PANAS TERIK!! Jom tonton [Video] & Gambar-Gambar Rusuhan Di Little India, Singapura..
Melihat insiden yang berlaku di Singapura semalam, terbukti jiran negara kita ini hanya pandai bercakap dan mencari keburukkan negara lain, walhal bila rusuhan berlaku di negara sendiri, mereka gagal untuk bertindak dengan baik malah lebih teruk dari negara yang mereka selalu tuduh iaitu Malaysia.
Kita bukan nak dengki atau mencari kesalahan pihak luar tapi sebagai contoh masa berlakunya demonstrasi Bersih di Malaysia, pihak media Singapura sedaya upaya "Spin" berita mengenai bersih seolah olah kerajaan Malaysia bertindak ganas terhadap peserta demonstrasi.
Tapi bila lihat dengan apa yang berlaku di Singapura semalam, ternyata mereka lebih teruk dari Malaysia..
Tak dak lah aman sangat Singapura nie, bas langgar mati seorang rakyat asing pun dah jadi rusuhan. Maknanya polis Singapura lambat bertindaklah.
Amat jarang kedengaran rusuhan berlaku di Singapura. Apa yang berlaku malam semalam 08/12/2013 mungkin telah lama terpendam sebagai bom jangka. Video di bawah mengambarkan kejadian awal yang dipercayai berlaku apabila sebuah bas telah melanggar seorang lelaki India sehingga menyebabkan penduduk di Little India bangun merusuh dengan merosakkan bas berkenaan.
Video 'close-up' berkenaan dirakam oleh Berlinda dan pertama kali disiarkan oleh sebuah laman Facebook, theonlinecitizen, di sini.
Berikut adalah gambar-gambar rusuhan di tempat berkenaan.
PANAS BERAPI!! [VIDEO] Bukti Calon PAS #PRKSgLimau Proksi Phahrolrazi Musuh Ustaz Azizan??? #BeraniHijrah
Sudah terang lagi bersuluh!!! Inilah matlamat sebenar kenapa calon Pas, Mohd Azam beria-ia ingin memenangi pilihanraya kecil DUN Sungai Limau. Semua ini telah dirancang oleh Phahrolrazi demi untuk mengukuhkan lagi penguasaan beliau dalam Pas Kedah. Semua sedia maklum bagaimana rapatnya hubungan Mohd Azam dengan Phahrolrazi kerana mereka adalah dua sepulu sedangkan dengan arwah Ustaz Azizan beliau hanya bau-bau bachang sahaja.
Dalam video ini jelas menunjukkan bukti perbualan Phahrolrazi seperti mengarahkan kepada seseorang agar mensabotaj Ustaz Azizan semasa PRU13 lalu. Ustaz Azizan memang mahu dijadikan calon Sungai Limau tetapi Pas mahu Ustaz Azizan kalah dan dimalukan agar membolehkan seseorang lain yang juga dalam kem Phahrolrazi menjadi exco.
PANAS TERIK!! [Video] Rakyat Malaysia Prihatin Merampas Sang Saka Malaya Di Dataran Merdeka!!
Semalam, bertempat di pinggir Dataran Merdeka sewaktu seluruh Rakyat Malaysia sedang menyambut Ambang Merdeka, sekumpulan pengikut PR yang menamakan diri mereka Himpunan Hijau cuba membuat onar di situ dengan mengadakan ceramah dan cuba memperkenalkan bendera baru yang dikenali sebagai Sang Saka Malaya dengan bertujuan untuk menggantikan bendera Malaysia yang sedia ada, Jalur Gemilang.
Beberapa kelibat tokoh pembangkang seperti Pengerusi Kumpulan Hijau, Wong Tack, Adam Adli, A Samad Said, Bawani S, Blogger PR Tukar Tiub, Hishamuddin Rais dan beberapa orang lagi. Namun satu perkara yang mengejutkan berlaku. Seorang Rakyat Malaysia yang amat prihatin, berkepala botak dan berbadan besar seperti CTS, merampas Sang Saka Malaya.
