SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label PARTI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PARTI. Papar semua catatan

Selasa, 26 November 2013

PANAS BERAPI!! 11 CABANG PKR SABAH KELUAR PARTI DAN MENYOKONG BN

PANAS BERAPI!! 11 CABANG PKR SABAH KELUAR PARTI DAN MENYOKONG BN



Pemimpin 11 cabang PKR Sabah mengambil keputusan untuk keluar parti pada Selasa dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua penerangan cabang parti itu dari Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna.

Mereka mengambil keputusan itu kerana sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Anwar Ibrahim yang merupakan Ketua Umum yang melantik dirinya sendiri dalam parti PKR.

Gelombang kedua akan berlaku tidak lama lagi apabila banyak lagi pemimpin PKR Sabah akan keluar parti dan menyokong BN.

Kini parti PKR di Sabah hampir lumpuh kerana sudah muak dengan lakonan parti anak beranak itu.

Mereka yang keluar parti ialah Akhmain Sabtu (Ketua Cabang PKR Kudat), Anthony Mandiau (Ketua Cabang Kota Marudu), Juhani Abd Halim (Ketua Cabang Silam), Mohd Jun (Ketua Cabang Kalabakan), Mustapha Tambuyung (Ketua Cabang Kinabatangan), Lokman Ureh (Ketua Cabang Semporna), Timothy Lim (Ketua Cabang Sepanggar), Apandy Sipin (Ketua Cabang Pensiangan) dan Aris Remigius (Ketua Cabang Batu Sapi), Angki Addek (Timbalan Ketua Cabang Kota Marudu) dan Soloh Yuna (Ketua Penerangan Kota Belud).

Sebelum ini dua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang mengisytiharkan keluar parti pada 4 November lepas iaitu Adun Matunggong Datuk Jelani Hamdan dan Adun Kedamaian Jeremy Malajad.

Difahamkan banyak lagi dalam kalangan penyokong pemimpin-pemimpin PKR itu akan turut serta keluar parti dan memberi sokongan kepada BN.

Ahad, 2 Jun 2013

PANAS TERKINI!! DUA AHLI PARLIMEN DAN DUA ADUN PAKATAN PEMBANGKANG AKAN LOMPAT PARTI??

PANAS TERKINI!! DUA AHLI PARLIMEN DAN DUA ADUN PAKATAN PEMBANGKANG AKAN LOMPAT PARTI??




Berita terkini- Di kala Anwar dengan egonya tidak berminat untuk menunaikan janjinya untuk bersara, dan masih degil mahu meneruskan siri bantahan Keputusan Pru13, negara dikejutkan dengan berita sekurang-kurangnya dua Ahli Parlimen dan Dua ADUN dari Pakatan akan melompat parti meninggalkan Anwar.

Momentum lompat parti mengulangi sejarah tahun 2009 apabila 3 ADUN dari Perak dan 7 Ahli Parlimen pakatan meninggalkan Pakatan dan Anwar. Di mana ianya satu peristiwa yang mengejutkan negara.

Ketika itu, Datuk Zaharain memulakan siri meninggalkan Anwar dengan diikuti Zulkifli Noordin, Tan Tee Beng sehinggalah kepada Gobalakrishnan dan juga Nasharudin Mat Isa yang turut meninggalkan perjuangan PAS yang semakin tersasar .

Peristiwa ini berulang lagi, Mymassa akan dedahkan selepas mendapat green light dari wakil-wakil rakyat tersebut. tiada siapa membayar mereka, tiada siapa mendesak mereka dan tiada siapa mengugut mereka.

Anda boleh pilih untuk tidak percayai berita ini, namun sejarah membuktikan pada mulanya tiada siapa mempercayai Zulkifli Noordin, Zahrain, Tan Tee Beng dan lain- lain akan mennggalkan Anwar. Akhirnya ia berlaku bukan.

