SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label ZAMBRYABDKADIR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ZAMBRYABDKADIR. Papar semua catatan

Isnin, 2 September 2013

Putra Disokong 24 Bahagian Pemuda Perak Calon Exco Pemuda Malaysia!! @NajibRazak @ZambryAbdKadir @tunfaisal

Putra Disokong 24 Bahagian Pemuda Perak Calon Exco Pemuda Malaysia!! @NajibRazak @ZambryAbdKadir @tunfaisal


Siapa tak kenal Putra di Perak. Dari budak-budak kecik sampai orang tua terutama di Bahagian Ipoh Barat semua kenal Putra dan apa jasa beliau diperingkat cawangan, bahagian, negeri Perak dan nasional. Inilah calon exco pemuda UMNO yang layak membantu Pemuda UMNO Malaysia bagi penggal yang akan datang. 

Ketua Pemuda Ipoh Barat ini terkenal dengan suara lantangnya membela bangsa Melayu ini bukanlah hanya mula bekerja ketika musim pemilihan sahaja tidak seperti calon kosmetik lain yang hanya muncul ketika musim pemilihan. Beliau sudah bekerja sejak 4 5 tahun dulu lagi diperingkat negeri Perak terutamanya. 

Tidak dapat tidak disangkal lagi peranan dan kerja kuat beliau membantu jentera negeri Perak terutama Pemuda untuk menawan kembali negeri Perak dari tangan kotor Pakatan Rakyat. Akhirnya, BN dan UMNO berjaya menawan kembali Perak dan menjaya mendirikan kerajaan. 

Baca selanjutnya di blog sahabat teman DISINI



Sabtu, 18 Mei 2013

EKSKLUSIF @ AKJr : TAHNIAH KEPADA BARISAN EXCO BARU NEGERI PERAK SEMOGA PERAK TERUS AMAN JAYA! Cc: @ZambryAbdKadir

EKSKLUSIF @ AKJr : TAHNIAH KEPADA BARISAN EXCO BARU NEGERI PERAK SEMOGA PERAK TERUS AMAN JAYA! Cc: @ZambryAbdKadir




Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Menteri Besar 
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam.


 
Datuk Saarani Mohamad 
Pengerusi Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


 
Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid 
Pengerusi Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor 


 
Datuk Zainol Fadzi Paharuddin 
Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air.

 
Datuk Shahrul Zaman Yahya 
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia

 
Mohd Nizar Zakaria 
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi.


 
Dr Muhammad Amin Zakaria 
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.


Datuk Rusnah Kassim 
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Integrasi Nasional

Datuk Samsudin Abu Hassan 
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil (NGO).

Nolee Ashilin Mohammed Radzi 
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan.


Pssstttt... AKjr : Tahniah Dan Syabas Diucapkan kepada YB-YB Semua Diatas perlantikan Tersebut.. Semoga Perak akan lebih Aman Dan Jaya Dimasa Depan.. InsyaAllah..

Isnin, 29 April 2013

EKSKLUSIF @ AKJr #PRU13 PARLIMEN PARIT BUNTAR PASTI DIMENANGI BN @NajibRazak @ZambryAbdKadir @MuaamarGhadafi @Putra2388 @IqbalDWJ #VOTE4BN

EKSKLUSIF @ AKJr #PRU13 PARLIMEN PARIT BUNTAR PASTI DIMENANGI BN  @NajibRazak @ZambryAbdKadir @MuaamarGhadafi @Putra2388 @IqbalDWJ #VOTE4BN



BARISAN Nasional (BN) yakin bakal merampas kembali kerusi Parlimen Parit Buntar termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kurau dan Titi Serong pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei depan.

Calon BN Parlimen Parit Buntar, Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin berkata, buat masa ini tahap jentera BN yang turut dibantu beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) begitu hebat serta tersusun.

"Insya-Allah sokongan rakyat akan dapat disatukan serta merampas kembali kerusi P057 (Parit Buntar), N08 (Titi Serong) dan N09 (Kuala Kurau)," katanya selepas Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Dataran Bagan Serai, hari ini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan calon-calon BN bagi kerusi Parlimen dan DUN di daerah Kerian.

Sementara itu, beliau mengucapkan terima kasih Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan kepimpinan parti di atas kepercayaan kepada orang muda untuk menjadi calon di Parlimen Parit Buntar.

"Dengan adanya semangat baru ini dan kombinasi kerjasama dengan orang lama yang berpengalaman di DUN Kuala Kurau dan Titi Serong serta orang baru di Parlimen, Insya-Allah sokongan setiap golongan masyarakat akan bertambah.

"Kita tengok makluman balas daripada orang muda pun cukup baik dan mereka akan memberi sokongan kepada BN.

"Mereka (golongan muda) merasakan ini salah satu platform bagi orang muda untuk menyuarakan pandangan dan perkhidmatan kepada masyarakat serta rakyat di Parit Buntar.

"Insya-Allah jika dilihat peluang kita amat baik. Kedua-dua calon DUN Kuala Kurau iaitu Cikgu (Mohd) Salleh (Mat Disa) dan DUN Titi Serong, Abu Bakar (Mat Ali) adalah mereka yang sentiasa bekerja dan berkhidmat untuk masyarakat.

"Kedua-dua mereka walaupun tidak terpilih pada pilihan raya umum yang lalu, namun mereka tetap bekerja atas semangat BN," katanya.

Psssttt AKJr : Kepada semua Sahabat2, Kawan2 Pemuda Pemudi, Abg2, adik2, kakak2, Pakcik2 Dan Makcik2 sekalian Marilah kita bersama Menyokong penuh Calon BN P057 PARIT BUNTAR iaitu Sdra Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin pada PRU13 nanti.. Demi Masa depan Anak2, dan cucu kita semua nanti.. Tk.

Selasa, 16 April 2013

INFO @ AKJr #PRU13 : SENARAI PENUH CALON BN PERAK (Latest Update) cc: @ZambryAbdKadir @Putra2388 @MuaamarGhadafi

INFO @ AKJr #PRU13 : SENARAI PENUH CALON BN PERAK (Latest Update) cc: @ZambryAbdKadir @Putra2388 @MuaamarGhadafi



Senarai terkini Calon Barisan Nasional untuk Negeri Perak, sekitar jam 12.45 Menteri Besar Datuk Seri Diraja Dr Zambry bin Abd Kadir telah mengumumkan kesemua calon Perlimen dan Dun di bangunan UMNO negeri Perak, rata-rata semua menerima dengan baik tanpa ada sebarang bantahan sebagaimana di PRU 12 lalu

Lebih 60% muka baru diperkenalkan sekali gus Perak adalah paling ramai Calon Baru, semuda 29 dan 31 tahun bakal menjadi calon untuk PRU 13, 

SENARAI CALON BN PERAK

P.054 : GERIK
DATO HASBULLAH OSMAN (Berpindah dari DUN Temengor ke Parlimen)
 Pemangku Ketua UMNO Bahagian
 Setiausaha Politik Kpd YAB Timbalan Perdana Menteri  Bekas ADUN Temengor

N.01 : PENGKALAN HULU
AZNEL IBRAHIM (Muka Baru)
 Naib Ketua UMNO Bahagian

N.02 : TEMENGOR
SALBIAH MOHAMED (Muka Baru)
 Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Perak


P.055 : LENGGONG
DATO’ SHAMSUL ANUAR NASARAH (Kekal)
 Naib Ketua UMNO Bahagian

N.03 : KENERING
YB DATO MOHD TARMIZI BIN HJ IDRIS (Kekal)
 Timb Ketua UMNO Bahagian

N.04 : KOTA TAMPAN
YB DATO SAARANI BIN MOHAMAD (Kekal)
 Ketua UMNO Bahagian Lenggong  EXCO Kerajaan Negeri


P.055 : LENGGONG
DATO’ SHAMSUL ANUAR NASARAH (Kekal)
 Naib Ketua UMNO Bahagian

N.03 : KENERING
YB DATO MOHD TARMIZI BIN HJ IDRIS (Kekal)
 Timb Ketua UMNO Bahagian

N.04 : KOTA TAMPAN
YB DATO SAARANI BIN MOHAMAD (Kekal)
 Ketua UMNO Bahagian Lenggong  EXCO Kerajaan Negeri


P.056 : LARUT
DATO’ HAMZAH ZAINUDIN (Kekal)
 Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi  Ahli Majlis Tertinggi UMNO