Tindakan Abang Botak berkenaan harus dipuji dan diberi penghormatan. Terdiam A Samad, Said, Adam Adli, Blogger Tukar Tiub dan beberapa lain yang sedang berucap di situ. "Ini bukan bendera Malaysia, itu Bendera Malaysia!" sambil beliau menunjukkan kepada Jalur Gemilang yang sedang berkibar. Lihat video di bawah yang disediakan oleh rakan-rakan dari RakyatNews, juga boleh dilihat di Youtube, di sini.
Tahniah Abang Botak. Sekiranya pihak berkuasa tidak boleh bertindak ke atas manusia-manusia yang menghina bendera Malaysia. Biarlah kita Rakyat Prihatin yang bertindak dengan cara kita sendiri. Rakyat Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Indonesia kerana menghina bendera Malaysia. Rakyat Malaysia menghina bendera Malaysia dibiarkan bebas. Hmmm ...
Buat Abang Botak, AKJr mengucapkan Syabas dan Tahniah diatas semangat Patriotisma beliau terhadap situasi dan keadaan semasa.. AKJr juga berharap akan adalah lagi beribu2 malah berjuta2 orang sebijik mcm abang botak ni pada masa dulu, kini dan selama2nya...!!
PANAS TERIK!! [VIDEO] TERHANGAT DIPASARAN BESUT....HANYA #PRKKualaBesut..
Hadi Awang takut dengan kesetiaan Calon PAS di Kuala Besut sebab itu dibaiah didepan penyokong PAS. Almaklum Azlan nie dulu pernah seleweng apabila berada didalam UMNO sampai dipecat oleh Parti. Kalau dah tak pecaya pada calon kenapa nak bagi Azlan bertanding.
PAS sebenarnya ketandusan Calon bukan UMNO, Namum lidah pembelit PAS HAprakDaily mengatakan sebaliknya. Ini menampakkan bahawa PAS tidak ikhlas didalam perjuangan.berikut adalah lafaz yang disebut oleh Azlan.....
"Bahawa saya Azlan Endot Yusof berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasulnya serta patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), maka saya akan dilaknat oleh Allah, Rasul, orang yang beriman serta sekalian yang melaknat.
"Dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ADUN adalah haram dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi untuk meletakkan jawatan dari menjadi ADUN apabila saya keluar atau dipecat dari parti dan Allah bersaksi atas apa yang saya tuturkan ini." - Baiah yang dilakukan Che Long dipentas ceramah politik di Kuala Besut.
Psssttt... Fuuhhhh Siap bersumpah laknat lagi tu!! huhuhu Hebat2...
PANAS BERAPI!![VIDEO] FAHAMAN SYI'AH KINI TELAH MENULAR DINEGARA KITA??
Perhatikan :
1. Cara Syiah Melayu - Iqamat (minit 1:33)
2. Cara Solat Syiah - Solat (minit 2:28)
3. Cara Mereka Bersalaman - Bila Bertemu Sesama Ahli (minit 3:10)
* pendedahan bersifat umum tanpa mengira pegangan politik atau kedudukan, hanya memohon tindakan selanjutnya dari pihak berwajib serta diri kita sendiri tentang aktiviti penyebaran Syiah secara diam di Malaysia yang semakin berkembang.
*sebarang laporan polis belum dibuat setakat ini. wallahua'alam
Mana perginya Exco Agama Islam di Selangor? Rasanya dah lantik jadi teruslah buat kerja? Tahu atau tidak Syiah ini bahaya dan mereka ini sedang menular di bumi Malaysia. Mereka ini yang menentang ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Subhanallah! Jauhkan mereka dari menyesatkan anak bangsa Muslim di Malaysia! Rasanya JAIS ada tulis pasal bahayanya Syiah. [Klik Sini]
AKJr : Macamana JAIS buat kerja?..atau ada yang menghalang?
PANAS BERAPI!! [VIDEO] PENGAKUAN DAN SUMPAH MUBAHALAH TERBARU DARI MANGSA LIWAT MELAYU KEATAS ANWAR IBRAHIM..
