SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label EKSLUSIF. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label EKSLUSIF. Papar semua catatan

Sabtu, 6 April 2013

EKSKLUSIF #PRU13 : ANWAR DALAM DILEMA??? KAK WAN MERAJUK??

EKSKLUSIF #PRU13 : ANWAR DALAM DILEMA??? KAK WAN MERAJUK??



Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail

KUALA LUMPUR - Apabila Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah menyangkal kenyataan bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ibunya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada pilihan raya ke-13 akan datang, ada pihak tertanya apakah yang berlaku dalam keluarga PKR? 

Mungkinkah ia hanya sandiwara atau wujud perselisihan secara terbuka dalam parti itu? 

Nurul Izzah, yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai menyifatkan kenyataan ketua pembangkang itu sebagai "hanya cakap-cakap politik" dan setakat ini tidak ada perancangan sebegitu.

Malah, Nurul Izzah juga tidak percaya Anwar akan beralih angin bertanding di Perak seperti yang dibayangkan ketua umum PKR itu.

"Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan (calon) nanti," Nurul Izzah memberitahu pemberita selepas menyampaikan ceramah di Chabang Tiga, Kuala Terengganu pada malam tadi.

Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali, penyokong kuat Anwar, sebaliknya mengesahkan kenyataan Anwar yang dibuat ketika ditemubual stesen televisyen Al-Jazeera pada Rabu malam.

"Wan Azizah akan mainkan peranannya untuk menjelajah seluruh negara bagi memikat pengundi wanita dan tidak akan bertanding untuk peringkat dewan undangan negeri (DUN)," kata Azmin mengenai presiden partinya semasa ditemui pemberita di
ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Dr Wan Azizah sebelum ini menyatakan beliau akan bertanding kerusi Dun di Selangor tetapi kawasannya belum diputuskan.

Setakat ini Dr Wan Azizah bagaimanapun belum membuat sebarang komen sejak siaran Al-Jazeera itu.

Anwar memberitahu stesen Al-Jazeera bahawa isterinya mengambil keputusan tidak bertanding apabila menjawab pertanyaan berhubung kritikan nepotisme dalam PKR kerana beliau merupakan penasihat PKR sementara Nurul Izzah naib presiden parti.

Dr Wan Azizah juga tidak kelihatan apabila Anwar dan pemimpin parti pembangkang bermesyuarat semalam di ibu pejabat PKR untuk menyiapkan agihan kerusi.

Pada Julai 2008, Dr Wan Azizah yang ketika itu ketua pembangkang, mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding kerusi itu pada pilihan raya kecil 26 Ogos 2008. Anwar menang mengalahkan calon Barisan Nasional dan calon Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM). 

Nurul Izzah menjangka Anwar akan membuat pengumuman rasmi mengenai calon parti pada Rabu.

Mohamed Azmin berkata senarai calon PKR akan dimuktamadkan selewat-lewatnya Ahad ini. 

Sementara itu, Anwar kembali berteka-teki tentang pilihannya sama ada bertanding kerusi di Perak atau kekal di Permatang Pauh. 

Malam tadi ketika di Gerik, beliau menggunakan alasan 'mahu berbincang' dengan pengundi di Permatang Pauh supaya 'mereka tidak berkecil hati' dan meminta tempoh 24 jam untuk membuat keputusan. - Bernama

Rabu, 3 April 2013

Eksklusif #LahadDatu: Dokumen Dedahkan Pembangkang & Kedutaan Amerika Dgn Pengganas Sulu

EKSKLUSIF #LAHADDATU: DOKUMEN DEDAHKAN KAITAN PEMBANGKANG & KEDUTAAN AMERIKA DENGAN PENGGANAS SULU


MyMassa pernah dedahkan gambar kehadiran kapal perang US di Filipina ketika berlakunya serangan di Lahad Datu di sini.

PANAS! Apa Kaitan Kapal Perang Ini Dengan Pengganas Sulu? 


Bagaimana kapal perang secanggih ini boleh tersangkut di terumbu karang? 


Artikel ini masuk dalam kotak e-mel MyMassa. Pencarian MyMassa mendapati beberapa blog dan portal telah menerbitkan artikel yang sama. Artikel kali ini khas untuk pembaca MyMassa yang belum membacanya.

Operasi Sulit Serang Sabah Terbongkar..?

“Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan. Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.

“Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer),” lapor laman itu lagi.

Satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata.


MyMassa dapat maklumat tu melalui e-mel. Perasaan ingin tahu MyMassa membuak-buak selepas mendedahkan perkara tersebut. Oleh itu, MyMassa cuba selidik dari mana asalnya maklumat tersebut.

Hasil pencarian, MyMassa telah ketemu dengan blog ini (http://sabahgroundzero.blogspot.com/) yang didapati antara yang terawal mendedahkan kehadiran kapal perang Amerika. Kali ini MyMassa mahu kongsikan dokumen dalam blog tersebut yang mendedahkan rancangan menyerang Sabah sejak bulan Ogos tahun lepas lagi.




Baca Selanjutnya DISINI