N.05 : SELAMA
DATUK MOHAMAD DAUD MOHD YUSOFF (Kekal)
 Timbalan Ketua UMNO Bahagian  ADUN Selama

N.06 : KUBU GAJAH
AHMAD HASBULLAH BIN ALIAS (Muka Baru)
 Pegawai JASA Parlimen Larut

N.07 : BATU KURAU
DR MUHAMMAD AMIN BIN ZAKARIA (Muka Baru)
 AJK UMNO Bahagian


P.057 : PARIT BUNTAR
MUA’AMAR GHADAFI JAMAL DATUK WIRA HAJI JAMALUDIN (Muka Baru)
 Presiden Belia 4B

N.08 : TITI SERONG
ABU BAKAR BIN MAT ALI (Bekas calon 2008)
 Bekas ADUN Titi Serong
 Naib Ketua UMNO Bahagian

N.09 : KUALA KURAU
MOHD SALLEH BIN MAT DISA (Bekas Calon 2008)
 Bekas ADUN Kuala Kurau
 Pemangku Ketua UMNO Bahagian


P.058 : BAGAN SERAI
DR NOOR AZMI BIN GHAZALI (Muka Baru)
 Doktor Perubatan Poliklinik Hidayah  Ahli UMNO Cawangan Jalan Siakap

N.10 : ALOR PONGSU
YB DATO SHAM BIN MAT SAHAT (Kekal)
 Timbalan Ketua Bahagian

N.11 : GUNUNG SEMANGGOL
ZULKARNAIN BIN ISMAIL (Muka Baru)
 Setiausaha UMNO Bahagian

N.12 : SELINSING
SHARUDIN BIN AHMAD (Muka Baru)
 (710719-08-5073 / 42 tahun)
 Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian


P.059 : BUKIT GANTANG (Bekas Calon Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang)
DATO’ ISMAIL SAFIAN
 SUSK Kepada MB Perak
 Jawatankuasa UMNO Bahagian

N.13 : KUALA SEPETANG
LOH SWEE ENG (Muka Baru)
 Naib Pengerusi Gerakan Bukit Gantang

N.14 : CHANGKAT JERING
DATUK ROSLI HUSIN (Berpindah dari DUN Trong)
 Ketua UMNO Bahagian

N.15 : TRONG
DR ZABRI BIN ABDUL WAHID (Muka Baru)
 Pengarah MARDI Negeri Perak


P.060 : TAIPING
DATO’ TAN LIAN HOE (Berpindah dari Parlimen Gerik)
 Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kesenian

N.16 : KAMUNTING
DATO’ MOHAMMAD ZAHIR BIN ABD KHALID (Kekal)
 Exco Kerajaan Negeri
 Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian

N.17 : POKOK ASSAM
DATO’ HO CHENG WANG (Bekas Calon PRU 2008)
 Bekas ADUN

N.18 : AULONG
SOO KAY PENG (Muka Baru)
 Setiausaha Gerakan Bahagian Taiping


P.061 : PADANG RENGAS
DATO’ SERI MOHAMED NAZRI ABD AZIZ (Kekal)
 ( 59 tahun)
 Ketua UMNO Bahagian
 Menteri di Jabatan Perdana Menteri

N.19 : CHENDEROH
ZAINUN MAT NOR (Muka Baru)
 Naib Ketua UMNO Bahagian
 SUS Kepada YB Menteri di JPM

N.20 : LUBUK MERBAU
DAT0 SITI SALMAH BINTI MAT JUSAK (Bertukar dari DUN Chenderoh)
 Ketua Wanita UMNO Bahagian


P.062 : SUNGAI SIPUT
DATO’ DEVAMANY S. KRISHNASAMY (Berpindah dari Parlimen Cameron Highlands)
 Naib Presiden MIC Malaysia
 Timbalan Menteri

N.21 : LINTANG
DATO’ ZOLKAFLY HARUN (Muka Baru)
 (56 tahun)  Ketua UMNO Bahagian

N.22 : JALONG
LIEW YEW AW (Muka Baru)
 Naib Pengerusi Parti Gerakan Perak


P.063 : TAMBUN
DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH (Kekal)
 Ketua UMNO Bahagian  Menteri Kewangan II