Anda boleh teka siapa dan kami hanya boleh kata wakil-wakil rakyat tersebut 3 Melayu dan Seorang Cina. Sebab mengapa mereka melompat dan meninggalkan Anwar, tidak akan kami dedahkan sekarang. Kami perlu menjaga rahsia, Presiden UMNO malah tidak ada satu pun pemimpin tertinggi UMNO mengetahui hal ini.

Siapakah kami bukan penting kerana Presiden UMNO pun tidak tahu siapa kami. Kami tiada dana tetapi ianya adalah sebuah index pengalaman yang kami berjaya gunakan demi agama bangsa dan negara kita.

Kepada, Johari Abdul dan Saifudin Nasution, kamu silap bila kamu merangka untuk membeli YB dari BN. Kamu tersilap kerana kami lebih bijak dari kamu berdua.


Psssssttt... AKJr : KEHKEHKEH... LAGI MEROYAN LA SINUOR LEPAS NI, KECEWA KALAH PRU13 YG LALU PUN BELUM TERUBAT.. NI DAH TAMBAH LAGI.. TU LA PASAL, WALAU MCM MANA PUN YANG BENAR TETAP AKAN MENANG JUA AKHIRNYA... BETUL X???  

Rabu, 29 Mei 2013

PANAS TERKINI!! DATO @KHUSAIRITALIB LOMPAT PARTI??

PANAS TERKINI!! DATO @KHUSAIRITALIB LOMPAT PARTI??



Khabar angin mahupun fitnah merupakan barah paling kronik yang bisa membunuh kredibiliti dan karisma seseorang pemimpin. Setelah 3 penggal bergelar YB, akhirnya Dato' Khushairi turut terkena tempias serta provokasi fitnah ini. Baca luahan dan penjelasan beliau mengenai isu dan laporan akhbar tersebut.

Diharap penjelasan beliau dapat menghentikan polemik dan provokasi murahan ini. UMNO Tg. Malim amat mengetahui kecintaan beliau kepada parti serta ketaat setiaannya yang tidak berbelah bahagi.

Saya agak terkejut membaca berita muka depan akhbar Utusan Malaysia (UM) hari ini mengenai khabar angin yang mengaitkan saya dan seorang lagi ADUN BN (Bota), Dato’ Nasaruddin Hashim akan melompat parti bagi membolehkan pembangkang berkuasa di Perak.

Kedua-dua kami telahpun dengan tegas membuat penafian, tetapi satu perkara yang menjadi tandatanya kepada saya adalah daripada manakah sumber khabar angin bermula? Nampaknya ada pihak tertentu yang lempar batu sembunyi tangan. Pihak tertentu ini membuat provokasi bodoh untuk mencapai satu agenda politik peribadi.

Petang semalam seorang wartawan UM menghubungi saya meminta komen mengenai khabar angin itu. Saya bertanya kepada wartawan berkenaan dari manakah sumber khabar angin itu dan seluas manakah ianya tersebar, namun saya tidak diberikan jawapan pasti. Beliau memberitahu, sebab utama kami di’khabar angin’kan akan melompat adalah kerana tidak berpuas hati tidak dilantik Exco Kerajaan Negeri Perak.

Baca Selanjutnya DISINI

Rabu, 8 Mei 2013

PANAS TERIK!! PARTI DAP MEMANG BIADAP DAN KURANG AJAR!!

PANAS TERIK!! PARTI DAP MEMANG BIADAP DAN KURANG AJAR!!


Pemimpin pembangkang terutama sekali DAP sudah mula menunjukkan belang mereka apabila mengugut untuk menangkap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Alasannya ialah konon kerana Tun Dr Mahathir telah mengeluarkan kata-kata hasutan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.

Ugutan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam ceramahnya di Kluang, Johor itu mungkin dilihat satu perkara remeh bagi segelintir penyokong PR tapi hakikatnya itulah nawaitu sebenar pembangkang seandainya mereka diberi peluang berkuasa.

