SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label BIADAP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BIADAP. Papar semua catatan

Isnin, 10 Jun 2013

PANAS BERAPI!! Banner DAP Johor Menyokong Tindakan Biadap Cikgu Rasis, Poh Kim Thye..

PANAS BERAPI!! Banner DAP Johor Menyokong Tindakan Biadap Cikgu Rasis, Poh Kim Thye..




Gambar-gambar ini telah diambil oleh seorang rakan di Johor pagi tadi, satunya di hadapan Kedai MARA Gelang Patah, Johor. Banner yang lebih kurang sama turut kelihatan di hadapan padang bola MPJBT Johor. Adakah ini perbuatan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menaikkan sentimen perkauman ataupun adakah ini sebenarnya hasrat DAP Johor yang rasis menyokong tindakan seorang guru Cina yang rasis?

Melayu tengok sajakah?

Atau Melayu masih lena diulit mimpi?

Orang Johor yang begitu fanatik dengan sukan bolasepak sejak akhir-akhir ini diam sajakah?


Sumber

Isnin, 20 Mei 2013

PANAS DAN TERKINI !!! Air ASIA diboikot kerana KEBODOHAN DAN KEBIADAPAN @azranosmanrani hina bangsa sendiri !!

PANAS TERKINI !!! @AirAsia diboikot kerana KEBODOHAN DAN KEBIADAPAN @azranosmanrani hina bangsa sendiri !!


- Veteran UMNO mengarahkan kira-kira 750,000 ahlinya di seluruh negara memboikot AirAsia dan AirAsia X berikutan kenyataan biadab Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani yang mencerca Utusan Malaysia.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, langkah drastik itu sebagai tindak balas terhadap kebiadapan Azran serta kegagalan AirAsia X memecat beliau walaupun pelbagai pihak mendesak tindakan tegas dikenakan.

Tegasnya, veteran UMNO tidak akan sesekali berkompromi dalam isu yang menyentuh mengenai kaum Melayu dan perbuatan Azran mencerca Utusan Malaysia bermakna beliau menghina kaumnya sendiri ketika kaum Melayu turut ditekan dari pelbagai sudut.

Menurut Mustapha, selaras dengan langkah memboikot itu, ahli veteran UMNO boleh memilih menggunakan perkhidmatan Firefly dan Malaysia Airlines (MAS) untuk penerbangan domestik atau ke luar negara.

"Kenyataan Azran benar-benar menghina Melayu. Oleh kerana AirAsia X tidak mahu menghukumnya, maka veteran UMNO akan menghukum AirAsia X dan AirAsia dengan memboikot kedua-dua syarikat ini. 

"Bagi kami Azran adalah lambang Melayu yang lupa identiti bangsanya.

Inilah Melayu yang dikatakan kacang lupakan kulit. Individu seperti inilah yang menjadikan Melayu hilang identiti malah sanggup menggadai maruah bangsa sendiri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Azran menerusi akaun Facebook dan Twitternya baru-baru ini bertindak mencerca Utusan Malaysia sebagai sebuah akhbar rasis hanya kerana menyiarkan artikel berbentuk pertanyaan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu' pada 7 Mei lalu.

Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya antiperkauman.

Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan)," Di Twitter pula, Azran memberitahu menarik balik iklan AirAsia di Utusan Malaysia selain turut berkata: "Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia.

Sabtu, 18 Mei 2013

PANAS TERIK!! NGEH KOO HAM MEMANG biaDAPig DARI DULU, KINI DAN SELAMANYA!! MEMPERLEKEH SULTAN JOHOR PULA..

PANAS TERIK!! NGEH KOO HAM MEMANG biaDAPig DARI DULU, KINI DAN SELAMANYA!! MEMPERLEKEH SULTAN JOHOR PULA..



Pencapaian cemerlang parti ‘ultra kiasu’ DAP pada pilihanraya umum yang lalu telah menyebabkan pimpinan mereka semakin biadap dan kurang ajar. Mereka bukan sahaja sering mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, malah ada ketikanya dilihat cuba bertindak melampaui batas dengan kenyataan hasutan, provokasi dan menghina.

Terbaru Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dilihat sekali lagi cuba bermain dengan api, apabila mengeluarkan kenyataan biadap yang menghina institusi Diraja Johor apabila menyifatkan MCA sebagai tunduk kepada Sultan. Kenyataan yang dikeluarkan melalui twitternya pada 15 Mei yang lalu secara jelas cuba menyerang institusi Diraja itu.

“MCA (sebelum) tunduk kepada Umno, kini tunduk kepada Sultan? MCA tidak boleh membuat apa-apa pendirian sendiri? Bagaimana untuk mewakili rakyat?” katanya.

Kenyataan tersebut dipercayai merujuk kepada tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong yang menerima perlantikan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor baru-baru ini.

