SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Isnin, 13 Mei 2013

EKSKLUSIF @ AKJr : BARISAN KABINET BARU MALAYSIA 2013

EKSKLUSIF @ AKJr : BARISAN KABINET BARU MALAYSIA 2013



AKJr ada cerita menarik tentang barisan kabinet baru pasca PRU13. Tetapi sebelum AKJr tulis dengan lebih lanjut, kita baca dulu laporan di bawah :

Datuk Seri Najib Tun Razak benar-benar ‘zip mulut’ pasal barisan Kabinet kerajaan Pusat yang dijangka diumumkan minggu ini. 

Ini membuka ruang pelbagai spekulasi siapa akan dilantik Najib bagi membantu beliau memantapkan kerajaan penggal kedua beliau bergelar Perdana Menteri. 

Dengan lapan menteri dan lima timbalan daripada Kabinet lalu yang tewas dan tidak tersenarai sebagai calon pada PRU 13, sekaligus memberi ruang kepada Najib melantik ramai muka baru dalam kerajaan. 

Barisan Menteri yang pasti tiada dalam senarai itu Datuk Seri Dr Rais Yatim, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Datuk Seri Kong Cho Ha, Datuk Seri Chor Chee Heung, Tan Sri Bernard Dompok dan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. 

Timbalan Menteri yang tewas pula ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Dr Mohd Puad Zarkashi, Datuk S K Devamany, Datuk Liew Vui Keong, Datuk Tan Lian Hoe dan A Kohilan Pillay. 

Bagaimanapun beberapa daripada mereka yang tewas dijangka dilantik sebagai senator bagi membolehkan tersenarai dalam barisan Kabinet. Antaranya Mohd Fuad yang sebelum ini adalah timbalan Menteri Pelajaran. 

Bagi pemimpin dari MCA dan Gerakan pula, Najib dijangka menawarkan jawatan Senator walaupun parti berkenaan sudah memutuskan menolak sebarang perlantik ke Kabinet ekoran prestasi hambar kedua-dua parti dalam pilihan raya 5 Mel lalu. 

Selain mengekalkan beberapa muka lama yang menang, Najib dijangka melantik beberapa muka baru antaranya Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan P.Kamalanathan. Ahli Parlimen Rembau, Kota Belud dan Hulu Selangor itu diakui cukup menyumbang kepada kerajaan ketika mereka menjadi ahli Majlis Parlimen Malaysia (BNBBC) pada penggal parlimen lalu. Namun, ada pihak bimbang ketiadaan mereka kelak menyebabkan kurang suara-suara lantang yang akan menyokong dan mempertahankan kerajaan di Dewan Rakyat tambahan pula berdepan barisan pembangkang yang lebih ramai dan bertenaga pada kali ini. 

BNBBC tentunya bergantung kepada muka-muka baru antara seperti Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican dan Ahli Parlimen Baling Datuk Azeez Rahim. 

Turut jadi tumpuan perlantikan Kabinet itu adalah kedudukan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang tewas pada PRU lalu.
Abdul Ghani khabarnya akan dilantik penasihat bertaraf Menteri bertanggungjawab menjaga Koridor Selatan sama jawatan pernah diberikan kepada Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini menerajui Koridor Utara. 

Mohd Ali pula disebut-sebut sebagai Menteri Pelancongan atau Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar memandangkan kejayaan beliau menjadikan Melaka negeri yang dikagumi pelancong antarabangsa. Ada juga yang ramal Datuk Seri Tengku Adnan Mansor kembali ke Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Najib juga tidak boleh mengenepikan ahli Parlimen Pendang Datuk Othman Abdul yang berjaya menewaskan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu begitu juga Shahidan yang menenangi kerusi Parlimen Arau menewaskan Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Haron Din. Jika Kementerian Pembangunan Usahawan diujudkan semula seperti desakan sesetengah pihak, Othman dan Shahidan dijangka mengisi jawatan itu memandangkan mereka cukup sininom dengan MARA sebelum ini. 

Nama lain turut disebut-sebut diberikan jawatan berkenaan adalah Datuk Idris Jusoh. Satu lagi nama yang turut jadi perhatian ialah Datuk Johari Baharom yang sebelum ini Timbalan Menteri. 

Dikalangan muka-muka lama, dijangka berlaku pertukaran portfolio babitkan Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kemungkinan menggambil alih Kementerian Pengajian Tinggi yang dikosongkan Datuk Seri Khaled Nordin yang dilantik Menteri Besar Johor. Datuk Seri Ismail Sabri dijangka ke Kementerian Penerangan atau Pelancongan. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga dijangka bertukar kementerian manakala Datuk Seri Zahid Hamidi kemungkinan kekal memandangkan usaha kerajaan mengukuhkan soal keselamatan di Sabah. Bekas Menteri Dalam Negeri itu disebut-sebut akan bertukar ke Kementerian Luar Negara manakala Datuk Seri Hanipah Aman ke Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. 

Apapun pengganti Hishammuddin perlu pemimpin tegas dan tidak mustahil Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri turut menjaga Kementerian Dalam Negeri.

Pembentukan Kabinet Najib pada kali ini dijangka memberi lebih ruang kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak memandangkan ‘kesetiaan’ parti-parti komponen BN di kedua negeri itu membantu BN menang 133 kerusi baru-baru ini. 

Dalam barisan Ahli Parlimen wanita pula Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang) disebut-sebut mungkin kembali semula ke Kabinet. Beliau pernah menjadi menteri Belia dan Sukan dan Menteri Pelancongan. Ahli parlimen Tenggara Halimah Mohamed Sadique dan Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort) dijangka dilantik timbalan. Juga teka teki samaada Datuk Noriah Kasnon yang sebelum ini Timbalan Menteri akan dinaikan pangkat jadi menteri penuh atau tidak. 

Najib yang mempunyai kuasa prerogatif menentukan barisan Kabinet 2013 pastinya mahu kumpulan yang mampu meneruskan agenda transformasi dan memantapkan soal perpaduan kaum ekoran tsunami undi Cina pada PRU baru-baru ini. 

Untuk itu, dua orang menteri dijangka dilantik bagi tugas-tugas khas menjaga kepentingan masyarakat Cina dan India di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Mereka yang dipilih dijangka diumumkan Rabu dan majlis mengangkat sumpah jawatan pula Khamis ini. 
Sehingga pengumuman rasmi itu, ianya terus jadi debaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan