SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label YUSUF ALQARDHAWI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label YUSUF ALQARDHAWI. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Mei 2013

WAJIB BACA!! #PRU13 MUSTAHIL ULAMA DR. YUSOF QARDAWI SOKONG KAKI SEKS - MUFTI

WAJIB BACA!! #PRU13 MUSTAHIL ULAMA DR. YUSOF QARDAWI SOKONG KAKI SEKS - MUFTI


TIDAK MUNGKIN DR. YUSUF QARDAWI TULIS SURAT KEPADA KAKI SEKS - MUFTI

DS NAJIB BERSAMA ULAMA PROF. DR YUSOF QARDAWI

Prof. Dr. Yusuf Qardawi, seorang ulama besar Mesir yang tidak asing kepada umat Islam di Malaysia. Beliau seorang yang dihormati kerana ilmu agamanya, kredebilitinya dan disiplin ilmu yang tinggi.

Dalam keadaan terdesak, Anwar Ibrahim telah berjumpa Dr. Yusof Qardawi untuk meminta sokongan dan mengadu kononnya dia dianiaya, maka tanpa menyiasat penipuan Anwar itu, berkatalah Dr. Yusof Qardawi secara umum bahawa orang yang teraniaya perlu ditolong. 

Kita harus ingat Anwar bukan fasih berbahasa Arab, kalau hendak dibandingkan dengan Dato’ Nasharudin Mat Isa bagai langit dengan bumi. Selepas menipu Dr. Yusuf Qardawi, maka dicananglah kononnya Dr. Yusof Qardawi menyokong Anwar walhal kenyataan Dr. Yusof Qardawi itu merujuk kepada sesiapa sahaja yang teraniaya secara umum. Betullah dalam kes mangsa-mangsa Anwar, memang benar iaitu mangsa-mangsa seks Anwar telah teraniaya dengan wang ringgit Anwar dan janji-janji Anwar!


Setelah mengetahui pembohongan Anwar, Dr. Yusof Qardawi membuat kenyataan tegas bahawa beliau tidak menyokong Anwar, sebaliknya Dr. Yusof Qardawi memberi Sokongan Terbuka kepada Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Baca di sini http://www.theaustralian.com.au/news/world/islamic-scholar-supports-najib-razak/story-e6frg6so-1226595911018



KENYATAAN AKHBAR PROF. DR. YUSOF QARDAWI MENYOKONG DS NAJIB SEBAGAI PM, BUKAN ANWAR.

Anwar Ibrahim ditinggalkan ramai sahabat bertaraf ilmuan seperti Dr. Chandra Muzaffar kerana kegiatan seks Anwar yang luar biasa (http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PilihanRaya2013&pub=Utusan_Malaysia&furl&Pilihan_Raya/20130427/px_12/Tabiat-seks-punca-Chandra-tinggalkan-Anwar).


Begitu juga ilmuan lain seperti Ustaz Ismail Mina, Dato’ Dr. Hassan Ali, Dato Nasharudin Mat Isa, Mufti Perak, Dewan Ulama PAS, Majlis Syura PAS malah tokoh-tokoh agama di dalam PAS sendiri menolak Anwar sebagai Perdana Menteri. Mereka mahukan Hj. Hadi Awang sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan menang (Rujuk Konvensyen PAS).

Anwar Cipta Surat Palsu Dr. Yusof Qardawi
Selepas kegagalan membeli Saiful Bukhari, juga gagal membawa orang Thai kononnya seiras dengan wajahnya, juga gagal mendapatkan sokongan PAS untuk menerimanya sebagai PM, dalam keadaan terdesak Anwar mencipta satu lagi pembohongan maha besar iaitu menipu surat Palsu Dr. Yusof Qardawi! Anwar sanggup menipu siapa saja hatta Ulama!

