SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label RAHSIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RAHSIA. Papar semua catatan

Selasa, 23 Julai 2013

PANAS TERIK!! 17 Rahsia Che Long Terbongkar??? #KualaBesut #PRKKualaBesut

PANAS TERIK!! 17 Rahsia Che Long Terbongkar??? #KualaBesut #PRKKualaBesut



Che Long! Che Long! Sungguh tidak disangka begitu banyak rahsia yang disembunyikan oleh calon "WINCABLE CANDIDATE" Pas ini daripada pengetahuan pengundi DUN Kuala Besut juga kepada ahli Pas sendiri yang mungkin tidak mengetahui rahsia ini. Siapa sangka calon kontraktor Pas yang hanya berpendidikan SPM ini mempunyai 1001 rahsia yang disembunyikan dalam kempen beliau. Entah apa lagi rahsia yang disembunyikan Che Long ni daripada pengetahuan umum.

KN akhirnya berjaya mengorek 17 RAHSIA penting mengenai calon hamPas ini yang jelas membuktikan bahawa beliau tidak layak menjadi wakil rakyat untuk pengundi dan penduduk Kuala Besut. Inikah ciri kononnya pemimpin Islam Pas sedangkan Che Long bukanlah ahli Pas yang sejati atau benar-benar berjiwa Pas kerana beliau asalnya adalah ahli UMNO yang kecewa apabila tidak memperolehi "Job" dari UMNO. Che Long yang minat berniaga telah melihat itulah peluang terbaik beliau untuk menjadi kaya-raya dan hanya masuk Pas kerana melihat peluang perniagaan yang luas di bumi Kelantan yang hampir dengan Kuala Besut. Lihatlah betapa besarnya kilang papan milik beliau di Kelantan.

Lihatlah di bawah ini KN telah senaraikan 17 Rahsia siapa Che Long sebenarnya... 
1) Senarai syarikat kepunyaan Che Long :
a. Maxxifon (KT0202224)
b. Robihah Sdn. Bhd. (522105)
c. Tayar & Auto MMC (TR0042227)
d. Walit Jewellery Sdn. Bhd

2) Che Long melalui syarikat Robihah Sdn. Bhd pernah menerima projek dari JKR di bawah KESEDAR bernilai RM 3.7 juta pada tahun 2002.

3) Sebelum terlibat dengan PAS, Che Long adalah ahli Umno di cawangan Kg Gong Nering dalam PDM Kampung Baru di Dun Kuala Besut.

4) Mula terlibat dengan pergerakan PAS setelah mendapat projek balak di Kelantan melalui Husam Musa. Sokongan terhadap Husam jelas apabila Che Long dikatakan membawa penyokongnya ke Putrajaya ketika Husam dicalonkan pada PRU-13.

5) Dikatakan perletakkan Che Long sebagai calon di sana adalah aturan Husam yang berkehendakkan calon terdiri daripada kroninya sendiri. Penyokong Pas di kawasan Kuala Besut mengharapkan calon dari kalangan ulama’.

6) Husam juga telah mengcantas YB Ustaz Satiful Bahri yang di war-warkan bakal mengepalai kempen PAS di Kuala Besut kali ini.

7) Kempen dari Pas pada PRK kali ini telah didominasi oleh jentera dari Kelantan. Dikatakan jentera PAS Terengganu tidak berpuas hati dengan keputusan-keputusan tertinggi PAS.

8) Ura- ura dikatakan kempen kali ini diboikot oleh sayap-sayap ulama dan wanita parti dalam isu pemilihan calon. 

9) Sayap ulama memboikot kerana Setiausaha Majlis Syura Ulama, Ustaz Nik Zawawi tidak dipilih.

