SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label TIAN CHUA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TIAN CHUA. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Jun 2013

WAJIB TENGOK!! Tian Chua Mula Bermain Wayang Dengan Mengikuti Jejak Lee Kuan Yew - Melayu Mudah Ditipu

WAJIB TENGOK!! Tian Chua Mula Bermain Wayang Dengan Mengikuti Jejak Lee Kuan Yew - Melayu Mudah Ditipu

Kalo setakat pakai baju Melayu dgn songkok saja tak payah la tianchua.. Org Melayu PKR dan PAS boleh la kamu tipu, berpura2.. Ini semua lakonan semata2 demi mengaburi mata orang2 Melayu..


Bukannya susah untuk memanupulasi orang-orang Melayu Islam. Dengan hanya bersongkok dan berbaju Melayu, ini merupakan satu jalan yang mudah untuk menyusup dalam kelompok orang-orang Melayu Islam dan mengambil hati mereka. Orang-orang Melayu mudah alpa dan mudah terpersona dengan penampilan seseorang. Itu yang cuba dipraktikkan oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua. Tidak perlu susah-susah masuk Islam. Berpura-pura jadi Islam dan anda akan dijunjung oleh Bangsa Melayu Islam. Kita tidak perlu hairan dengan tektik sebegini. 

Tahun 60an dahulu, Lee Kuan Yew sudah lama mempraktikkannya dengan berkopiah untuk berjumpa dengan orang-orang Melayu. Apakah Lee Kuan Yew sudah memeluk Islam sekarang? Di bawah gambar Lee Kuan Yew pada tahun 1965, memakai songkok sewaktu berkempen pilihanraya di Kampung Tani, Singapura. Kini 2013, anak didiknya mula mengikuti jejak langkahnya dengan sedikit penambahbaikan. Orang-orang Melayu masih tidur.




Kepada Orang-orang Melayu yang masih lagi mempercayai tipu helah Cina Kapir ni supaya sedarlah wahai kamu semua.. Tian Chua ni adalah Spesis yang pandai berpura-pura, pandai main wayang didepan orang2 Melayu.. Padahal itu semua lakonannya saja, dia mempunyai banyak Agenda terselindung yang pastinya ianya akan merugikan kita orang2 Melayu.. Lihat Singapura sebagai contoh.. Orang Melayu disana telah ditindas habis2an oleh Lee Kuan Yew.. Apakah kamu ingin menjadi seperti itu??? 

Sumber

Rabu, 1 Mei 2013

PANAS TERIK!! #LAHADDATU Gambar Tian Chua Berunding Dengan Kiram & MNLF Di Manila Didedahkan..

PANAS TERIK!! #LAHADDATU Gambar Tian Chua Berunding Dengan Kiram & MNLF Di Manila Didedahkan..




Kota Kinabalu, 1 Mei 2013.

Salam seluruh rakyat Malaysia, kami ingin memaklumkan bahawa apa yang berlaku di Lahad Datu bukanlah setakat menceroboh negeri kita, tetapi jauh dari itu Anwar, Tian Chua dan rakan-rakannya memang mempunyai Planning Gila.

Semasa saya di Davao City dan di Manila, selama lebih sebulan saya mencari bukti apa sebenarnya yang berlaku di Lahad Datu.

Saya terpaksa memujuk, menunggu lama, membayar dengan wang saya sendiri untuk mencari maklumat ini, bukan saya tak mengharap polis Malaysia. Saya pun bekas polis, kelebihan saya boleh bercakap tagalong memudahkan kerja saya.

Semasa saya kecil, saya terbayang ibubapa saya berasal dari Filipina, selepas berjaya memohon kerakyatan Malaysia, hidup kami berubah dan saya berkata dalam hati saya, saya akan tolong Negara Malaysia ini jika dia susah kerana saya kenang budi Negara ini.

Akhirnya saya berjaya mendapatkan beberapa keping gambar Tian Chua, R. Sivarasa semasa berada di Manila, di Makati City dan di Ninoy Airport.

Saya berjaya mendapat 6 keping Gambar Tian Chua sedang berbincang dengan wakil MNLF dan wakil-wakil Kiram. Saya akan serahkan sendiri kepada pihak berkuasa Malaysia esok. Untuk mata rakyat Malaysia, saya tunjukkan satu keping gambar Tian Chua sedang berbaris di airport di Manila.

