INFO @ AKJr : Mesti Baca Jawapan Untuk Perhimpunan Haramjadah 'Blackout'!!!
Ada di kalangan rakan-rakan blogger dan cybertroopers BN bising pasal perhimpunan Blackout yang dianjurkan oleh Pakatan. Nampak macam senang sangat mereka ini membuat onar di jalanan.
Tidak dinafikan AKJr juga terusik dengan lolongan si Anwar dan pencacai mereka sehinggakan timbul rasa marah! Tetapi dalam masa yang sama sahabat blogger aku buat sedikit kajian yang mampu mencari jawapan kepada soalan-soalan yang tidak terungkai.
Mari kita baca dan faham apa Hasil perbincangan dengan rakan karib Keris7Lok. Kami dah nampak apa yang sedang berlaku. Keris jawab satu persatu berdasarkan beberapa soalan yang telah dikenalpasti sedang bermain di minda rakan-rakan. Perihal mengapa dibiarkan sahaja Anwar dan Pakatan melakukan perhimpunan Blackout yang tak masuk akal tu?
Akta 736 : Akta Perhimpunan Aman
Sebabnya Akta 736 : Akta Perhimpunan Aman yang telah diwartakan pada tahun 2012 membenarkan mereka berhimpun secara aman di tempat-tempat awam seperti di stadium selagi tidak menjejaskan keselamatan rakyat dan negara.
Namun begitu, Anwar dan pencacai-pencacainya boleh ditahan jika mereka menggugat kententeraman awam yang melibatkan keselamatan negara seperti merosakkan harta benda awam dan mencederakan orang awam. Juga boleh ditahan jika terdapat penggunaan senjata sewaktu perhimpunan dilakukan.
Mengapa Menteri Dalam Negeri Membisu?
Ada juga tanya kenapa Menteri Dalam Negeri tidak bertindak apa-apa. Kecoh kata KDN tak jalankan tugas namun tahukah anda Menteri Dalam Negeri kan belum ada lagi? Mungkin hari ini diumumkan namn begitu kalau nak salahkan Menteri Dalam Negeri memang tak kena langsung.
Belum ada lagi yang angkat sumpah sebagai Menteri Dalam Negeri selepas pembubaran tempohari dan selepas keputusan Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu. Jadi siapa yang patut ambil tindakan jika tiada Menteri Dalam Negeri?
Jangan risau, Malaysia ini kan ada Ketua Polis Negara dan KSU KDN. Jika berlaku sebarang insiden atau tragedi yang parah sampai boleh menyebabkan darurat, tentera akan mengambil alih atau suatu badan seperti MAGERAN boleh ditubuhkan.
Mengapa Polis Tidak Bertindak Tangkap Semua Yang Berhimpun?
Ok! Ada satu lagi Keris nak cakap berkaitan Anwar dan perhimpunan tak masuk akal dia tu. Masa di Stadium Kelana Jaya, ramai orang marah dan tanya mana perginya polis. Mengapa polis tak ambil tindakan pada Anwar dan puak pencacainya?
Sebenarnya, jika perhimpunan itu dilakukan dengan aman, erti kata lain tidak menggugat keselamatan negara dan mematuhi syarat-syarat mengikut akta maka tiada sebarang tindakan akan diambil. Namun jika tiada permit atau terdapat salahlaku sepanjang perhimpunan aman dijalankan, maka Keris pasti pihak Polis akan melakukan siasatan berkaitan salahlaku perhimpunan tersebut.
Berkenaan dengan tindakan apa yang boleh dilakukan berkenaan salahlaku :
Tindakan boleh diambil jika perhimpunan dianjurkan dalam had kawasan larangan, jika dianjurkan oleh warga asing, dianjurkan oleh individu berumur di bawah 21 tahun, jika ia menjadi protes jalanan dan jika ia melibatkan kanak-kanak.
Tindakan juga boleh diambil jika penganjur gagal memaklumkan kepada pihak polis lebih awal tentang penganjuran perhimpunan. Siapa yang melanggar syarat-syarat ini boleh didenda tidak melebihi RM10,000.
Jalan Sesak Di Kelana Jaya - Apa Kes? Baca Selanjutnya Di SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan