SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label SIAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SIAM. Papar semua catatan

Sabtu, 13 Julai 2013

#PRKKualaBesut : Selepas Orang Bangladesh, Orang Siam Pula Yang Akan "MENGUNDI"........?

#PRKKualaBesut :  Selepas Orang Bangladesh, Orang Siam Pula Yang Akan "MENGUNDI"........?



Jika pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 rakyat dimomokkan dengan cerita pengundi hantu berketurunan Bangladesh yang sehingga kini tiada kesahihannya, maka tidak mustahil pembangkang akan mula meracuni pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut akan wujudnya pengundi hantu berketurunan Siam pula. 

Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Datuk Wan Salleh berkata, beliau tidak menafikan bahawa telah kedengaran desas-desus kononnya terdapat mengundi Siam bakal mengundi di PRK kelak. 

"Ini memang telah menjadi alasan lazim pembangkang bila mereka rasa akan kalah atau membuat persediaan sekiranya kalah. Sepatutnya mereka kena buktikan sekarang siapa daripada daftar pemilih yang dikatakan orang tidak layak mengundi atau pengundi hantu. 

"Bukan sebar fitnah dan kemudiannya apabila mereka kalah mereka akan mainkan isu ini sama seperti apa yang terjadi pada PRU-13. Mereka buat perhimpunan haram 505 kononnya PRU tidak telus dan terdapat pengundi Bangladesh tetapi sehingga kini mereka tidak mampu membuktikan dakwaan tersebut," ujarnya kepada UMNO-Online. 

Walau apapun ujar Ahmad Farid, beliau yakin bahawa pengundi di di Kuala Besut akan membuat pilihan tepat dan mengulangi keyakinan mereka terhadap BN sepertimana yang mereka terjemahkan di peti undi semasa PRU-13 yang lalu. 

Tambah beliau lagi, pengundi Kuala Besut bukanlah objek yang boleh pembangkang 'gula-gulakan' kerana mereka sentiasa yakin dengan kredibiliti BN sepanjang memerintah Negara ini. 

"Saya penuh yakin bahawa BN akan mampu mengekalkan kerusi di DUN Kuala Besut ini. Walaupun pembangkang akan cuba pelbagai taktik untuk meracuni fikiran pengundi di sini namun saya percaya kepada para pengundi Kuala Besut yang matang dan mampu menilai kebenaran," ujarnya lagi.

Isnin, 8 April 2013

PANAS TERIK!!: Dokumen Rancangan Pembangkang Bawa Pengundi Dari Siam Pada #PRU13 Terkantoi !

PANAS TERIK!!: Dokumen Rancangan Pembangkang Bawa Pengundi Dari Siam Pada #PRU13 Terkantoi !


Rakan blogger, Unspinners (http://theunspinners.blogspot.com/2012/07/penipuan-pilihanraya-guna-rakyat-asing.html) telah mendedahkan perkara ini dah lama dah. Namun tiada satu pun kenyataan pemimpin pembangkang menafikan dokumen ini.



MyMassa harap UMNO Kelantan sedar tentang rancangan pihak lawan mengimport pengundi dari Thailand semasa hari pengundian.

Apa yang berlaku sekarang adalah pembangkang seboleh-bolehnya merekayasakan fitnah bahawa yang bawa pengundi hantu ini adalah UMNO.

Cara mereka mudah. Tuduh dahulu, buktikan kemudian. Kali ini MyMassa nak berkongsi macam mana fitnah dari Naib Presiden PAS yang menuduh seorang rakyat Malaysia sebagai warganegara Myanmar.


Gambar dari Harian Metro


Tukang kebun kesal didakwa warga Myanmar, jadi pengundi hantu ALOR SETAR, 7 April — Seorang tukang kebun kesal dengan kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwanya sebagai warganegara Myanmar yang menerima kad pengenalan Malaysia dan menjadi mengundi hantu pada pilihan raya.

Sehubungan itu, Ramli Ahmad, 48, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar pada 11.44 malam semalam sejurus mengetahui perkara berkenaan.

"Saya terkejut apabila seorang lelaki Cina datang ke rumah dan menunjukkan sebuah akhbar Cina edisi malam yang memaparkan tentang saya sebagai seorang warganegara Myanmar yang datang ke Malaysia pada tahun 1993.

"Kalau saya warganegara Myanmar, macam mana saya boleh ada surat beranak dan kad pengenalan Malaysia yang jelas menunjukkan bahawa saya lahir di Pengkalan Kundor," katanya pada sidang akhbar di pejabat MCA di sini hari ini.

Beliau sudah tujuh tahun bertugas di Wisma Darul Aman dan pernah mengundi di Parlimen Kuala Perlis pada 2004 serta Parlimen Alor Setar pada 2008.

Ramli berkata punca pertikaian status kewarganegaraannya mungkin disebabkan beliau memiliki sijil pengesahan perakuan taraf kewarganegaraan yang dikeluarkan pada 22 Dis 1993.

"Saya mendapat sijil itu kerana sijil kelahiran asal telah hilang dalam satu kebakaran," katanya.

Ramli berkata laporan polis dibuat bagi membersihkan nama beliau kerana tuduhan yang dilempar itu bukan sahaja boleh menjatuhkan maruahnya dan keluarga malah boleh menimbulkan persepsi negatif masyarakat.

Sementara itu, Setiausaha Sulit Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Loh Eng Chong berkata selepas melihat kenyataan akhbar berkaitan perkara berkenaan, beliau terus membuat pemeriksaan sebelum ke rumah Ramli bagi mendapatkan penjelasan.

"Saya ke rumah Ramli untuk memberitahu mengenai perkara ini dengan membawa surat khabar Cina edisi malam yang memaparkan Ramli adalah seorang pendatang asing dari Myanmar.

Ramli berada dalam keadaan terkejut kerana beliau tidak tahu bagaimana butiran peribadinya boleh berada dengan pihak berkenaan," katanya. — Bernama
Kesian En. Ramli. Tak pasal-pasal kena fitnah dengan Mahfuz. Jadi kepada pembaca MyMassa, harap boleh sedar taktik yang PAS gunakan iaitu PENCURI MENUDUH ORANG LAIN PENCURI UNTUK ELAKKAN DITANGKAP. Mereka tuduh orang lain bawa rakyat asing mengundi tetapi dalam masa yang sama mereka peruntukkan RM25,000 untuk membawa 1000 pengundi dari Thailand untuk mengundi.

*Sesuka hati mak bapak dia nak tuduh rakyat Malaysia sebagai pendatang!