SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label CALON. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CALON. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Oktober 2013

INFO @ AKjr : PEMUDA UMNO IPOH BARAT MELAHIRKAN CALON - CALON PEMIMPIN YANG MANTAP BAGI PEMILIHAN UMNO 2013

INFO @ AKjr : PEMUDA UMNO IPOH BARAT MELAHIRKAN CALON - CALON PEMIMPIN YANG MANTAP BAGI PEMILIHAN UMNO 2013


Syamsul Baharin Putra ( Putra )
Jawatan sekarang : Ketua Pemuda UMNO Bahagian 
Ipoh Barat (Penyandang), Calon Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat No #01, 
Calon EXCO Pemuda UMNO Malaysia No #02
Serta Ahli Majlis Bandaraya Ipoh

Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat sememangnya terkenal kerana mempunyai kepimpinan dan ahli-ahli pemudanya yang aktif dalam penglibatan pelbagai aktiviti. Maka tidak dinafikan lagi jika kita boleh katakan Pemuda Perak adalah Pemuda Ipoh Barat kerana kebanyakan aktiviti pemuda peringkat negeri Perak kelibatannya adalah majoriti dari kalangan Pemuda UMNO Ipoh Barat. Terdapat juga penglibatan diperingkat kebangsaan iaitu dari badan-badan NGO seperti Gerakan Belia 4B Malaysia, Majlis Belia Malaysia, PSSGM, Nadi Rakyat dan Wira Perkasa Malaysia.

Oleh itu kita patut menampilkan calon-calon hasil dari 'kilang' Pemuda UMNO Ipoh Barat ini.  Selain dari PUTRA Berikut adalah antara calon-calon Pemuda UMNO yang berkaliber serta berkarisma tinggi :


Muhamad Iqbal Jamal (Iboy)
Jawatan sekarang : Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Ipoh Barat & Pegawai Khas Kepada Exco Belia dan 
Sukan Negeri Perak D.R.
Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat 
No #01


Mua'amar Ghadafi Jamal (Gadap)
Jawatan sekarang : Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia
Naib Ketua Pemuda Ipoh Barat (berpindah ke Bahagian Parit Buntar), Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri Malaysia
Calon EXCO Pemuda UMNO Malaysia No #48


Kepada Semua para perwakilan, Ketua-Ketua Pemuda Cawangan dan Ahli Jawatankuasa serta lain-lain yang berkenaan diharapkan dapatlah memilih dan mengundi pemimpin yang 100% boleh memberi komitmen, rajin, serius bekerja, bertanggungjawab dan bijak. Demi untuk perjuangan agama, bangsa dan tanahair.


Selamat BERSIDANG Semua Perwakilan...!!
UMNO Tatap Dulu, Kini Dan Selamanya..

Isnin, 2 September 2013

Putra Disokong 24 Bahagian Pemuda Perak Calon Exco Pemuda Malaysia!! @NajibRazak @ZambryAbdKadir @tunfaisal

Putra Disokong 24 Bahagian Pemuda Perak Calon Exco Pemuda Malaysia!! @NajibRazak @ZambryAbdKadir @tunfaisal


Siapa tak kenal Putra di Perak. Dari budak-budak kecik sampai orang tua terutama di Bahagian Ipoh Barat semua kenal Putra dan apa jasa beliau diperingkat cawangan, bahagian, negeri Perak dan nasional. Inilah calon exco pemuda UMNO yang layak membantu Pemuda UMNO Malaysia bagi penggal yang akan datang. 

Ketua Pemuda Ipoh Barat ini terkenal dengan suara lantangnya membela bangsa Melayu ini bukanlah hanya mula bekerja ketika musim pemilihan sahaja tidak seperti calon kosmetik lain yang hanya muncul ketika musim pemilihan. Beliau sudah bekerja sejak 4 5 tahun dulu lagi diperingkat negeri Perak terutamanya. 

