SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label WAKIL RAKYAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label WAKIL RAKYAT. Papar semua catatan

Isnin, 24 Jun 2013

PANAS BERAPI!! Akhirnya Anwar angkat sumpah Sebagai Wakil Rakyat Dan Menerima Keputusan #PRU13

PANAS BERAPI!! Akhirnya Anwar angkat sumpah Sebagai Wakil Rakyat Dan Menerima Keputusan #PRU13 


Anwar baru selesai angkat sumpah!!

Ini ikrar yang baru disebut Anwar pada pukul 11:50 pagi 

Saya Dato Seri Anwar bin Ibrahim setelah dipilih sebagai ahli Dewan Rakyat, dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan, dengan jujur, menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang sedemikian dengan segala upaya saya dan saya akan menumpahkan segala taat setia yang sebenar kepada Malaysia dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan perlembagaan.


Kita harus pegang cakap dia.

Masih lagikah mahu pertikai keputusan pilihanraya oleh SPR???


Persoalannya:

Adakah Anwar jujur?
Adakah di telah tunaikan dan akan tunaikan kewajipan?
Adakah dia taat setia kepada Malaysia atau azamnya mahu jadi PM dengan apa cara?
Adakah dia memelihara, melindungi dan mempertahankan perlembagaan atau mahu tukar Perlembagaan hingga asas Perlembagaan mahu ditukar?

Lebih elok masuk ...


Sabtu, 6 April 2013

EKSKLUSIF!! #PRU13 Wanita buta huruf mahu jadi wakil rakyat..

EKSKLUSIF!! #PRU13 Wanita buta huruf mahu jadi wakil rakyat..


BADAM (kanan) duduk bersama seorang saudaranya di Khar, Bajaur pada 1 April lalu.


KHAR - Seorang suri rumah Pakistan yang tidak tahu membaca dan menulis mencipta sejarah di negara ini apabila dia akan bertanding menjadi wakil rakyat di kubu kuat Taliban pada 11 Mei depan.

Suri rumah itu, Badam Zari, 53 yang merupakan isteri seorang guru besar mempunyai peluang tipis untuk menang.

"Saya bertanding dengan penuh keterujaan dengan hati yang suci dan suara hati yang jelas.

"Keazaman saya adalah untuk mendidik generasi masa depan, kanak-kanak perempuan dan wanita serta berkhidmat untuk mereka," katanya kepada agensi berita AFP menerusi telefon dari daerah Bajaur.

"Saya mengetahui bahawa saya merupakan wanita pertama yang akan bertanding dan berharap akan menang," tambahnya.

Dia akan bertanding atas tiket bebas di daerah tersebut.

Daerah itu terletak di kawasan pergunungan dan merupakan antara yang paling miskin dan ramai penduduknya tidak berpendidikan.

"Saya tidak berasa takut. saya tidak pernah menerima ancaman daripada mana-mana pihak," katanya.

Beberapa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya menyatakan kelmarin, permohonannya untuk bertanding telah diterima.

Undang-undang Pakistan tidak melarang calon yang buta huruf bertanding untuk menjadi wakil rakyat.

Bajaur merupakan kubu kuat kumpulan Taliban, Al-Qaeda dan beberapa pertubuhan militan lain.

Daerah tersebut menjadi lokasi pertempuran antara tentera Pakistan dengan kumpulan militan. - AFP