Dalam ceramah yang sama juga Karpal selaku suara rasmi DAP turut menegaskan pendirian parti itu untuk menghalang perlaksanaan hudud di negara ini, kenyataannya itu tentu sahaja sebagai peringatan kepada PAS.kebelakangan ini PAS kembali menimbulkan polemik hudud dalam usahanya menarik kembali sokongan Melayu Islam, walau pun hakikatnya ia hanyalah retorik namun bagi DAP isu tersebut dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam kepada DAP dan PR.

Berikutan itu ramai pemimpin DAP bangkit mempersoalkan kejujuran PAS selaku rakan dalam pakatan pembangkang kerana ia dilihat satu perlanggaran terhadap persetujuan bersama yang sepatutnya hanya fokus untuk menjatuhkan BN.

Belum pun berkuasa DAP sudah berangan untuk menangkap orang itu dan ini, kemudian dengan selambanya mempersoalkan keazaman rakan sepakatan, maka tidak sukar dibayangkan tahap kezaliman yang bakal mereka lakukan dan betapa celarunya negara andai PR berada di singgah sana pemerintahan negara.

Apa pun, ini membuktikan laungan kebebasan dan ketelusan yang sering dilaungkan oleh PR hanyalah omongan kosong semata-mata dari sudut lain ia pastinya mengecewakan sesetengah penyokong PR yang selama ini sering diulit propaganda dan mimpi indah.

Selasa, 7 Mei 2013

INFO @ AKJr #PRU13 : Senarai Negeri dan Parti Yang Menyumbang Kepada BN Membentuk Kerajaan..

INFO @ AKJr #PRU13 : Senarai Negeri dan Parti Yang Menyumbang Kepada BN Membentuk Kerajaan..


Berikut adalah negeri-negeri yang menyumbang kerusi-kerusi Parlimen kepada Bumiputera Nasional (BN) untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Negeri             BN Bertanding        Menang         Peratus

Sarawak               31                              25               80 %

Sabah                   25                              22               88 %

Johor                    26                              21               80 %

Perak                   24                              12               50 %

Pahang                 14                              10               71 %

Kedah                  15                              10               66 %

Selangor               22                             5                23 %

Kelantan              14                              5                36 %

W.Persekutuan     13                             4                 31 %

P.Pinang               13                             3                 23 %

N.Sembilan           8                              5                 62 %

Terengganu           8                              4                 50 %               

Melaka                 6                               4                 67 %

Perlis                    3                                3                 100 %

Jumlah              222                             133               60 %

Daripada 222 kerusi yang dipertandingkan BN menang 60 %. Berikut pula pecahan parti-parti yang menyumbang kerusi kepada BN.

Parti                Bertanding              Menang            Peratus

UMNO               120                           88                  88 %

MCA                  37                             7                   19 %

PBB                    14                            14                  100 %

Gerakan              11                              1                    9 %

MIC                    9                               4                   44 %

PRS                     7                               6                  86 %

SUPP                  6                               1                   17 %

PBS                    5                                4                   80 %

SPDP                 4                                1                   25 %

UPKO               4                                 3                   75 %

PBRS                 1                                 1                   100 %


Jelas sekali  bahawa UMNO, PBB, PRS, PBS, UPKO dan PBRS parti-parti yang mewakili kaum bumiputera yang mencatat keputusan yang baik untuk menyumbang kerusi kepada BN bagi menubuhkan Kerajaan Persekutuan.

Memandangkan parti-parti ini yang memberikan kemenangan kepada BN, maka segala suara daripada parti-parti ini bukan sahaja perlu didengar oleh PM, malah wajib didengar oleh PM.

Jika mereka minta untuk tingkatkan lagi hak-hak bumiputra, maka PM perlu tingkatkan. Jika mereka minta untuk hapuskan sekolah cina, maka PM perlu hapuskan sekolah cina. Dipendekkan cerita apa sahaja yang mereka minta PM kena beri, sebab mereka yang memberikan kemenangan kepada BN.  

