SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label PARLIMEN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PARLIMEN. Papar semua catatan

Isnin, 24 Jun 2013

INFO @ AKJr : KAWALAN KETAT POLIS DI PARLIMEN HARI INI!!

INFO @ AKJr : KAWALAN KETAT POLIS DI PARLIMEN HARI INI!!



Bernama melaporkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat kawalan ketat bagi memastikan proses mengangkat sumpah anggota Dewan Rakyat di Parlimen berjalan lancar hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, walaupun Parlimen merupakan tempat bebas untuk orang awam, namun pihaknya tidak mahu sebarang keadaan yang boleh menyukarkan anggota Parlimen memasuki kawasan itu. 

"Jadi sudah semestinya kita akan memastikan anggota Parlimen yang hendak mengangkat sumpah esok akan diperhatikan pergerakan mereka agar tidak diganggu oleh sesiapa," katanya kepada pemberita selepas kempen kesedaran jenayah di sini hari ini. 
Kesemua 222 anggota Parlimen akan mengangkat sumpah anggota Dewan Rakyat Parlimen ke-13 di Bangunan Parlimen esok. 

Dewan rakyat akan bersidang selama 16 hari mulai esok hingga 18 Julai, dan Dewan Negara selama sembilan hari mulai 25 Jun dan disambung pada 22 Julai hingga 1 Ogos - Bernama 23/6/13 Dan dengan pengakuan Anwar Ibrahim bahawa semua Ahli Parlimen hadir di majlis hari ini, maka suara NGO-NGO pro-pembangkang Black 505 yang menggesa supaya majlis tersebut diboikot, telah diperlekehkan dan dibakul sampahkan oleh Pembangkang.

Kesihan kerana Suara NGO pro-pembangkang tidak didengar oleh pemimpin-pemimpin pembangkang sendiri! Kesihan dan amat memalukan.

Jika anda ahli NGO-NGO yang tertipu dengan sandiwara kepimpinan pembangkang : KLIK SINI

Khamis, 23 Mei 2013

WAJIB BACA!! Fuziah Salleh Protes Kemenangan Sendiri Di Parlimen Kuantan??

WAJIB BACA!! Fuziah Salleh Protes Kemenangan Sendiri Di Parlimen Kuantan??



Semalam ada satu kes unik dan agak tak masuk akal apabila seorang pemuda Report Polis Pengundian Dua kaliberusia 23 tahun, Mohd Fadhli Khaharruddin tampil dengan dakwaan kononnya dia dibenarkan mengundi dua kali di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Sungai Isap Kuantan, Pahang.

Laporan polis mengenai kes itu telah di buat pada hari pengundian 5 Mei 2013 lepas dan semalam 21 Mei 2013 pemuda itu tampil dalam sidang akhbar bersama pemimpin PKR & PAS.

Dalam PRU-13, kerusi Parlimen Kuantan dimenangi oleh Fuziah Salleh dari PKR sementara DUN Tanjung Lumpur tempat di mana pemuda tersebut mengundi turut tersenarai sebagai pengundi pula berjaya dirampas dari BN dan dimenangi calon PAS, Rosli Abdul Jabbar.

Dalam sidang akhbar semalam pemuda itu mendakwa tindakannya cuba mengundi dua kali dilakukan secara spontan dan tanpa perancangan setelah dakwat kekal yang dicalitkan pada jarinya luntur.

“Saya mengundi kali pertama jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan kemudian undi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama,” katanya.

“Dengan cara mengundi sebanyak dua kali maka saya boleh membuktikan bahawa sistem pilihan raya masih boleh dipertikaikan,” katanya pada sidang media di pejabat Adun Tanjung Lumpur, semalam. Sinar Harian

Ada sesiapa percaya? Entah bagaimana Fadhli berjaya melepasi tapisan namaCara Mengundi oleh ejen tempat mengundi yang terdiri dari PKR, PAS dan BN cukup mencabar minda kita untuk mencari jawapannya.

