SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Sabtu, 25 Mei 2013

INFO @ AKJr : HARAKAH DIDAPATI BERSALAH MEMFITNAH TUN AMMAR

INFO @ AKJr : HARAKAH DIDAPATI BERSALAH MEMFITNAH TUN AMMAR



Lidah rasmi Pas, Harakah didapati bersalah menyiarkan artikel fitnah terhadap seorang peguam lima tahun lalu, dan diarah membayar ganti rugi kepada peguam berkenaan.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, Rasidah Chik pada 12 Julai 2011 yang memihak kepada peguam tersebut, Tun Mohammad Ammar Aziz. 

Hakim Lee Swee Sing memutuskan demikian setelah menolak rayuan Ahmad Lutfi dan tiga yang lain untuk mengetepikan keputusan sebelum ini. 

Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan tiga yang lain membayar ganti rugi RM50,000 kepada Tun Mohammad Ammar. 

Swee Sing juga memerintahkan pihak perayu membayar kos mahkamah. 

Menurut Swee Sing, mahkamah berpuas hati dengan keputusan Hakim Rasidah yang disifatkannya tepat dan tidak terkhilaf. 

Pada 15 September 2009, Tun Mohamad Ammar yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Timur memfailkan saman terhadap Ahmad Lutfi, bekas pemegang permit akhbar Harakah, Halim Arsyat dan pencetaknya, Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. Beliau mendakwa artikel diterbitkan Harakah edisi Isnin, Bilangan 1,391 bertarikh 17 hingga 20 November 2008 berjudul Mukhriz Juga Didakwa Rasuah Politik? berunsur fitnah terhadapnya.

Psssttt... AKjr : Haaa kan dah kena dahh.. Amacam MACAI2 PAS? Masih x percaya lagi ke?? Ini Baru Satu beb, hakikatnya tiap2 hari ada saja laporan berita palsu atau FITNAH yang dikeluarkan oleh Lidah Rasmi PAS ini bertujuan hanya satu iaitu menjatuhkan Parti Keramat Orang2 Melayu yakni UMNO.. Hurmmm ..

2 ulasan:

  1. Harakah....mana ada fitnah? Orang PAS cakap Utusan Malaysia yang banyak sebar fitnah.

    BalasPadam
  2. Harakah adalah lidah rasmi syaitan yg bertopengkan agama islam -zmn nabi saw dlu mmg tlh wujud puak mcm ni ..alkisah yahudi msuk islam brtujuan memecah belahkan islam itu,samalah yg berlaku skrg-mereka adalah pewaris yahudi mualaf ..

    BalasPadam