N.23 : MANJOI
MOHAMAD ZIAD BIN DATO HJ MOHAMED (Muka Baru)
 Bendahari UMNO Bahagian

N.24 : HULU KINTA
DATO’ AMINUDDIN HJ MD HANAFIAH (Muka Baru)
 Naib Ketua UMNO Bahagian


P.064 : IPOH TIMOR
KATHLEEN WONG MEI YIN (Muka Baru)
 Timbalan Pengerusi MCA Ipoh timur

N.25 : CANNING
CEYLYN TAY WEI LUNG (Muka Baru)
 Ketua Wanita Gerakan Ipoh Timor

N.26 : TEBING TINGGI
TONY KHOO BOON CHU (Kekal Bertukar dari DUN Pasir Pinji)
 Ketua Pemuda MCA Bahagian Ipoh Timor

N.27 : PASIR PINJI
TONG FAH CHONG (Dicalon Semula)
 Pengerusi MCA Bahagian Ipoh Timor


P.065 : IPOH BARAT
DR CHENG WEI YEE (Muka Baru)
 AJK Pemuda MCA

N.28 : BERCHAM
LIEW HUEY SHAN (Muka Baru)
 Ketua Pemuda MCA Bahagian

N.29 : KEPAYANG
CHANG KOK AUN (Muka Baru)
 Timbalan Pengerusi MCA Bahagian

N.30 : BUNTONG
SIVARAJ A/L CHANDRAN (Muka Baru)
 Setiausaha Pemuda


P.66 : BATU GAJAH
LOO THIN TUCK (Muka Baru)
 Pengerusi MCA Cawangan Taman Pertama

N.31 : JELAPANG
MOKAN A/L SUPRAMANIAM (Muka Baru)
 Pengerusi Cawangan MIC Kg Baru Lahat
 Bekas TimbalanPengerusi MIC Bahagian
 Pengerusi Persatuan Pembangunan dan Kebajikan Masyarakat India
Daerah Kinta

N.32 : MENGLEMBU
LOO GAR YEN (Muka Baru)
 Pen. Setiausaha Pemuda MCA Bahagian

N.33 : TRONOH
YIP SZE CHOY (Muka Baru)
 Pengerusi MCA Cawangan


P.067 : KUALA KANGSAR
DATO’ WAN MOHAMMAD KHAIR-IL ANUAR WAN AHMAD (Bertukar dari DUN Bukit Chandan)
 Timbalan Ketua UMNO Bahagian

N.34 : BUKIT CHANDAN
MASLIN SHAM RAZMAN (Muka Baru)
 Ketua Pemuda UMNO Bahagian  EXCO Pemuda Malaysia

N.35 : MANONG
MOHAMAD KAMIL DATO SHAFIE (Muka Baru)
 Naib Ketua UMNO Bahagian


P.068 : BERUAS
DATO’ CHANG KO YOUN (Kekal)
 Timbalan Presiden Gerakan Malaysia

N.36 : PENGKALAN BAHARU
DATUK ABD MANAP BIN HASHIM (Muka Baru)
 Ketua UMNO Bahagian

N.37 : PANTAI REMIS
KOH SER YUN (Muka Baru)
 AJK Wanita MCA Cawangan


P.069 : PARIT
DATO MOHD ZAIM ABU HASSAN (Bertukar dari DUN Belanja)
 Ketua Bahagian / Penyandang ADUN

N.38 : BELANJA
DRS MOHD NIZAR ZAKARIA (Bertukar dari Parlimen Parit)
 Naib Ketua Bahagian

N.39 : BOTA
YB DATO NASARUDDIN HASHIM (Kekal)
 Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian


P.070 : KAMPAR
DATO LEE CHEE LEONG (Kekal)
 Timbalan Menteri KDN

N.40 : MALIM NAWAR
CHANG GWO CHYANG (Muka Baru)
 Timbalan Pengerusi MCA Bahagian

N.41 : KERANJI
DANIEL WA WAI HOW (Muka Baru)
 Jawatankuasa Pemuda MCA Bahagian

N.42 : TUALANG SEKAH
NOLEE ASHILIN MOHAMMED RADZI (Kekal)
 EXCO Puteri Malaysia


P.071 :GOPENG
DATO’ TAN CHIN MENG (Berpindah dari DUN Kepayang)
 Pengerusi MCA Bahagian / AJK Pusat MCA/ Setiausaha MCA Negeri Perak