Pada 29 April 2011, MCA dalam satu Majlis Mesyuarat Presiden di Melaka membuat keputusan sebulat suara untuk tidak menerima sebarang jawatan di peringkat Pusat dan negeri jika parti itu gagal meraih sokongan masyarakat Cina dalam PRU-13.

Ekoran keputusan PRU-13 yang jelas memperlihatkan kegagalan MCA untuk meraih sokongan dari masyarakat cina, MCA memutuskan untuk menolak sebarang jawatan baik di peringkat pusat mahupun negeri. Mungkin kerana malu dengan prestasi buruk itu, ada dikalangan pimpinan MCA yang mengambil keputusan untuk meletak jawatan dalam kerajaan negeri termasuk di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) daerah dan kampung.

Namun keputusan parti yang mewakili suara masyarakat Cina itu ditolak oleh Sultan Johor apabila menitahkan mahu masyarakat Cina diwakili di dalam barisan Exco bagi mengukuhkan perpaduan kaum. Akur dengan titah tersebut Siew Kiong menerima perlantikan tersebut.

“Ia adalah titah Tuanku, maka saya perlu menerimanya. Saya juga wakil MCA dan juga anak Johor, saya tiada pilihan lain,” katanya selepas Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri baru-baru ini.

Ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, pelantikan Siew Kiong adalah atas titah dan perkenan Sultan Johor yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Pelantikan Siew Kiong merupakan aspirasi Sultan untuk mempunyai perwakilan Cina dalam kerajaan negeri.

“Hanya Sultan memiliki kuasa dalam melantik ahli Exco kerajaan negeri Johor kerana keunikan Perlembagaan negeri tersebut,” katanya.

Persoalanya, mengapakah Koo Ham cuba mempertikaikan keputusan tersebut? Sedangkan Sultan Johor secara jelas bertitah ia bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negeri itu. Malah MCA sendiri telah menjelaskan penerimaan jawatan tersebut dibuat kerana akur dengan titah Sultan.

Kesimpulannya, DAP selaku parti ‘ultra kiasu’ memang sengaja membangkitkan isu-isu yang sensitif dan berbaur perkauman bagi menarik kebencian rakyat. Dan menurut rekod, perbuatan sumpama ini bukan kali pertama dilakukan.

Isnin, 13 Mei 2013

PANAS BERAPI!!... GURU PENOLONG KANAN AJAR MURID SEKOLAH JADI BIADAP !!!

PANAS BERAPI!!... GURU PENOLONG KANAN AJAR MURID SEKOLAH JADI BIADAP !!!


Ini memang dh melampau, pendedahan ini memang memalukan seluruh intsitusi guru malaysia. Semakin di biarkan semakin menjadi-jadi perangai puak pakatan haram ni. Terbaru adalah luahan dari seorang bapa mengenai sikap guru di sekolah anaknya belajar. Kerajaan sepatutnya mengambil tindakan yang tegas terhadap guru ini. Apa-apa pon korang baca tentang luahan dari seorang bapa di bawah...


Wajah Guru Penolong Kanan Seksyen 19 Shah Alam,

Salam tuan,

Hari ini ada satu Penolong Kanan sekolah anak saya cakap pasal politik dlm kelas anak. Sapa yg sokong BN berdiri atas kerusi. Anak saya dan 17 org lagi murid2 pun berdiri atas kerusi dan disoal kenapa pilih BN. Anak saya jawab sebab Dato Nawawi dan cikgu tersebut mencebik dan suruh duduk.

Cikgu tersebut juga menulis di papan hitam berkenaan manifesto BN dan PR. Beliau mengatakan PR bijak dan BN bodoh. Esok saya nak jumpa Pejabat Pegawai Daerah dan adukan perkara ini. Cikgu tersebut kurang ajar. Ini berlaku di Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam. Nama guru Shamsuddin bin Majid, guru Ko-Kurikulum (koko) .

Rabu, 8 Mei 2013

PANAS TERIK!! PARTI DAP MEMANG BIADAP DAN KURANG AJAR!!

PANAS TERIK!! PARTI DAP MEMANG BIADAP DAN KURANG AJAR!!


Pemimpin pembangkang terutama sekali DAP sudah mula menunjukkan belang mereka apabila mengugut untuk menangkap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Alasannya ialah konon kerana Tun Dr Mahathir telah mengeluarkan kata-kata hasutan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.

Ugutan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam ceramahnya di Kluang, Johor itu mungkin dilihat satu perkara remeh bagi segelintir penyokong PR tapi hakikatnya itulah nawaitu sebenar pembangkang seandainya mereka diberi peluang berkuasa.

Dalam ceramah yang sama juga Karpal selaku suara rasmi DAP turut menegaskan pendirian parti itu untuk menghalang perlaksanaan hudud di negara ini, kenyataannya itu tentu sahaja sebagai peringatan kepada PAS.kebelakangan ini PAS kembali menimbulkan polemik hudud dalam usahanya menarik kembali sokongan Melayu Islam, walau pun hakikatnya ia hanyalah retorik namun bagi DAP isu tersebut dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam kepada DAP dan PR.

