SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label AZRANOSMANRANI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AZRANOSMANRANI. Papar semua catatan

Selasa, 21 Mei 2013

PANAS TERIK!! Benarkah CEO Air Asia X Berpakaian Seperti Perempuan? Minta @azranosmanrani Tolong Jawab!!

PANAS TERIK!! Benarkah CEO Air Asia X Berpakaian Seperti Perempuan? Minta @azranosmanrani Tolong Jawab!!








AKJr ingin mendapat kepastian daripada Tuan Punya Diri yang di"tag" di Twitter. Benarkah ini gambar CEO Air Asia X, Azran Osman-Rani berpakaian seperti wanita ini hangat tersebar di twitter dan di Facebook? Patutlah beliau sudah lupa yang dirinya itu Melayu Islam. Kalau gambar ini palsu dan fitnah, tolong jawab di Twitter dan Admin akan kemaskinikan posting ini agar ianya tidak terus berleluasa. Kalau betul la gambar ini, memang dah sinonim dengan juak-juak Pakatan Pembangkang.

Tak tahulah pulak AKjr kalau ini caranya Air Asia ingin membuat promosi kepada golongan LGBT? Atau mungkin beliau tidak mengetahui hukum seorang lelaki berpakaian atau menyerupai seorang perempuan. Apapun hilang selera den malam ini haih!!! Semoga Allah selamatkan Malaysia dari bencana yang telah berlaku kepada kaum Nabi Luth.

Psssttt.. AKJr : Wahai En. Azran Osman Rani  sekiranya perlakuan ini adalah benar Sedarlah diri anda sebelum terlambat.. Jangan Bongkak, Jangan Riak Dan Jangan Takabur serta Ingatlah Allah boleh menarik blik segala2 yang ada pada anda dalam sekelip mata sahaja... 

Isnin, 20 Mei 2013

PANAS DAN TERKINI !!! Air ASIA diboikot kerana KEBODOHAN DAN KEBIADAPAN @azranosmanrani hina bangsa sendiri !!

PANAS TERKINI !!! @AirAsia diboikot kerana KEBODOHAN DAN KEBIADAPAN @azranosmanrani hina bangsa sendiri !!


- Veteran UMNO mengarahkan kira-kira 750,000 ahlinya di seluruh negara memboikot AirAsia dan AirAsia X berikutan kenyataan biadab Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani yang mencerca Utusan Malaysia.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, langkah drastik itu sebagai tindak balas terhadap kebiadapan Azran serta kegagalan AirAsia X memecat beliau walaupun pelbagai pihak mendesak tindakan tegas dikenakan.

Tegasnya, veteran UMNO tidak akan sesekali berkompromi dalam isu yang menyentuh mengenai kaum Melayu dan perbuatan Azran mencerca Utusan Malaysia bermakna beliau menghina kaumnya sendiri ketika kaum Melayu turut ditekan dari pelbagai sudut.

Menurut Mustapha, selaras dengan langkah memboikot itu, ahli veteran UMNO boleh memilih menggunakan perkhidmatan Firefly dan Malaysia Airlines (MAS) untuk penerbangan domestik atau ke luar negara.

"Kenyataan Azran benar-benar menghina Melayu. Oleh kerana AirAsia X tidak mahu menghukumnya, maka veteran UMNO akan menghukum AirAsia X dan AirAsia dengan memboikot kedua-dua syarikat ini. 

"Bagi kami Azran adalah lambang Melayu yang lupa identiti bangsanya.

Inilah Melayu yang dikatakan kacang lupakan kulit. Individu seperti inilah yang menjadikan Melayu hilang identiti malah sanggup menggadai maruah bangsa sendiri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Azran menerusi akaun Facebook dan Twitternya baru-baru ini bertindak mencerca Utusan Malaysia sebagai sebuah akhbar rasis hanya kerana menyiarkan artikel berbentuk pertanyaan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu' pada 7 Mei lalu.

Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya antiperkauman.

Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan)," Di Twitter pula, Azran memberitahu menarik balik iklan AirAsia di Utusan Malaysia selain turut berkata: "Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia.

Khamis, 16 Mei 2013

PANAS BERAPI!! Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani dilucutkan jawatan??

PANAS BERAPI!! Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani dilucutkan jawatan??


Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani sekali lagi didesak dilucutkan jawatan dan disingkirkan daripada kalangan bangsa Melayu berikutan serangan secara terbukanya terhadap akhbar Utusan Malaysia yang didakwa sebagai rasis baru-baru ini.

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, hukuman itu dilihat cukup setimpal buat individu lupa daratan dan buta sejarah seperti Azran sekali gus mampu menghalang komuniti Melayu daripada termakan kata-kata hasutannya.

“Sekiranya terus berada di situ saya khuatir tindakan Azran mampu mengikis semangat nasionalis dalam diri lebih ramai orang Melayu yang bekerja di syarikat penerbangan tersebut.

“Sebagaimana dia meluat dengan Utusan Malaysia, begitulah juga meluatnya orang Melayu dengan belang ahli korporat baharu itu. Kita tidak perlukan sebarang penjelasan daripada dia kerana kita hanya mahu dia berundur serta-merta," tegasnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan beberapa NGO yang mahu Azran meletak jawatan berikutan kelantangannya mencemuh akhbar Utusan Malaysia sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan bertajuk ‘Apa lagi Cina mahu’ pada 7 Mei lalu.

Azran secara terbuka menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya menulis: I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan‘s editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya anti-perkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan)."
Dalam akaun Twitter pula, beliau turut menyatakan pihaknya menarik balik iklan Air Asia di Utusan Malaysia.

Sementara itu, Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail kesal dengan tindakan Azran yang bukan sahaja memberi impak negatif kepada generasi muda sekali gus menggagalkan agenda utama menyatupadukan komuniti itu.

“Azran sendiri merupakan produk daripada perjuangan orang Melayu dahulu berdasarkan apa yang termaktub dalam Perlembagaan, tetapi dia tidak sedar semua itu kerana nikmat tersebut hanya dirasai oleh ibu bapa dan nenek moyangnya.

“Walau pun dia tidak memerlukan sebarang bentuk bantuan kerajaan, tetapi jangan sewenang-wenangnya mempertikaikan peranan akhbar Utusan Malaysia sebagai nadi perjuangan memartabat maruah orang Melayu Islam," katanya - Utusan