Setiap pemilih berdaftar yang hadir untuk mengundi namanya akan disebut kuat supaya ejen parti yang bertanding melakukan pemerikasaan seterusnya memotong namanya sebagai telah mengundi.

Nak dikatakan ketiga-tiga ejen itu berkonspirasi, tidak logik. Atau kesemua ejen tempat mengundi dari pelbagai parti politik itu tidur nyenyak dan gagal melaksanakan amanah yang digalas, pun agak keterlaluan.

Pemuda itu mungkin ikhlas membuat dakwaan tersebut tapi dilihat pada kecenderungannya bersama-sama pemimpin PKR dan PAS dalam ‘mendedahkan’ perkara tersebut, sudah sah kalau tak PKR tentu saja PAS yang disokongnya.

Kalau dia penyokong BN dah tentu calon BN yang kalah di Parlimen Kuantan dan DUN Tanjung Lumpur yang dicarinya, tak gitu?

Dari sudut lain, misal katalah memang berlaku perkara yang di dakwa, jika benar begitu maknanya kemenangan Fuziah di Parlimen Kuantan dan Rosli di DUN Tanjung Lumpur boleh dipersoal dan dipertikaikan.

Maka suka atau tidak, eloklah pengundian semula dilakukan untuk kawasan Parlimen Kuantan dan DUN Tanjung Lumpur, bukan begitu?.

Sekali lagi, andai benar wujud pengundian dua kali oleh individu yang sama, elok juga kalau kemenangan PR di kawasan-kawasan lain yang melibatkan calon PKR dan PAS di siasat sama seterusnya pengundian semula dilaksanakan bagi memastikan ketelusan.

Manalah tahu kot kejayaan PR memgumpul 89 kerusi Parlimen serta kegagalan BN menguasai majoriti dua pertiga tempohari mempunyai unsur sebegini.

Rabu, 1 Mei 2013

PANAS TERIK!! #PRU13 : Terkini! Bilik Gerakan BN Parlimen Batu Gajah Di Bakar!!

PANAS TERIK!! #PRU13 : Terkini! Bilik Gerakan BN Parlimen Batu Gajah Di Bakar!! 



perghHHHH !! makin ganas..makin terdesak puok kera ni..semalam d Kelana Jaya nak d bom..klik SINI..d awal hari berkempen dah banyak yang kena bakar..kali ni..d Parlimen Batu Gajah..gilOO !!

Berlaku cubaan bakar bilik Gerakan Dun Jelapang, Parlimen Batu Gajah pada awal pagi tadi. Kebetulan polis sedang membuat rondaan d kawasan tersebut dan ternampak suspek dalam keadaan mencurigaan sedang menyalakan api.

Suspek melarikan diri dengan kenderaan Nissan berwarna merah. Polis mengejar suspek. Kereta suspek terbabas dan suspek d tahan polis.

Kebakaran tersebut berjaya d padamkan oleh petugas BN dan orang ramai yang lalu lang d situ.

Dalam kereta suspek, polis turut menjumpai botol bom petrol dan 5 bilah parang !!

Isnin, 29 April 2013

EKSKLUSIF @ AKJr #PRU13 PARLIMEN PARIT BUNTAR PASTI DIMENANGI BN @NajibRazak @ZambryAbdKadir @MuaamarGhadafi @Putra2388 @IqbalDWJ #VOTE4BN

EKSKLUSIF @ AKJr #PRU13 PARLIMEN PARIT BUNTAR PASTI DIMENANGI BN  @NajibRazak @ZambryAbdKadir @MuaamarGhadafi @Putra2388 @IqbalDWJ #VOTE4BN



BARISAN Nasional (BN) yakin bakal merampas kembali kerusi Parlimen Parit Buntar termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kurau dan Titi Serong pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei depan.

Calon BN Parlimen Parit Buntar, Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin berkata, buat masa ini tahap jentera BN yang turut dibantu beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) begitu hebat serta tersusun.