Berikutan itu ramai pemimpin DAP bangkit mempersoalkan kejujuran PAS selaku rakan dalam pakatan pembangkang kerana ia dilihat satu perlanggaran terhadap persetujuan bersama yang sepatutnya hanya fokus untuk menjatuhkan BN.

Belum pun berkuasa DAP sudah berangan untuk menangkap orang itu dan ini, kemudian dengan selambanya mempersoalkan keazaman rakan sepakatan, maka tidak sukar dibayangkan tahap kezaliman yang bakal mereka lakukan dan betapa celarunya negara andai PR berada di singgah sana pemerintahan negara.

Apa pun, ini membuktikan laungan kebebasan dan ketelusan yang sering dilaungkan oleh PR hanyalah omongan kosong semata-mata dari sudut lain ia pastinya mengecewakan sesetengah penyokong PR yang selama ini sering diulit propaganda dan mimpi indah.

Ahad, 24 Mac 2013

PANAS TERIK!! biaDAPig!! Singapura pula nak takluk Malaysia..

PANAS TERIK!! biaDAPig!! Singapura pula nak takluk Malaysia..




Memang KURANG AJAR!! Mereka sudah berani mencampuri urusan dalaman Malaysia kerana DISEBABKAN ada segelintir rakyat Negara ini yang telah menjadi PENGKHIANAT yg sanggup bersekongkol dengan DAJJAL2 yg ingin menghancurkan MALAYSIA..


Beberapa kereta dari Singapura telah menampal stiker provokasi pada kereta mereka. Dipercayai ini adalah dalang dan kerja-kerja dari pencacai-pencacai parti PAP yang membantu parti serpihan mereka di Malaysia iaitu DAP.

DAP anti Islam
Agama rasmi negara Malaysia ialah Islam
Warga Malaysia mesti tolak DAP, PKR dan PAS!!

Rabu, 20 Mac 2013

biaDAP!! PAS Perlis Kurang Ajar, Terdesak Mempermainkan Titah Ucapan DYMM Raja Nazrin!!!

biaDAP!! PAS Perlis Kurang Ajar, Terdesak Mempermainkan Titah Ucapan DYMM Raja
Nazrin!!!





KURANG AJAR PUNYA PAS NEGERI PERLIS!!!

MIKE MAINKAN TITAH UCAPAN DYMM RAJA NAZRIN TEMAN! 

MIKE NAK KENA LEMPANG LAJU-LAJU KE??

INGAT!!! BAB SULTAN / ISTANA NI KOME JANGAN NAK MASUK CAMPUR KE DALAM POLITIK KOTOR PAS!! 

DAH LA TU, BAGINDA NI PEMANGKU SULTAN NEGERI TEMAN PULAK TU..LU BIKIN PANASSS!!!

Pas Perlis pi edar risalah titah ucapan Raja Nazrin yang dah di putarbelitkan tuke rumah-rumah di sekitar Perlis. Sakit hati teman baca berita tu ..

Baca Selanjutnya DISINI

Khamis, 14 Mac 2013

BIADAP!! Portal Pakatan Rakyat Buat Tuduhan Melampau Terhadap Datin Rosmah. #OpsDaulat.

BIADAP!! Portal Pakatan Rakyat Buat Tuduhan Melampau Terhadap Datin Rosmah. #OpsDaulat.


Artikel terkini dalam portal yang dipercayai milik pembangkang membuat satu tuduhan yang sangat melampau aku kira. Penulis portal yang menggunakan nama Suara Pakatan Rakyat telah membuat artikel yang bertajuk "Solat Hajat Rosmah Untuk Perwira Hanya Pura-Pura".

Pertama, aku nak juga tahu.. apakah penulis ini manusia ataupun malaikat? Kenapa aku tanya soalan itu? Sebab kalau manusia, mana mungkin kita dapat tahu samada manusia ini berpura-pura ataupun tidak dalam beribadat.

Tapi kalau penulis ini malaikat, apakah ada atas muka bumi ini malaikat ditugaskan untuk menulis portal? Tajuk penulisan portal itu seolah-olah beliau adalah malaikat.




Di dalam artikel tersebut, pemilik portal itu telah menulis bahawa solat hajat yang Datin Rosmah lakukan adalah gagal. Kematian 2 orang lagi wira kita pada hari ini kata pemilik portal tersebut disebabkan kegagalan solat hajat Datin Rosmah.

Aku nak tanya pemilik portal tersebut. Apakah beliau Allah? Soal ibadat, bukankah Allah yang satu sebagai penilainya? Tetapi gaya penulisan portal tersebut seolah-olah dia lah Allah di muka bumi ini.

Tapi untuk pengetahun pemilik portal tersebut, sesekali boleh lah anda bertanya pada Anwar Ibrahim... Betul ker Abang Non pernah solat Zohor di Perak tanpa mengambil wudhu'?