Saya mendesak kerajaan Malaysia menahan Tian Chua segera, kerana menurut orang yang saya jumpa di Manila, Tian Chua turut berjanji kepada MNLF dan Kiram untuk memberikan Wilayah Autonomi di Lahad Datu kepada Kiram. Manakala wilayah Kunak dan Semporna kepada Nur Miswari (Nur Misuari).

Malah Tian Chua turut bersetuju untuk membayar setiap bulan Elaun DiRaja kepada Jamalul Kiram dan Nur Miswari jika Berjaya planning gila mereka itu.

Menurut dua tiga orang yang saya jumpa di Mindanao pula, sebenarnya mereka hanya hendak menakut-nakutkan kerajaan Malaysia supaya orang di Sabah tidak keluar mengundi, itulah arahan Anwar dan Tian Chua. Bila di Sabah tidak mengundi, Tian Chua kata mereka yakin akan menang di Semenanjung dan akan buat kerajaan.

Bila dah buat kerajaan kata Tian Chua, barulah mereka akan urus Sabah. Malangnya mereka tak sangka sampai berlaku pertempuran besar.

Banyak lagi lah kalau saya cerita pengalaman saya di Mindanao dan Manila selama sebulan ini, panjang sangat saya mahu tulis. Kepada rakyat Malaysia, kamu semua tolaklah Anwar, Tian Chua dan Pakatan Rakyat.

Walaupun saya generasi kedua di Malaysia, saya tahu bersyukur. Inilah balasan saya kepada rakyat Malaysia dan Negara Malaysia. Saya harap saya dapat membantu kamu walaupun sedikit. Gambar perbincangan Tian Chua bersama 2 orang kawannya dengan wakil-wakil Kiram dan MNLF saya serahkan kepada pihak Polis besok.


Dipetik dari Blog MrKinabaluBoy : http://mrkinabaluboy.blogspot.com/2013/04/gambar-tian-chua-berunding-dengan-kiram.html

Rabu, 17 April 2013

PANAS TERIK!! UMNO Saman @TianChua RM500juta Kerana memfitnah Isu #LahadDatu Konspirasi UMNO..

PANAS TERIK!! UMNO Saman @TianChua RM500juta Kerana memfitnah Isu #LahadDatu Konspirasi UMNO..



Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman fitnah terhadap Naib Presiden PKR, Chua Tian Chiang atau Tian Chua dan dua yang lain berhubung artikel yang diterbitkan dalam portal KeadilanDaily.com. berkaitan insiden pencerobohan di Lahad Datu, baru-baru ini.

Selain Tian Chua, Ab Rauf turut menamakan Editor KeadilanDaily.com Fazallah Pit dan penulis artikel itu Aisha Geoffrey sebagai defendan.

Beliau memfailkan saman itu melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 15 Mac lepas.

Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini selepas kes itu disebut di hadapan Hakim Rosilah Yop di dalam kamarnya.

Peguam Nor Hazira Abu Haiyan, yang mewakili Ab. Rauf memberitahu pemberita mahkamah menetapkan 23 April ini untuk Tian Chua memfailkan pembelaan dan tarikh yang sama ditetapkan untuk pengurusan kes.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Ab Rauf mendakwa Tian Chua mengeluarkan kata-kata fitnah di dalam artikel “Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno” yang telah dilaporkan dan diterbitkan oleh KeadilanDaily pada 1 Mac lepas ketika ditemu ramah oleh wartawan portal itu.

Ab Rauf mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud bahawa Umno merupakan dalang di dalam konspirasi jahat untuk Barisan Nasional menang dalam pilihan raya akan datang di negeri Sabah dan sengaja mahu menakut-nakutkan rakyat dengan insiden di Lahad Datu selain mendakwa Umno adalah pembelot negara yang kononnya membawa masuk pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Beliau berkata notis tuntutan bertarikh 4 Mac lepas telah dihantar kepada Tian Chua supaya membuat permohonan maaf secara bertulis dan menarik balik kenyataan berunsur fitnah itu, tetapi Tian Chua tidak memberikan sebarang jawapan.