"Insya-Allah sokongan rakyat akan dapat disatukan serta merampas kembali kerusi P057 (Parit Buntar), N08 (Titi Serong) dan N09 (Kuala Kurau)," katanya selepas Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Dataran Bagan Serai, hari ini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan calon-calon BN bagi kerusi Parlimen dan DUN di daerah Kerian.

Sementara itu, beliau mengucapkan terima kasih Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan kepimpinan parti di atas kepercayaan kepada orang muda untuk menjadi calon di Parlimen Parit Buntar.

"Dengan adanya semangat baru ini dan kombinasi kerjasama dengan orang lama yang berpengalaman di DUN Kuala Kurau dan Titi Serong serta orang baru di Parlimen, Insya-Allah sokongan setiap golongan masyarakat akan bertambah.

"Kita tengok makluman balas daripada orang muda pun cukup baik dan mereka akan memberi sokongan kepada BN.

"Mereka (golongan muda) merasakan ini salah satu platform bagi orang muda untuk menyuarakan pandangan dan perkhidmatan kepada masyarakat serta rakyat di Parit Buntar.

"Insya-Allah jika dilihat peluang kita amat baik. Kedua-dua calon DUN Kuala Kurau iaitu Cikgu (Mohd) Salleh (Mat Disa) dan DUN Titi Serong, Abu Bakar (Mat Ali) adalah mereka yang sentiasa bekerja dan berkhidmat untuk masyarakat.

"Kedua-dua mereka walaupun tidak terpilih pada pilihan raya umum yang lalu, namun mereka tetap bekerja atas semangat BN," katanya.

Psssttt AKJr : Kepada semua Sahabat2, Kawan2 Pemuda Pemudi, Abg2, adik2, kakak2, Pakcik2 Dan Makcik2 sekalian Marilah kita bersama Menyokong penuh Calon BN P057 PARIT BUNTAR iaitu Sdra Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin pada PRU13 nanti.. Demi Masa depan Anak2, dan cucu kita semua nanti.. Tk.

Rabu, 17 April 2013

WAJIB TONTON!! Penduduk Parlimen Bandar Tun Razak Mengamuk Sakan, Mana Khalid Gagap Menghilang?

WAJIB TONTON!! Penduduk Parlimen Bandar Tun Razak Mengamuk Sakan, Mana Khalid Gagap Menghilang?




Saya yakin lebih sejuta rakyat Malaysia sudah menonton laporan berita di Buletin Utama memaparkan kemarahan penduduk pangsapuri di Bandar Tun Razak yang menghadapi masalah gangguan bekalan air di Selangor baru-baru ini.

Kalau rasa terlepas laporan di TV3 itu, sila tonton rakaman youtube Buletin Utama DIPAUTAN INI 

Sudah tonton dah kenal pasti masalah rakyat di Bandar Tun Razak itu? Siapa Ahli Parlimen Bandar Tun Razak? Siapa lagi kalau bukan Tan Sri Khalid “Gagap” Ibrahim yang merupakan Menteri Besar paling gagal dalam sejarah negeri Selangor!

Bayangkan dan cuba letakkan diri isteri, anak perempuan atau saudara perempuan anda di tempat kakak-kakak kita yang mengamuk sakan di pangsapuri terbabit, apa anda rasa? Marah? Bengang? Kecewa? Atau memang nak humban Khalid dalam Sungai Klang?

Bukan sekali kawasan itu dilanda masalah air yang menyusahkan rakyat, malah gangguan bekalan air yang berlaku baru-baru ini merupakan kali kedua para penduduk di situ terseksa dengan kerenah Menteri Besar yang tak tahu buat kerja itu.

Malah penduduk yang sebelum ini mengundi Khalid mendakwa bahawa Menteri Besar itu langsung tidak turun padang ketika mereka dilanda masalah air pada kali pertama, dan kali kedua pun tidak nampak langsung batang hidungnya.

Mana perginya tanggungjawab seorang Ahli Parlimen dan Menteri Besar yang sedang digalas Khalid? Kuasa ditangannya selama lima tahun. Dia boleh menyelesaikan masalah itu sekelip mata sekiranya dia mahu. Tapi kenapa dia tak buat begitu?

Itupun Khalid ada hati lagi merayu pada rakyat Selangor untuk memilihnya pada PRU ke-13 ini? Sudah lima tahun dia diberi peluang, tapi dia sia-siakan rakyat yang memilihnya pada PRU yang lepas. Peluang apa lagi yang dia mahukan? Peluang untuk seksa rakyat untuk lima tahun lagi?

Lagi BACA DISINI

Jumaat, 5 April 2013

EKSKLUSIF #PRU13 :DUN Perak Dibubar Selepas Perkenan Raja Dr Nazrin Serentak Dengan Parlimen..

EKSKLUSIF #PRU13 :DUN Perak Dibubar Selepas Perkenan Raja Dr Nazrin Serentak Dengan Parlimen..


Dewan Negeri Perak Ke-12 dibubarkan secara rasmi pada 3 April 2013 selepas mendapat perkenan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah, serentak dengan pembubaran Parlimen yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Selepas ini, parti politik baik di pihak kerajaan ataupun pembangkang akan bertarung secara terbuka untuk memenangi 24 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

PRU-13 boleh diadakan seawal 20 April ini dengan penamaan calon diadakan pada Rabu depan berikutan pembubaran Parlimen semalam.

Namun, SPR dijangka menganjakkan hari penamaan calon pada 13 April manakala hari pengundian pada 27 April selepas mengambil kira kedua-dua tarikh itu adalah cuti hujung minggu.

Berdasarkan pengalaman sebelum ini, pengundian biasanya diadakan pada Sabtu, penamaan calon pula lazimnya diadakan 10 hari selepas pembubaran.

Sehingga 22 Februari lalu, sejumlah 1,409,774 pemilih berdaftar diwartakan di negeri Perak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jumlah Daftar Pemilih Induk (DPI) mengikut kawasan Parlimen ialah 32,814 (Grik); 46,695 (Larut); 51,524 (Parit Buntar), 54,915 (Bagan Serai); 71,401 (Bukit Gantang); 78,327 (Taiping); 28,572 (Padang Rengas); 51,709 (Sungai Siput); 89,582 (Tambun); 82,025 (Ipoh Timur); 77,920 (Ipoh Barat); 87,747 (Batu Gajah); 33,607 (Kuala Kangsar); 49,314 (Beruas); 33,600 (Parit); 63,776 (Kampar); 97,243 (Gopeng); 45,592 (Tapah); 51,626 (Pasir Salak); 88,473 (Lumut); 40,031 (Bagan Datoh); 60,620 (Teluk Intan) dan 64,641 (Tanjung Malim).

Berdasarkan kedudukan kerusi Parlimen dan DUN sebelum pembubaran, BN mempunyai 13 kerusi Parlimen, 29 kerusi DUN, PAS (Parlimen-2, DUN-6); DAP (Parlimen-6, DUN-16); PKR (Parlimen-2, DUN-5) dan Bebas (Parlimen-1, DUN-4).

Dalam PRU-12, BN gagal mempertahankan pemerintahan di Perak tetapi berjaya membentuk kerajaan pada 6 Februari 2009 apabila dua Adun PKR dan satu DAP keluar parti dan mengisytiharkan diri sebagai calon Bebas.

Dua Adun PKR iaitu ialah Jamaluddin Mohd Radzi (Adun Behrang), Mohd Osman Jailu (Adun Changkat Jering) dan Hee Yit Fong (Jelapang).

Sebaik sahaja mengambil alih pentadbiran negeri, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan barisan exconya melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk memakmur dan mensejahterakan negeri Perak.

Gagasan Perak Amanjaya dengan slogan Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir diperkenalkan untuk mendekati dan menyelami denyut nadi rakyat di serata pelusuk negeri.

Program turun padang dan Hari Bertemu Rakyat pada setiap Selasa yang dianjurkan secara terbuka oleh Menteri Besar ternyata berjaya menyelesaikan banyak masalah rakyat dalam tempoh empat tahun yang lalu.

