SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Sabtu, 18 Mei 2013

WAJIB BACA!! FAKTA.. Provokasi Dari Pembangkang Punca Insiden Flashmob Station 18: Hamidah Osman

WAJIB BACA!! FAKTA.. Provokasi Dari Pembangkang Punca Insiden Flashmob Station 18: Hamidah Osman



Insiden pergaduhan antara penyokong pembangkang dan peserta konvoi Gelombang Biru Barisan Nasional (BN) di persimpangan lampu isyarat dekat Station 18, petang 4 Mei lalu dipercayai dirancang secara rapi untuk menjejaskan imej Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bekas calon DUN Sungai Rapat yang juga merangkap Ketua Wanita UMNO Gopeng, Datuk Hamidah Osman, berkata pihaknya yakin kejadian itu dapat dielakkan sekiranya penyokong pembangkang tidak mencetuskan provokasi terhadap peserta konvoi berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan kepada rakaman video sebenar yang dimuat turun dalam laman You Tube, jelas kelihatan penyokong pembangkang yang mula mencetuskan provokasi terhadap peserta konvoi Gelombang Biru BN.

Namun, apa yang dikesalkan, rakaman video insiden sebenar tidak ditunjukkan sebaliknya ia terus dimanipulasi pihak pembangkang termasuklah ditayangkan secara terbuka sempena Perhimpunan Bantah 505 yang dihadiri Ketua Pembangkang, di Ipoh, baru-baru ini.

“”Kejadian ini dirancang rapi kerana dari rakaman video itu jelas membuktikan mereka tahu peserta konvoi itu akan melalui laluan berkenaan sebelum bertindak mencetuskan provokasi yang kemudiannya berakhir dengan pergaduhan antara penyokong BN dan pembangkang.

“Kejadian berlaku sekitar jam 4 petang dan kira-kira jam 5.30 petang, kita dapati video insiden itu sudah dimuat turun di You Tube dan dipaparkan secara meluas di laman sosial,” katanya lagi.

Beliau berkata, sebelum insiden itu, pihaknya sudah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menganjurkan konvoi Gelombang Biru BN bersama kira-kira 500 peserta yang kebanyakannya adalah golongan muda.

“Seramai 15 marshal yang diketuai Ahmad Shahiran ditugaskan untuk mengawal pergerakan konvoi berkenaan sebelum insiden pergaduhan di Station 18 berlaku.

“Jika sekiranya kami tahu penyokong pembangkang ada di persimpangan lampu isyarat, sudah pasti kami akan menukar laluan sebaliknya apabila peserta konvoi sampai di kawasan itu, mereka dibaling dengan botol air yang diisi dengan pasir.

“Dalam rakaman itu video kejadian sebenar, jelas sekali penyokong pembangkang yang mula mencetuskan provokasi terhadap peserta konvoi Gelombang Biru BN,” jelasnya.

Ditanya tindakan seterusnya, Hamidah mahu pihak polis menyiasat perkara ini berdasarkan kepada enam laporan yang dibuat pada hari yang sama.

Beliau katanya, akur dengan kekalahannya dalam PRU-13 tetapi pihak pembangkang perlu dihalang daripada terus memanipulasi insiden ini untuk kepentingan politik.

“Saya serahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada,” kata Hamidah.

2 ulasan: