SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label PM MALAYSIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PM MALAYSIA. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Mac 2013

PANAS TERKINI!! PM MEMUKTAMADKAN SENARAI NAMA CALON PRU 13..

PANAS TERKINI!! PM MEMUKTAMADKAN SENARAI NAMA CALON PRU 13..




Putrajaya: Datuk Seri Najib Razak semalam menemui pemimpin UMNO negeri dan ketua parti komponen Barisan Nasional (BN), dipercayai bagi memuktamadkan senarai calon BN yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Difahamkan, pertemuan juga bagi mengemas kini dan membuat persiapan terakhir jentera BN menghadapi PRU-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa. 


Berdasarkan amalan sebelum ini, Parlimen akan dibubarkan beberapa hari selepas pertemuan Perdana Menteri dengan pemimpin BN negeri dan parti komponen. 


Muhyiddin turut hadir Perjumpaan yang turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor itu, bermula jam 12.30 tengah hari dan berakhir jam 8 malam tadi.

Ia didahului Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang berada di pejabat Perdana Menteri lebih sejam diikuti Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Turut dilihat memasuki pejabat Perdana Menteri ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu (Perlis), Datuk Seri Mohamad Hasan
(Negeri Sembilan) dan Datuk Seri Adnan Yaakob (Pahang). Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman Sabah dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Melaka).

Pemimpin lain termasuk Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, Datuk Zainal Abidin Osman (Pulau Pinang), Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (Kedah) dan Timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir. 


Turut sama, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Parlimen Sepang, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor Pemimpin parti komponen yang hadir ialah Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel; Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M Kayveas dan Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok. Bagaimanapun, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak kelihatan. 

Tiada penjelasan kepada wartawan

Namun, berikutan hujan lebat, tiada pemimpin berhenti untuk bercakap kepada kira-kira 15 wartawan dan jurugambar yang menunggu di pekarangan pejabat Perdana Menteri sejak jam 11 pagi.

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, mandat kerajaan sekarang tamat pada 30 April dan Parlimen bubar secara automatik jika Yang di-Pertuan Agong, berdasarkan nasihat Perdana Menteri, tidak membubarkannya sebelum tarikh itu bagi membuka laluan mengadakan PRU-13.

Selepas itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diberi tempoh 60 hari, iaitu sebelum 27 Jun untuk mengadakan PRU-13 bagi membentuk kerajaan baru. Garis panduan yang sama diguna pakai untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak yang sudah mengadakan pilihan raya DUN pada 16 April 2011.

Sumber

Isnin, 11 Mac 2013

PANAS TERIK!! PAKATAN Diantara Bakal PM Malaysia dan MB Perak


PANAS TERIK!! PAKATAN Diantara Bakal PM Malaysia dan MB Perak


Dua-dua orang ni dalam kepala masing-masing ade cita-cita. Sorang nak jadi PM sorang nak jadi MB. Yang bestnye masing-masing tipu masing-masing. Masing-masing perlu masing-masing. Masing-masing guna masing-masing. (berapa banyak masing daa) 

Ape yang dorang duk sembangkan tu? Jom kita dengar sama-sama. Jangan bagitau orang tau. 


Bang Nuar - Hai Taiko, lu makin hensem la 

Bang Ngeh - Tarak la, lu yang makin hansap maa 

Bang Nuar - Haiya..apasal hansap? 

Bang Ngeh - Ya la..dulu lu lembat anak, sekalang lu mau lembat dia bapak 

Bang Nuar - Cehh..ada ka. Wa tak selera la orang tua, wa bayar dia kasi tipu Rakyat saja 

Bang Ngeh - Ya ka? So soli haa..wa ingat lu punya selera macam lori sampah. 

Bang Nuar - Amacam Perak? Boleh menang? 

Bang Ngeh - Kompom maa, olang Cina pasti undi kita. Wa DAP maa..parti olang Cina. 

Bang Nuar - Habis tu orang India? 

Bang Ngeh - Haiyaa..itu Siva apa guna? Dia macam Dewa woo sini, semua olang suka 

Bang Nuar - Good! (Sambil tunjuk isyarat tangan). Habis tu Melayu? Lu jangan harapkan Cina sama India saja. 

Bang Ngeh - Merayu? Eh Melayu? Lu ta tau ka? Sepupu wa kan ade..itu Lambai-lambai punya. Nija la 

Bang Nuar - Ya ya..wa lupa. Itu 3 suku punya orang. So Nija jaga Melayu la? 

Bang Ngeh - Mesti la..olang Melayu kan senang kena tipu, semua Melayu dalam PAS Nija sudah tipu maa 

Bang Nuar - Ok good. Sekarang tugas lu jaga Perak saja, kasi wa settle Malaysia punya hal. Ada 2-3 plan lagi wa mau bikin. Kasi betui-betui huru hara ini Negara. Lu duduk diam sini jadi MB, okay? Pasal Raja lu jangan peduli 

Bang Ngeh - Ok bos! (Pelasan punya olang, dia ingat kita sapa, Mr Kapal sudah pegang semua rahsia dia, mati la lu nanti. Cina mesti jadi PM la..hahaha) 


Itulah saja yang aku rasa dalam kepala otak dorang ni. Duk menipu je. Pentingkan diri sendiri. Selagi Pakatan Rakyat takde bendera Parti selagi tu la sebenarnya dorang tak berpakat. 

Pssstttt... AKjr : KAH KAH KAH... Rakyat ditipu hidup-hidup. Ntah bila nak sedar aku pun tak tahu. Hantam sajalah labu - ADA