SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Rabu, 29 Mei 2013

WAJIB BACA!! #PRU13 FAKTA..UNDI POPULAR ANWAR MAKIN MEROSOT??

WAJIB BACA!! #PRU13 FAKTA..UNDI POPULAR ANWAR MAKIN MEROSOT??



Sekarang mari kita lihat prestasi politik Anwar dalam beberapa pilihan raya umum sebelum PRU-13. Kita akan dapati undi popular Anwar semakin lama semakin merosot!

Kita dapat melihat dengan jelas sebenarnya undi popular Anwar semakin merudum sejak keluar daripada BN. Semasa bertanding dalam PRU-08, Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan dan bertanding sebagai calon BN menentang calon Pas, Mahfuz Omar. Anwar memperolehi majoriti yang agak besar sebanyak 16,150.

Dan majoriti Anwar semakin meningkat dalam PRU-09 semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Anwar berjaya menewaskan calon pembangkang DAP, Abdul Rahman Manap dengan majoriti sebanyak 23,515, iaitu meningkat sebanyak 7,365.

Anwar tidak bertanding dalam PRU-10 (1999), PRU-11 (2004) dan PRU-12 (2008) kerana menjalani hukuman penjara atas kesalahan salahguna kuasa sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan surat sumpah palsu daripada Umi Hafilda dan mangsa liwatnya yang juga pemandunya Azizan Abu Bakar.

Apabila Anwar layak bertanding, maka kerusi Permatang Pauh yang dimenangi oleh isterinya Wan Azizah Wan Ismail dalam PRU-12 dikosongkan. Buat pertama kalinya setelah 16 tahun bertanding di bawah lambang BN, kali ini Anwar sebagai Penasihat PKR bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di bawah lambang PKR. Anwar memenangi PRK itu pada Ogos 2008 menentang calon BN iaitu Dato' Arif Shah. Namun majoriti Anwar merosot kepada 15,671; iaitu kurang 7,844 daripada kemenangan terakhir Anwar sebagai calon BN dalam PRU-9.

Dalam PRU-13, Anwar sekali lagi sebagai Ketua Pembangkang bertanding kerusi P.044 Permatang Pauh menggunakan lambang Satu-Mata PKR menentang calon BN iaitu Dr. Mazlan Ismail. Anwar menang dengan majoriti makin merosot sebanyak 11,721; iaitu berkurangan 3,950 berbanding PRK 2008. Dan berkurangan 11,794 undi berbanding dengan PRU-9 semasa bertanding sebagai calon BN.

Apa makna semua ini? Maknanya undi popular Anwar sendiri di kerusi tradisionalnya makin merosot. Malah saya berani katakan hanya semasa bertanding sebagai calon BN majoriti Anwar begitu besar berbanding bertanding sebagai calon PKR. Jadi kalau undi popular dia sendiri pun makin merosot dan merudum, Anwar tiada sebarang alasan moral mahupun politik untuk mendabik dada menyatakan gabungan tak sah pembangkang menang undi popular utk melayakkan dia menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia ke 7!



 UNDI POPULAR NAJIB MENINGKAT

Sebaliknya kalau kita melihat prestasi Datuk Seri Najib, kita akan nampak jelas peningkatan undi popular beliau. Daripada hampir tewas dalam PRU-10 dengan hanya mendapat majoriti sebanyak 241 undi, tetapi kemudiannya atas khidmat dan usaha gigih, majoriti kemenangan Najib meningkat dengan mendadak.

Mengikut carta di atas, undi popular untuk Najib bagi PRU-12 (2008) meningkat sebanyak 1,542 berbanding PRU-11 (2004).

Dan bagi PRU-13 (2013), undi majoriti Najib meningkat sebanyak 35,613, iaitu peningkatan sebanyak 11,149 berbanding PRU-12 (2008)! Ini membuktikan undi popular Najib semakin meningkat berbanding Anwar yang semakin merudum!

 SISTEM PILIHAN RAYA YANG SAMA

Apa yang lebih menghairankan ialah kenapa Anwar memilih untuk melalak dan menjerit sekarang? Sedangkan sistem pilihan raya yang sama telah digunakan semasa Anwar di dalam BN. Sistem pilihan raya yang sama yang telah menaikkan Anwar daripada politikus tepi longkang kepada seorang Timbalan Menteri (1982), kemudiannya Menteri sehinggalah menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Sistem pilihan raya yang sama yang menjunjung Anwar selama 16 tahun di dalam BN sehingga menjadi orang nombor dua dalam negara; malah pernah diberi kepercayaan memangku jawatan Perdana Menteri!

Mengapa selama 16 tahun tidak pernah dengar sepatah haram pun daripada Anwar mempertikai Sistem pilihan raya Malaysia, mahupun SPR?

