SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label WANITA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label WANITA. Papar semua catatan

Khamis, 13 Jun 2013

PANAS BERAPI!! Dakwaan KANTOI BERSAMA WANITA DI DALAM TANDAS, UAI Harus Beri Penjelasan!!!

PANAS BERAPI!! Dakwaan KANTOI BERSAMA WANITA DI DALAM TANDAS, UAI Harus Beri Penjelasan!!!



NAMA Azhar Idrus tiba-tiba menjadi sebutan dan beliau sering diundang untuk memberikan tazkirah ataupun ceramah agama di seluruh surau dan masjid di seluruh Negara dan beliau juga dilihat seperti menjadi ikon baru kerana dikatakan mampu menarik ribuan pendengar kerana kehebatannya berceramah serta disukai oleh orang muda.

Saat ini bila sebut sahaja namanya,berbondong-bondong orang mahu mendengar ceramahnya walaupun ada yang kata ceramah beliau penuh dengan kata-kata nista serta maki hamun terutama sekali terhadap kepimpinan JKKK dan kerajaan nama beliau sering menjadi pilihan JK Masjid ataupun surau dan ceramahnya yang dikasetkan juga dijual secara meluas.

Namun persoalan mula timbul apabila beliau menggunakan pendekatan maki hamun dan cercaan dalam setiap ceramahnya siapakah beliau sebenarnya?Adakah beliau sama seperti Bob Lokman ataupun Azmil Mustapha?Ataupun lebih kurang dengan Akhil Hayy?Ceramahnya dimaku hamun semua orang baik pemimpin PAS maupun UMNO.Ada yang sudah mula panggilnya ustaz mereng..semua orang tidak betul cuma dia sahaja yang betul.

Saya sendiri tidak pernah mendengar ceramahnya walaupun ada yang kata boleh didengar melalui you tube kerana tidak tahu siapa Azha Idrus ini sebenarnya.Kalau mahu ketawa baik tonton Maharaja Lawak dan kalau mahu menuntu ilmu mestilah mencari guru yang pandai tapi ada yang beritahu ceramah beliau ini penuh dengan maki hamun tidak kira dalam masjid ataupun surau dan beliau pandai membuatkan orang ketawa.

Azhar Idrus anak kelahiran Kg Ladang,Terengganu ini menghilang diri cukup lama dan setelah balik ke negeri asal,beliau mula menyusup masuk ke majlis-majlis tahlil untuk menyampaikan tazkirah awalnya dan mengenakan bayaran tertentu.Dalam soal pandangan politik beliau cukup bijak kerana tidak menyertai mana-mana parti politik terutamanya PAS walaupun setiap ceramahnya beliau sering memetik pandangan Hadi Awang kerana beliau tahu,berada dalam PAS sukar untuk beliau mencari wang dan terpaksa menyumbang kepada parti itu.Sebab itulah barangkali beliau maki hamun pemimpin PAS atau UMNO supaya memudahkannya untuk beliau cari makan dengan hasil ceramah maki hamunnya.

Penduduk setempat mula mempersoalkan kredibiliti serta taraf perguruannya hingga melayakan beliau bergelar ustaz.Di mana ustaz ini belajar ilmua agamanya? Siapa gurunya dan kalau belajar di Pasenttren,pasentren mana,kalau belajar di pondok, pondok mana dan kalau belajar di universiti,universiti mana yang tiba-tiba sahaja boleh menjadi Ustaz ataupun orang yang arif tentang agama?

Persoalan sebegini mula berlegar dan kalau mengambil kira Hadi Awang idola Ustaz Azhar ini,sekurang-kurangnya Hadi Awang belajar di Al Azhar.Mesir walaupun kemasukannya ikut pintu belakang tapi sekurang-kurangnya pernah jejak kaki di Al Azhar dan semua orang tahu Nik Aziz adalah guru agama di KEMAS dan belajar ilmu agama di India tapi Ustaz Azhar ini belajar dimana hingga beliau dipanggil ustaz hari ini?

