SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label TINDAKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TINDAKAN. Papar semua catatan

Isnin, 15 Julai 2013

PANAS TERIK!! PEMUDA UMNO MALAYSIA DESAK TINDAKAN TEGAS PASANGAN PERSENDA ISLAM @Khairykj

PANAS TERIK!! PEMUDA UMNO MALAYSIA DESAK TINDAKAN TEGAS PASANGAN PERSENDA ISLAM @Khairykj



Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa agar tindakan tegas dan cepat diambil terhadap pasangan yang mempersendakan Ramadan, Alvin Tan dan Vivian Lee.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata pasangan itu jelas telah mengguris perasaan dan menimbulkan kemarahan umat Islam tidak kira kenyataan itu dibuat atas apa sebab sekali pun.

"Kali ini jelas ada nama, ada gambar dan malah mereka sendiri telah mengaku dan hari ini mereka telah pergi ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk beri keterangan tanpa menafikan mereka buat perkara tersebut.

"Saya harap supaya ada tindakan yang cepat kali ini. Saya tak faham kalau kes yang jelas, terang dan nyata macam ini pun kita tak boleh ambil apa-apa tindakan," katanya kepada pemberita pada satu sidang media, di sini, Isnin.

Jelasnya, kerajaan melalui Akta Komunikasi dan Multimedia telah mempunyai peruntukan undang-undang mengenai perkara ini yang membenarkan tindakan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang menghina pihak lain.

"Kes ini amat jelas sekali, kalau kita tanya 10 orang umat Islam di Malaysia sama ada mereka rasa terhina atau marah, saya rasa 10 daripada 10 akan setuju.

"Sekarang tinggal lagi kita mahu lihat tindakan diambil, ini bukan hanya masa ambil keterangan," katanya.

Khairy berkata, tindakan terhadap pasangan itu juga harus diambil walaupun beliau difahamkan pasangan tersebut telah membuat permohonan maaf.

Katanya, ia perlu kerana negara mempunyai undang-undang selain menjadi pengajaran kepada masyarakat.

"Dalam perkara tertentu, walaupun dia minta maaf kita perlu juga ambil tindakan.

"Kalau tidak, kita boleh cakap apa-apa yang mengguris hati orang ramai, selepas minta maaf kita kira perkara itu selesai.

"Saya rasa tak boleh, kes ini sangat serius dan perbuatan ini cukup menimbulkan kemarahan umat Islam," katanya.

Dalam pada itu beliau menasihatkan umat Islam supaya tidak menunjukkan reaksi melampau terhadap perkara ini dan mengingatkan orang ramai supaya supaya tidak mengguris sensitiviti mana-mana agama.

Katanya, tindakan yang sama perlu dikenakan kepada sesiapa sahaja termasuk orang Islam yang menghina agama lain.

"Kita tak mahu orang kata kita memilih dalam membuat tindakan," tegasnya.



Pada Khamis, pasangan ini memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)... wangi, enak dan menyelerakan' di laman Facebook mereka.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.

Sumber

Isnin, 1 Julai 2013

ORANG-ORANG MELAYU SILA AMBIL TINDAKAN SEGERA!! 2.3 juta Melayu tidak daftar pengundi membimbangkan..

ORANG-ORANG MELAYU SILA AMBIL TINDAKAN SEGERA!! 2.3 juta Melayu tidak daftar pengundi membimbangkan..



Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Khas bagi membangkitkan kesedaran dan membantu mendaftarkan orang Melayu sebagai pengundi.

Setiausaha Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, perkara itu dirumuskan pada hari pertama Perjumpaan Khas Perkasa yang diadakan di Institut Budaya Baru, di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, keputusan itu diambil memandangkan kini terdapat kira-kira 2.5 juta orang Melayu tidak berdaftar sebagai pengundi sekali gus merupakan perkembangan membimbangkan terhadap masa depan kuasa politik orang Melayu.

"Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan serius dan segera, akan ada pertambahan kira-kira 1.5 juta orang Melayu yang tidak berdaftar sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 menjadikan jumlah keseluruhan 3.8 juta orang Melayu tidak berdaftar," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, jawatankuasa bertindak khas yang diputuskan itu akan dipengerusikan Ahli Dewan Tertinggi Perkasa, Leftenan Jeneral (B) Datuk Mohd. Salleh Ismail manakala bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman pula bertindak sebagai Penasihat.

Katanya, taklimat mengenai keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diadakan hari ini juga mendapati sebahagian besar orang Melayu tidak menganggap mendaftar sebagai pengundi sebagai tanggungjawab besar.

"Ini adalah masalah serius yang boleh menghakis kuasa politik orang Melayu dan merupakan kelemahan semua parti-parti Melayu sama ada UMNO, Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya.

Dalam pada itu, menurut Syed Hassan, Perkasa dijangka mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) peringkat daerah dan negeri dari Julai hingga minggu pertama September ini dan bagi peringkat Pusat pula hujung September ini.

Pssstttt... AKJr : ORANG2 MELAYU TOLONG LA.. PERGILA DAFTAR MENGUNDI!! JGN AMBIL REMEH PERKARA INI.. DEMI KELANGSUNGAN KUASA ORANG2 MELAYU DI BUMI BERTUAH INI DAFTAR LAH SEGERA...

Isnin, 10 Jun 2013

PANAS BERAPI!! Banner DAP Johor Menyokong Tindakan Biadap Cikgu Rasis, Poh Kim Thye..

PANAS BERAPI!! Banner DAP Johor Menyokong Tindakan Biadap Cikgu Rasis, Poh Kim Thye..




Gambar-gambar ini telah diambil oleh seorang rakan di Johor pagi tadi, satunya di hadapan Kedai MARA Gelang Patah, Johor. Banner yang lebih kurang sama turut kelihatan di hadapan padang bola MPJBT Johor. Adakah ini perbuatan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menaikkan sentimen perkauman ataupun adakah ini sebenarnya hasrat DAP Johor yang rasis menyokong tindakan seorang guru Cina yang rasis?

Melayu tengok sajakah?

Atau Melayu masih lena diulit mimpi?

Orang Johor yang begitu fanatik dengan sukan bolasepak sejak akhir-akhir ini diam sajakah?


Sumber

Sabtu, 16 Mac 2013

Kementerian Pelajaran Berjanji Akan Mengambil Tindakan Ke Atas Guru Yg Memanggil @PDRMsia Anjing!

Kementerian Pelajaran Berjanji Akan Mengambil Tindakan Ke Atas Guru Yg Memanggil @PDRMsia Anjing!


Inilah gambar seorang guru yang bernama Mohd Lufti Mohd Nor, yang telah berjaya diberkas oleh pihak polis semalam. Tercapailah cita-citanya untuk memakai gelang besi. Semoga perlakuan beliau menjadi inspirasi untuk guru-guru yang lain.





Kementerian Pelajaran Malaysia hari ini telah mengeluarkan Kenyataan Akhbar akan mengambil tindakan ke atas seorang guru di Kelantan yang mengelarkan anggota Polis Di Raja Malaysia sebagai Anjing. CTS amat berterima kasih kepada Ketua Pengarah di atas keprihatinan beliau dan Kementerian di atas isu ini. Guru kurang ajar ini perlu dikenakan tindakan disiplin yang berat. Kita imbas kembali apa kata-kata beliau terhadap anggota polis.





Psssttt... AKjr: Teman mendesak agar mamat ni dibuang kerja tanpa boleh rayuan serta dikenakan hukuman yang setimpal.. sememangnya mamat tidak layak bergelar CIKGU!!!