Baca Selanjutnya DISINI

Kredit Kepada Sahabat K_N

Jumaat, 10 Mei 2013

INFO @ AKJr : Kod Rahsia Anwar Untuk Menghuru Hara Malaysia DiBongkar!! #TolakPR #1Malaysia

INFO @ AKJr : Kod Rahsia Anwar Untuk Menghuru Hara Malaysia DiBongkar!!  #TolakPR #1Malaysia



DRP: PATHFINDER- FORCE 136.
KPD: 0 BRVO .
SK: X .
MAKLUMAT : CC .

1 . Maklumat mengenai kod-kod tarikh yang dikeluarkan oleh pihak pembangkang kepada rakyat Malaysia berkait dengan kegiatan atau aktiviti 'hidden hand' di Malaysia.

2. Kod yang digunakan adalah tarikh dan merujuk terus kepada kod warna pakaian semasa revolusi jalanan

3. Kod : 505, 105 , 135, 508 , 510

505 - 5 mei- pilihanraya PRU13
805 - 8 mei - perhimpunan Anwar di Kelana Jaya
105 - 10 mei - Demo haram serang pejabat SPR di Putrajaya
135 - 13 Mei
508 - 5 ogos
510 - 5 oktober

4. Perhimpunan revolusi melalui jalanan (non violent war) ini telah di asaskan oleh Gene Sharp. Mereka menggunapakai 198 modul operandi yang telah digariskan oleh Gene Sharp untuk diaplikasikan di Malaysia, antaranya :
perhimpunan jalanan
duduk bantah
baring di atas jalanraya
berkhemah di dataran merdeka
memberi bunga kepadah pengawai keselamatan
demontrasi 
membuat huru hara di kawasan bandar
menggunakan logo berlambang 'tangan' (BERSIH)
menggunakan perkataan 'occupy' 
warna kod pakaian (BERSIH - KUNING, ANTI LYNAS - HIJAU, TUKAR - MERAH)

Baca Selanjutnya DISINI

Sabtu, 4 Mei 2013

PANAS BERAPI!! #PRU13 ANAK CINA DAP BONGKAR RAHSIA LIM KIT SIANG!!! #TOLAKPR #VOTE4BN

PANAS BERAPI!! #PRU13 ANAK CINA DAP  BONGKAR RAHSIA LIM KIT SIANG!!! #TOLAKPR #VOTE4BN


Hijrah Ke Johor, Kit Siang Mahu Bunuh Karier Cheng Hau

Sekiranya tiada yang membocorkan maklumat ini pasti ramai yang tidak menyedari akan krisis dalaman yang berlaku di dalam DAP sebuah parti ‘ultra kiasu’ yang begitu tebal mengamalkan sikap perkauman. Namun pendedahan yang dilakukan oleh bekas pimpinan DAPSY Shen Yee Aun, baru-baru ini agak mengemparkan.

Ini kerana menurut Syen, walaupun dari segi luaran DAP nampak tenang namun pada hakikatnya ia penuh dengan pergolakan dan krisis dalaman. Parti ultra kiasu itu ketika ini dikatakan mempunyai dua kem yang saling cuba ‘bunuh-membunuh’ antara satu sama lain.

Satu kem dikatakan pro kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan satu lagi dikatakan menentang penguasaan ahli parlimen Ipoh Timur yang cuba mengekalkan kuasa dan pengaruh ‘Dinasti Lim’ di dalam parti tersebut. Malah dengan faktor umur yang semakin meningkat, Kit Siang sudah tentu khuatir sekiranya tidak mampu mengekalkan kuasa untuk anaknya.

Ramai pemimpin DAP dikatakan menolak kepimpinan Lim Guan Eng yang dilihat tidak mesra, kuku besi dan biadap. Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang itu dikatakan terlalu kurang ajar dengan pemimpin ‘senior’ DAP yang mencantas pengaruh mereka di kawasan, apabila cuba meletakkan ‘orang baru’ bagi mengantikan mereka.

