SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label DATARAN MERDEKA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DATARAN MERDEKA. Papar semua catatan

Ahad, 1 September 2013

PANAS TERIK!! [Video] Rakyat Malaysia Prihatin Merampas Sang Saka Malaya Di Dataran Merdeka!!

PANAS TERIK!! [Video] Rakyat Malaysia Prihatin Merampas Sang Saka Malaya Di Dataran Merdeka!!



Semalam, bertempat di pinggir Dataran Merdeka sewaktu seluruh Rakyat Malaysia sedang menyambut Ambang Merdeka, sekumpulan pengikut PR yang menamakan diri mereka Himpunan Hijau cuba membuat onar di situ dengan mengadakan ceramah dan cuba memperkenalkan bendera baru yang dikenali sebagai Sang Saka Malaya dengan bertujuan untuk menggantikan bendera Malaysia yang sedia ada, Jalur Gemilang. 


Beberapa kelibat tokoh pembangkang seperti Pengerusi Kumpulan Hijau, Wong Tack, Adam Adli, A Samad Said, Bawani S, Blogger PR Tukar Tiub, Hishamuddin Rais dan beberapa orang lagi. Namun satu perkara yang mengejutkan berlaku. Seorang Rakyat Malaysia yang amat prihatin, berkepala botak dan berbadan besar seperti CTS, merampas Sang Saka Malaya. 



Tindakan Abang Botak berkenaan harus dipuji dan diberi penghormatan. Terdiam A Samad, Said, Adam Adli, Blogger Tukar Tiub dan beberapa lain yang sedang berucap di situ. "Ini bukan bendera Malaysia, itu Bendera Malaysia!" sambil beliau menunjukkan kepada Jalur Gemilang yang sedang berkibar. Lihat video di bawah yang disediakan oleh rakan-rakan dari RakyatNews, juga boleh dilihat di Youtube, di sini.


Tahniah Abang Botak. Sekiranya pihak berkuasa tidak boleh bertindak ke atas manusia-manusia yang menghina bendera Malaysia. Biarlah kita Rakyat Prihatin yang bertindak dengan cara kita sendiri. Rakyat Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Indonesia kerana menghina bendera Malaysia. Rakyat Malaysia menghina bendera Malaysia dibiarkan bebas. Hmmm ...

Buat Abang Botak, AKJr mengucapkan Syabas dan Tahniah diatas semangat Patriotisma beliau terhadap situasi dan keadaan semasa.. AKJr juga berharap akan adalah lagi beribu2 malah berjuta2 orang sebijik mcm abang botak ni pada masa dulu, kini dan selama2nya...!!



Ahad, 5 Mei 2013

PANAS TERIK!! [VIDEO] : Dua Pemuda Dibogelkan Penyokong PKR di Dataran Merdeka Sebab Pakai Baju BN #PRU13 #GE13


PANAS TERIK!! [VIDEO] : Dua Pemuda Dibogelkan Penyokong PKR di Dataran Merdeka Sebab Pakai Baju BN #PRU13 #GE13




Ini adalah situasi terkini di Dataran Merdeka, gelagat kumpulan pengikut PKR memprovokasi serta mencetuskan kekecohan terhadap pengguna lalu-lintas.

Dua orang lelaki yang menunggang motorsikal turut diprovok kerana membawa bendera BN, selepas penunggang tersebut turut membalas provokasi mereka, motorsikal yang ditunggang oleh mereka ditendang.

Selepas berlaku pergelutan, pengikut PR mengepung serta memaksa mereka membuka baju BN yang dipakai jika mahu dilepaskan.

Di mana undang-undang ketika ini?

Sebab itulah kita minta pemimpin PR berikrar tempoh hari bahawa mereka tidak pernah mengarahkan penyokong mereka mencetuskan kekecohan sebagaimana surat OPS Harimau Belang yang tersebar tempoh hari!

Rujuk [SINI]

Jika beginilah situasi, saya dapat beranggapan bahawa Malaysia akan dilanda kekecohan yang lebih teruk berbanding apa yang berlaku semasa BERSIH3.0 - bertindaklah sekarang!

Tolak puak beruk daripada menjadi kerajaan di Malaysia.

Soalan bermain di fikiran saya, di mana PDRM ketika ini?

Apa Malaysia sudah tiada undang-undang?