SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Khamis, 16 Mei 2013

PANAS BERAPI!! Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani dilucutkan jawatan??

PANAS BERAPI!! Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani dilucutkan jawatan??


Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani sekali lagi didesak dilucutkan jawatan dan disingkirkan daripada kalangan bangsa Melayu berikutan serangan secara terbukanya terhadap akhbar Utusan Malaysia yang didakwa sebagai rasis baru-baru ini.

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, hukuman itu dilihat cukup setimpal buat individu lupa daratan dan buta sejarah seperti Azran sekali gus mampu menghalang komuniti Melayu daripada termakan kata-kata hasutannya.

“Sekiranya terus berada di situ saya khuatir tindakan Azran mampu mengikis semangat nasionalis dalam diri lebih ramai orang Melayu yang bekerja di syarikat penerbangan tersebut.

“Sebagaimana dia meluat dengan Utusan Malaysia, begitulah juga meluatnya orang Melayu dengan belang ahli korporat baharu itu. Kita tidak perlukan sebarang penjelasan daripada dia kerana kita hanya mahu dia berundur serta-merta," tegasnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan beberapa NGO yang mahu Azran meletak jawatan berikutan kelantangannya mencemuh akhbar Utusan Malaysia sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan bertajuk ‘Apa lagi Cina mahu’ pada 7 Mei lalu.

Azran secara terbuka menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya menulis: I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan‘s editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya anti-perkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan)."
Dalam akaun Twitter pula, beliau turut menyatakan pihaknya menarik balik iklan Air Asia di Utusan Malaysia.

Sementara itu, Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail kesal dengan tindakan Azran yang bukan sahaja memberi impak negatif kepada generasi muda sekali gus menggagalkan agenda utama menyatupadukan komuniti itu.

“Azran sendiri merupakan produk daripada perjuangan orang Melayu dahulu berdasarkan apa yang termaktub dalam Perlembagaan, tetapi dia tidak sedar semua itu kerana nikmat tersebut hanya dirasai oleh ibu bapa dan nenek moyangnya.

“Walau pun dia tidak memerlukan sebarang bentuk bantuan kerajaan, tetapi jangan sewenang-wenangnya mempertikaikan peranan akhbar Utusan Malaysia sebagai nadi perjuangan memartabat maruah orang Melayu Islam," katanya - Utusan

4 ulasan:

  1. Aku tak akan naik Air Asia lagi. Mas ada, Firefly ada. Cari penerbangan alternative.

    BalasPadam
  2. Campak je beliau at laut china selatan dr air asia plane tuh - org mcm tu elok di bg dkt ikan jerung je ..

    BalasPadam
  3. Aku dan rakan2....sepakat xnak naik airasia...

    BalasPadam
  4. air asia kejam pada crew mereka sendiri tak caya pi tanya cabin crew depa

    BalasPadam