SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label BOM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BOM. Papar semua catatan

Selasa, 14 Mei 2013

PANAS TERIK!! Gempar!! Panggilan Bom Mencetuskan Huru Hara Di Istana Kehakiman!!

PANAS TERIK!! Gempar!! Panggilan Bom Mencetuskan Huru Hara Di Istana Kehakiman!!


Istana Kehakiman di sini gempar apabila menerima panggilan misteri memberi amaran bom telah diletakkan di bangunan tersebut pada pukul 8:35 pagi tadi.

Panggilan berkenaan diterima oleh seorang kakitangan daripada individu tidak dikenali yang mendakwa terdapat bom di bangunan tersebut.

Tidak lama selepas itu suasana panik tercetus apabila berita berkenaan tersebar.

Bagi memastikan keselamatan semua pihak, para petugas termasuk para hakim, majistret dan peguam diarah mengosongkan bangunan tersebut sementara menunggu unit pengesan bom tiba.

Siasatan mendapati panggilan tersebut adalah palsu, bagaimanapun usaha mengesan bom masih diteruskan.

Rabu, 24 April 2013

PANAS TERIK!! #PRU13 - Letupan Bom di Ceramah BN Nibong Tebal #TolakPR

PANAS TERIK!! #PRU13 - Letupan Bom di Ceramah BN Nibong Tebal #TolakPR



NIBONG TEBAL – Seorang petugas keselamatan cedera di kaki kanan akibat terkena bahan letupan ketika majlis ceramah perdana anjuran Barisan Nasional (BN) berlangsung di pekarangan Bilik Gerakan BN Nibong Tebal di sini Selasa malam.

Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata mangsa berusia 30-an itu dikejar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilapor stabil.

Beliau berkata polis sedang menyiasat punca sebenar kejadian yang berlaku pada 10.15 malam itu, dan tidak menolak kemungkinan ia perbuatan khianat.

“Kita telah arahkan Unit Bom dan Forensik untuk menyiasat jenis letupan yang digunakan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Abdul Rahim berkata hasil siasatan akan dimaklum secara terperinci pada satu sidang akhbar secepat mungkin.

Terdahulu, majlis yang dihadiri 3,000 orang itu menjadi kecoh apabila orang ramai bertempiaran lari selepas terkejut mendengar satu letupan kuat pada jarak kira-kira 10 meter dari bahagian belakang pentas ucapan.

Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan sedang menyampaikan ceramah.

Bagaimanapun, majlis yang bermula pada 8.30 malam itu diteruskan seperti biasa dengan kawalan ketat anggota polis dan berakhir pukul 12.30 malam.

Sementara itu, beberapa saksi kejadian yang berada berhampiran pentas ketika ditemui berkata mereka terkejut mendengar letupan kuat berkenaan dan masing-masing berlari menyelamatkan diri.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Micheal, 39, berkata sewaktu kejadian, beliau baharu tiba di lokasi kejadian dan hanya sempat mendengar ceramah kira-kira 10 minit sebelum terkejut dengan letupan itu dan menyelamatkan diri bersama isterinya.

Katanya, letupan itu sangat kuat seperti bom menyebabkan semua orang terkejut dan suasana menjadi riuh rendah sebelum beliau ternampak seorang lelaki cedera dan dibawa ke hospital.

Seorang lagi saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 58, berkata letupan itu dari longgokan sampah di belakang pentas.

“Letupan itu menyebabkan sampah berterbangan sehingga terpercik dan mengotori beberapa buah kenderaan, mujurlah serpihan bahan letupan itu tidak mengenai saya,” katanya.

Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow pula menyifatkan insiden itu mencemar nama baik demokrasi dan mahu segala bentuk amalan politik yang menjurus ke arah keganasan dihentikan serta-merta. – Bernama