SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Khamis, 9 Mei 2013

EKSKLUSIF @ AKJr : Marilah Kita Berdoa Agar Ustaz Azizan Segera Sembuh..

EKSKLUSIF @ AKJr : Marilah Kita Berdoa Agar Ustaz Azizan Segera Sembuh..



Demi Muafakat Melayu! Marilah kita bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendoakan agar kesihatan Ustaz Azizan agar kembali sembuh seperti sedia adanya... 

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak rakyat Malaysia berdoa agar bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang segera sembuh.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah dimasukkan ke hospital itu selepas dikatakan mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) sejak Isnin lepas.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah hari ini menziarahi Azizan yang dimasukkan ke wad Unit Rawatan Kardiologi (CCU) Hospital Pulau Pinang.

Baginda diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah serta anakanda baginda Datuk Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff serta Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Badlishah.

Turut melawat Azizan ialah Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Menteri Besar Perlis Azlan Man.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan