SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label PAPAGOMO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAPAGOMO. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Jun 2013

PANAS TERIK!! GEMPAR.. BLOGGER PAPA GOMO GANTUNG LAPTOP??

PANAS TERIK!! GEMPAR.. BLOGGER PAPA GOMO GANTUNG LAPTOP??



Blogger terkenal, Papa Gomo yang 'memeriahkan' alam maya dengan entri-entri kontroversi mengumumkan mahu bersara daripada dunia blogging. 

Menulis dalam laman mikro Twitter menggunakan nama @PapaGomo, blogger berkenaan memaklumkan perjuangannya dalam dunia blogging sudah berakhir. 

"I'm done (saya selesai). Itu yang Gomo boleh katakan dalam perjuangan dengan nama blog Papa Gomo. Bagi peluang blogger baru gegar alam maya ini," tulisnya pada Isnin lalu. 

Papa Gomo merupakan blogger yang tidak asing lagi dengan hasil tulisan dan pendedahan mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai skandal. 

Terbaru, blogger berkenaan berhadapan dengan kes saman oleh ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang akan didengar awal tahun depan. 

Saman fitnah RM100 juta itu difailkan Anwar 21 Mac lalu dengan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog berkenaan. 

Ia ekoran penayangan video lucah yang didakwa sebagai pemimpin pembangkang itu. 

Wan Muhammad Azri bagaimanapun menafikan bahawa beliau adalah pemilik blog berkenaan. 

Papa Gomo yang identitinya masih menjadi teka-teki dalam laman mikro Twitternya turut menulis, beliau yakin ramai lagi blogger berbakat dapat diketengahkan untuk memeriahkan PRU14 kelak. 

Blog Papa Gomo juga kini tidak boleh diakses lagi. 

"Gomo nak fokus pada perniagaan pakaian tu. Lagipun bulan puasa dah nak tiba dan ni masanya nak cari duit lebih," tulisnya. 

"Gomo yakin PRU14 akan ada ramai blogger pro BN yang hebat. 

"Semoga perjuangan rakan rakan blogger lain akan terus hebat dan menguasai arus blogger yang ada pada PRU14. Pakatan mesti dihancurkan," tambahnya lagi dalam posting berlainan.

Sabtu, 4 Mei 2013

WAJIB BACA!! PENJELASAN KENAPA @MILOSUAM DITANGKAP & @PAPAGOMO TIDAK??

WAJIB BACA!! PENJELASAN KENAPA @MILOSUAM DITANGKAP & @PAPAGOMO TIDAK??




Kelmarin kecoh kita dihangatkan dengan berita blogger tersohor Pakatan Pembangkang Milo Suam yang ditahan pihak Polis di KLIA ketika mahu melarikan diri ke luar negara. Maklumat yang Gomo perolehi Milo Suam pada malam itu sepatutnya akan lari ke Singapura dan seterusnya menuju ke Jerman dimana destinasinya bagi bersembunyi ekoran jenayah Fitnah ancaman keselamatan negara yang telah beliau lakukan. Rata rata puak Pembangkang bising ekoran penahanan Milo Suam ini dan ada yang menyatakan kenapa Papa Gomo tidak ditahan sedangkan Papa Gomo mengeluarkan Video Lucah Anwar Ibrahim.

Gomo sebenarnya malas mahu menjawap isu yang dibangkitkan oleh pihak Pembangkang namun Gomo rasa perlu Gomo maklumkan disini pekara yang berlaku agar seluruh rakyat mengetahui kebenarannya.

Papa Gomo
- Mengeluarkan paparan klip video aksi SEKS Anwar Ibrahim yang mana kita tahu Anwar Ibrahim selaku individu yang dimaksudkan dengan video seks tersebut TIDAK MEMBUAT LAPORAN POLIS berhubung klip video tersebut ataupun paparan video tersebut.

Dalam pekara ini mana mana individu yang dituduh seharusnya membuat laporan Polis bagi memaksa pihak Polis menjalankan siasatan secara menyeluruh dan jika Anwar Ibrahim membuat laporan Polis ke atas Blog Papa Gomo sudah pasti Papa Gomo akan ditahan bagi membantu siasatan tersebut. Jadi atas sebab Anwar Ibrahim sendiri yang TIDAK MEMBUAT LAPORAN POLIS maka Pihak Polis tidak ada upaya bagi menahan Papa Gomo dalam pekara ini.



Milo Suam

- Blogger Milo Suam sudah beberapa kali mengeluarkan dokumen PALSU yang diedit bagi menjatuhkan imej kerajaan seperyti Majlis Keselamatan Negara, PDRM, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara dan beberapa lagi agensi kerajaan yang lain.