Ekoran tindakan itu, beberapa pemimpin di peringkat negeri telah mula melancarkan serangan secara senyap bagi menolak kepimpinan Guan Eng di dalam DAP sebagai tanda bantahan. Antara kepimpinan negeri yang dimaksudkan ialah Dr Boo Cheng Hau (Johor), Sim Tong Hin (Melaka), Teng Cheng Kim (Selangor) dan Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham (Perak).

Malah keputusan Kit Siang untuk bertanding di kerusi Gelang Patah, Johor dibuat atas faktor untuk mengukuhkan penguasaan Guan Eng. Ini kerana sebelum ini sokongan dan pengaruh Cheng Hau di katakan agak kuat di Johor dan permusuhannya dengan Guan Eng amat merisaukan Kit Siang. Tidak cukup dengan itu, keputusan Cheng Hau untuk meletakkan jawatan di dalam DAP sebelum ini turut dikaitkan dengan pertelingkahan ini.

Sebagai tindak balas, pengerusi DAP Johor itu telah meminta rakan sekutunya Norman Fernandez untuk mengeluarkan kenyataan yang agak keras dengan mengatakan undi DAP bukan Pas. Kenyataan tersebut sengaja dikeluarkan bagi menimbulkan kemarahan ahli Pas agak mengambil keputusan menolak Kit Siang di Gelang Patah. Dengan kehadiran Kit Siang di Johor diharapkan mampu membunuh populariti Cheng Hau sekaligus memastikan penguasaan ‘Dinasti Lim’ di dalam DAP berkekalan. 

Selain daripada itu, Kit Siang juga turut menghantar macainya, Kulasegaran untuk menyerang Nga dan Ngeh. Ahli Parlimen Ipoh Timur itu melalui twitternya tidak lama dahalu mengatakan Ngeh sebagai pengamal rasuah.

Malah ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut, Kit Siang secara terbuka turut mengakui wujud masalah dalaman di dalam kepimpinan DAP Perak. Penghijrahannya untuk bertanding di Johor diharap dapat membantu menyelesaikan apa jua pertikaian antara pemimpin parti itu di negeri ini.




 Kredit Kepada Anak Jati MALAYA

Jumaat, 3 Mei 2013

PANAS BERAPI!! #PRU13 : DATUK NALLAKARUPAN BONGKAR RAHSIA ANWAR DIPAGOH !! #LainKaliLah


PANAS BERAPI!! #PRU13 : DATUK NALLAKARUPAN BONGKAR RAHSIA ANWAR DIPAGOH !! #LainKaliLah





Sememangnya ramai yang sudah mengenali Datuk Nallakarupan, beliau menjadi semakin terkenal kerana pendedahan berani matinya terhadap rahsia-rahsia peribadi anwar ibrahim semasa beliau dananwar bersahabat baik suatu ketika dulu. Beliau memang terlalu banyak menyimpan rahsia anwar dari hujung rambut sehingga hujung kuku anwar. 

Semalam Datuk Nalla berkesempatan berkunjung ke 3 tempat cawangan MIC di Parlimen Pagoh. Beliau memberi ceramah kepada masyarakat india supaya percaya kepada kerajaan BARISAN NASIONAL dan jangan sesekali percaya kepada parti pembangkang. Katanya lagi sememangnya parti pembangkang yang di ketuai oleh anwar ibrahim merupakan seorang yang kuat menipu atas dasar selama pengalamannya yang pernah rapat dengan anwar ibrahim suatu ketika dahulu.

Datuk Nalla menerangkan bahawasanya anwar ibrahim sememangnya seorang Biaseksual, suka menipu dan pandai berlakon apabila berjumpa dengan berbagai bangsa. Matlamatnya hanyalah satu agar impiannya untuk menjadi perdana menteri dapat di capai. Bangsa India ini hanyalah mainan untuk anwar dan rakan-rakannya dalam politik.

Gambar di bawah adalah antara tempat-tempat cawangan yang sempat Datuk Nalla singgah di Pagoh...






