SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Isnin, 27 Mei 2013

WAJIB BACA!! FAKTA : BN Menang 59.91%, PAS, PKR dan DAP Hanya Menang 40.09%

WAJIB BACA!! FAKTA : BN Menang 59.91%, PAS, PKR dan DAP Hanya Menang 40.09%


Di Malaysia politik hidup sepanjang masa walaupun diluar musim pilihan raya. Ianya jadi begitu kerana ramai rakyat Malaysia yang gila dan minat dengan politik. Tapi sayangnya dalam ramai-ramai rakyat Malaysia yang gila politik, rupanya ramai juga yang masih bodoh. 

Dalam permainan bola sepak benda yang dicari adalah gol. Tidak ada pasukan yang bermain bola hanya untuk aku bagi bola kepada kau dan kau bagi bola kepada aku, kemudian kita tendang ke luar padang. Matlamat utama dalam permainan bola sepak adalah menjaringkan gol. Nak jaring gol kena ada peraturan. Tak boleh curi ayam dan tak boleh sumbat gol dengan tangan. Semua pemain atau peminat bola sepak seantero dunia tahu tentang perkara ini.

Begitu juga dengan politik. Perkara paling utama dalam politik adalah pilihan raya. Semua orang politik atau peminat politik perlu tahu peraturan dan sistem pilihan raya yang ada di negara ini sepertimana pemain dan peminat bolasepak tahu tentang peraturan dan sistem permainan bola sepak. 

Tapi sayangnya di Malaysia, ramai pemain politik dan peminat politik masih bodoh tentang sistem pilihan raya di negara ini. Nasib baik Anwar Ibrahim tak jadi PM. Jika tidak kita akan dapat seorang PM yang paling bodoh dalam dunia kerana sistem pilihan raya negara sendiri pun dia tak tahu. Jika dia PM, selain kita akan mendapat PM yang paling bodoh, kita juga akan menjadi negara islam tunggal dalam dunia ini yang memilih seorang pengamal homoseksual sebagai PM. Syukur Alhamdullilah kerana Allah telah menyelamatkan Malaysia daripada dipimpin oleh orang bodoh dari keturunan luth. 


Hari ini genap tiga minggu keputusan pilihan raya diketahui. Walaupun tiga minggu berlalu sawan yang dihidapi Anwar dan pengikut-pengikutnya masih belum sembuh. Mereka terus meroyan pasal undi popular. 

Mereka kata mereka menang undi popular tetapi tidak dapat memerintah....

Sejak bila pilihan raya di Malaysia pemenang ditentukan melalui undi popular ? 

Sejak pilihan raya pertama negara pada tahun 1959 Malaysia mengamalkan sistem pilihan raya, simple first-past- the-post. Dimana menerusi sistem ini calon yang menang ialah calon yang mendapat undi terbanyak,walaupun dengan kelebihan satu undi sahaja.


Kita memilih wakil rakyat berdasarkan bahagian pilihan raya yang terdiri daripada 222 kerusi parlimen. Pertandingan kita adalah pertandingan merebut bahagian pilihan raya , bukannya pertandingan merebut undi popular.

Untuk parlimen daripada 222 bahagian pilihan raya yang dipertandingkan BN berjaya memenangi 133 bahagian atau 59.91 % . Sebab itu BN boleh bentuk kerajaan. BN menang apa yang dipertandingkan. Bukannya menang apa yang tidak dipertandingkan. 

Manakala PAS,PKR dan DAP hanya menang 89 bahagian pilihan raya atau 40.09 %.

Antara 59.91 % dengan 40.09 %, mana yang lebih besar ???

Orang gila pun belum tentu akan jawab 40.09 % yang lebih besar. Hanya orang bodoh seperti Anwar dan konco-konconya sahaja akan jawab 40.09 % lebih besar.

Masuk pertandingan memancing ikan, pancinglah ikan. Jangan jadi bodoh pergi pancing udang pula. Kamu dapatlah udang yang seberat 25kg pun kamu tidak akan menang. Kerana ini adalah pertandingan memancing ikan. 

Samalah dengan pilihan raya....kamu masuk pertandingan merebut kerusi, rebutlah kerusi. Berapa banyak kamu menang undi popular pun ianya tidak mendatangkan makna kerana pilihan raya di Malaysia adalah pertandingan merebut kerusi bahagian pilihan raya. 

Sistem pilihan raya kita guna pakai sama sepertimana yang dipakai di negara Britain. Di Indonesia sistemnya lain. Di sana rakyat mereka mengundi memilih parti. Manakala kita mengundi memilih calon untuk mewakili bahagian pilihan raya kita. 

Sistem yang kita gunakan inilah membuat negara kita membangun hampir serentak di segenap pelusuk negara. Lihatlah perbezaan antara negara kita dengan Indonesia. Sebab wakil-wakil rakyat kita yang menang akan bekerja atau berjuang bersungguh-sungguh untuk membangun dan memajukan kawasan yang mereka wakili. Masing-masing nak jaga reputasi masing-masing. Jika mereka tak bekerja sungguh-sungguh maka mereka tidak lagi dipilih sebagai calon atau kalah dalam pilihan raya seterusnya.

KESIMPULANNYA.. TERIMA SAJA LA KEPUTUSAN YANG TELAH DIBUAT OLEH MAJORITI RAKYAT MALAYSIA YANG MASIH MEMILIH BN DAN BUKANNYA PEMBANGKANG.. KEPUTUSAN INI JUGA ADALAH DISAHKAN OLEH WAKIL2 PEMERHATI LUAR NEGARA YANG TURUT SAMA TERLIBAT SEMASA PRU13 YANG LALU.. SUDAH KALAH.. KALAH LAHH..

1 ulasan:

  1. Ntahlah ..klu mcm ni aku rasa kaldai ahmad albab lagi cerdik ..tunggu jewlah editor,Tuhan tu maha adil - puak bodoh ni nt akn trima apa yg mereka buat ..

    BalasPadam