Tidak dapat tidak disangkal lagi peranan dan kerja kuat beliau membantu jentera negeri Perak terutama Pemuda untuk menawan kembali negeri Perak dari tangan kotor Pakatan Rakyat. Akhirnya, BN dan UMNO berjaya menawan kembali Perak dan menjaya mendirikan kerajaan. 

Baca selanjutnya di blog sahabat teman DISINI



Isnin, 12 Ogos 2013

INFO @ AKjr : Pindaan Mesyuarat Caw, Bhgian & Tarikh Penamaan Calon Pergerakan Sayap & Majlis Tertinggi UMNO..

INFO @ AKjr : Pindaan Mesyuarat Caw, Bhgian & Tarikh Penamaan Calon Pergerakan Sayap & Majlis Tertinggi UMNO..


KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan berkaitan tarikh pindaaan untuk mesyuarat Cawangan yang dipanjangkan dan tarikh-tarikh baru bagi penamaan calon pergerakan sayap dan pemilihan Majlis Tertinggi serta persidangan bahagian.

Berikut ialah siaran media berkaitan:

Dimaklumkan Presiden UMNO, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin telah bersetuju untuk meminda tarikh mesyuarat Cawangan UMNO, mesyuarat Bahagian UMNO dan penamaan calon untuk pemilihan parti kepada tarikh yang ditetapkan. Tarikh baru adalah seperti berikut:

I. Mesyuarat Cawangan UMNO dilanjutkan daripada 31 Ogos kepada 15 September 2013;

II. Pendaftaran penamaan calon untuk pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri daripada 7 September kepada 21 September 2013;

III. Mesyuarat pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri ditetapkan pada 12 Oktober 2013;

IV. Penamaan calon untuk pemilihan Majlis Tertinggi UMNO daripada 7 September kepada 28 September 2013;

V. Mesyuarat Bahagian dan hari pemilihan Majlis Tertinggi UMNO dipinda daripada 5 Oktober kepada 19 Oktober 2013.

Pindaan tersebut dibuat berikutan cadangan dan permintaan dari UMNO Bahagian-bahagian dan Cawangan-cawangan yang antaranya ialah tarikh mesyuarat Cawangan sebelum ini berlangsung dalam bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dan tamat tempoh mesyuarat pada 31 Ogos 2013. Dalam masa yang sama dua pemimpin negara luar iaitu Presiden China dan Presiden Amerika Syarikat juga akan berkunjung ke negara ini pada awal Oktober 2013 dan persediaan untuk menerima kedatangan tetamu negara ini perlu dibuat.

Dengan demikian maka Presiden, Timbalan Presiden dan pengurusan UMNO telah bersetuju kepada tarikh-tarikh baru ini. Pihak pengurusan UMNO juga telah memaklumkan kepada ahli Majlis Tertinggi parti berkenaan dengan perkara tersebut.

Sekian dimaklumkan, Terima kasih.

DATUK SERI TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR
(Setiausaha Agung UMNO)

Selasa, 2 Julai 2013

PANAS BERAPI!! #PRK Kuala Besut : PR Tidak Akan Letak Calon?? - Anwar

PANAS BERAPI!! #PRK Kuala Besut : PR Tidak Akan Letak Calon?? - Anwar


Dalam Dewan Rakyat semalam, anak Anwar Ibrahim dan juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, si Nurul Izzah telah menegaskan bahawa pilihanraya Kuala Besut tidak boleh diadakan selagi kepimpinan SPR tidak ditukar. Katanya:

“(Pilihan raya kecil) Kuala Besut hanya dilaksanakan bila ada pimpinan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) yang baru dan credible (wibawa). Nak teruskan dengan dakwat yang sama, dengan pimpinan (SPR) yang sama? Pada saya ini tak boleh diterima pakai,”

Namun, siapa yang akan mendengar cakap penipu tegar seperti Nurul Izzah. PRK Kuala Besut tetap akan diadakan dalam masa 60 hari dari tarikh kerusi tersebut dikosongkan tanpa ada pertukaran dalam kepimpinan SPR.

