SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label DUN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DUN. Papar semua catatan

Selasa, 23 Julai 2013

PANAS BERAPI!! BEKAS CALON PKR BAGI DUN BUKIT BESI, KEMUKA SAMAN TERHADAP HADI AWANG??

PANAS BERAPI!! BEKAS CALON PKR BAGI DUN BUKIT BESI, KEMUKA SAMAN TERHADAP HADI AWANG??



Ekoran telah terlalu lama menahan sabar dan memendam rasa, calon PKR, bagi kerusi DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, 27 ketika pilihanraya umum yang lalu, tampil membuat kenyataan bagi menyelar Presiden Pas, Haji Abdul Hadi Awang. Ia ekoran dari kenyataan bekas menteri besar Terengganu itu ketika berceramah di Tebakang Alor Limbat, Marang yang mengatakan “ada calon PKR tukang edar pil kuda dan sokong komunis’.

Semasa kempen PRU-13 yang lalu, Presiden Pas itu ketika berucap dalam satu majlis ceramah mengatakan dia mendapat maklumat ada calon yang membuat kerja 'haram' iaitu menjual pil kuda dan mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang revolusi komunis di Rusia iaitu Karl Marx, Vladimir Lenin dan Joseph Stalin di markas parti mereka.

Dia turut menegaskan Pas tidak boleh menerima calon sebegitu dan tindakan itu diambil agar 'syaitan-syaitan' tidak boleh masuk dalam pakatan pembangkang. Ia bagi menjelaskan isu kenapa Pas terpaksa bertanding di kawasan tertentu sehingga menyebabkan pertindihan sesama sendiri.

Menurut Shamsul disebabkan kenyataan itu juga, dia sering diejek dan diaibkan oleh masyarakat di kampungnya. Malah nama baiknya dan keluarga turut terjejas, mengalami masalah kemurungan di samping menjejaskan perniagaannya. Beliau yang tidak dapat menahan sebak, terpaksa berhenti beberapa kali ketika membacakan kenyataannya.

“Disebabkan kenyataan tersebut, ia telah menjatuhkan maruah saya, malah masyarakat (di kampung) mengangap saya adalah pengedar pil kuda. Tuduhan tersebut sangat berat…. (terpaksa berhenti seketika kerana sebak) dan serius.

“Saya perlu membersihkan nama nama baik saya dari angkara fitnah ini. Justeru itu, saya akan failkan kes fitnah ini ke mahkamah dalam waktu terdekat dan tindakan saman malu saya ini wajar diambil kerana ia adalah fitnah dan menjurus kepada usaha merendahkan reputasi saya sebagai seorang pemimpin politik” katanya ketika sidang media tergempar, pagi tadi.

Shamsul yang ditemani oleh bapanya dan Ketua Pengarah Pilihanraya PKR, Negeri Terengganu, Yahya Zakaria turut menjelaskannya tindakan itu langsung tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan ia semata-mata dilakukan bertujuan untuk membersihkan nama baik keluarganya.

Menurut Shamsul yang juga merupakan seorang Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) selain beliau dua lagi bekas calon dari PKR Terengganu akan turut mengambil tindakan yang sama dalam masa yang terdekat.

Rabu, 10 April 2013

Sketsa #PRU13 : Jom Tengok Nama DUN Yang Pelik-pelik Kat Malaysia Nie!!!...

Sketsa #PRU13 : Jom Tengok Nama DUN Yang Pelik-pelik Kat Malaysia Nie!!!...





DUN yg paling sejuk : DUN Batu Berendam

DUN yg paling tak de rasa : DUN Air Tawar

DUN yg paling panas : DUN Pedas

DUN yg paling miskin : DUN Sekupang

DUN yg paling muda : DUN Sri Muda

DUN yg paling lemah : DUN Batang Berjuntai

DUN yg paling basah : DUN Sg Besar

DUN yg kuat makan satay : DUN Kajang

DUN yg banyak hantu : DUN Pucong

DUN yg ada istana : DUN Kota Raja

DUN yg banyak ikan : DUN Tg Sepat

DUN yg paling keras : DUN Batu Tiga

DUN yg paling pendalaman : DUN Hulu Klang

DUN yg banyak air : DUN Ampangan

DUN yg banyak penganas : DUN Kuala Kubu

DUN yg paling takde kemajuan : DUN Gurun

DUN yg paling bahaya : DUN Baling

DUN yg banyak semut : DUN Kota Sarang Semut

DUN yg paling pelik : DUN Sg Ada Burung

DUN ada binatang : DUN Kijang

DUN paling wangi : DUN Pokok Sena

DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk

Happy Voting Gentlemen...

Jumaat, 5 April 2013

EKSKLUSIF #PRU13 :DUN Perak Dibubar Selepas Perkenan Raja Dr Nazrin Serentak Dengan Parlimen..

EKSKLUSIF #PRU13 :DUN Perak Dibubar Selepas Perkenan Raja Dr Nazrin Serentak Dengan Parlimen..


Dewan Negeri Perak Ke-12 dibubarkan secara rasmi pada 3 April 2013 selepas mendapat perkenan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah, serentak dengan pembubaran Parlimen yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Selepas ini, parti politik baik di pihak kerajaan ataupun pembangkang akan bertarung secara terbuka untuk memenangi 24 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

PRU-13 boleh diadakan seawal 20 April ini dengan penamaan calon diadakan pada Rabu depan berikutan pembubaran Parlimen semalam.