Selasa, 9 April 2013

WAJIB BACA!! RAHSIA PAS MAHU HANCURKAN DAP SELEPAS #PRU13 TERBONGKAR !!!

WAJIB BACA!! RAHSIA PAS MAHU HANCURKAN DAP SELEPAS #PRU13 TERBONGKAR !!!


PAS Akan Hancurkan DAP Jika Menang

Apabila pilihanraya hampir tiba, PAS akhirnya tidak sanggup lagi dilihat sebagai anjing kurap atau kuda tunggangan kepada DAP. Dengan susah payah, PAS mula bangun dan mengutip sisa-sisa harga diri yang tinggal.

Umat Melayu mula memandang serong terhadap PAS apabila parti itu tunduk kepada DAP sehingga meninggalkan perjuangan ke arah Negara Islam. Tahap ‘keIslaman’ PAS teruji lagi apabila berhadapan dengan isu murtad yang mana DAP telah dikenalpasti turut menjadi dalang.

Ternyata PAS kalah dalam ujian tersebut sehingga sanggup memecat Dato’ Hasan Ali yang bersungguh-sungguh memperjuangkan akidah umat Islam dari dipesongkan oleh gerakan Evangelist Kristian. Tindakan PAS benar-benar mengejutkan umat Islam dan ia dilihat sebagai bukti kukuh betapa tipisnya perjuangan Islam PAS sehingga sanggup untuk memilih menjaga hati DAP, daripada menyelamatkan akidah ummah.

PAS juga sanggup membelakangkan bangsa sendiri dan menghina mereka yang mempertahankan Melayu walaupun menyedari bahawa DAP bermati-matian memperjuangkan bangsa Cina. Atas dasar itu maka, sokongan Melayu terhadap PAS pun semakin berkurangan.

Pada tahun 2010, PAS sekali lagi memilih untuk menyebelahi DAP dalam isu Kalimah Allah dan injil berbahasa Melayu. Isu ini menjadi gah apabila pihak kerajaan dituduh dengan sengaja menghalang kemasukan injil berbahasa Melayu yang menggunakan Kalimah Allah ke Malaysia. Pada masa itu PAS mengambil pendirian untuk mendesak kerajaan membenarkan kemasukan injil tersebut bagi menunjukkan kepada DAP betapa parti Islam itu serius membawa imej yang lebih terbuka.

Tidak cukup dengan itu, PAS juga diuji dengan berbagai skandal Anwar Ibrahim yang tidak jemu-jemu membuat salahlaku moral. Dan dalam setiap keadaan, PAS tetap teguh berada di belakang Anwar sehingga sanggup menggunakan hujah jahiliah dengan menolak bukti berbentuk rakaman video.

Berdasarkan semua faktor tersebut, maka sokongan terhadap PAS semakin lama semakin nipis. PAS dicemuh oleh lawan serta tidak dihormati oleh kawan.

Justeru, apabila isu Kalimah Allah sekali lagi menjadi hangat akhir-akhir ini, maka PAS yang baru tersedar dari mimpi telah mengambil keputusan U-Turn. Malah, PAS turut kembali berdolak-dalih mengenai Negara Islam yang mana telah pun dipersetujui sebelum ini untuk digugurkan dari dasar parti.

Tindakan U-Turn, berdolak-dalih dan putar belit ini nampaknya tidak membantu, malah menyebabkan semakin ramai yang memalingkan muka dari PAS. Di tambah dengan pendedahan mengenai kelemahan pentadbiran di Kedah dan selamanya, di Kelantan, maka PAS semakin terdesak untuk menghadapi pilihanraya.

Dalam pada itu, PAS juga turut dikutuk kerana tidak pernah bertanding kerusi yang cukup, yang mana tidak mungkin membolehkan mereka menjadi kuasa dominan di dalam PR. 
Baca Selanjutnya DISINI