Justeru, mengambil kata-kata Nurul Izzah di atas, Pakatan Rakyat tidak harus bertanding sebagai menegaskan bantahan terhadap SPR. Jika tidak, ia akan menyerlahkan satu lagi hipokrasi yang paling jelek di pihak PR.

Jika keturunan Anwar Ibrahim ini waras dan bermaruah, tentu Nurul Izzah akan diam sahaja setelah terkantoi tidak dapat membuktikan berlaku penipuan dalam PRU-13 yang lalu.

Tahukah Nurul Izzah bahawa cerita PR tentang 40,000 pengundi hantu warga Bangladesh adalah satu penipuan paling bodoh dan kelakar? Mereka ini pula dikatakan datang dengan penerbangan dari Sabah. Bayangkan, tidak mungkin tiada siapa yang dapat mengesan 40,000 Bangladesh tiba dari Sabah? Lebih kelakar lagi apabila tiada seorang pun dari mereka dapat dibawa ke hadapan untuk membuktikan SPR menipu sedangkan Anwar mengaku mempunyai bukti dan butiran terperinci ketibaan mereka di Malaysia.

Itu belum lagi gambar-gambar dan cerita yang disebarkan mengenai kotak undi yang konon dilarikan, disembunyikan dan dibuang oleh SPR. Ini termasuklah terjatuh dari helikopter yang jatuhnya elok berdiri tersusun rapi di tengah-tengah padang, tanpa koyak dan tanpa terusik. Pun begitu, tiada satu pun kawasan di mana agen PR membuat aduan bilangan pengundi dengan kertas undi tidak sepadan.

Malah cerita ‘blackout’ juga senyap begitu sahaja sehinggakan himpunan yang dinamakan ‘blackout’ terpaksa ditukar nama kepada ‘black’ di acara kemuncak akibat telah terbukti tiada ‘blackout’. Lihatlah, betapa buruknya sifat mereka yang tetap menuduh berlaku ‘blackout’ walaupun pemimpin DAP, sekutu mereka sendiri telah menafikan ianya berlaku.

Pengerusi SPR mungkin dipersoal tentang dakwat kekal idaman PR yang tidak kekal dalam beberapa kes, tetapi ini masih tidak membuktikan terjadinya penipuan selagi tiada bukti terjadinya undi dua kali atau tidak dibenarkan mengundi langsung.

Apakah Nurul Izzah terlalu bengap untuk memahami bahawa Himpunan Black505 telah tidak mendapat sambutan kerana rakyat sudah tahu bahawa PR menipu? Oleh itu atas dasar apa Nurul Izzah ingin mempersoalkan kredibiliti kepimpinan SPR sehingga menafikan peranannya dalam PRK Kuala Besut?

Sebenarnya, orang yang perlu dipersoalkan kredibilitinya ialah Nurul Izzah dan bapanya serta seluruh pemimpin Pakatan Rakyat.

Tidakkah Nurul Izzah terfikir, apa jenis orang yang membantah keputusan PRU tetapi menerima jawatan di Dewan Rakyat? Apa jenis manusia yang berhimpun menolak keputusan tetapi terhegeh-hegeh dan tersengeh-sengeh mengangkat sumpah?

Atau lebih tepat, apa jenis haiwan yang menyuruh haiwan lain merusuh berkhemah dan berguling-guling menentang kerajaan sedang dia sendiri menjamu selera bergelak ketawa dengan pemimpin kerajaan? “Professional and nothing personal”?? – Bullsh*t!

Dan kali ini pula, orang atau haiwan yang sama menyatakan keengganan untuk menyertai PRK Kuala Besut jika kehendaknya tidak dituruti iaitu Pengerusi SPR tidak meletakkan jawatan.