N.43 : SUNGAI RAPAT
DATO HAMIDAH OSMAN (Kekal)
 Ketua Penerangan Malaysia / Ketua Wanita UMNO Bahagian

N.44 : SIMPANG PULAI
DATO CHANG KON YOU @ CHEN KWAN WU (Dicalon Semula)
 Timbalan Pengerusi MCA Bahagian Tapah

N.45 : TEJA
YEW SAU KHAM (Muka Baru)
 Pengerusi Wanita MCA Bahagian


P.072 TAPAH
DATO M. SARAVANAN (Kekal)
 Timbalan Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar

N.46 : CHENDERIANG
DATO DR MA HANG SOON (Kekal)
 Ketua Pemuda MCA Negeri

N.47 : AYER KUNING
YB DATO SAMSUDIN ABU HASSAN (Kekal)
 Ketua UMNO Bahagian


P.073 : PASIR SALAK
DATO TAJUDDIN ABDUL RAHMAN (Kekal)
 Ketua UMNO Bahagian / Ahli Majlis Tertinggi UMNO

N.48 : SUNGAI MANIK
YB DATO ZAINOL FADZI PAHARUDIN (Kekal)
 Timbalan Ketua UMNO Bahagian

N.49 : KAMPUNG GAJAH
ABDULLAH FAUZI BIN AHMAD RAZALI (Muka Baru)
 Naib Ketua UMNO Bahagian 


P.074 : LUMUT
DATO SERI KONG CHO HA
 Menteri Pengangkutan

N.50 : SITIAWAN
TING TAI FOOK (Muka Baru)
 Pegawai Khas Menteri Pengangkutan

N.51 : PASIR PANJANG
RASHIDI IBRAHIM (Muka Baru 47 tahun)
 Naib Ketua Bahagian / Setiausaha Sulit (KHAS) Menteri Besar

N.52 : PANGKOR
YAB DATO SERI DIRAJA DR ZAMBRY ABD KADIR (Kekal)
 Menteri Besar


P.075 : BAGAN DATOK
DATO SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI (Kekal)
 Menteri Pertahanan

N.53 : RUNGKUP
DATUK SHAHRUL ZAMAN YAHYA (Muka Baru)
 Ketua Penerangan UMNO Bahagian
 Setiausaha Politik Menteri Pertahanan

N.54 : HUTAN MELINTANG
SUPRAMANIAM A/L RAMALINGAM (Muka Baru)
 Ketua MIC Bahagian


P.076 : TELUK INTAN
DATO’ MAH SIEW KEONG
 Naib Pengerusi Nasional Parti Gerakan

N.55 : PASIR BERDAMAR
DATUK M KAYVEAS (Kekal Bertukar Dari Parlimen Taiping)
 Presiden PPP Malaysia 

N.56 : CHANGKAT JONG
MOHD AZHAR JAMALUDDIN (Muka Baru)
 Timbalan Ketua UMNO Bahagian


P.077 : TANJUNG MALIM
DATO’ SERI ONG KA CHUAN
 Ahli Parlimen sekarang

N.57 : SUNGKAI
GOH KIM SWEE (Muka Baru)
 Setiausaha MCA Bahagaian

N.58 : SLIM
YB DATO KHUSHAIRI ABD TALIB (Kekal)
 (610120-08-6805 / 53 tahun)
 Ketua UMNO Bahagian / Setiausaha Badan Perhubungan UMNO

N.59 : BEHRANG
DATUK HJH RUSNAH KASSIM (Kekal Bertukar Dari DUN Hulu Kinta)
 Ketua Wanita Negeri Perak / ADUN Hulu Kinta

Psssttt... AKJr: TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA SEMUA CALON-CALON YANG TELAH BERJAYA DICALONKAN.. INGAT INI ADALAH SATU AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB YANG BERAT DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT.. SEMOGA BERJAYA DALAM PERTANDINGAN PRU13 NANTI.. KEPADA YANG TIDAK DICALONKAN, HARAP DAPAT MENERIMA DENGAN HATI YANG TERBUKA DAN SABAR.. JANGAN LA PULA MERAJUK LAMA SAMPAI NAK SABOTAJ PARTI PULAK.. MERAJUK KEJAP2 SUDAHLAH.. YANG PENTING SEKARANG KITA KENA PASTIKAN PARTI BN MENANG BESAR KALI INI.. 