Jadi adalah wajar mulai hari ini kita tukar BN daripada Barisan Nasional kepada Bumiputera Nasional.

Ahad, 28 April 2013

PANAS TERIK!! #PRU13 Seramai 1500 ahli PKR Permatang Pauh keluar Parti??

PANAS TERIK!! #PRU13 Seramai 1500 ahli PKR Permatang Pauh keluar Parti??



Gempar! Berita yang baru aku terima. 1500 ahli PKR di Parlimen Permatang Pauh keluar Parti dan sokong Barisan Nasional. Kebanyakkan dari mereka adalah dari kaum India. 

Mereka sebentar tadi telah bertemu dengan calon Barisan Nasional Parlimen Permatang Pauh iaitu Dr Mazlan Ismail dan menyerahkan borang keluar Parti di Safira Club. 

Rata-rata kesemua mereka menyatakan sokongan pada BN dan amat kesal menyokong PKR selama ini di mana Anwar Ibrahim hanya pandai bercakap dan berjanji tetapi Rakyat di kawasan Permatang Pauh terabai. 

Kali ini mereka akan mengubah nasib dengan menyokong BN kerana mereka tahu hanya BN sahaja yang boleh mengembalikan kesejahteraan dan membela Rakyat di sana dan seluruh Malaysia. 

Apalagi yang Rakyat mahukan? Anwar telah gagal di tempat sendiri, inikan pula mahu mentadbir negara? Nak bagus macam mana lagi? Nak ubah macam mana lagi? Ape yang tak cukup lagi? 

Bersyukurlah selama ini kita hidup aman damai makan pakai semua cukup. Cuba korang semua pergi tempat lain, negara lain. Pergi melancong memang seronok tetapi cuba tinggal di sana terus, baru ade akai langit tinggi rendah. 

Jangan ikut orang. Gunakan akal fikiran yang ade, kaji sendiri, fikir sendiri ape kebaikan Kerajaan sekarang. Mengapa perlu diubah? Setelah diubah benarkah negara ini akan berubah? Atau semakin teruk? 

Ingat kembali, Malaysia hanya huru-hara selepas Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara. Betul tak? Sebaik keluar, dia terus memesongkan otak Rakyat Malaysia supaya membenci Kerajaan Barisan Nasional. 

Tak pernah selama ini sekumpulan Rakyat berdemo di jalanraya. Tak pernah selama ini sekumpulan Rakyat rosakkan harta benda awam. Tak pernah selama ini sekumpulan Rakyat belasah anggota keselematan. Tapi selepas Anwar keluar penjara sejak tahun 2004, semuanya berlaku.


Tolak Anwar! Tolak Pakatan Rakyat!

Sabtu, 20 April 2013

WAJIB BACA!! #PRU13 PENGKHIANAT PARTI MENGUNGKIT JASANYA - DATUK KAMILIA

WAJIB BACA!! #PRU13 PENGKHIANAT PARTI MENGUNGKIT JASANYA - DATUK KAMILIA



Apa yang besar benar jasanya sehingga pihak tertinggi terpaksa memberi kerusi Parlimen Kuala Kangsar kepadanya? Sekalipun pada awal nya ditawarkan seat DUN untuk nya tetapi ditolak! Kenapa di tolak. Khabarnya dia ikut standardnya sepatutnya Parlimen bukan DUN. Bila percarturan dah dibuat sebaliknya menolak untuk bertanding di tiket DUN,

Sebaik diumumkan kepada semua nama calon, ketika itu juga ler dia mula melompatjasa dan paling kecoh boleh pulak kalau tak disenaraikan di Parlimen dah boleh pulak bertanding di DUN pulak, malangnya itu selepas pengumuman calon dan tentunya agak sukar bila semua pempinan BN telah akur dengan pucuk pimpinan tetiba disebabkan dia BN terpaksa meminda nama calon semula, tak terfikir kah dia yang bukan dia sorang jer yang berjasa, apakah kami seperti Bloggers disini tidak berjasa?

Apapun bloggers PCT juga sebelum ini juga merasa terkilan dengan beliau yang penah berkata jika mahukan duit pegilah kerja sedangkan bloggers yang hadir dengan hati yang terbuka cuba mengeratkan saf perang siber dikawasan beliau, ayat yangpernah dikatakan sehingga kini masih menjadi terbuku dihati seolah dihina begitu sekali, apakah dia saja yang berjasa dan bloggers khasnya PCY tak berjasa? Dimana dia semasa kita dinerakakan selama 11 bulan sehingga kembali ke tangan BN semula, dia ada ker semasa semua peristiwa ini berlaku, dia tak nampak kah berapa ramai bloggers yang berkorban demi Barisan Nasional? Dimana dia bila kejadian seperti ini dari mula 2008 lagi? Apakah kami tak berjasa?

hari ini TS Mahyudin Yasin sebagai Timbalan Presiden juga telah memaklumkan bahawa tindakan pecat serta merta dan keahlian dalam UMNO sudah tentunya disetujui ramai termasuk ahli UMNO diseluruh Malaysia. Difahamkan juga ada khabar angin dia akan berjumpa dengan Kak ONE, elok ler mengadu kat dia, lakinya pun tak terbela inikan nak bagi nasihat dia... Kekeke lntaknya yong, bior dema rasakan macamana payah nya nak jadi pemimpin...

Tindakan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita, kata Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.

Menurutnya, ia menunjukkan BN tidak beri pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13.

Beliau, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.

“Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana tidak ada pengiktirafan sewajarnya diberi kepada pemimpin Wanita Umno dan BN yang mewakili seluruh wanita Umno dan BN,” katanya kepada Sinar Harian.

Kamilia berkata, beberapa ketua Wanita Umno negeri tidak diberikan tempat dalam PRU13, antaranya di Kedah, Johor dan Terengganu, termasuk Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Baca Selanjutnya DISINI

Ahad, 14 April 2013

PANAS BERAPI!!! #PRU13 Lagi Dan Lagi, Orang Kuat PKR Keluar Parti #TolakPR.

PANAS BERAPI!!! #PRU13 Lagi Dan Lagi, Orang Kuat PKR Keluar Parti #TolakPR.


Tan Kuda

Semalam aku baru sahaja menulis isu yang bergolak di Bagan Serai antara Tan Kuda (Ketua Cabang PKR Bagan Serai) dengan calon PRU13 PKR Muhamad Nor Manuty baca sini, terkini disahkan Ketua Cabang PKR tersebut telah keluar parti dan nekad bertanding atas tiket BEBAS pada PRU13.

Peluang UMNO/BN untuk merampas Parlimen Bagan Serai pada PRU13 ini cukup besar. Perpecahan yang berlaku antara PAS dan PKR Bagan Serai memberi laluan yang cukup baik untuk BN mengatur strategi bagi merampas Parlimen tersebut.

Tan Kuda dimaklumkan telah mengambil borang pencalonan di SPR untuk bertanding atas tiket BEBAS bagi Parlimen Bagan Serai. Pertandingan 4 penjuru bakal berlaku di kawasan tersebut antara PKR, PAS, BN dan BEBAS.

Sah bahawa dakwaan orang ramai selama ini bahawa PKR adalah Parti Keluar Ramai-ramai adalah sangat tepat. PRU13 adalah zaman kehancuran PKR.

Jumaat, 5 April 2013

WAJIB BACA!! Ahli PAS Erdogan Perak Halang Hajat keluarga demi parti.. memang Cilako..Cilako..Cilako!!

WAJIB BACA!! Ahli PAS Erdogan Perak Halang Hajat  keluarga demi parti.. memang Cilako..Cilako..Cilako!!