Akibat penyiaran kata-kata fitnah itu, Ab Rauf mendakwa reputasi Umno terjejas kerana kes pencerobohan di Lahad Datu melibatkan kedaulatan negara yang juga merupakan isu sensitif kerana mengakibatkan pertumpahan darah dan tuntutan yang tidak wajar oleh pihak luar terhadap negeri Sabah yang telah diisytiharkan sebagai milik Malaysia sejak sekian lama.

Ab Rauf memohon satu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada berbicara lebih lanjut atau menerbitkan kenyataan fitnah itu terhadapnya sama ada secara lisan, media cetak atau internet.

Beliau juga menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, permohonan maaf secara bertulis oleh defendan untuk diterbitkan dalam semua akhbar, faedah, kos dan lain- lain perintah selanjutnya yang dianggap sesuai oleh mahkamah. 

Dijangka kesemua tuntutan berjumlah RM500juta, jumlah ini akan membangkrapkan Pakatan haram selepas PRU13 nanti.

Khamis, 14 Mac 2013

PANAS TERIK!! Mahkamah Kecoh Apabila Tian Chua Cuba Melarikan Diri

PANAS TERIK!! Mahkamah Kecoh Apabila Tian Chua Cuba Melarikan Diri



Suasana menjadi kecoh di kafetaria Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini apabila Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua cuba melarikan diri dari polis yang menghampiri Tian Chua.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.45 pagi ketika Tian Chua bersama kumpulan peguam di kafetaria aras bawah bangunanan mahkamah.

Berlaku pertengkaran kecil antara penyokong Tian Chua dengan anggota polis di kafeteria Mahkamah Tinggi apabila sekumpulan lapan orang anggota cuba untuk 'mengiringi' pemimpin PKR itu ke pejabat polis di bangunan sama.

Tahu pulak takut....



Pagi Khamis Naib Presiden PKR yang membuat kenyataan celupar dakwa insiden Lahad Datu sandiwara UMNO akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dibawah Akta Hasutan.

Ahli Parlimen Batu itu tiba di komplek Mahkamah Jalan Duta jam 9 pagi diteman peguamnya.

Dia kemudian masuk ke kamar mahkamah sesyen pada jam 10 40 pagi.

Lebih 300 laporan polis dibuat seluruh negara terhadapnya oleh rakyat pelbagai lapisan kaum yang marah sangat pada gelagatnya.

Tian Chua dijangka akan diwakili oleh peguam N Surendran yang juga Naib Presiden PKR.

Kenyataan Tian Chua disiar dalam akhbar Keadilan Daily 1 Mac lalu.

Terdahulu Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada hari Selasa berkata ' mana boleh lepas ' Tian Chua nyata bukan cakap kosong.


Tian Chua di Lokap KAH KAH KAH...

Jumaat, 8 Mac 2013

SAYA TAK AKAN MINTA MAAF.., SAYA TAK SALAH.. ~ TIAN CHUA


SAYA TAK AKAN MINTA MAAF.., SAYA TAK SALAH.. ~ TIAN CHUA


Walaupun berdepan dengan kemarahan seluruh rakyat Malaysia ekoran dari tuduhannya terhadap kejadian pencerobohan pengganas Sulu di Sabah, Tian Chua hari ini menegaskan bahawa dia tak perlu meminta maaf kepada mana-mana pihak termasuklah Umno.

Naib Presiden PKR itu juga menyalah media yang didakwanya memutarbelitkan kenyataan beliau didalam KeadilanDaily. Tian Chua juga menafikan pernah menuduh Umno ataupun menghina anggota keselamatan negara yang terkorban semasa menjaga kedaulatan negara di Lahad Datu Sabah.

Justeru itu, Tian Chua yang sebelum ini dipenjara kerana menggigit Polis sewaktu perhimpunan Bersih, mahu rakyat Malaysia menolak politik adu domba yang didakwanya diamalkan oleh pihak kerajaan.

Sebelum ini, kenyataan Tian Chua didalam lidah rasmi PKR, KeadilanDaily telah menimbulkan rasa tak puas hati seluruh rakyat Malaysia. Dalam kenyataan tersebut, Tian Chua menuduh pencerobohan di Lahad Datu sebagai konspirasi terancang oleh Umno bagi menakut-nakutkan rakyat.

Tian Chua juga menuduh bahawa pihak kerajaan sengaja mencetuskan kekalutan di Sabah bagi menangguhkan Pilihanraya Umum ke 13. ~ MPP News