Orang Terengganu tahu dan orang Kampung Ladang tempat lahirnya tahu bahawa Azhar Idrus sebelum ini merupakan seorang pemuzik yang pandai memetik bass gitar serta bermain piono dan organ.Pernah bersama-sama Sallem,penyanyi IKLIM malah beliau juga sebelum ini merupakan seorang jurugambar dan penulis bebas.

Sama dan serupa..!

Soal Azhar menuntut pengajian Islam dimana,biarlah beliau yang menjawabnya cuma kita menuntut penjelasan dan ingin tahu daripada Ustaz Azhar berkaitan dengan peristiwa jam lebih kurang 1.00 pagi di kawasan Masjid di Jambu Bongkok,Marang,Terengganu ( di Jambu Bongkok ada satu sahaja masjid) dan apa keperluan Azhar dikatakan berada dalam tandas wanita di masjid itu dan dalam masa yang sama turut ada seorang wanita lain didalam tandas tersebut?

Kelibat Azhar itu disedari oleh penduduk kampung dan memangil beliau keluar dan Azhar dikatakan memberikan alasan untuk mengambil wuduk.Wuduk untuk sembahyang apa pada jam lebih kurang 1.00 pagi itu dan kenapa menggunakan tandas wanita sedangkan tandas lelaki bersebelahan?

Menurut sumber lagi, ketika Azhar berbual dengan penduduk kampung,kelihatan seorang perempuan keluar dari tandas yang sama dan bergerak ke tepi pantai dan katanya perempuan itu dikenalpasti adalah wanita muda dari Dungun,Terengganu?

Kita tidak menuduh apa-apa cuma mahu penjelasan daripada Azhar Idrus apakah peristiwa sebenarnya?Takkan sebagai Ustaz yang cukup dikenali ramai turut melakukan perkara mungkar?Takkan Ustaz yang mendapat bayaran mahal mengambil kesempatan untuk melakukan maksiat?

Selepas bersoal jawab dengan penduduk kampong,Azhar mengambil keretanya dan terus ke tepai pantai dan selepas jam 3.00 pagi,wanita muda yang keluar dari tandas tadi berjalan kaki untuk mengambil keretanya yang ditinggalkan di masjid,bila ditanya olah penduduk kampong beliau menjawab,cari kawan.Takkan jam 3.00 pagi cari kawan di tepi pantai?

Ada juga sumber yang memberitahu bahawa hari ini penduduk Jambu Bongkok yang selama ini cukup mengkagumi Azhar Idrus telah menanggalkan gambar-gambar Azhar yang selama ini dikagumi mereka.Mengapa penduduk kampong ini bertindak demikian?

Dan kalau kita berkesempatan singgah di masjid itu dan berbual dengan orang kampong nama Azhar bukan lagi menjadi ikon tetapi disebut dengan berbagai-bagai gelaran. Dan kita peringatkan Azhar Idrus, makin tinggi ilmu agama (kalau ada) makin banyak dugaan Tuhan berikan.Jangan pula makin tebal serban maka begitu juga tebal dosa-dosanya. ~



Admin Kata : Makin banyak dakwaan ditujukan kepada Ustaz McD ini, admin tidak dapat memastikan kebenarannya. UAI perlu beri penjelasan segera sebelum fitnah semakin bercambah.

Isnin, 15 April 2013

PANAS TERIK!! VIDEO TERLAMPAU KADIR KICAP DENGAN WANITA NEPAL BAKAL TERSEBAR??

PANAS TERIK!! VIDEO TERLAMPAU KADIR KICAP DENGAN WANITA NEPAL BAKAL TERSEBAR??



Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mendakwa beliau mendapat maklumat wujudnya pasukan khas yang ditubuhkan pihak tertentu untuk membuat video fitnah bagi merosakkan imej pemimpin politik tertentu.

Pemimpin veteran Umno yang menghubungi sendiri Harakahdaily berkata, pasukan khas itu terdiri daripada beberapa pakar video yang yang dibayar dengan upah khas.