Baca Selanjutnya DISINI

Rabu, 10 April 2013

GEMPAR!! Selepas PapaGomo, RBF Online Umum Bertanding #PRU13 Lawan Husam Musa? #TolakPR

GEMPAR!! Selepas PapaGomo, RBF Online Umum Bertanding #PRU13 Lawan Husam Musa? #TolakPR





Orang tua-tua selalu pesan kalau kita nak kahwin kita kena kenal pasti siapa pasangan kita. Anak siapa, asal usul, susur galur keturunan dan sebagainya. Sebabnya kita nak cari pasangan mestilah dari keturunan orang baik-baik. Jika kita pilih pasangan dengan orang yang asal usulnya atau keturunan keluarganya huru hara, maka kita pun akan dapat keluarga yang huru hara.

Begitu juga dengan orang yang nak beli kereta. Kalau dia nak beli kereta baru dia akan cari kereta yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat yang mengeluarkan kereta yang bagus,syarikatnya stabil, nilai kereta tidak jatuh serta mudah untuk cari alat ganti. Sebabnya dia tidak mahu susah kemudian hari.

Kalau dia nak beli kereta terpakai pula , maka dia akan periksa pula berapa usia kereta itu, siapa tuannya, ada kemalangan atau tidak, ada rosak atau tidak dan sebagainya.

Apa sahaja yang kita nak buat kita kena periksa asal usul dan sebagainya supaya kita tidak tertipu. Benda atau perkara yang berasal dari asal usul yang tidak baik maka sampai bila-bila pun ianya akan jadi tidak baik.

Begitu jugalah dengan parti Pas....

Asal-usul tertubuhnya Pas kerana kekecewaan, marah dan dendam seorang pemimpin Umno yang tewas merebut jawatan Yang Dipertua Umno di tangan Tunku Abdul Rahman. Dia lari ke Perak dan tubuh parti yang berasaskan agama untuk menarik sokongan orang melayu. Mereka nak pakai nama melayu tak boleh kerana Umno dah pakai. Mereka guna nama islam kerana katanya islam lebih tinggi dari melayu.

Orang putih yang menjajah Malaya pada waktu itu jadi tukang cucuk untuk mereka menubuhkan parti baru supaya melayu berpecah belah. Apabila melayu berpecah belah mereka boleh melengah-lengahkan pemberian kemerdekaan kepada Malaya yang sedang dituntut Umno, dan mereka dapat kaut lagi hasil bijih timah serta hasil-hasil bumi lain di negara ini.

Baca Selanjutnya DISINI

Isnin, 8 April 2013

PANAS TERIK!! #PRU13: Sah @PapaGomo Akan Cabar @AnwarIbrahim di Permatang Pauh..

PANAS TERIK!! #PRU13: Sah @PapaGomo Akan Cabar @AnwarIbrahim di Permatang Pauh..


Wakil Papa Gomo Mohamad Rafi Awang Kechik

KUALA LUMPUR: Penulis blog kontroversi Papa Gomo akan bertanding sebagai calon Bebas yang akan mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata wakilnya, Mohamad Rafi Awang Kechik pada Isnin.

Mohamad Rafi, yang juga Presiden Nadi Rakyat Malaysia berkata, Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, telah membuat keputusan untuk bertanding sebagai calon Bebas untuk mendedahkan dakwaan salah laku Ketua Pembangkang kepada rakyat.

"Selepas menimbang cadangan daripada beberapa kumpulan dan individu, saya percaya dan saya akan mendedahkan semua salah laku yang dilakukannya kepada pengundi di kawasan beliau.

"Kita juga mahu menguburkan karier politik Anwar,” kata Mohamad Rafi yang mewakili blogger berkenaan, kepada pemberita di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Wilayah Persekutuan di sini.

Pada Jumaat, Anwar mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum kali ini.

Anwar memfailkan saman fitnah berjumlah RM!00 juta terhadap Papa Gomo berhubung penyebaran gambar tunggal hitam-putih yang menunjukkan bahagian belakang seorang lelaki berbogel di dalam bilik hotel yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang itu.

Paparan itu juga menyediakan pautan ke laman blog lain dipanggil "Aksi si Raja Goyang", yang menyiarkan 13 gambar yang menunjukkan dua lelaki meraba-raba dan mencium satu sama lain, kononnya diambil dari video yang sama.

Anwar telah menafikan bahawa beliau adalah lelaki dalam video berkenaan.

* Sumber mStar Online

Di Bawah adalah Ucapan Papa gomo:


Assalammuakaikum dan selamat sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penduduk di Permatang Pauh Pulau pinang.

Saya telah pun mengambil borang calon SPR bagi melayakkan diri saya bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 ini melalui wakil saya Saudara Rafi Awang Kecik yang juga merupakan Presiden Nadi Rakyat Malaysia. 

Saya mengumumkan untuk bertanding pada pilihanraya ini menentang Dato Sri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh bagi menunjukkan kepada Dato Sri Anwar Ibrahim yang saya benar benar serius untuk meminta beliau berundur secara terhormat dari Arena politik negara.

Sebelum ini saya telah pun memberikan amaran agar beliau berundur bagi mengelakkan video video aksi homoseks beliau dipaparkan kepada umum. Namun Dato Sri Anwar masih degil dan mahu mengheret pekara ini dengan lebih besar lagi.

