.

7. Jika kita menyatakan negara ini menjual petrol yang mahal, kita seharusnya tidak lupa mengingati Kanada yang mempunyai simpanan petroleum yang besar pun masih mengenakan harga minyak yang sama dengan kita jika dinilai KDNK mereka walaupun mempunyai hanya 38 juta penduduk.

8. Malah Venezuela yang mempunyai simpanan minyak ketiga terbesar di dunia pula menjual minyak RON 95 dengan harga 60 sen seliter tetapi mengenakan cas pada perkhidmatan perubatan , pendidikan berbayar dan cukai pendapatan yang agak tinggi.

9. Ramai lembu bercucuk hidung di negara ini teruja dengan kempen 'Ubah' oleh pembangkang sedangkan mereka tidak tahu kepada bentuk apa ia perlu diubah.

10. Sedangkan kerajaan sedia ada telah terlebih dahulu melakukan perubahan dengan program-program Transformasi yang seharusnya diteruskan oleh pihak yang mahu mengambil alih kepimpinan negara.

Baca Selanjutnya DISINI