Isnin, 15 April 2013

PANAS BERAPI!!! Kemelut Dalaman DAP IPOH BARAT Kian Parah?? cc: @ZambryAbdKadir @Putra2388

PANAS BERAPI!!! Kemelut Dalaman DAP IPOH BARAT Kian Parah?? cc: @ZambryAbdKadir @Putra2388 



Kemelut dalaman parti DAP yang sememangnya tidak dapat diselindungi nampak kian parah apabila ada anggota partinya bersedia untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kepayang yang berada dalam Parlimen Ipoh Barat.

R.K. Muthu, penyelaras pusat khidmat DUN Kepayang berkata, beliau akan bertanding di kerusi DUN Kepayang atas tiket Bebas walaupun menyedari risiko dikenakan tindakan disiplin atau dipecat daripada DAP yang dianggotainya sejak 40 tahun lepas.

"Saya akan bertanding di DUN Kepayang sebagai calon Bebas atas kapasiti saya sebagai anggota DAP, saya tidak akan keluar parti. Saya sudah bersusah payah dengan sepenuh masa di DUN Kepayang termasuk di kawasan Parlimen Ipoh Barat," katanya kepada pemberita ketika mengumumkan hasratnya itu di pusat khidmatnya di sini.

Katanya, DAP akan memutuskan sama ada beliau menentang parti atau menentang pemimpinnya yang mempunyai karakter tidak baik.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berikutan perbalahannya dengan Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran yang juga bekas ahli Parlimen Ipoh Barat, yang didakwanya telah menjatuhkan dan memusnahkan reputasinya.

Muthu berkata, pemimpin atasan parti itu termasuk di peringkat negeri menyedari kemelut yang melanda namun tiada seorang pun menghubunginya bagi menyelesaikan kemelut yang timbul.

"Kita cakap mahu ubah tapi slogan saya adalah tukar bekas ahli Parlimen Ipoh Barat...Kulasegaran tiada masa untuk mendengar masalah rakyat dan mengatasi masalah di kawasan Ipoh Barat walaupun sudah sembilan tahun menjadi wakil rakyat di situ," katanya.

Beliau meminta pengundi di Parlimen itu memilih seorang yang bijak, berkorban masa selesai masalah setempat serta berjiwa rakyat sebagai wakil rakyat Ipoh Barat dan ADUN Kepayang.

Muthu yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Penyelaras Parlimen Ipoh Barat telah 'dipecat' oleh Kulasegaran dengan alasan beliau seorang yang bankrap baru-baru ini.

Beliau kemudian membuka pusat khidmat penyelaras DUN Kepayang di Jalan Kuala Kangsar yang terletak bersebelahan pusat khidmat Kepayang di bawah Kulasegaran.

Sebelum ini, beliau mendedahkan telah dilantik sebagai penyelaras pusat khidmat DUN Kepayang oleh ADUN kawasan itu, Loke Chee Yan pada 2008.

Muthu yang juga bekas ahli DUN Teja (dalam Parlimen Gopeng) turut mengumumkan seorang lagi ahli DAP yang merupakan seorang profesional berusia 40-an akan bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Ipoh Barat.

Demonstrasi Bangkang Dari Longkang oleh @NgehKooHam c.c @ZambryAbdKadir @Azwanbro @Hairul_own

PANAS TERIK!! #PRU13 Demo Bangkang Dari Longkang oleh @NgehKooHam c.c @ZambryAbdKadir @Azwanbro @Hairul_own






Jam 1 tengahari tadi Ngeh, Cikgu Razak dan konco-konco DAP membuat satu demonstrasi. Demonstrasi Dari Longkang oleh Ngeh Koo Ham. Nak mintak jejantas pejalan kaki di hadapan Sekolah Menengah Nan Hwa. 

Untuk pengetahuan masyarakat semua, kemudahan jejantas pejalan kaki telah dibina berhampiran dengan sekolah ini iaitu dihadapan Sekolah ACS, Sitiawan. Sekolah ACS ini adalah disebelah sekolah ini. Jejantas yang sediaada tidak jauh..tidak samapai 100 meter..takkan nak buat lagi.. 