Video diatas adalah merupakan hasil kerja budak-budak Pakatan Bingai yang menyamar pakai baju BN.. Ada sesapa tak kenal mamat-mamat berbakat besar yang berlakon dalam video kat atas tu?
Gua rasa Mamat Khalid mesti berkenan untuk ambik macai tiga ekor dalam video tu untuk filem terbaru beliau yang bertajuk, DAH KALAH TU KALAHLAHHH!!!! KAHKAHKAHKAH......
LAGI SEKALI DITAYANGKAN RAKAMAN VIDEO PENGAKUAN LIWAT TERSEBUT...
WAJIB BACA DAN TONTON!! [VIDEO] DAP Salahkan PAS Punca Kedah Jatuh Kepada BN..
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyalahkan Pas sebagai punca kejatuhan kerajaan negeri itu kepada Barisan Nasional.
Guan Eng bercakap dalam program DAP di ibu kota hari ini menafikan dakwaan BN kuat di Kedah sebaliknya pepecahan dalaman Pas Kedah menyebabkan kerajaan negeri yang sebelum ini diperintah oleh Pakatan telah tumbang kepada BN dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13).
Di Kedah, dalam PRU 13, BN berjaya memenangi 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang membolehkan parti itu membentuk kerajaan baru, berbanding dengan Pakatan yang hanya memenangi 16 kerusi, iaitu Pas menang 10 kerusi, PKR 4 dan DAP 2 kerusi.
Manakala di peringkat parlimen pula, BN memenangi 10 kerusi, PKR 4 dan Pas 1.
Psssttt... AKJr : Tak habis-habis PAS kena buli.... Elok keluar ja dari Pakatan yang tiada kata sepakat tu! Sampai bila PAS terus nak jadi Pak Turut???
PANAS TERIK!! [VIDEO] : Dua Pemuda Dibogelkan Penyokong PKR di Dataran Merdeka Sebab Pakai Baju BN #PRU13 #GE13
Ini adalah situasi terkini di Dataran Merdeka, gelagat kumpulan pengikut PKR memprovokasi serta mencetuskan kekecohan terhadap pengguna lalu-lintas.
Dua orang lelaki yang menunggang motorsikal turut diprovok kerana membawa bendera BN, selepas penunggang tersebut turut membalas provokasi mereka, motorsikal yang ditunggang oleh mereka ditendang.
Selepas berlaku pergelutan, pengikut PR mengepung serta memaksa mereka membuka baju BN yang dipakai jika mahu dilepaskan.
Di mana undang-undang ketika ini?
Sebab itulah kita minta pemimpin PR berikrar tempoh hari bahawa mereka tidak pernah mengarahkan penyokong mereka mencetuskan kekecohan sebagaimana surat OPS Harimau Belang yang tersebar tempoh hari!
Jika beginilah situasi, saya dapat beranggapan bahawa Malaysia akan dilanda kekecohan yang lebih teruk berbanding apa yang berlaku semasa BERSIH3.0 - bertindaklah sekarang!
Tolak puak beruk daripada menjadi kerajaan di Malaysia.
Soalan bermain di fikiran saya, di mana PDRM ketika ini?
PANAS TERIK!! Terkini!! Wan Azizah Sahkan Video Terlarang Nurul Izzah Tulen!! #TOLAKPR #VOTE4BN
Sejak dari semalam kecoh satu Malaysia kerana hangat memperkatakan tentang video aksi terlarang anak kesayangan Wan Azizah iaitu Nurul Izzah..
Kalau sebelum ini ramai yang cuba menafikan kewujudan video tersebut dan puak-puak pembangkang pula menyalahkan UMNO kerana cuba menfitnah Nurul Izzah dengan cara yang hina dan terkutuk walaupun secara realitinya UMNO tidak terlibat..
Tetapi hari ini...Wan Azizah sendiri telah mengaku menerusi blognya bahawa video aksi terlarang anak kesayangannya itu yang telah tersebar sejak semalam adalah tulen dan buka rekaan UMNO...
Kenyataan dari Blog Wan Azizah..