Terkini ada kes dimana seorang pemimpin Pas di Perak yang cuba mensabotaj anaknya bernikah gara gara kerana anaknya itu menyokong umno. Berbagai cara digunakan untuk menjadikan supaya pernikahan tersebut tidak berjaya termasuklah memulaukan majlis akad nikah. Amat malang bagi si anak di mana mahu melangsungkan perkahwinan tanpa mendapat restu dan sokongan keluarga.

Nampaknya pemimpin pas tersebut lebih redha anaknya itu melakukan maksiat dan berzina seperti beberapa pemimpin pas yang lain daripada menggalakkan si anak bernikah secara sah.

Pemimpin pas ini selalu berceramah dengan menggunakan isu Tok Najib yang tak mampu mentarbiyah isteri untuk memakai tudung. Dan alasan itulah digunakan untuk memburukkan Tok Najib tidak mampu untuk menguruskan negara kerana tidak boleh nak mengurus isteri sendiri.

Dengan kuasa Allah taala kini si pemimpin pas tersebut juga di uji dengan kegagalan untuk mengurus keluarganya sendiri, oleh itu bagaimana dia bisa mampu untuk mengurus hal masalah rakyat, kalau anak sendiripun dia tak boleh nak didik?

Bukan isu masalah keluarga antara si ayah dan si anak yang mahu saya bangkitkan tapi isunya ialah pendekatan yang digunakan oleh si ayah dalam menguruskan masalah tersebut. Pemimpin pas tersebut sepatutnya menggunakan kaedah yang lebih bijak dalam menguruskan masalah si anak dan bukannya menggunakan cara bodoh iaitu mensabotaj majlis pernikahan anaknya sendiri.

Kalau beginilah cara pengurusan dan pendekatan pemimpin pas tersebut saya sarankan semua pengundi pengundi tempat dimana pemimpin tersebut bertanding supaya berfikir semula adakah layak untuk dia menjadi Wakil Rakyat ditempat tersebut?

Nama pemimpin pro kumpulan Erdogan didalam pas itu akan saya dedahkan sekiranya mendapat lampu hijau dari si mangsa atau anak kepada pemimpin pas tersebut.....

* untuk cerita lebih lanjut sila ke SINI

Rabu, 27 Mac 2013

WAJIB BACA!! PKR Parti TIDAK ADIL DIMALAYSIA!!

WAJIB BACA!! PKR Parti TIDAK ADIL DIMALAYSIA!!





Hark!! Tuihh!! Konon perjuangkan hak kebebasan bersuara, kononya perjuangkan kebebasan media. Tapi semuanya hanya lakonan parti PKR anak beranak ni.

Mana pergi janji dalam manifesto PR yang perjuangkan hak kebebasan bersuara? Belum jadi kerajaan, awal-awal dah sekat kebebasan suara media.

Butuh la Anwar Ibrahim.. Kenapa? Takut dapat soalan killer dari media TV3 dan Utusan ker? Hahaha.. Memang sialan la PKR ni. Belum memerintah negara pun dah tunjuk belang. Kalau jadi pemerintah, semuanya nak disekat kalau tidak pro pada mereka.

PKR memang parti hipokrit. Apa yang dia cakap semuanya dia tidak buat. Setiap kata-kata mereka semuanya dusta dan tipu helah jer.

Come on ler Anwar. Kata anak jantan, cakap anugerah tuhan, tak kan dengan media pun nak takut? Pondan la lu Anwar.. Potong la batang bagi makan anjing. 

Lihatlah Malaysia.. Lihatlah macai PR. Parti yang kononnya kamu nak angkat jadi pemerintah sudah sekat hak orang bersuara.. Telus ker mereka ini? Nak jawab are you gay or not pun tergagap, patutpun sekat media TV3 dan Utusan.

Hah!! Rafizi apa cer? Takut wartawan Agenda Daily bagi soalan jerat lagi ker? Hehehe.. Sah!! Memang pondan la puak-puak lahanat ni..