Lagi satu, 99% pelajar sekolah ini adalah anak-anak orang kaya yang sentiasa diambil dan dihantar oleh ibubapa hingga ke pagar sekolah dan diambil semula juga dihadapan pagar sekolah. 

Difikirkan dari pandangan Black sendiri, keperluan membina jejantas ini adalah tidak perlu. Sebabnya : 

1. Jejantas sediada tidak jauh dari sekolah. Hanya lebih kurang 100 meter. 
2. Pelajar sekolah ini 99% anak orang kaya. Sentiasa dihantar dan dijemput oleh ibubapa. 

Sebagai ADUN Sitiawan, merangkap ahli Parlimen Beruas seharusnya Ngeh lebih peka. Dah nak pilihanraya baru nak buka cerita. Dah 5 tahun berlalu. Nampak sangat Ngeh inginkan simpati dari rakyat Sitiawan, sedangkan tanggungjawab Ngeh sebagai ADUN tidak pernah dilakukan. Macam inikah wakil rakyat yang dipilh oleh pengundi Sitiawan? 

Psssttt... AKJr : Inilah dikatakan BANGKANG DARI LONGKANG.. Kah kah kah..

Sabtu, 13 April 2013

PANAS BERAPI!! #PRU13 Gelombang Biru melanda Negeri Perak @NajibRazak @ZambryAbdKadir @AzwanBro @Putra2388 @MuaamarGhadafi

PANAS BERAPI!! #PRU13 Gelombang Biru melanda Negeri Perak @NajibRazak @ZambryAbdKadir @AzwanBro @Putra2388 @MuaamarGhadafi




'Gelombang Biru' Barisan Nasional (BN) Perak siap sedia dengan semangat bersatu hati dan kesetiaan untuk menjadi penggempur hadapan parti itu di seluruh pelusuk negeri ini bagi memenangi pilihan raya umum ke-13.

Selain laungan bersedia penuh bersemangat bagi menempuh cabaran pada majlis pelancaran Jentera PRU13 BN Perak di Stadium Indera Mulia di sini malam ini, hampir 8,000 anggota parti, terutama golongan muda, turut berikrar memastikan kemenangan parti komponen itu di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mereka juga berikrar setia menjadi jentera kepada mana-mana calon yang dipilih pucuk pimpinan parti.

Selain itu, kehadiran bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Tajol Rosli Ghazali yang disifatkan BN sebagai 'ayahanda' turut mendapat tepukan gemuruh anggota jentera, sekali gus menandakan apa yang dilapor sebuah akhbar semalam hanyalah mainan pembangkang.

Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang bertindak sebagai Pengarah PRU13 negeri, dalam ucapannya, berkata setiap jentera parti komponen itu adalah pemuda perkasa dan pemudi bersemangat wirawati yang menjadi pendokong kuat.

Zambry mengingatkan seluruh jentera BN mereka bakal berdepan pertarungan yang besar tidak lama lagi dan turut mengimbau peristiwa pahit yang berlaku pada pilihan raya umum ke-12.

"Kita mahu imbau kenangan kita pada tahun 2008 supaya menjadi ingatan besar agar kita tidak ulangi lagi... yang penting ketika ini kita bersama-sama bersatu hati, berpadu tenaga, jangan bergaduh sesama sendiri, boleh berjanji kepada saya? Kita tetap bersama-sama walau apapun terjadi," katanya.

Beliau berkata setiap anggota jentera perlu bekerja atas kesetiaan kepada parti kerana sesiapa sahaja yang diletak sebagai calon oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau adalah calon BN.

Zambry berkata beliau dan pucuk pimpinan memahami kedudukan calon dan isu itu dibincang dalam semangat BN, berbeza dengan pakatan, yang menjadikan pentas ceramah untuk mengumumkan calon masing-masing.

"Kita BN tidak buat begitu, kita ada masalah, kita duduk selesaikan. Semangat berkorban kita buat sama-sama, tanyalah MCA, MIC, Gerakan, PPP dan komponen lain... kita tidak berlakon, itu bukan cara BN, cara BN adalah bila kita berpegang tangan, maka itulah pegangan yang mantap dan bersatu," katanya.

Psssttt... AKJr : HIDUP BN!! UNDI BN!!