Secara peribadi sebagai seorang ibu, saya amat terguris hati dengan pengedaran klip video memaparkan bekas pensyarah dan anak sulung saya dalam keadaan yang mengaibkan.
Sebagai pengajar yang diberi amanah untuk mendidik anak sulung saya, tindakan bekas pensyarah itu adalah dikutuk dan dikeji serta melanggar sepenuhnya tata etika sebagai seorang dengan memanipulasikan anak saya yang masih mentah ketika itu.
Saya dan keluarga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan sesiapa yang terlibat membuat sebaran klip video tersebut.
Kesian Wan Azizah...satu persatu bala yang menimpa dirinya..Yang si suami tak kira depan belakang..hentam saja la...dan yang si anak pula sanggup buat perbuatan yang terkutuk dengan pensyarahnya hanya untuk mendapat gred yang tinggi...
Layakkah orang-orang macam ni menjadi pemimpin masyarakat..fikir-fikirkan..
WAJIB TONTON!! [Video] JENERAL Hashim Calon PR JB samakan penjawat awam dengan kera #tolakPR #PRU13
Senarai yang perlekeh, biadab dan kurang ajar dengan penjawat awam di kalangan pemimpin PR - Latheefa Koya, Nurul Izzah, Tian Chua, Husam, Teresa Kok dan sekarang Hashim. Ini belum termasuk pemimpin dan penyokong mereka yang memanggil polis sebagai anjing dan sebagainya.
Mesti Nurul Izzah termalu kan? Tu la, lain kali jangan suka memfitnah orang... Lebih banyak penipuan, cybertoorpers, jentera dan penyokong pembangkang akan didedahkan selepas ini. Pelbagai papan tanda, sms, posting online di twitter, fb dan sebagainya sedang disebarkan menggunakan logo BN. Menjelang saat-saat akhir akan lebih banyak taktik kotor digunakan oleh pihak-pihak tidak bertanggung jawab ini..
Jangan termakan dengan politik keji PR ini. Jangan percaya dan jangan buat keputusan salah bersandarkan emosi disebabkan taktik kotor pembangkang ini. BN menyokong pilihan raya yang bersih, adil dan telus. Malangnya yang mengotorkan pilihan raya ini adalah pihak yang kononnya berdemonstrasi menuntut pilihan raya yang bersih. Nampak sangat hipokritnya kan....
GEMPAR!! [VIDEO] YAHUDI BERI SOKONGAN DAP UNTUK MENANG #PRU13 #TOLAKDAP #TOLAKPR #PakatanPemusnahNegara
Memang sukar untuk dipercayai, tetapi ia benar berlaku dan sudah pun terdedah dan tersebar di Youtube sebuah video yang dikirim kepada pihak pembangkang oleh Gereja Jurusalem di Israel bagi memberi semangat kepada parti itu dalam menghadapi Pilihanraya ke-13.
Antara kata-kata ‘doa’ pihak gereja ialah ‘Malaysia diberkati oleh Tuhan (the Lord), Tuhan berkati Malaysia dan kerajaan barunya’. Dan ‘kami akan membawa Malaysia bersama’ ‘tiada lagi kegelapan buat Malaysia’ dan lain-lain lagi.
Selain itu, perutusan dari pihak gereja Israel juga turut menekankan, ‘bakal kerajaan baru Malaysia’ seolah-olah kemenangan PR adalah sesuatu yang pasti. Mengikut mereka, ‘kerajaan baru’ inilah yang merupakan jalan yang benar yang akan membawa Malaysia di bawah keberkatan ‘Tuhan’.
Apabila video in meletup di laman-laman facebook sejak pagi tadi, penulis menunggu reaksi puak-puak PAS mengenainya. Seperti yang dijangka, mereka memilih untuk ‘tidak percaya’ daripada menyiasat dan memikirkannya. Mereka lebih rela berada di dalam kegelapan daripada mengakui kesilapan. Alasan biasa mereka ialah video telah diedit atau pihak gereja sengaja diupah oleh UMNO. Soalnya, jika UMNO ingin mengupah Israel, UMNO perlu terlebih dahulu memberitahu Israel bahawa Israel adalah jahat dan UMNO tidak boleh dilihat bersekongkol dengan orang jahat oleh itu Israel perlu dilihat menyokong PR.
