SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label PEMUDA UMNO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PEMUDA UMNO. Papar semua catatan

Isnin, 2 September 2013

Putra Disokong 24 Bahagian Pemuda Perak Calon Exco Pemuda Malaysia!! @NajibRazak @ZambryAbdKadir @tunfaisal

Putra Disokong 24 Bahagian Pemuda Perak Calon Exco Pemuda Malaysia!! @NajibRazak @ZambryAbdKadir @tunfaisal


Siapa tak kenal Putra di Perak. Dari budak-budak kecik sampai orang tua terutama di Bahagian Ipoh Barat semua kenal Putra dan apa jasa beliau diperingkat cawangan, bahagian, negeri Perak dan nasional. Inilah calon exco pemuda UMNO yang layak membantu Pemuda UMNO Malaysia bagi penggal yang akan datang. 

Ketua Pemuda Ipoh Barat ini terkenal dengan suara lantangnya membela bangsa Melayu ini bukanlah hanya mula bekerja ketika musim pemilihan sahaja tidak seperti calon kosmetik lain yang hanya muncul ketika musim pemilihan. Beliau sudah bekerja sejak 4 5 tahun dulu lagi diperingkat negeri Perak terutamanya. 

Tidak dapat tidak disangkal lagi peranan dan kerja kuat beliau membantu jentera negeri Perak terutama Pemuda untuk menawan kembali negeri Perak dari tangan kotor Pakatan Rakyat. Akhirnya, BN dan UMNO berjaya menawan kembali Perak dan menjaya mendirikan kerajaan. 

Baca selanjutnya di blog sahabat teman DISINI



Isnin, 15 Julai 2013

PANAS TERIK!! PEMUDA UMNO MALAYSIA DESAK TINDAKAN TEGAS PASANGAN PERSENDA ISLAM @Khairykj

PANAS TERIK!! PEMUDA UMNO MALAYSIA DESAK TINDAKAN TEGAS PASANGAN PERSENDA ISLAM @Khairykj



Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa agar tindakan tegas dan cepat diambil terhadap pasangan yang mempersendakan Ramadan, Alvin Tan dan Vivian Lee.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata pasangan itu jelas telah mengguris perasaan dan menimbulkan kemarahan umat Islam tidak kira kenyataan itu dibuat atas apa sebab sekali pun.

"Kali ini jelas ada nama, ada gambar dan malah mereka sendiri telah mengaku dan hari ini mereka telah pergi ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk beri keterangan tanpa menafikan mereka buat perkara tersebut.

"Saya harap supaya ada tindakan yang cepat kali ini. Saya tak faham kalau kes yang jelas, terang dan nyata macam ini pun kita tak boleh ambil apa-apa tindakan," katanya kepada pemberita pada satu sidang media, di sini, Isnin.

Jelasnya, kerajaan melalui Akta Komunikasi dan Multimedia telah mempunyai peruntukan undang-undang mengenai perkara ini yang membenarkan tindakan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang menghina pihak lain.

"Kes ini amat jelas sekali, kalau kita tanya 10 orang umat Islam di Malaysia sama ada mereka rasa terhina atau marah, saya rasa 10 daripada 10 akan setuju.

"Sekarang tinggal lagi kita mahu lihat tindakan diambil, ini bukan hanya masa ambil keterangan," katanya.

Khairy berkata, tindakan terhadap pasangan itu juga harus diambil walaupun beliau difahamkan pasangan tersebut telah membuat permohonan maaf.

Katanya, ia perlu kerana negara mempunyai undang-undang selain menjadi pengajaran kepada masyarakat.

"Dalam perkara tertentu, walaupun dia minta maaf kita perlu juga ambil tindakan.

"Kalau tidak, kita boleh cakap apa-apa yang mengguris hati orang ramai, selepas minta maaf kita kira perkara itu selesai.

"Saya rasa tak boleh, kes ini sangat serius dan perbuatan ini cukup menimbulkan kemarahan umat Islam," katanya.

Dalam pada itu beliau menasihatkan umat Islam supaya tidak menunjukkan reaksi melampau terhadap perkara ini dan mengingatkan orang ramai supaya supaya tidak mengguris sensitiviti mana-mana agama.

Katanya, tindakan yang sama perlu dikenakan kepada sesiapa sahaja termasuk orang Islam yang menghina agama lain.

"Kita tak mahu orang kata kita memilih dalam membuat tindakan," tegasnya.



Pada Khamis, pasangan ini memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)... wangi, enak dan menyelerakan' di laman Facebook mereka.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.

Sumber

Sabtu, 6 Julai 2013

INFO @ AKJr : Pemuda UMNO Malaysia Kecam Rampasan Kuasa Di Mesir - @KhairyKj cc: @TunFaisal

INFO @ AKJr : Pemuda UMNO Malaysia Kecam Rampasan Kuasa Di Mesir - @KhairyKj cc: @TunFaisal 




Berikut adalah kenyataan media Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin berhubung pergolakan politik di Mesir:

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengecam rampasan kuasa dan penahanan Presiden Mohammed Mursi. Insiden yang tercetus selepas demonstrasi berpanjangan ini bukan sahaja telah meragut nyawa, tetapi juga membawa rusuhan dan pertembungan ganas antara pihak penyokong dan penentang kerajaan di sana.

