SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label LIM GUAN ENG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LIM GUAN ENG. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Oktober 2013

PANAS TERIK!! Isu CEC - @KhairyKJ Belasah Guan Eng #Khairykj

PANAS TERIK!! Isu CEC - @KhairyKJ Belasah Guan Eng #Khairykj





Selepas kenyataannya disalah ertikan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berhubung penelitian Jabatan Perndaftar Pertubuhan (ROS) terhadap pemilihan sayap parti Umno yang berlangsung, pada Sabtu lalu, hari ini, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kembali membidas pemimpin parti demokratik itu .

"Apa yang membezakan pemilihan Umno dan DAP. Ahli parti membuat aduan kepada ROS melalui surat.

"Ahli Umno tidak," katanya yang dipetik dalam laman Twitternya hari ini.

Beliau berkata demikian ekoran Guan Eng mendakwa dengan merujuk kenyataan Khairy bahawa perkara itu tidak terjadi jika ianya DAP dan itu adalah hipokrit.

Sebelum ini, Khairy berkata, masalah yang timbul dalam perjalanan mesyuarat dan pemilihan peringkat pemimpin sayap parti minggu lalu memadai dengan siasatan oleh jawatankuasa pemilihan Umno dan tidak perlu dibawa ke penelitian ROS.

Kes berkenaan, yang disifatkannya sebagai “terpencil”, perlu disiasat secara terperinci oleh jawatankuasa pemilihan tersebut, katanya kepada pemberita hari ini.

"Kalau ada kelemahan haruslah disiasat satu persatu. Setakat ini saya rasa tidaklah sampai ke peringkat harus dipertikaikan oleh ROS.

"Tapi tak apa, kita tengoklah siasatan yang dibuat. Tapi bagi kita ini bukan kes yang banyak, mungkin terpencil sahaja," katanya.

Selain itu, Khairy yang Menteri Belia dan Sukan itu berkata sekiranya ahli Umno membuat aduan kepada ROS tidak mustahil badan itu akan menyiasat.

"Jika ahli kami mengadu kepada ROS, ROS harus siasat.

"Tetapi ahli kami menggunakan mekanisme dalaman sekarang ini. Faham Lim Guan Eng?," ujarnya lagi.-SH


Jumaat, 14 Jun 2013

JOM TENGOK!! Ketua Menteri Pulau Pinang @cmlimguaneng Baru belajar Bahasa Malaysia!!!

JOM TENGOK!! Ketua Menteri Pulau Pinang @cmlimguaneng Baru belajar Bahasa Malaysia!!!

Ini posting yang dilakukan di dalam laman sosial Twitter Ketua Menteri Pulau Pinang semalam.


Berlaku penyalahgunaan perkataan dalam bahasa apabila Ketua Menteri berkenaan mengunakan ayat berikut, "Menara Ibupejabat UMNO Penang yang "luntur" sekarang akibat ribut kencang". Baiklah, kita berbaik sangka. Mungkin ini terjadi berkemungkinan beliau telah tersalah taip. Ini pembetulan yang beliau lakukan hari ini di dalam akaun Twitternya yang sama.


Buat salah sekali boleh diterima lagi. Ini buat pembetulan pun salah. Apa kejadah perkataan "luntur" di dalam ayat berkenaan ditukar atau dibuat pembetulan kepada "lentur"? Dia tahukah apa maksud perkataan "lentur"? Mari kita semak Kamus Dewan Bahasa Pustaka, di sini.

Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, "lentur" bermaksud - 1. tidak mudah patah 2. bengkok atau kelok 3. bengkok pada benda yang melengkung. Jadi maksud yang manakan Joseph Lim Guan Eng gunakan apabila beliau menulis Menara Ibupejabat UMNO yang "lentur"?

Bangunan boleh "lentur" ka Apek? Lain kali kalau bengap Bahasa, bertanya. Jangan tunjuk pandai. Apek oh Apek! Sehinggakan DS Shabery Cheek pun membuat sindiran yang tajam kepada Joseph Lim di dalam laman sosial Facebook beliau:



Selasa, 21 Mei 2013

PANAS BERAPI!! ANWAR, LKS KETAKUTAN, LIM GUAN ENG LARI KE LONDON??