Tentulah ini tidak masuk akal.
Sebenarnya, bagi yang mengikut perkembangan politik sejak dahulu, sokongan Israel terhadap PR, terutamanya Anwar bukan sesuatu yang aneh. Suatu ketika Jerusalem Post pernah menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Anwar. Anwar juga pernah menyatakan sokongan terbuka terhadap Israel. Justeru, kenapakah masih ada pihak terutama di dalam PAS untuk menafikannya?
Anwar juga yang telah menandatangani Annapolis Summit 2007 yang mengiktiraf negara Israel. BERSIH dan SUARAM, iaitu dua NGO yang begitu giat membantu Anwar dan Pakatan Rakyat juga telah mengakui menerima dana asing iaitu dari rangkaian George Soros yang turut menaja matlamat Zionis, yakni, Israel untuk menguasai dunia melalui misi pertukaran rejim.
Namun, apa yang wajar diberi perhatian serius ialah video tersebut lebih merupakan perutusan tahniah daripada perutusan doa semata-mata. Kenapa? Apakah sudah sah yang PR akan menang? Atau apakah mereka telah diberi maklumat palsu oleh agen di sini bahawa kononnya PR akan menang? Atau apakah PR akan memastikan mereka menang juga dalam PRU kali ini dengan apa jua cara, bersih atau kotor, depan atau belakang secara aman atau bermandi darah?
Kita mungkin tidak akan mampu untuk ‘memulihkan penglihatan’ atau ‘mengembalikan kewarasan’ saudara-saudara kita di dalam PAS dengan menyebarkan video ini tetapi kita boleh terus berusaha bagi mengelakkan segala kemungkinan buruk. Apapun perancangan musuh terhadap kita tidak akan berjaya jika kita tidak terpedaya dalam permainan mereka untuk melagakan kita sesama sendiri atau mengheret kita ke jalanraya untuk berdemonstrasi.
Pilihanraya kali ini bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan rakyat untuk berfikir. Sedarlah bahawa kita telah memasuki era baru di mana yang bijak sahaja yang akan selamat manakala yang masih ketinggalan di zaman jahiliah sibuk berfikir soal wanita serta dosa pahala orang akan ‘hilang’ secara perlahan-lahan.
WAJIB TONTON!! #PRU13 [VIDEO] PEMBONGKARAN SIAPA HUSAM MUSA OLEH KICKDEFELLA DI PUTRAJAYA @TengkuAdnan @TunFaisal
Rakaman khas pendedahan penipuan Husam Musa oleh blogger yang juga orang rapat Husam Musa di Putrajaya menceritakan secara terperinci modus operandi Husam Musa. Syed Azidi juga membongkarkan pergerakkan propaganda Husam Musa.Selain itu juga, Projek Lebuhraya Rakyat yang sebaliknya menarah Balak, Lembah Sireh menjadi projek Gajah Putih, Koridor Depu hanya tinggal tanah tetapi balaknya juga ditarah, Projek Stadium tertutup bernilai 320juta yang terbengkalai dan lain-lain.
Selain itu Syed Azidi atau Kickdefella turut mencabar Husam Musa untuk berdebat dengannya bagi membuktikan kebenaran kepada penduduk di Putrajaya.
Ini dah kali ke berapa Syed Azidi cabar Husam, tapi sehingga kini satu cabaran tidak disahut oleh Dato Husam.
Pssttt... AKJr : Rakyat Kelantan dah terkena, orang Putrajaya Jangan mudah percaya jelmaan penasihat 25% ini.
Mungkin ini adalah petanda pada DAP yang bakal tersungkur di Pulau Pinang. Ceramah yang diadakan malam tadi di Jalan York, Pulau Pinang telah mencatatkan sejarah apa bila Mursyidul Am DAP "kemalangan" jatuh tersembam..
Mungkin kejadian Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh sebagaimana dalam video di bawah, ia berlaku secara tak disengaja disebabkan wujudnya unsur kecuaian.