Sekali lagi diulang bahawa Pengerusi SPR tidak akan dan tidak perlu meletakkan jawatan hanya kerana beberapa ekor haiwan menipu menyatakan yang beliau menipu. Justeru, sekiranya PR tidak dapat menerima kepimpinan SPR, PR wajib memulaukan PRK ini.

Jumaat, 17 Mei 2013

INFO @ AKJr : Calon BN Dun Selinsing Perak sedang Koma dihospital..

INFO @ AKJr : Calon BN Dun Selinsing Perak sedang Koma dihospital..




Saudara Sharudin Ahmad, calon BN dun Selinsing kini akan dihantar ke Hospital Tuanku Bainun Ipoh untuk menjalani rawatan susulan.

Beliau telah dikejarkan ke Hospital Colombia Taiping malam tadi dan kerana kekurangan fasilitis, Sharudin dipindahkan ke Hospital Daerah Taiping dan di tempaatkan di Unit Rawatan Rapi C2. 

Oleh kerana jangkitan kuman yang serius beliau kini dipindahkan ke Ipoh. 

Sama-samalah kita mendoakan agar Sharudin Ahmad orang kuat Belia Malaysia dan RELA Kerian kembali sihat seperti sedia kala. Kita hanya mampu berdoa dan dengan harapan dimakbulkan Allah s.w.t

Kredit kepada Sahabat TAIPING MALI

Jumaat, 3 Mei 2013

PANAS BERAPI!! TERKINI!! Cubaan 'Membunuh' Calon BN Dun Sungai Rapat Dato Hamidah Osman..

PANAS BERAPI!! TERKINI!! Cubaan 'Membunuh' Calon BN Dun Sungai Rapat Dato Hamidah Osman..


Maaf Gambar kerosakan kereta tidak dapat disiarkan ketika ini
Sungai Rapat Online telah mendapat maklumat daripada pemandu calon BN Dun Sungai Rapat bahawa ada cubaan membunuh Dato Hamidah telah dilakukan dihadapan Bank RHB Gopeng.

Menurut maklumat yang diterima sebentar tadi kejadia berlaku pada jam 11:45 pagi tadi dan saksi memberitahu sebuah kereta no. daftar masih dirahsiakan kerana ini sudah menjadi kes polis jenis Alza berwarna putih telah berhenti betul-betul berhampiran dengan kereta Dato Hamidah Osman. Kemudian seorang daripadanya berketurunan Melayu keluar daripada kereta dengan pisau ditangan lalu memotong kedua-dua tayar kereta Dato Hamidah.

Kejadian berlaku agak pantas mungkin kerana pembunuh upahan itu memang pernah melakukan perkara jijik sebegini.

Oleh itu satu laporan Polis telah dibuat oleh pemandu kereta Dato Hamidah di Balai Polis Gopeng.

Pihak polis masih menyiasat no. daftar pada kereta tersebut yang dimiliki oleh lelaki Melayu.

Inilah yang dikatakan politik jijik yang telah dilakukan individu tertentu bertujuan untuk melemahkan semangat, tak boleh ke bertanding secara sihat tanpa merosakkan hartabenda orang lain.

Sejak isu Sekolah Agama Rakyat tersebar luas banyak individu yang sudah panas punggung dan terdesak lalu sanggup melakukan apa sahaja yang membolehkan mereka menang.

Polis percaya ini berkaitan dengan kepentingan politik dan dalang cubaan membunuh ini akan dapat ditangkap dalam masa yang terdekat.




Selasa, 30 April 2013

PANAS BERAPI!! #PRU13 SI TANGGANG JADI CALON PKR?? #TOLAKPR # VOTE4BN #BETTERNATION

PANAS BERAPI!! #PRU13 SI TANGGANG JADI CALON PKR?? #TOLAKPR # VOTE4BN #BETTERNATION



PEKAN: Kemelut Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang semakin meruncing apabila ibu kepada seorang calonnya di Pahang, tidak merestui anak perempuannya, Sitarunishah Ab Kadir bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei ini.