Kenapa tiba-tiba, apabila terkeluar menjadi pembangkang, Anwar kembali dengan politik longkang memaki hamun SPR dan sistem pilihan raya Malaysia?

 ANWAR DITOLAK PAS

Populariti Anwar bukan sahaja makin merosot dan merudum dalam kalangan pengundi Permatang Pauh dan rakyat Malaysia, malah bersama rakan komponen juga sudah mula dipersoalkan. Ini adalah jelas apabila Majlis Syura' Pas menolak nama Anwar sebagai calon Perdana Menteri bagi pembangkang sekiranya mereka memenangi PRU-13 tempoh hari. Malah Muktamar Agung Pas 2012 jelas kedengaran suara akar umbi Pas yang menolak Anwar sebagai pemimpin pembangkang dan menjadi calon Perdana Menteri mereka!

RUMUSAN

Dakwaan Anwar bahawa sebenarnya pembangkang yang memenangi PRU-13 dan sekali gus membolehkan dia mencapai nafsu menjadi Perdana Menteri kerana memenangi undi popular jelas satu pembohongan dan putar-belit fakta yang jelas.

Pertama, sistem pilihan raya Malaysia menggunakan kaedah first-past-the-post, iaitu parti yang mendapat majoriti mudah 112 kerusi daripada 222 kerusi yang dipertandingkan yang berhak diisytiharkan menang dan boleh membentuk kerajaan.

Dalam konteks ini, jelas BN dengan perolehan 133 kerusi merupakan parti tunggal yang berjaya memenangi PRU-13 dan layak membentuk Kerajaan Malaysia.

Kedua, Malaysia, seperti juga negara maju lain di dunia, tidak mengamalkan sistem undi popular iaitu mengira kemenangan berdasarkan jumlah keseluruhan undi yang diperolehi. Sebaliknya kita mengamalkan sistem pilihan raya menurut konstituensi 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, dengan parti yang memperolehi majoriti mudah 112 kerusi berhak membentuk Kerajaan Malaysia.

Ketiga, jika dikira undi popular, sebenarnya BN memperolehi undi popular tertinggi daripada kesemua parti utama yang bertanding dalam PRU-13. Cubaan untuk memutar-belitkan fakta dengan menggabungkan kesemua parti non-BN iaitu DAP-PKR-Pas adalah tidak munasabah memandangkan mereka bertanding menggunakan simbol masing-masing, malah ada yang berlawan sesama mereka di beberapa kerusi!

Keempat, undi popular Datuk Seri Najib makin lama makin meningkat. Sebaliknya undi popular Anwar yang mulanya tinggi semasa bertanding menggunakan lambang BN makin merudum sejak terkeluar daripada BN.

Kelima, sistem pilihan raya yang samalah yang menjulang Anwar daripada politikus tepi longkang ke jawatan nombor dua paling tinggi dalam negara. Sistem itu jugalah yang membolehkan Anwar menikmati 16 tahun kegemilangan sehingga memangku jawatan Perdana Menteri. Tapi kini sistem itulah yang diludah kembali setelah impian ke Putrajaya makin lama makin jauh!

Keenam, parti tunggak dan komponen terbesar pembangkang Pas sendiri menolak Anwar sebagai bala Perdana Menteri. Bukan sahaja populariti Anwar dengan rakyat makin merosot, bersama dengan rakan komponen pun Anwar makin dipinggirkan.

Apa yang berbahaya ialah dalam keghairahan Anwar untuk menjatuhkan Kerajaan BN yang telah dipilih oleh rakyat dalam PRU-13, negara dijerumuskan ke kancah politik perkauman dan cauvinisma yang sempit. Keghairahan segelintir rakyat terutama yang bukan-Melayu menyorak bersama Anwar memberi isyarat yang tidak baik untuk negara berbilang agama dan kaum ini! Sebab itu, saya mencabar Anwar supaya menghentikan politik sempit dan jijik ini. Terimalah hakikat rakyat tidak mahukan anda! Hormatilah keputusan rakyat yang mahukan negara dipimpin di bawah BN. Saya hanya boleh merumuskan satu perkara daripada semua ini: Anwar memang seorang pembohong bersiri yang tegar dan kaki putar alam yang cukup hebat!

Pembohong - Anwar berjanji akan berundur daripada dunia politik dan menjadi pensyarah jika ditolak rakyat dalam PRU-13. Bukan sahaja dia tidak menunaikan janji, malah diheretnya rakyat ke politik jalanan demi memuaskan nafsunya ke Putrajaya!

Putar belit - Anwar memutar-belit fakta dengan menggunakan isu 'undi popular' sebagai alasan untuk mendakwa sebenarnya dia dan pembangkang menang dalam PRU-13; sedangkan hakikatnya Malaysia mengamalkan sistem PRU menurut konstituensi berdasarkan 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, bukan berdasarkan jumlah undi keseluruhan yang diperolehi!

Zul Noordin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan