SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label DOKUMEN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DOKUMEN. Papar semua catatan

Rabu, 22 Mei 2013

PANAS TERKINI!! ANWAR MULA GELABAH DOKUMEN DALANG PENCEROBOHAN #LAHADDATU AKAN DIDEDAHKAN??

PANAS TERKINI!! ANWAR MULA GELABAH DOKUMEN DALANG PENCEROBOHAN #LAHADDATU AKAN DIDEDAHKAN??



Anwar semakin pening kepala dan panik apabila Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Zahid Hamidi berkata semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.Pepatah Melayu ada menyatakan 'Siapa makan cili, dia yang rasa pedas'.Pepatah ini sangat bertepatan dengan Anwar kerana beliau sudah dapat merasakan dirinya akan sekali lagi dihumban ke dalam penjara walaupun Zahid hanya memberitahu tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu,Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah.Apa yang lebih menarik,maklumat terperinci itu bukan sahaja datang dari pihak polis,malah pihak tentera juga terlibat dalam mengumpulkan segala bukti-bukti yang ada. 

Berdasarkan laporan tersebut,polis dan tentera akan meneliti dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah.Polis,tentera dan peguam negara akan duduk bermesyuarat untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.Rakyat Malaysia nampaknya sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui siapakah dua orang dari semenanjung dan seorang dari Sabah yang telah menjadi pengkhianat kepada negara.Bukan sahaja rakyat,tetapi pemimpin pembangkang iaitu bekas Ketua Menteri Sabah,Yong Teck Lee turut mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu,didedahkan.Memandang pilihan raya umum telah berakhir dengan jayanya,adalah amat tepat dan masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik. 

Selepas dibebaskan dari penjara,Anwar sepatutnya menjadi seorang Muslim yang baik dan berguna untuk masyarakat Islam di negara ini dan berhenti daripada menjadi seorang pengkhianat yang melampaui batas.Anwar sepatutnya bermuhasabah diri dengan apa yang telah beliau lakukan selama ini dan bukannya menjadi pengkhianat bertindak menghasut rakyat serta menyalahkan pihak lain di atas kejahilan diri sendiri.Anwar harus kembali ke pangkal jalan,bermuhasabah diri dan memperbaiki diri untuk menjadi seorang Muslim yang baik dan bermanfaat kepada ummah.Anwar perlu sedar,sudah ramai rakan-rakannya yang ikhlas dalam perjuangan,yang dulunya sanggup berkorban apa saja untuk beliau, kini seorang demi seorang telah meninggalkan beliau.Apakah rakan-rakan yang meninggalkan Anwar itu salah semuanya dan Anwar saja yang betul ??? Sudah tentu ada sebab musabab yang menyebabkan mereka meninggalkan perjuangan Anwar walaupun sudah ada yang berpuluh tahun bersama dengan beliau.Anwar perlu sedar hakikat ini dan rakyat juga perlu melihat perkara ini dengan fikiran yang terbuka dan belajar menerima hakikat.


RENUNG-RENUNGKAN..

Isnin, 8 April 2013

PANAS TERIK!!: Dokumen Rancangan Pembangkang Bawa Pengundi Dari Siam Pada #PRU13 Terkantoi !

PANAS TERIK!!: Dokumen Rancangan Pembangkang Bawa Pengundi Dari Siam Pada #PRU13 Terkantoi !


Rakan blogger, Unspinners (http://theunspinners.blogspot.com/2012/07/penipuan-pilihanraya-guna-rakyat-asing.html) telah mendedahkan perkara ini dah lama dah. Namun tiada satu pun kenyataan pemimpin pembangkang menafikan dokumen ini.



MyMassa harap UMNO Kelantan sedar tentang rancangan pihak lawan mengimport pengundi dari Thailand semasa hari pengundian.

Apa yang berlaku sekarang adalah pembangkang seboleh-bolehnya merekayasakan fitnah bahawa yang bawa pengundi hantu ini adalah UMNO.

Cara mereka mudah. Tuduh dahulu, buktikan kemudian. Kali ini MyMassa nak berkongsi macam mana fitnah dari Naib Presiden PAS yang menuduh seorang rakyat Malaysia sebagai warganegara Myanmar.


Gambar dari Harian Metro


Tukang kebun kesal didakwa warga Myanmar, jadi pengundi hantu ALOR SETAR, 7 April — Seorang tukang kebun kesal dengan kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwanya sebagai warganegara Myanmar yang menerima kad pengenalan Malaysia dan menjadi mengundi hantu pada pilihan raya.

Sehubungan itu, Ramli Ahmad, 48, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar pada 11.44 malam semalam sejurus mengetahui perkara berkenaan.

"Saya terkejut apabila seorang lelaki Cina datang ke rumah dan menunjukkan sebuah akhbar Cina edisi malam yang memaparkan tentang saya sebagai seorang warganegara Myanmar yang datang ke Malaysia pada tahun 1993.

"Kalau saya warganegara Myanmar, macam mana saya boleh ada surat beranak dan kad pengenalan Malaysia yang jelas menunjukkan bahawa saya lahir di Pengkalan Kundor," katanya pada sidang akhbar di pejabat MCA di sini hari ini.

Beliau sudah tujuh tahun bertugas di Wisma Darul Aman dan pernah mengundi di Parlimen Kuala Perlis pada 2004 serta Parlimen Alor Setar pada 2008.

Ramli berkata punca pertikaian status kewarganegaraannya mungkin disebabkan beliau memiliki sijil pengesahan perakuan taraf kewarganegaraan yang dikeluarkan pada 22 Dis 1993.

"Saya mendapat sijil itu kerana sijil kelahiran asal telah hilang dalam satu kebakaran," katanya.

Ramli berkata laporan polis dibuat bagi membersihkan nama beliau kerana tuduhan yang dilempar itu bukan sahaja boleh menjatuhkan maruahnya dan keluarga malah boleh menimbulkan persepsi negatif masyarakat.

Sementara itu, Setiausaha Sulit Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Loh Eng Chong berkata selepas melihat kenyataan akhbar berkaitan perkara berkenaan, beliau terus membuat pemeriksaan sebelum ke rumah Ramli bagi mendapatkan penjelasan.

"Saya ke rumah Ramli untuk memberitahu mengenai perkara ini dengan membawa surat khabar Cina edisi malam yang memaparkan Ramli adalah seorang pendatang asing dari Myanmar.

Ramli berada dalam keadaan terkejut kerana beliau tidak tahu bagaimana butiran peribadinya boleh berada dengan pihak berkenaan," katanya. — Bernama
Kesian En. Ramli. Tak pasal-pasal kena fitnah dengan Mahfuz. Jadi kepada pembaca MyMassa, harap boleh sedar taktik yang PAS gunakan iaitu PENCURI MENUDUH ORANG LAIN PENCURI UNTUK ELAKKAN DITANGKAP. Mereka tuduh orang lain bawa rakyat asing mengundi tetapi dalam masa yang sama mereka peruntukkan RM25,000 untuk membawa 1000 pengundi dari Thailand untuk mengundi.

*Sesuka hati mak bapak dia nak tuduh rakyat Malaysia sebagai pendatang!

Rabu, 3 April 2013

Eksklusif #LahadDatu: Dokumen Dedahkan Pembangkang & Kedutaan Amerika Dgn Pengganas Sulu

EKSKLUSIF #LAHADDATU: DOKUMEN DEDAHKAN KAITAN PEMBANGKANG & KEDUTAAN AMERIKA DENGAN PENGGANAS SULU


MyMassa pernah dedahkan gambar kehadiran kapal perang US di Filipina ketika berlakunya serangan di Lahad Datu di sini.

PANAS! Apa Kaitan Kapal Perang Ini Dengan Pengganas Sulu? 


Bagaimana kapal perang secanggih ini boleh tersangkut di terumbu karang? 


Artikel ini masuk dalam kotak e-mel MyMassa. Pencarian MyMassa mendapati beberapa blog dan portal telah menerbitkan artikel yang sama. Artikel kali ini khas untuk pembaca MyMassa yang belum membacanya.

Operasi Sulit Serang Sabah Terbongkar..?

“Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan. Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.

“Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer),” lapor laman itu lagi.

Satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata.


MyMassa dapat maklumat tu melalui e-mel. Perasaan ingin tahu MyMassa membuak-buak selepas mendedahkan perkara tersebut. Oleh itu, MyMassa cuba selidik dari mana asalnya maklumat tersebut.

Hasil pencarian, MyMassa telah ketemu dengan blog ini (http://sabahgroundzero.blogspot.com/) yang didapati antara yang terawal mendedahkan kehadiran kapal perang Amerika. Kali ini MyMassa mahu kongsikan dokumen dalam blog tersebut yang mendedahkan rancangan menyerang Sabah sejak bulan Ogos tahun lepas lagi.




Baca Selanjutnya DISINI