Sunah Omar, 61, berkata dia sedih dan kecewa apabila mengetahui anaknya yang selama ini anggota Umno tiba-tiba menjadi calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menentang penyandang kerusi DUN itu daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Abu Bakar Harun.

Sunah memberitahu sidang media di sini pada Ahad, tindakan anak sulung daripada lima beradik itu membuatkan dia dan suaminya, Abdul Kadir Zakaria, 63, kecewa kerana selama ini Umno dan BN banyak membantu masyarakat peneroka di Felda Chini Timur 3 di sini.

"Mula-mula saya sudah dengar khabar angin apabila kalangan jiran menyindir anak saya jadi calon PKR.

Semasa hari penamaan calon di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan, saya menggigil menahan kemarahan apabila mengetahui anak saya diumumkan sebagai calon PKR di DUN Chini.

"Saya cukup kecewa dengan tindakan anak saya itu kerana penyandang kerusi tersebut, Datuk Abu Bakar Harun bersama ahli Umno banyak membantu masyarakat peneroka termasuk keluarga saya," katanya.

Sunah yang menyertai Umno sejak berusia 21 tahun dan kini anggota Pergerakan Wanita Umno, Felda Chini Timur 3 berkata anaknya itu yang tinggal di Kuantan bersama suaminya tidak pulang ke rumah di sini sejak empat bulan lepas.

"Dia ada meminta restu saya selepas hari penamaan calon. Saya kata tidak dan berdoa supaya dia kalah di kerusi DUN ini.

"Sepatutnya dia bersyukur kerana kerajaan BN dan Umno telah banyak membantu masyarakat peneroka di sini termasuk keluarga saya," katanya.

Sunah berkata suaminya, Ab Kadir yang kini sakit akibat serangan angin ahmar sejak 12 tahun lepas hanya mampu menangis memikirkan tindakan anaknya itu.

"Saya bersama suami serta empat anak lain akan tetap menyokong BN dan saya sanggup turun padang membantu jentera Umno mempertahankan kerusi DUN Chini," katanya.


Sabtu, 27 April 2013

INFO @ AKJr #PRU13 SEKITAR PROGRAM CALON BERSAMA RAKYAT DI P065 IPOH BARAT DAN N29 KEPAYANG DI KG KEPAYANG

INFO @ AKJr #PRU13 SEKITAR PROGRAM CALON BERSAMA RAKYAT DI P065 IPOH BARAT DAN N29 KEPAYANG DI KG KEPAYANG

 Penduduk Kampung Kepayang dari dulu kini dan selamanya menyokong BN

 Ketua Pemuda UMNO Ipoh Barat Sdr. Putra bergambar bersama calon bagi Parlimen Ipoh Barat Dr. Cheng Wei Yee Dan Pemuda BN Kampung Kepayang

 Ayahanda Ketua UMNO Bhgian Ipoh Barat Datuk Nyah sedang memberi ucapan dan seterusnya memperkenalkan calon2 BN bagi DUN KEPAYANG dan Parlimen IPOH BARAT

 Calon BN Bagi DUN N29 KEPAYANG En. Chang Kok Aun memperkenalkan diri

 Calon BN bagi P065 IPOH BARAT Dr. Cheng Wei Yee memperkenalkan diri

 Antara Penduduk Kampung yang hadir

 Calon DUN KEPAYANG Melawat rumah penduduk kampung




Jumaat, 26 April 2013

INFO @ AKJr : KENALI CALON N46 CHENDERIANG, TAPAH

INFO @ AKJr : KENALI CALON N46 CHENDERIANG, TAPAH



Dato' Dr Mah Hang Soon merupakan calon Barisan Nasional bagi kerusi N46 Chenderiang. .Sebelum ini, beliau adalah penyandang kerusi N46 Chenderiang bermula pada tahun 2008. Selepas 11 bulan Negeri Perak berada di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat, barulah beliau dilantik sebagai Exco Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Perak.

Dato' Dr Mah Hang Soon berkelulusan dari Universiti Malaya dalam bidang Perubatan. Sebelum ini, beliau adalah seorang pakar kardialogi (jantung) di Pusat Perubatan Ipoh (KPJ). Dalam MCA, beliau merupakan Ketua Pemuda MCA Negeri Perak dan sekaligus menjadi Naib Ketua Pemuda MCA Kebangsaan.


Baca Selanjutnya DISINI

Jumaat, 5 April 2013

PANAS TERIK!! #PRU13 Calon Sabah - Anwar keldaikan orang Sabah & PAS #GE13 #TolakPR #Vote4BN

PANAS TERIK!! #PRU13 Calon Sabah - Anwar keldaikan orang Sabah & PAS #GE13 #TolakPR #Vote4BN




Agihan kerusi - 11 PKR, 6 APS, 3 PPPS, 3 PAS, 3 DAP? Guna template Sarawak?

Jika begini agihannya, maka Pas terus kekal menjadi keldai dalam percaturan politik negara, sedangkan geng Sosialis dapat lebih kerusi untuk wujudkan negara sosialis Malaysia? Pas memang layak dipanggil Keldai Sosialis atau Balaci Sosialis

ANWAR BUANG CALON TEMPATAN SABAH !!!
#TolakPR #ManifestoBukanJanji #GE13
http://medantempurkedah.blogspot.com/2013/04/panass-anwar-buang-calon-tempatan-sabah.html

Menurut maklumat terbaru calon PRU13 Pkr Sabah yang diletakkan oleh Anwar telah menaikkan kemarahan pemimpin dan penduduk tempatan di mana Pkr mendominasi kerusi di Sabah dari parti parti tempatan yang lain..

Senarai antara kerusi yang diletakkan oleh Anwar 11 PKR, 6 APS, 3 PPPS, 3 PAS, 3 DAP.. Anwar telah mengunakan kuasa vetonya dalam pemilihan calon calon dan melebihkan parti semenanjung dari parti tempatan..

Kesemua ketua ketua cabang dan pemimpin Pkr berasa marah dengan senarai yang di pilih Anwar yang lebihkan Lajim dan Bumburing sehingga masyarakat tempatan kurang senang dengan mereka..Kenapa Lajim diberi keistimewaan oleh Anwar?? Adakah ada hubung kait dengan "Hadiah" yang Lajim berikan kepada Bapa Saiful ?? Jeng Jeng Jeng...

Hairan, kenapa Pkr beriya iya nak lebih lebih di Sabah?? Padahal Pkr bukan parti dari Sabah pun..Pkr sebenarnya parti dari penjara Sg Buloh dimana makam Anwar ketika melakukan jenayah sewaktu bergelar Menteri Kewangan..

Kesian rakyat Sabah, dari dulu sampai sekarang kena main dengan Anwar..Pergi Sabah bukan main lagi dengan private jet tapi tiada apa yang dijanjikan kepada rakyat Sabah melainkan meletakkan calon Pkr seramai mungkin di Sabah..
Psssttt... Aku dengar citer Ostad Khalwat 3 pagi pun nak lari ke Sabah?? Dah takut kena makam kat Sabak Bernam ke??

Selasa, 19 Mac 2013

TAHNIAH!!! DR MAZA BAKAL CALON BARISAN NASIONAL MENENTANG ANWAR??

TAHNIAH!!! DR MAZA BAKAL CALON BARISAN NASIONAL MENENTANG ANWAR??




Tokoh agama terkenal Datuk Dr Asri Zainul Abidin, yang diura-urakan bertanding atas tiket PKR, kemungkinan besar tidak jadi dicalonkan oleh parti tersebut.

