SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Sabtu, 18 Mei 2013

PANAS TERIK!! NGEH KOO HAM MEMANG biaDAPig DARI DULU, KINI DAN SELAMANYA!! MEMPERLEKEH SULTAN JOHOR PULA..

PANAS TERIK!! NGEH KOO HAM MEMANG biaDAPig DARI DULU, KINI DAN SELAMANYA!! MEMPERLEKEH SULTAN JOHOR PULA..



Pencapaian cemerlang parti ‘ultra kiasu’ DAP pada pilihanraya umum yang lalu telah menyebabkan pimpinan mereka semakin biadap dan kurang ajar. Mereka bukan sahaja sering mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, malah ada ketikanya dilihat cuba bertindak melampaui batas dengan kenyataan hasutan, provokasi dan menghina.

Terbaru Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dilihat sekali lagi cuba bermain dengan api, apabila mengeluarkan kenyataan biadap yang menghina institusi Diraja Johor apabila menyifatkan MCA sebagai tunduk kepada Sultan. Kenyataan yang dikeluarkan melalui twitternya pada 15 Mei yang lalu secara jelas cuba menyerang institusi Diraja itu.

“MCA (sebelum) tunduk kepada Umno, kini tunduk kepada Sultan? MCA tidak boleh membuat apa-apa pendirian sendiri? Bagaimana untuk mewakili rakyat?” katanya.

Kenyataan tersebut dipercayai merujuk kepada tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong yang menerima perlantikan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor baru-baru ini.

Pada 29 April 2011, MCA dalam satu Majlis Mesyuarat Presiden di Melaka membuat keputusan sebulat suara untuk tidak menerima sebarang jawatan di peringkat Pusat dan negeri jika parti itu gagal meraih sokongan masyarakat Cina dalam PRU-13.

Ekoran keputusan PRU-13 yang jelas memperlihatkan kegagalan MCA untuk meraih sokongan dari masyarakat cina, MCA memutuskan untuk menolak sebarang jawatan baik di peringkat pusat mahupun negeri. Mungkin kerana malu dengan prestasi buruk itu, ada dikalangan pimpinan MCA yang mengambil keputusan untuk meletak jawatan dalam kerajaan negeri termasuk di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) daerah dan kampung.

Namun keputusan parti yang mewakili suara masyarakat Cina itu ditolak oleh Sultan Johor apabila menitahkan mahu masyarakat Cina diwakili di dalam barisan Exco bagi mengukuhkan perpaduan kaum. Akur dengan titah tersebut Siew Kiong menerima perlantikan tersebut.

“Ia adalah titah Tuanku, maka saya perlu menerimanya. Saya juga wakil MCA dan juga anak Johor, saya tiada pilihan lain,” katanya selepas Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri baru-baru ini.

Ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, pelantikan Siew Kiong adalah atas titah dan perkenan Sultan Johor yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Pelantikan Siew Kiong merupakan aspirasi Sultan untuk mempunyai perwakilan Cina dalam kerajaan negeri.

“Hanya Sultan memiliki kuasa dalam melantik ahli Exco kerajaan negeri Johor kerana keunikan Perlembagaan negeri tersebut,” katanya.

Persoalanya, mengapakah Koo Ham cuba mempertikaikan keputusan tersebut? Sedangkan Sultan Johor secara jelas bertitah ia bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negeri itu. Malah MCA sendiri telah menjelaskan penerimaan jawatan tersebut dibuat kerana akur dengan titah Sultan.

Kesimpulannya, DAP selaku parti ‘ultra kiasu’ memang sengaja membangkitkan isu-isu yang sensitif dan berbaur perkauman bagi menarik kebencian rakyat. Dan menurut rekod, perbuatan sumpama ini bukan kali pertama dilakukan.

2 ulasan:

  1. Memang sekarang ni DAP semakin kurang ajar, semakin besar kepala... Tiada tindakan dari pihak berwajib sebab tu mereka makin lantang bersuara.. Pihak polis diatas kepimpinan yang baru harap bertindak tegas kepada pihak yang terang2 biadap kurang ajar mcm dia ni... Bukan setakat amaran aje...

    BalasPadam
  2. Klu almarhom ayahanda Tengku sultan Johor maseh hidop ,dah lama cina keparat tu kena panggil mnghadap ..lepas tu almarhom akn lempang muka cina biadap tu dpn org istana ..dasar cina x sdar diri tuh

    BalasPadam