SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label PILIHANRAYA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PILIHANRAYA. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Mei 2013

PANAS TERIK!! Tamparan Buat Anwar, PAS Iktiraf Keputusan Pilihanraya??

PANAS TERIK!! Tamparan Buat Anwar, PAS Iktiraf Keputusan Pilihanraya??



Ucapan tahniah daripada PAS Terengganu memberi signal kepada Anwar dan para aparatnya agar menerima keputusan pilihanraya yang dibuat secara adil dan telus.

Kita semua tahu,isu yang dibangkitkan oleh haprak pakatan mengenai SPR dan pengundi hantu datang daripada kilang fitnah haprak pakatan sendiri.Sedarlah zaman menjadikan BN sebagai punching beg sudah berakhir,setiap fitnah,pembohongan dan juga rekayasa berjaya dipatahkan oleh para blogger dan juga facebooker pro BN.

Di luar sana rakyat bukannya bodoh dan tidak tahu berfikir,sehingga sekarang tidak ada satu pun bukti yang sahih dapat dibuktikan oleh haprak pakatan.Kesemuanya lebih kepada khabar angin dan lakonan. Pakatan menerima tamparan yang cukup hebat apatah lagi segala macam pembohongan dan fitnah dilemparkan namun rakyat lebih percayakan BN.Buktinya kerajaan yang ada sekarang ini masih boleh berdiri walaupun politik perkauman melalui hasutan secara konsisten .

Ucapan tahniah kepada 3 menteri dari Terengganu membuktikan PAS secara terbuka iktiraf keputusan pilihanraya dan secara langsung memberi insyarat kepada Anwar dan PKR bahawa pembohongan mereka sudah over kill dan rakyat sedang memerhatikan gelagat mereka.

Pas Terengganu mengucapkan tahniah atas pembentukan Kabinet baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang menyaksikan tiga wakil dari negeri ini dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.

Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut berharap mereka mampu memberikan khidmat dengan sebaik mungkin kepada rakyat khususnya di Terengganu.

Malah, jelasnya, daripada kalangan tiga yang dilantik itu, ada yang merupakan bekas menteri selain mempunyai pengalaman luas dalam politik dan kerajaan.

“Kita ucapkan tahniah kepada mereka, ada juga wakil dari Terengganu yang jadi menteri dan timbalan menteri.

“Kita juga berharap supaya mereka ini tak ada masalah memandangkan mereka adalah bekas menteri dan berpengalaman luas,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Perhubungan Pas Terengganu disini hari ini.

Abdul Wahid menambah, pihaknya juga mengharapkan agar pelantikan berkenaan memberi lebih banyak manfaat kepada seluruh rakyat Terengganu kelak untuk menikmati kemudahan dan pembangunan yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Dalam senarai barisan Kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri semalam, dua yang dilantik sebagai menteri penuh dan seorang sebagai timbalan menteri adalah dari Terengganu.

Mereka ialah Datuk Seri Idris Jusoh yang memegang jawatan sebagai Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II manakala Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia sementara jawatan timbalannya digalas oleh Datuk Jailani Johari.

Pisau kata ” Pemimpin PAS menyampah dengan PKR dan DAP…khabarnya ada perkara besar bakal berlaku didalam kem pembangkang tak lama lagi… Pisau tak boleh dedahkan kena zip mulut dulu…”

Sabtu, 13 April 2013

EKSKLUSIF #PRU13 : @bnyv2012 - Sekitar Perasmian Jentera Pilihanraya #BNYV #Vote4BN @BNYVPERAK

EKSKLUSIF #PRU13 : @bnyv2012 - Sekitar Perasmian Jentera Pilihanraya #BNYV #Vote4BN @BNYVPERAK




Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memberi ucapan perasmian Jentera Pilihanraya Sukarelawan Barisan Nasional (BNYV) di Blues HQ Jalan Telawi, Bangsar.


Sukarelawan BN terdiri dari sekumpulan anak muda yang menyokong penuh kepimpinan Barisan Nasional dan akan membantu Barisan Nasional sewaktu Pilhanraya ke 13 nanti... Sukarelawan BN juga sudah bergerak aktif semenjak tahun 2012 lagi... dimana banyak aktiviti-aktiviti telah dijalankan.


Terdahulu pengarah BNYV, Saudara Zaidel menyampaikan ucapan pembukaan...


Diantara sukarelawan BN yang hadir... keadaan di dalam Blues HQ penuh ada diantara mereka terpaksa berada diluar HQ...



Inilah semangat juang yang perlu ada pada generasi muda zaman ini... teruskan perjuangan wahai adik-adik ku! hidup BN! Hidup BN! Hidup BN!


Pssssttt... AKJr : Semangat yang mcm ni lah kita perlukan bagi memastikan BN menang pada PRU13 nanti. Tahniah dan syabas kepada semua Sukarelawan BNYV.. Anda Memang Terbaekkkk!!!

Sabtu, 23 Mac 2013

FAKTA!! BN Disebut-Sebut Menang Pilihan Raya - The Economist #jomsokongbn

FAKTA!! BN Disebut-Sebut Menang Pilihan Raya - The Economist #jomsokongbn



Pembubaran Parlimen yang masih belum dilakukan telah melucutkan peluang pembangkang untuk menangguhkan pilihan raya di empat negeri yang ditadbirnya, menurut 'The Economist'. "Pilihan raya serentak cenderung memihak kepada Barisan Nasional (BN)," menurut 'The Economist' dalam satu penulisan bertajuk "Malaysia' Looming Election".

Ia menegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penentu untuk memanggil pilihan raya umum mempunyai kelebihan sebagai penyandang.

'The Economist' meramalkan "kemungkinan masih memihak kepada BN" dalam pilihan raya akan datang dan pengundi di kawasan luar bandar akan membantu kemenangan pakatan. "Saiz kawasan lebih berat kepada pengundi di kawasan desa, yang cenderung lebih konservatif daripada penduduk bandar."

Menurut 'The Economist' kelebihan Najib sebagai penentu untuk memanggil pilihan raya juga memihak kepada BN dan kurang memberi kelebihan kepada pembangkang.

Ia juga menyatakan peristiwa tuduhan salah laku seks terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin telah menghakis kedudukan beliau.

Dakwaan-dakwaan tersebut juga mungkin mencipta ketegangan dalam Pakatan Rakyat, katanya.

"Melanggar peraturan, sesetengah orang Cina masih bimbang dengan Anwar atas sebab-sebab yang berbeza."

Turut ditegaskan Najib masih popular dalam kaji selidik pendapat dengan penarafan kelulusan 61 peratus dalam kaji selidik baru-baru ini.

'The Economist' berkata Najib telah melakukan tindakan yang baik apabila muncul di TV pada 19 Mac untuk bercakap tentang program transformasi kerajaan.

"Beliau mempunyai cerita yang baik untuk diberitahu, pertumbuhan ekonomi yang kukuh sebanyak 5.6 peratus pada tahun 2012, kemiskinan hampir dihapuskan, ketidaksamaan dikurangkan dan 400 kes undang-undang terhadap rasuah dimulakan.

"Dan dia mampu mengumumkan satu skim pemberian wang tunai kepada isi rumah miskin akan menjadi acara tahunan," kata The Economist
.