SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label KASIHAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KASIHAN. Papar semua catatan

Isnin, 10 Jun 2013

PANAS TERIK!! KESIAN @HAIRIEOTHMAN HABIS MANIS SEPAH DIBUANG.. ZALIM PR!!

PANAS TERIK!! KESIAN @HAIRIEOTHMAN HABIS MANIS SEPAH DIBUANG.. ZALIM PR!!



Nasib Hairie yang suatu ketika dulu pernah jadi ikon Orang muda Pas dan kini boleh diibaratkan seperti 'Habis Manis Madu Sepah Dibuang'. Kini Hairie ditinggalkan keseorangan tiada satu pun undangan ceramah yang boleh beliau membuat duit seperti dulu.

Jika dahulu satu malam sahaja Hairie pernah sapu lebih RM2000.00 upah untuk maki hamun dan sumpah seranah pemimpin Umno dan pemimpin kerajaan tetapi kini sebaik sahaja selepas PRU13 tiada lagi undangan ceramah buat Hairie.

Malah Hairie pernah bertemu rakan-rakan artis seperti pengarah dan penerbit filem/drama tetapi mereka tidak mahu mengambil risiko meletakkan pelakon yang pernah memaki hamun kerajaan sedia ada dalam filem/drama mereka. Maka tinggallah Hairie keseorangan yang tidak lagi pendapatan semewah dahulu.


Ingatlah jika dahulu satu malam Hairie pernah mendapat 3 undangan ceramah sekaligus sehingga Hairie sanggup menjejakkan kaki ke Batu Gajah bukan kerana apa....hanya semata-mata mahu memenuhi kantungnya.

Siapa yang tidak menjadi mangsa 'hentamannya' daripada pemimpin kerajaan sehinggalah ulama yang tidak menyokong perjuangan pakatan rakyat. Malah yang lebih parah Ustaz Kazim pun pernah dihentamnya tanpa memikirkan baik dan buruk.

Mungkin disebabkan keceluparan mulutnya yang menghentam sesiapa sahaja dengan berani membuatkan beliau begitu laris ketika itu.

Hairie perlu ingat ini adalah alam politik ada masa naik kamu akan naik tetapi kamu pasti akan jatuh suatu ketika nanti dan kini ternyata Hairie sudah menerima nasibnya umpama 'Habis Madu Sepah diBuang'

Kepada artis-artis lain harus beringat, jangan jadikan ceramah politik menghentam kerajaan sebagai sumber rezeki dan ada baiknya mereka meneruskan karier seni mereka dengan aman dan tenteram tanpa sebarang musuh politik.

Pssssttt... AKJr : KASIHANNNN....



Ahad, 31 Mac 2013

KASIHAN...!! Sampai Tua Ditipu Hidup-hidup oleh Pemimpin PAS


KASIHAN...!! Sampai Tua Ditipu Hidup-hidup oleh Pemimpin PAS..





Menurut sumber Pok Cik ni sentiasa membuat kononnya amal jariah setiap kali menjelangnya kedatangan Pilihanraya. Pok Cik ini bertekad akan menyokong Pas kerana Pemimpin Pas sering mengatakan kepadanya dalam ceramah bahawa Pas akan melaksanakan hukum Hudud.

Oleh itu itu dari Pok Cik ni muda sehinggalah Pok Cik ini tua Hukum Hudud tak pun nampak tetapi yang nampak jelas ialah Pas telah mengadaikan kalimah Allah kepada penganut Kristian, menyokong murtad, menyokong LGBT, menyokong perkahwinan sejenis dan semuanya demi undi.

Pok Cik teruk-teruk pasang bendera sedangkan pemimpinnya enak menikmati hidangan kambing panggang dan kek harijadi.




Begitulah bagaimana pemimpin Pas menipu penyokongnya bak kata bekas penganut Pas dari Kampung Pengkalan Gate bila depan cina DAP dan PKR. Pas akan berkata tidak akan melaksanakan hukum hudud kerana itu telah dipersetujui oleh pemimpin tertinggi Pas tetapi bila depan umat Islam kita akan membangun negara Islam dan seterusnya melaksanakan hukum hudud.

Kita lawan Pas bukan sebab nama dia Pas dan bukan sebab dia penuh dengan orang tua-tua tetapi kita lawan Pas sebab Pas menggadaikan Kalimah Allah kepada penganut Kristian, Kita Lawan Pas sebab Pas menyokong Pemimpin LGBT, Kita Lawan Pas sebab Pas menyokong pemimpin yang bersetuju perkahwinan sejenis. Ingatlah jika kita mati semasa lawan Pas mati kita adalah mati Syahid kerana kerana kita berlawan dengan parti yang hipokrit menegak hukum Allah....Lawan tetap Hentam

Pssssttt... AKjr: "CUKUP, CUKUP SUDAH.. CUKUP SAMPAI DISINI SAJA.." Bait Lagu ini Aku tujukan Khas kepada Pemimpin-pemimpin PAS Yang Bengong...