Apakah Dr. Yusof Qardawi boleh menerima seorang pejuang LGBT, bolehkah Dr. Yusof Qardawi menerima seseorang yang mempermainkan Kalimah Allah yang suci, Apakah Dr. Yusof Qardawi boleh menerima seorang yang kaki seks, logikkah Dr. Yusof Qardawi menyokonh Anwar yang membela si Murtad Lina Joy. Sudah tentu dalam keadaan terdesak Anwar sanggup menipu siapa sahaja termasuk Dr. Yusof Qardawi dan rakyat Malaysia.

Pada 25 Febuari 2013, semasa pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat, mereka bergaduh lagi di mana PAS dan Haji Hadi Awang tidak mahu dan tidak bersetuju dengan pernyataan “Anwar sebagai PM Pakatan Rakyat”. PAS dan Haji Hadi Awang tidak mahu tandatangan deklarasi dan perjanjian Anwar sebagai PM kerana mereka sendiri menolak kaki seks menjawat jawatan PM!.

Malah Dewan Ulama PAS dan Majlis Syura PAS iaitu dua badan tertinggi dalam PAS, menolak Anwar sebagai PM dan mereka tetap dengan pendirian mahukan Haji Hadi Awang sebagai Perdana Menteri. Dalam satu pertemuan tertutup, Haji Hadi Awang dilapor berkata, “Pemimpin tertinggi PAS itu mengatakan ‘haram’ bagi Anwar untuk meminta jawatan perdana menteri,” (Sumber:Utara News).


Sebab Prof. Dr. Yusof Qardawi Tolak Anwar
Bagaimana Dr. Yusof Qardawi seorang ulama tersohor boleh menerima seorang manusia kaki seks yang telah membalun bukan sahaja wanita Melayu Islam, tetapi juga wanita Portugis Melaka, China Doll, malah lebih dasyat lagi lelaki pun ditaroknya sebagaimana dialami oleh seorang Driver bernama Azizan Abu Bakar, adik angkat lembutnya Sukma Darmawan, tukang bancuh kopinya Saiful Bukhari, malah Rahimi Osman budak pejabatnya pun hampir diliwatnya kata Rahimi sebelum dia cabut meninggalkan Anwar.(Rujukan:AIDC)

Ulama Dr. Yusof Qardawi menentang keras serangan Israel ke atas Palestin khususnya Semenanjung Gaza, walhal Anwar terang-terang menyokong kuat segala kepentingan Israel di dalam dunia. Kata Anwar, “I support all efforts to protect the security of Israeli’(Wall Street Journal). Hingga ke hari ini Anwar tidal pernah menarik balik sokongannya ke atas Israel yang telah membunuh jutaan umat Islam di Palestin!

Ternyata Anwar terdesak dan desperate untuk melakukan apa sahaja, termasuklah membuat surat Palsu Dr. Yusof Qardawi! Apatah lagi selepas Anwar gagal membawa masuk konon lelaki Thai yang seakan-akan wajahnya baru-baru ini. Menjelang 5 Mei 2013, Anwar akan melakukan apa sahaja hatta menulis surat Palsu Dr. Yusof Qardawi.

Dr. Yusof Qardawi amat benci kepada musuh-musuh Islam yang memainkan peranan di belakang tabir seperti Pertubuhan-pertubuhan Yahudi di Amerika dan di Jerman. Namun siapa tidak kenal Anwar menjadi ahli kepada barua-barua Yahudi, apakah kamu fikir Dr. Yusof Qardawi akan memberi sokongan kepada Anwar yang didalangi Yahudi dan Nasrani.

DALAM KEADAAN TERDESAK, ANWAR TERBANG KE AMERIKA MEMUJUK YAHUDINYA YANG MARAH KEPADANYA

Anwar adalah ahli International Crisis Group (ICG) yang dinaungi Woodrow Wilson International Center sebuah NGO agung Yahudi yang melancarkan Deklarasi Belfast. Deklarasi ini memberi sokongan untuk membina Negara Haram Yahudi di atas tanah Palestin dan akan menyerang siapa-siapa yang mengkritik Yahusi dan Israel.