Sumber-sumber PKR memberitahu media, Dr Asri dianggap tidak serius untuk bertanding selepas pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dua minggu lepas.

Pada masa yang sama, Dr Asri sendiri dikatakan sudah membuat keputusan muktamad dengan menolak tawaran itu walaupun dijanjikan kerusi timbalan ketua menteri Pulau Pinang.

Sumber-sumber PKR memberitahu, parti itu mahukan komitmen segera daripada bekas mufti Perlis itu kerana pembubaran Parlimen dijangka diumumkan penghujung bulan ini.

Difahamkan tawaran kerusi timbalan ketua menteri itu dibuat oleh Ketua Pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri dalam pertemuan empat matanya dengan ulama muda itu sebelum ini. Dr Asri sendiri malam tadi mendedahkan dalam mesej di akaun Twitternya tentang pertemuan dengan perdana menteri.

Bagaimanapun butiran perbincangan di pertemuan kedua-duanya tidak dinyatakan dengan jelas sama ada berkaitan pencalonan dalam pilihan raya umum atau hal-hal lain. "Dua minggu lepas, YAB PM jemput saya ke pejabat beliau sendirian. Saya beri pandangan-pandangan saya dan beliau dengar dengan teliti. Saya hargai sikap itu," kata Dr Asri dalam twitnya. - UtaraNews.com

Psssttt... AKjr : Berita yang baru diterima, Dr Asri TIDAK AKAN Bertanding dalam PRU13 nti...

Jumaat, 15 Mac 2013

PANAS TERKINI!! PM MEMUKTAMADKAN SENARAI NAMA CALON PRU 13..

PANAS TERKINI!! PM MEMUKTAMADKAN SENARAI NAMA CALON PRU 13..




Putrajaya: Datuk Seri Najib Razak semalam menemui pemimpin UMNO negeri dan ketua parti komponen Barisan Nasional (BN), dipercayai bagi memuktamadkan senarai calon BN yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Difahamkan, pertemuan juga bagi mengemas kini dan membuat persiapan terakhir jentera BN menghadapi PRU-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa. 


Berdasarkan amalan sebelum ini, Parlimen akan dibubarkan beberapa hari selepas pertemuan Perdana Menteri dengan pemimpin BN negeri dan parti komponen. 


Muhyiddin turut hadir Perjumpaan yang turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor itu, bermula jam 12.30 tengah hari dan berakhir jam 8 malam tadi.

Ia didahului Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang berada di pejabat Perdana Menteri lebih sejam diikuti Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Turut dilihat memasuki pejabat Perdana Menteri ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu (Perlis), Datuk Seri Mohamad Hasan
(Negeri Sembilan) dan Datuk Seri Adnan Yaakob (Pahang). Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman Sabah dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Melaka).

Pemimpin lain termasuk Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, Datuk Zainal Abidin Osman (Pulau Pinang), Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (Kedah) dan Timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir. 


Turut sama, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Parlimen Sepang, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor Pemimpin parti komponen yang hadir ialah Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel; Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M Kayveas dan Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok. Bagaimanapun, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak kelihatan. 

Tiada penjelasan kepada wartawan

Namun, berikutan hujan lebat, tiada pemimpin berhenti untuk bercakap kepada kira-kira 15 wartawan dan jurugambar yang menunggu di pekarangan pejabat Perdana Menteri sejak jam 11 pagi.

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, mandat kerajaan sekarang tamat pada 30 April dan Parlimen bubar secara automatik jika Yang di-Pertuan Agong, berdasarkan nasihat Perdana Menteri, tidak membubarkannya sebelum tarikh itu bagi membuka laluan mengadakan PRU-13.

Selepas itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diberi tempoh 60 hari, iaitu sebelum 27 Jun untuk mengadakan PRU-13 bagi membentuk kerajaan baru. Garis panduan yang sama diguna pakai untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak yang sudah mengadakan pilihan raya DUN pada 16 April 2011.

Sumber