Namun, SPR dijangka menganjakkan hari penamaan calon pada 13 April manakala hari pengundian pada 27 April selepas mengambil kira kedua-dua tarikh itu adalah cuti hujung minggu.

Berdasarkan pengalaman sebelum ini, pengundian biasanya diadakan pada Sabtu, penamaan calon pula lazimnya diadakan 10 hari selepas pembubaran.

Sehingga 22 Februari lalu, sejumlah 1,409,774 pemilih berdaftar diwartakan di negeri Perak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jumlah Daftar Pemilih Induk (DPI) mengikut kawasan Parlimen ialah 32,814 (Grik); 46,695 (Larut); 51,524 (Parit Buntar), 54,915 (Bagan Serai); 71,401 (Bukit Gantang); 78,327 (Taiping); 28,572 (Padang Rengas); 51,709 (Sungai Siput); 89,582 (Tambun); 82,025 (Ipoh Timur); 77,920 (Ipoh Barat); 87,747 (Batu Gajah); 33,607 (Kuala Kangsar); 49,314 (Beruas); 33,600 (Parit); 63,776 (Kampar); 97,243 (Gopeng); 45,592 (Tapah); 51,626 (Pasir Salak); 88,473 (Lumut); 40,031 (Bagan Datoh); 60,620 (Teluk Intan) dan 64,641 (Tanjung Malim).

Berdasarkan kedudukan kerusi Parlimen dan DUN sebelum pembubaran, BN mempunyai 13 kerusi Parlimen, 29 kerusi DUN, PAS (Parlimen-2, DUN-6); DAP (Parlimen-6, DUN-16); PKR (Parlimen-2, DUN-5) dan Bebas (Parlimen-1, DUN-4).

Dalam PRU-12, BN gagal mempertahankan pemerintahan di Perak tetapi berjaya membentuk kerajaan pada 6 Februari 2009 apabila dua Adun PKR dan satu DAP keluar parti dan mengisytiharkan diri sebagai calon Bebas.

Dua Adun PKR iaitu ialah Jamaluddin Mohd Radzi (Adun Behrang), Mohd Osman Jailu (Adun Changkat Jering) dan Hee Yit Fong (Jelapang).

Sebaik sahaja mengambil alih pentadbiran negeri, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan barisan exconya melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk memakmur dan mensejahterakan negeri Perak.

Gagasan Perak Amanjaya dengan slogan Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir diperkenalkan untuk mendekati dan menyelami denyut nadi rakyat di serata pelusuk negeri.

Program turun padang dan Hari Bertemu Rakyat pada setiap Selasa yang dianjurkan secara terbuka oleh Menteri Besar ternyata berjaya menyelesaikan banyak masalah rakyat dalam tempoh empat tahun yang lalu.

Hasil pengurusan yang cekap, pertumbuhan sosio-ekonomi negeri Perak semakin rancak sekaligus berjaya mengutip hasil berjumlah RM905 juta pada tahun lalu, berbanding jangkaan awal RM785 juta sahaja.

Lebih hasil disalurkan kepada pembangunan negeri melalui projek pembangunan membaiki jalan dan memasang lampu jalan manakala 8,000 kakitangan awam negeri juga tidak ketinggalan menerima insentif RM500 seorang seperti yang diumumkan Menteri Besar semalam.

Berdasarkan rekod cemerlang BN dalam tempoh empat tahun lalu, rakyat Perak sewajarnya membuat penilaian dengan bijaksana demi menjamin masa depan yang lebih cerah.

Sebagai Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, memaklumkan pihaknya tidak hanya menumpukan kepada kawasan tertentu sahaja sebaliknya memberi tumpuan kepada semua kawasan bagi memastikan kemenangan dalam PRU-13.

Persiapan awal katanya, sudah dilakukan dan senarai calon juga hampir dimuktamadkan dan hanya menunggu lampu hijau daripada PM untuk diumumkan secara rasmi.

PRU-13 ini pastinya menjadi pertandingan sengit kepada BN apabila semalam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan akan bertanding di Perak sebagai usaha untuk melonjakkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Walaupun belum diumumkan secara rasmi, beberapa blog tempatan menyebut Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bakal bertanding di kerusi Parlimen Ipoh Timur yang dimenangi Lim Kit Siang daripada DAP pada 2008.

Sebelum ini, Pemuda PAS negeri Perak mencadangkan Anwar bertanding di Parlimen Lumut, kerusi yang ditandingi calon MCA.

Mengulas desas-desus Anwar bertanding di Perak, Zambry dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco baru-baru ini, berkata pihaknya tidak gentar untuk berhadapan cabaran itu dan meminta rakyat penilaian sewajarnya terhadap tindakan Ketua Pembangkang itu yang meninggalkan kerusi Permatang Pauh.

“Tidak menghairan saya jika beliau mengambil keputusan bertanding di Perak atau Selangor dan kita sama sekali tidak akan gentar dengan cabaran itu,” katanya.


*sumber dari laman sesawang portal berita negeri Perak.