SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label MANGSA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MANGSA. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Jun 2013

WAJIB TENGOK!!( FOTO ) : NGERI!! MANGSA SAMUN DITETAK LEHER HAMPIR PUTUS, MASIH HIDUP.... SUBHANALLAH!

WAJIB TENGOK!!( FOTO ) : NGERI!! MANGSA SAMUN DITETAK LEHER HAMPIR PUTUS, MASIH HIDUP.... SUBHANALLAH!


Mangsa, Laud Adau, 68, Suku Kedayan, dari Kampung Kesusuk, Sapok Sipitang. Menurut mangsa ketika kejadian dia sedang tidur seorang diri di rumah kebun di Kg. Susuk Sapok Sipitang tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali terus menetak mangsa menggunakan tombak sabit sebanyak 2 kali di bahagian leher dan tengkuk. 


Semasa kejadian keadaan agak gelap dan mangsa tidak nampak penyerangnya. Menurut Laud, penyerang beliau mungkin berbangsa bugis dan merupakan pekerja kebun sawit berdasarkan kepada senjata yg digunakan. 

Penyamun tersebut telah berjaya melarikan beg dompet milik mangsa berisi wang tunai RM1K.

Nasib Laud agak baik bila orang awam, Kadir Aisha yang kebetulan lalu dikawasan rumah mangsa untuk menebas telah terdengar bunyi berdengus seperti orang meminta tolong daripada rumah mangsa. 

Menurut Kadir, beliau lihat Laud telah terbaring di beranda rumah dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dan terus membawa mangsa ke hospital Sipitang. Keadaan mangsa sekarang menurut doktor adalah stabil dan mangsa akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth Kota KInabalu untuk rawatan lanjut. 

Ahad, 5 Mei 2013

INFO #PRU13 : Seorang Lagi Rakyat Malaysia (Cindian) Jadi Mangsa Fitnah Isu Pengundi Hantu. #SPR #GE13

INFO #PRU13 : Seorang Lagi Rakyat Malaysia (Cindian) Jadi Mangsa Fitnah Isu Pengundi Hantu. #SPR #GE13


Mohon disebarkan maklumat ini supaya individu yang tak bersalah ini terus menerus menjadi mangsa fitnah pembangkang.



Bila MyMassa tengok gambar dalam IC, teringat MyMassa kepada dua orang pemain bola Liga Malaysia yang istimewa kerana berdarah Cindian (Indian + Chinese) iaitu :

Ramesh Lai Ban Huat dan....


..Liew Kit Kong



*Mohon disebarkan maklumat ini supaya rakyat Malaysia yang tak bersalah menjadi mangsa fitnah pembangkang yang tahu bahawa mereka akan kalah.

Isnin, 25 Mac 2013

PANAS TERIK!! Polis: Mangsa potong kemaluan masih kritikal..

PANAS TERIK!! Polis: Mangsa potong kemaluan masih kritikal..




KUALA TERENGGANU - Mangsa yang kemaluannya dipotong oleh anaknya masih kritikal dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata kemaluan mangsa berjaya disambung semalam namun lelaki berusia 67 tahun itu masih belum sedarkan diri.

Pihak hospital juga berjaya menyambung semula kemaluan suspek dan dia kini dilapor stabil serta ditempatkan di wad biasa di hospital sama, katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Manoharan, polis masih menunggu laporan daripada hospital untuk mengetahui sama ada suspek mengalami gangguan mental atau sebaliknya.

"Pihak kami juga akan menahan suspek sebaik suspek pulih dari kecederaan dalam masa terdekat," katanya.

Dalam kejadian 1.30 pagi semalam di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya, Dungun, suspek yang berusia 40 tahun bertindak memotong kemaluan bapanya sebelum memotong kemaluan sendiri.

Suspek yang bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang di ibu negara di percayai terpengaruh dengan ajaran sesat yang dipelajarinya menerusi Internet.

Suspek sebelum itu dikatakan bertindak agresif denga merotan dan memukul bapanya bagi membuatkan warga emas berkenaan menangis untuk mengeluarkan "semangat Imam Nawawi" daripada badan bapanya.

Setelah gagal membuatkan bapanya menangis, suspek kemudian meminta sebilah pisau daripada abang iparnya sebelum meluru masuk ke bilik tidur bapanya dan bertindak memotong kemaluan warga emas itu sebelum memotong kemaluan sendiri.

Dia juga turut memaksa abang iparnya berbuat demikian namun lelaki itu berjaya melarikan diri. - Bernama