"Saya diberitahu bahawa terdapat suatu pasukan khas yang pakar dalam kerja-kerja video ini telah ditubuhkan, dengan mendapat pembiayaan dan upah khas, bagi menjahanamkan imej tokoh-tokoh politik tertentu menerusi video-video seks.

"Mereka ini adalah pakar yang boleh memetik video-video tertentu dari internet dan diadunkan sedemikian rupa agar menyerupai imej pemimpin-pemimpin tertentu," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas video fitnah terbaru yang mengaitkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Lagi DISINI

Jumaat, 12 April 2013

WAJIB TENGOK!! Wajah Wanita Dalam Video Seks Mustapha Ali DIDEDAHKAN!!

WAJIB TENGOK!! Wajah Wanita Dalam Video Seks Mustapha Ali DIDEDAHKAN!!



Ermmm.. salam readers.. inilah modal UMNO.. abis-abis video seks. Tapi yang bestnya.. WA dengar kali ni BUKAN kerja UMNO. Dua orang lelaki yang ditangkap menyebarkan video seks Mustapha Ali khabarnya dari Angkatan Muda Keadilan. BACA DI SINI

Amat padan dengan muka kerana jika selama ini mereka 
boleh tuduh UMNOlah dalang penyebaran video seks melibatkan pimpinan parti pembangkang. Tak sempat mereka nak salahkan UMNO, nahhhh, hambek kau....



WA rasa tak ada kepentingan untuk orang UMNO jika WA nak dedahkan video tersebut. Tapi kalau mana-mana yang teringin sangat nak melihat 'aksi' panas lelaki mirip Mustapha Ali bersama seorang wanita, bolehla datang ke Alor Melintang, Kg. Raja, Besut dan risik-risik siapa yang dah ada video tersebut.

WA tunjuk sikit-sikit dah la kat sini muka pasangannya. Jatuh naik Mustapha Ali takda kepentingan untuk WA mahupun Barisan Nasional.

Pssssttt... AKjr : WAJIB TOLAK PAS, PKR dan DAP Untuk selama-lamnya....

Sabtu, 6 April 2013

EKSKLUSIF!! #PRU13 Wanita buta huruf mahu jadi wakil rakyat..

EKSKLUSIF!! #PRU13 Wanita buta huruf mahu jadi wakil rakyat..


BADAM (kanan) duduk bersama seorang saudaranya di Khar, Bajaur pada 1 April lalu.


KHAR - Seorang suri rumah Pakistan yang tidak tahu membaca dan menulis mencipta sejarah di negara ini apabila dia akan bertanding menjadi wakil rakyat di kubu kuat Taliban pada 11 Mei depan.

Suri rumah itu, Badam Zari, 53 yang merupakan isteri seorang guru besar mempunyai peluang tipis untuk menang.

"Saya bertanding dengan penuh keterujaan dengan hati yang suci dan suara hati yang jelas.

"Keazaman saya adalah untuk mendidik generasi masa depan, kanak-kanak perempuan dan wanita serta berkhidmat untuk mereka," katanya kepada agensi berita AFP menerusi telefon dari daerah Bajaur.

"Saya mengetahui bahawa saya merupakan wanita pertama yang akan bertanding dan berharap akan menang," tambahnya.

Dia akan bertanding atas tiket bebas di daerah tersebut.

Daerah itu terletak di kawasan pergunungan dan merupakan antara yang paling miskin dan ramai penduduknya tidak berpendidikan.

"Saya tidak berasa takut. saya tidak pernah menerima ancaman daripada mana-mana pihak," katanya.

Beberapa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya menyatakan kelmarin, permohonannya untuk bertanding telah diterima.

Undang-undang Pakistan tidak melarang calon yang buta huruf bertanding untuk menjadi wakil rakyat.

Bajaur merupakan kubu kuat kumpulan Taliban, Al-Qaeda dan beberapa pertubuhan militan lain.

Daerah tersebut menjadi lokasi pertempuran antara tentera Pakistan dengan kumpulan militan. - AFP