SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Ahad, 26 Mei 2013

EKSKLUSIF @ AKJr : SAIFUL BUKHARI DAN NIK SURIANI SELAMAT DIIJABKABULKAN.. TAHNIAH!!

EKSKLUSIF @ AKJr :  SAIFUL BUKHARI DAN NIK SURIANI SELAMAT DIIJABKABULKAN.. TAHNIAH!!



Selepas kira-kira lapan bulan menjalin pertunangan, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 28, yang terlibat dalam kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Nik Suryani Megat Deraman, 33, di Masjid Kristal, Pulau Wan Man dekat sini hari ini.

Mohd. Saiful sah menjadi suami kepada personaliti TV3, Nik Suryani dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang disaksikan kira-kira 100 orang termasuk ibu bapa kedua mempelai serta rakan rapat mereka.

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh bapa kepada Nik Suryani iaitu Megat Deraman Megat Stan pada pukul 3.30 petang dengan pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM 41,101 serta sembilan dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas dengan 11 dulang.

Mohd. Saiful yang mengenakan persalinan berwarna putih sedondon dengan Nik Suryani dilihat tenang sepanjang majlis pernikahan itu. 

Pada sebelah malam, majlis resepsi pengantin perempuan pula akan diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man malam ini sementara resepsi pengantin lelaki di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 2 Jun depan. - UTUSAN ONLINE

Psssttt... AKJr : Selamat Pengantin Baru dan Tahniah diucapkan kepada Saiful Dan Nik Suryani Semoga Bahagia dan berkekalan ke ahkir hayat.. Segala Puji Hanya Bagi Mu YaAllah Tuhan sekalian Alam, Setelah 2 kali Saiful bersumpah laknat terbaru didepan kaabah yang akhirnya Allah telah memberi hidayah serta kebahagiaan kepadanya.. Jelas terbukti bahawasanya Saiful dipihak yang benar, berbeza dengan Anwar dimana bala kekalahan pada PRU13 yang lepas telah diterima serta bala2 lain yang akan menyusul.. AWAS KAMU ANWAR!! BERSEDIA LAH MENGHADAPI HUKUMAN DARI ALLAH S.W.T... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan