SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Ahad, 19 Mei 2013

PANAS TERIK!! KETEGASAN @MukhrizMahathir DIPUJI..

PANAS TERIK!! KETEGASAN @MukhrizMahathir DIPUJI..



Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak akan membenarkan parti pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Selasa ini kerana perhimpunan seperti itu tidak wajar diadakan.

Katanya walaupun beliau berpendapat mana-mana pihak boleh mengadakan perhimpunan tetapi pengisiannya perlu diteliti sebelum diberikan kebenaran.

"Perhimpunan ini yang telah diadakan di beberapa tempat di seluruh negara bertujuan menimbulkan rasa benci di kalangan peserta terhadap kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat untuk tubuhkan kerajaan Persekutuan serta di Kedah ini. 

"Kalau setakat nak berhimpun takde masalah. Ini kandungan ucapan oleh pemimpin pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan dakwaan tidak berasas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Kesyukuran peringkat negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di Alor Setar hari ini.

Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar hari ini merayu supaya Mukhriz membenarkan pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan berkenaan di Stadium Sultan Abdul Halim.

Mahfuz yang juga naib presiden PAS berkata pihaknya sebelum ini telah mengemukakan surat permohonan kepada pihak pengurusan stadium tersebut namun ditolak dan tidak dibenarkan untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

Katanya pihaknya hari ini akan menghantar surat rayuan kepada Mukhriz selaku Pengerusi Perbadanan Stadium Kedah agar membenarkan mereka melakukan himpunan tersebut atas dasar 'demokrasi'.

Mukhriz berkata jika perhimpunan itu dibenarkan dan dakwaan-dakwaan itu diulangi, beliau khuatir ia akan mengelirukan rakyat dan mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat.

"Kita dah terlalu lama berpolitik. Jadi biarlah selepas PRU13 yang paling sengit, kita satukan balik rakyat. Tidak perlu panjang-panjangkan lagi dan timbulkan rasa marah rakyat. Bagi saya, jawapannya adalah TIDAK (untuk benarkan stadium itu digunakan). Saya juga dapat nasihat daripada polis, permit tidak akan dikeluarkan ," katanya. 

Psssttt... AKJr : TINDAKAN YANG DIAMBIL OLEH MB KEDAH INI PERLU DICONTOHI OLEH PEMIMPIN NEGERI LAIN.. BERTINDAK LAH SEBELUM TERLEWAT!!!



1 ulasan:

  1. Sudah menang dan ada kuasa yang diamanahkan .Jangan kasi kebenaran berhimpun untuk tabur fitnah ada saluran undang guna saluran undang-undang tak perlu berbohong berimpun satu stadium .
    Rakyat amanahkan untuk membangunkan negeri ,bukan bangunkan negeri hanya dengan selogan, macam Kelantan buat selama 23 tahun yang lalu . Malam ceramah siang tidur . dalam pejabat ka dalam dewan ka kerja tidur akhirnya negeri hanya kaya dengan batu asas dan selogan .
    Mukhriz mesti bertegas dan tunjukkan budaya kerja seperti yang telah ditonjolkan Dr.Mahathir dalam membina Malaysia . Semoga Kedah dilimpahi rahmat dan di murahkan rezeki .Penduduknya bersatu hidup dalam aman. Kedah Darulaman . Salam .

    BalasPadam