Tun Dr Mahthir pernah memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim nasihat untuk berundur secara terhormat sewaktu beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keewangan. Tun Dr Mahathir memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim peluang untuk tidak diaibkan. Jadi saya juga telah melaksanakan apa yang idola saya Tun Mahathir lakukan dengan memberikan Amaran dan nasihat untuk Dato Sri Anwar Ibrahim berundur secara terhormat sebelum diaibkan dengan lebih dasyat lagi.

Saya mahu bertanding kerana saya mahu menyatakan kebenaran sebagai satu bukti nyata yang saya bukanlah menfitnah. Saya tampil masuk gelanggang bagi menyampaikan perkhabaran kepada dunia saya mahu rakyat sedar betapa rendah dan jijik moral Dato Sri Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia. 

Didalam pilihanraya ini lah medan terbaik untuk saya mendedahkan segala galanya yang mana dibantu dengan rakan rakan seperjuangan yang lain seperti Dato Eskay, Dato Nallakarupan, Ezam Mohd Nor, Ng Lum Yong, Zahid Mat Arip, Yb Zulkifli Nordin, Anuar Shaari, Hamizun, dan ramai lagi bekas bekas orang kanan Anwar Ibrahim yang kenal bentuk tubuh Dato Sri Anwar Ibrahim.

Kalah sudah pasti buat saya tetapi saya akan pastikan pengundi permatang pauh kenal dengan lebih dekat siapa Dato Sri Anwar Ibrahim ini apatah lagi dengan bukti yang ada ditangan saya.

Nantikan saya pada hari penamaan calon di Permatang Pauh. Misi Selamatkan Negara akan dilaksanakan saya dengan dibantu seluruh jentera NGO Nadi Rakyat yang diketuai Presidennya Saudara Rafi Awang Kecik.

Psssttt.. AKjr: Cayalah PAPAGOMO!! Kasi TIBAI itu olang yg manyak buusuukkkk punya... kahkahkah.. ANWAR IBRAHIM Bersiap sedia lah Engkau ke Liang Kuburrrr... hehehee... terkencing2 anwar bebb..

SUMBER Facebook  PAPA Gomo

Sabtu, 23 Mac 2013

PANAS TERIK!! RAFIZI KANTOI!! "Saya bukan Papa Gomo.."

PANAS TERIK!! RAFIZI KANTOI!! "Saya bukan Papa Gomo.."


                                                                        Rafizi Ramli

SHAH ALAM - Individu yang dikaitkan dengan Papa Gomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris menafikan dirinya adalah blogger pro-Umno seperti yang didakwa oleh PKR, semalam.

Sebaliknya, Wan Muhammad Azri menegaskan beliau adalah Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd.

"Saya nak maklum bahawa nama saya adalah Wan Muhammad Azri Wan Deris, kad pengenalan 8301210350** dan merupakan Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd.

"Saya tegaskan di sini bahawa saya bukan blogger Papa Gomo seperti didakwa pembangkang," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.

Wan Muhammad Azri turut menafikan dakwaan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bahawa beliau pernah menjadi pengundi hantu kerana beliau belum pernah mengundi sebelum ini.

"Macam mana (boleh jadi) pengundi hantu sedangkan saya belum pernah mengundi lagi. PRU12 (Pilihan Raya Umum ke-12) saya belum ada kesedaran untuk mengundi.

"Sekarang, saya daftar mengundi di Parlimen Wangsa Maju dan tidak pernah mendaftar untuk mengundi di mana-mana tempat selain Wangsa Maju," katanya.

Pssstttt... AKjr : Kah kah kah... Apalah nk jadi dgn si jambu ni?? Membohong saja keje dia!! woiii Rafizi ang x takut dosa ker?? menipu sana, menipu sini, kelentong sana, kelentong sini... ishhh INSAF LA WEIIII!!!

Khamis, 21 Mac 2013

PANAS TERIK!! Saman RM100 Juta - Anwar Ibrahim Tarik Balik Saman Keatas Papa Gomo

PANAS TERIK!! Saman RM100 Juta - Anwar Ibrahim Tarik Balik Saman Keatas Papa Gomo




Ingatkan Anwar nak cabar Gomo supaya dedahkan jika benar ada bukti, rupanya nak ulas pun takut. Semalam bukan main lagi umum satu dunia nak saman Gomo 100 juta...

Anwar serah cabaran Papa Gomo kepada peguam

PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan 'cabaran' Papa Gomo yang memberi beliau tempoh 48 jam supaya menarik balik saman terhadapnya jika tidak mahu lebih banyak pendedahan dibuat.

"Saya serahkan perkara itu kepada peguam saya untuk uruskannya," kata beliau ringkas pada sidang media di sini, hari ini.

Papa Gomo membuat kenyataan beliau enggan menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf walaupun bakal berhadapan saman berjumlah RM100 juta, sebaliknya mahu mendedahkan lebih banyak video membabitkan Anwar.

Menerusi sebuah entri di blognya semalam, Papa Gomo berkata, beliau ingin mengikut jejak langkah idolanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang enggan memohon maaf apabila menggelarkan Anwar sebagai homoseksual.

Baca selanjutnya DISINI