PANAS BERAPI!! ANWAR, LKS KETAKUTAN, LIM GUAN ENG LARI  KE LONDON??



SAMPAI HATIKAU TINGGALKAN AKU LIM GUAN ENG

Mesyuarat Himpunan 505 di Petaling Jaya semalam menghasilkan beberapa keputusan drastik ekoran Ketegasan Datuk Zahid Hamidi.

Pertama, semua himpunan haram 505 telah ditukar tajuk kepada berunsur santai seperti "Pesta" rakyat. Kedua, oleh kerana ketegasan Datuk Zahid Hamidi, IGP baru dan dasar-dasar yang semakin tegas Anwar dan Lim Kit Siang telah memutuskan supaya semua Himpunan Haram diberi tanggungjawab kepada NGO dengan panglimanya Chegu Bard. 

Tujuannya untuk mengelak mereka sebagai YB ditangkap dan hilang kelayakan sebagai YB jika ditangkap dan dibicarakan. Mereka melihat penangkapan Adam Adli dan Nik Nazmi amat-amat menakutkan. Jika Chegu Bard ditangkap pun dia bukan YB pun, itulah modus operasi mereka kali ini.

Pada hujung minggu ini 25 Mei 2013, mereka mengubah lokasi Himpunan Haram 505 itu di padang berdekatan AmCorp Mall di Petaling Jaya dengan tema "pesta". Himpunan tersebut dibuat pada 25 Mei 2013 supaya lebih ramai orang datang dari seluruh negara yang kebetulan PKR melaksanakan Kongres PKR di Petaling Jaya.

Yang paling mengejutkan, Lim Guan Eng akan "melarikan" diri ke London menjelang 25 Mei 2013 meninggalkan Himpunan Haram 505 atau pesta itu, meninggalkan Anwar meroyan seorang diri di Petaling Jaya itu.

Kasihan Anwar orang Melayu yang mudah ditipu, Lim Guan Eng.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.

"Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya? Itu adalah gopoh. 

"Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum," katanya menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Dalam pada itu DAP dan Lim Kit Siang turut berubah nada, DAP dilihat telah berubah nada, daripada kenyataan asalnya mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid menarik balik kenyataannya dan membuat permohonan maaf terbuka kini menuntut pula ruang satu hari penuh pada minggu pertama berdebat dalam sidang Parlimen.

Nampaknya, tindakan Anwar menipu rakyat dan penyokongnya untuk hadir ke perhimpunan 505nya dibalas dengan ditinggalkan sendirian oleh Lim Guan Eng yang akan berangkat ke London hujung minggu ini. 
Bye Bye Anwar...


Sabtu, 30 Mac 2013

Lim Guan Eng & DAP GAGAL DI PENANG.. #SavePenang #TolakPR #PRU13 #GE13

PANAS TERIK!! Lim Guan Eng & DAP GAGAL DI PENANG..  #SavePenang #TolakPR #PRU13 #GE13



Setelah lima tahun DAP mentadbir Pulau Pinang, keadaan sosioekonomi di Pulau Pinang bertambah teruk. 

Ini berikutan dengan kesesakan lalulintas yang semakin kronik, pembangunan hartanah mewah yang mengabaikan keperluan rakyat berpendapatan rendah, serta keadaan ekonomi yang mengalami defisit yang berkali ganda sejak 2009. 





Ramai yang tertipu dan percaya LGE berjaya mengurangkan hutang negeri. Dalam masa yang sama ramai tidak tahu itu sebenarnya dibuat dengan bantuan Kerajaan Persekutuan yang perihatin terhadap negara Malaysia. 

Bayangkan, Pulau Pinang telah mengalami defisit selama 4 tahun berturut-turut di bawah DAP & Lim Guan Eng. Apakah kesan jangka panjang sekiranya perkara ini berlarutan lagi seandainya rakyat Pulau Pinang memberi mandat kepada mereka pada PRU13 ni? 


Itu pun masih ada hati nak mentadbir aset negara? Muflis! Muflis! Sekiranya rakyat masih memberi mandat kepada mereka tu!!! 

Pssstttt... AKjr: PRU13 = Tolak Pakatan Pembangkang = Penipu Rakyat! 

Pautan video :-