Fikir secara Islam, apakah Dr. Yusof Qardawi tergamak member sokongan kepada Anwar sedangkan dia tahu Anwar adalah proksi Yahudi dan Israel? Anwar menyokong Deklarasi Belfast itu, sebab itulah Anwar mempertahan Israel!

Lagi Pendedahan DISINI

Sabtu, 27 April 2013

WAJIB BACA!! #PRU13 NIK AZIZ SEBARKAN SURAT PALSU YUSUF ALQARADAWI??

WAJIB BACA!! #PRU13 NIK AZIZ SEBARKAN SURAT PALSU YUSUF ALQARDHAWI??



Akhirnya surat "palsu" Yusuf Qardhawi dilancarkan juga oleh Nik Aziz - walaupun sebelum ini sudah diingatkan kepada seluruh kaum muslimin bahawa ia merupakan surat palsu. Sebelum ini, Perkasa mendakwa pihak pembangkang akan berusaha mengelirukan rakyat negara ini menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan menyebarkan kira-kira satu juta risalah, kononnya Anwar mendapat sokongan Yusuf untuk menjadi perdana menteri.

Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Nordin berkata, pihaknya juga telah mendapat salinan risalah tersebut yang antara lain, mengandungi isi surat sokongan Yusuf bertarikh 2 Mac lalu, yang dipercayai palsu. Manakala, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan sebelum ini menegaskan sekiranya benar surat itu wujud, maka ulama berkenaan tidak berhak untuk mencampuri urusan menentukan pemimpin nombor satu negara. 

Pada saya sesiapa yang mengenali Yusuf Qardhawi pasti akan mengesyaki bahawa ulama tersohor tersebut bukan mudah menulis ayat-ayat seperti berikut, bahkan terdapat banyak keganjilan di dalam surat terbuka tersebut, antara adalah baris-baris ayat berikut. Yusuf Qardhawi dikatakan menulis..“Beliau adalah orang yang paling layak menduduki kerusi kepimpinan ini, paling layak untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan bernegara yang cukup penting bagi membangunkan Malaysia dan memajukannya dari semua sudut,” (bagi mereka yang biasa mendengar ceramah atau tulisan Anwar Ibrahim..maka mereka akan ketahui baris-baris ayat di atas bukan tulisan Yusuf Qardhawi bahkan terlalu banyak keraguannya).

Soalnya megapa mesti Yusuf Qardhawi mengesahkan Anwar Ibrahim sahaja yang layak menjadi PM? Seolah-olah sudah tiada lagi manusia yang layak untuk memegang jawatan tersebut di Malaysia. Mengapa tidak Presiden PAS yang jelas dasar dan perjuangannya? Maka jelaslah bahawa surat ini palsu lagi bohong dan diedarkan bagi menyakinkan ahli PAS di Permatang Pauh agar terus kekal mengundi Anwar - kerana beberapa sumber memaklumkan bahawa undi sabotaj bagi menghalang Anwar Ibrahim agar tidak menjadi PM semakin kuat bergoncang di Permatang Pauh. Hanya dengan menewaskan Anwar di Permatang Pauh sahajalah, maka ahli-ahli PAS akan dapat merealisasikan impian Hj Hadi menjadi PM ke-7. Ingat, mengapa ahli PAS perlu mengundi Anwar di Permatang Pauh? Kalau hajat di hati mahukan Hj Hadi sebagai Perdana Menteri? Fikir-fikirkan. Kalau tak suka sangat dengan calon BN, sabotaj sahaja undi anda di Permatang Pauh.

#Surat itu perlu diedarkan dalam bahasa originalnya sama ada dalam bahasa Arab atau Inggeris, bimbang terjemahan yang dilakukan oleh puak-puak ini ditokok tambah. (Surat Yusuf Qardhawi yang Original klik sini)