Hasil pengurusan yang cekap, pertumbuhan sosio-ekonomi negeri Perak semakin rancak sekaligus berjaya mengutip hasil berjumlah RM905 juta pada tahun lalu, berbanding jangkaan awal RM785 juta sahaja.

Lebih hasil disalurkan kepada pembangunan negeri melalui projek pembangunan membaiki jalan dan memasang lampu jalan manakala 8,000 kakitangan awam negeri juga tidak ketinggalan menerima insentif RM500 seorang seperti yang diumumkan Menteri Besar semalam.

Berdasarkan rekod cemerlang BN dalam tempoh empat tahun lalu, rakyat Perak sewajarnya membuat penilaian dengan bijaksana demi menjamin masa depan yang lebih cerah.

Sebagai Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, memaklumkan pihaknya tidak hanya menumpukan kepada kawasan tertentu sahaja sebaliknya memberi tumpuan kepada semua kawasan bagi memastikan kemenangan dalam PRU-13.

Persiapan awal katanya, sudah dilakukan dan senarai calon juga hampir dimuktamadkan dan hanya menunggu lampu hijau daripada PM untuk diumumkan secara rasmi.

PRU-13 ini pastinya menjadi pertandingan sengit kepada BN apabila semalam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan akan bertanding di Perak sebagai usaha untuk melonjakkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Walaupun belum diumumkan secara rasmi, beberapa blog tempatan menyebut Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bakal bertanding di kerusi Parlimen Ipoh Timur yang dimenangi Lim Kit Siang daripada DAP pada 2008.

Sebelum ini, Pemuda PAS negeri Perak mencadangkan Anwar bertanding di Parlimen Lumut, kerusi yang ditandingi calon MCA.

Mengulas desas-desus Anwar bertanding di Perak, Zambry dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco baru-baru ini, berkata pihaknya tidak gentar untuk berhadapan cabaran itu dan meminta rakyat penilaian sewajarnya terhadap tindakan Ketua Pembangkang itu yang meninggalkan kerusi Permatang Pauh.

“Tidak menghairan saya jika beliau mengambil keputusan bertanding di Perak atau Selangor dan kita sama sekali tidak akan gentar dengan cabaran itu,” katanya.


*sumber dari laman sesawang portal berita negeri Perak.

Rabu, 3 April 2013

EKSKLUSIF!! Parlimen Dibubar Secara Rasminya Hari Ini..

EKSKLUSIF!! Parlimen Dibubar Secara Rasminya Hari Ini..



Alhamdulillah, pagi ini jam 11.34 pagi, PM kita telah mengumumkan pembubaran Parlimen, WA rasa inilah yang pejuang-pejuang Saf Nasional sedang tunggu dalam membenamkan terus pengkhianatan-pengkhianatan dan petualang Negara.

WA dan seluruh Blogger dari PCT Mahupun UMB /Team Media Perak dengan ini mengajak anda pembaca semua dan penyokong Barisan Nasional di luar sana sekaligus mengulang saranan Perdana Menteri kita agar jangan mensia-siakan undi anda kerana ia penting untuk menentukan masa depan serta generasi kita kelak.

Dengan pembubaran ini, WA juga berharap kesemua jentera kita, level ground atau maya, bekerja dengan lebih keras lagi demi memastikan kemenangan BN mencapai majoriti yang dihajatkan.

Ayuh, kita beri kepercayaan terhadap kepimpinan Barisan Nasional yang menepati janji dalam memberikan perubahan serta kemajuan kepada Negara kita yang tercinta.

Psssttt.. AKjr : Moh Kome semua weiii lupakan Persengketaan kita, Rapatkan Barisan, Bersatu Hati Bersama-sama Berjuang Demi AGAMA BANGSA DAN NEGARA yANG tercinta..

We Love BN, We Love PM!!

1 Malaysia,
Sokong Najib,
Undi BN!!