Harus diingat bahawa Presiden Mohammed Mursi adalah seorang pemimpin yang telah dipilih secara demokratik oleh rakyat Mesir melalui proses pilihan raya dan bukannya rusuhan jalanan. Beliau tidak sepatutnya digulingkan dengan sebegitu rupa kerana ini bukan sahaja melanggari prinsip dan amalan demokrasi tetapi juga mengkhianati amanah rakyat.

Ini adalah satu iktibar kepada seluruh masyarakat antarabangsa bahawa keputusan demokrasi mestilah diterima dan dihormati oleh semua. Sebarang tindakan untuk menjatuhkan Kerajaan yang dipilih secara demokratik nyata melanggari batasan undang-undang dan perlembagaan.Oleh itu, tindakan sebegini hendaklah dikecam dan ditolak sepenuhnya.

Pada masa yang sama, saya mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di sana dan menasihati mereka agar tidak menghampiri kawasan yang berisiko tinggi. Saya juga berharap Kementerian Luar akan terus memantau pergolakan di Mesir dan membuat persiapan awal sekiranya kita terpaksa memindahkan rakyat Malaysia bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Rabu, 22 Mei 2013

PANAS TERIK!! PERGADUHAN MAHASISWA DI DEPAN USM, MANA BUKTI MEREKA PEMUDA UMNO?

PANAS TERIK!! PERGADUHAN MAHASISWA DI DEPAN USM, MANA BUKTI MEREKA PEMUDA UMNO?? 



Ini adalah bukti gambar yang telah diwar-warkan oleh pemimpin pembangkang. Ironiknya tuduhan pemimpin gampang DAP iatu Ketua Menteri Pulau Pinang pilihan Kaum Cina Pulau Pinang. MKP cuma musykil dengan persepsi yang dinyatakan kumpulan ini adalah PEMUDA UMNO sedangkan tiada fakta atau bukti yang sahih diberikan.

Bangsat sungguh tuduhan yang dinyatakan tanpa sebarang bukti yang sahih dan nyata. Kalau benar itu Pemuda UMNO Pulau Pinang sila kemukakan bukti. Itu pun jika ada bukti jangan pulak buat tuduhan umpama baling batu sembunyi tangan.



Portal Kaldaian Daily pulak buat lawak bodoh dengan mendesak Ketua Pemuda UMNO Malaysia mengambil tindakan terhadap Pemuda berkenaan. MKP musykil kali kedua kenapa pulak AMK Selnagor pulak yang terlebih sudu dari kuah. Mana AMK Pulau Pinang takkan dah hilang teloq!!! Woiii AMK Selangor jangan dok langgar sempadan boleh dak? Awat hampa nie dah tak ada keja nak buat kat Selangor tue ka?

Baca Selanjutnya DISINI

Ahad, 19 Mei 2013

INFO @ AKJr : AL-FATIHAH : KETUA PEMUDA UMNO BAGAN SERAI MENINGGAL DUNIA..

INFO @ AKJr : AL-FATIHAH : KETUA PEMUDA UMNO BAGAN SERAI MENINGGAL DUNIA..



Ketua Pemuda Umno Bahagian Bagan Serai, Sharudin Ahmad yang koma kerana masalah darah dijangkiti kuman sejak kelmarin meninggal dunia di Hospital Taiping  pada jam 8.40 malam, sebentar tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua UMNO Bahagian, Datuk Zaili Cha ketika dihubungi Peraktoday.com.

Sementara itu, Adun Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat memaklumkan ketika ini urusan membawa pulang jenazah sedang dilakukan keluarga Allahyarham Sharudin sebelum dibawa pulang ke rumahnya di Batu 10, Jalan Taiping.


AKJr : DaripadaNya kita datang.... KepadaNya kita akan kembali....Al-Fatihah, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama roh2 para solihin.....

Ahad, 31 Mac 2013

PANAS TERIK!! Pemuda UMNO Kecam Pemimpin Pas Hina Nabi S.A.W.

PANAS TERIK!! Pemuda UMNO Kecam Pemimpin Pas Hina Nabi S.A.W.




Pergerakan Pemuda UMNO mengecam tindakan pemimpin Pas yang mengheret dan menghina Nabi Muhammad SAW hanya kerana mahu mencapai kepentingan politik mereka semata-mata.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, perbuatan itu sangat mengecewakan kerana parti itu sering mencanangkan diri mereka sebagai pejuang Islam tetapi pada hakikatnya ia tidak diamalkan.

"Apa yang saya lihat, pemimpin Pas tanpa segan silu dan jahatnya menyerang Nabi Muhammad dengan lontaran video seks Nabi.

"Apakah ini bermakna reaksi PAS sebelum ini terhadap video The Innocence of Muslims sekadar sandiwara politik semata-mata tanpa penghayatan tentang batas-batasnya," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Dalam media sosial baru-baru ini, Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda Pas, Khairul Fahmi Mat Som menyebut "Kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan... jahanam UMNO", melalui akaun Twitter @fahmipkg pada 27 Mac yang lalu.

Khairy berkata, perbuatan itu menunjukkan tindakan mereka itu sarat dengan emosi dan cetek pertimbangan yang menampakkan belang sebenar parti pembangkang.

Psssttt... Kamu Tunggu la FAHMI BALA Dari Allah akan menimpa kamu nanti!! Papatah Melayu Ada mengatakan "TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA BURUK PADAHNYA!!"