Atau mungkin sebenarnya ada unsur sabotaj oleh jentera PR, aspek ini sukar dipastikan.
Tapi melihatkan orang tua tu jatuh tersembam menyembah bumi memang kasihan. Kita harap tiada kecederaan serius yang berlaku.
Apa pun, jika perkara sebegini berlaku pada pemimpin UMNO tentunya ramai penyokong PAS menganggapnya sebagai bala. Sebab ia menimpa pemimpin idola PAS, automatik dianggap sebagai ujian agaknya.
WAJIB TONTON!! [VIDEO] KASIHAN MB NIZAR PEMBOHONG BERSIRI SEMAKIN DILUPAKAN...
Nampaknya si Lambei Meroyan nie sebagai pembohong bersiri semakin malap dan dilupakan, manakan tidak, ramai yang sudah muntah dengan temberangnya merata-rata, menganggap rakyat sebagai lembu dia akan sesuka hati bapaknya nak buat cerita dan fitnah kepada setiap yang dilembukan di ceramah beliau, tanpa peduli dan pandang ringan dengan rakyat yang dianggap sebagai pak angguk disetiap ceramah dia yang akan melaungkan takbir bila disuruh
Pasir panjang tak perlukan dia lagi, buat apa dia nak diberi tempat sebab dah terlalu banyak menyusahkan pakartun Roket termasuk rakyat yang dah cukup menyampah pada si lambei meroyan nie. Sepanjang dia sebagai MB dan YB nampaknya yang dia bagi hanya lah cermah sepanjang masa, lcepas tu pulak temberang sana dan temberang sini... Kencing sana dan kencing sini... Lupa lah pulak dia dengan sepatutnya tanggung jawabnya pedulikan pasal rakyat di Pasir panjang dan Bukit gantang ceramah lebih utama, lagi puntang ni yang syok bagi dia, boleh maki hamun dan fitnah sesuka bapak nya...
Teman maleh nak Cakap tapi yang teman boleh bagi tau komer iaitu tengok ler video diatas ni bila di kencingnya bulat-bulat kat rakyat, tengok let macamana dia berbohong yang dah jadi wajib dalam dirinya... Naya beb kalu kena kencin dia nie kata dema mau 3 tahun meroyan macam dia, kekekeke...
PANAS TERIK!! Anwar telah temui pelanduk 2 serupa pelakon Video Seks ChinaDoll??
SD Johari Yasin
KUALA LUMPUR 16 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mengesahkan sama ada benar dakwaan yang beliau telah menemui seorang individu mirip wajahnya untuk mengaku terlibat dalam semua kegiatan liwat yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu.
Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Yasin memberitahu, lelaki tersebut didakwa berasal dari Thailand tetapi sedikit muda setelah usaha mencari orang yang memiliki wajah dan umur yang sama dengan Anwar gagal.
Berikut adalah kenyataan penuh SD Johari:
1. Kita difahamkan melalui maklumat dari dalam PKR bahawa Anwar telah berjaya dalam usaha mencari 'pelanduk dua serupa' yang mirip wajahnya. Orang tersebut dikatakan berasal dari Thailand, cuma sedikit muda daripada Anwar. Mereka gagal mencari orang yang sama rupa dan sama umur.
2. Kita juga difahamkan bahawa usaha ini mengambil masa yang lama sebab pelanduk dua serupa tersebut terpaksa melakukan 'plastic surgery' untuk pastikan paras rupa mirip Anwar.
Dengar kata orang Thailand itu akan membuat pengakuan dalam bahasa Thailand bahawa dia yang terlibat dalam semua kegiatan liwat. Anwar juga akan buat dakwaan bahawa UMNO yang bayar orang Thailand tersebut.
3. Anwar juga dipercayai akan menggunakan episod 'pelanduk dua serupa' beliau sebagai case reference untuk menyelamatkan Mustafa Ali. Kita tidak menuduh Anwar apa-apa tetapi hanya meminta Anwar supaya dapat buat pengesahan tentang perkara ini sama ada akan berlaku atau tidak.