SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label AZMIN ALI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AZMIN ALI. Papar semua catatan

Khamis, 9 Mei 2013

PANAS TERKINI !! : AZMIN ALI KELUAR PKR???!!!

PANAS TERKINI !!  : AZMIN ALI KELUAR PKR???!!!




Menurut sumber dalaman parti, tadi Azmin Ali keluarkan kenyataan keras bahawa beliau akan bertindak keluar dari pakatan haram kiranya Beliau tidak di lantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Kalid Gagap.

Beliau tak pedulikan tentang 'izin' Istana Selangor, yang penting Khalid Gagap GAGAL memikul tugas Menteri Besar. Di sebelah pihak yang lain, Khalid Gagap juga berkeras ingin menyambung tugas berdasarkan beliau berjaya kekalkan Selangor dan keputusan PRU kali ini lebih baik dari PRU yang lalu.

Lebih mengeruhkan suasana, Pas juga mendesak wakilnya yang patut jadi Menteri Besar memandangkan Pas kelebihan satu kerusi berbanding PKR. Malah Pas berjanji akan bawa banyak perubahan pada Selnagor dan akan jadikan Shah Alam Bandar Islamik.
Anwar Ibrahim nampaknya tak mampu nak selesaikan masalah ini walhal beliau adalah Ketua Pembangkang.

Bila dah menang, pakatan haram jadah masing-masing tunjuk belang sesama mereka..terbukti mereka tidak ada kesepakatan seperti yang mereka canang PAKATAN !!



WAJIB BACA!! #PRU13 Azmin Terus Menghentam Anwar di Twitter!!

WAJIB BACA!! #PRU13 Azmin Ali Terus Menghentam Anwar di Twitter!!


Timbalan Presiden PKR Azmin Ali semalam memulau perhimpunan Pakatan Rakyat untuk menolak keputusan PRU 13 dan sebaliknya mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengamalkan “politik melampau.” 

Dalam mesej twitnya, Azmin menggesa Anwar supaya bermuhasabah dalam menilai kegagalan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

“Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju kehadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat,” kata Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor.

Azmin menggesa Anwar untuk menerima keputusan yang sudah dibuat oleh rakyat demi kepentingan dan masa depan negara.

“Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara,” tambah Azmin.

“ 

Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal,” katanya 

“ Gagal ke Putrajaya. Salah siapa ? Ikuti penjelasan dalam masa terdekat,” kata Azmin dalam tweetnya

Azmin dijadual mengadakan sidang akhbar pada Jumaat ini.

Kecaman terbuka Azmin terhadap Anwar berikutan desas-desus beliau dilaporkan bersedia untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Selangor.

Turut bersetuju berbuat demikian adalah timbalan Azmin, Zuraida Kamarudiin yang juga Ketua Wanita PKR.

Mereka dilapor melahirkan hasrat itu selepas Anwar menolak usul PKR Selangor supaya calon lain dan bukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipilih sebagai Menteri Besar Selangor. 

Setakat ini Anwar belum mengumumkan keputusan siapa akan menerajui Selangor.

Zuraida memberitahu antarapos, beliau menolak sebarang campurtangan DAP dan PAS dalam memberi sokongan kepada Khalid untuk terus memegang jawatan itu.



PANAS BERAPI!! AZMIN TAKUT PAS / UMNO BERGABUNG???


PANAS BERAPI!! AZMIN TAKUT PAS / UMNO BERGABUNG???



Heran kan. Kenapa sesama Melayu sendiri takut nak bergabung sedangkan ini waktu yang paling sesuai untuk mereka bersatu? Apa motifnya?

Adakah perjuangan mereka hanya berdasarkan kepada seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim semata - mata? Cukup ke kita nak perjuangkan seorang Melayu?

Adakah Si Ketua Penipu tu lebih mahal harganya jika hendak dibandingkan dengan kedudukan Melayu yang semakin kuat sehingga ada yang sanggup menggadai nyawa?

Jelas, hala tuju PKR bukan lah berpaksikan kepada Keadilan untuk rakyat. Mereka bukan menjanjikan Harapan untuk Rakyat. Sebaliknya, Harapan untuk Anwar.

Itu sahaja tujuan PKR ditubuhkan. Itu sahaja matlamat utama PKR ini. Tak de sebab lain yang dapat diperjelaskan kepada rakyat. Dan itu memang hakikatnya.

Kini, tatkala Melayu sudah bangkit dan mahu bersatu, kenapa pulak timbul puak - puak yang dengki dari melihat keadaan itu berlaku?

Benar. Islam tidak mengajar kita untuk memperjuangkan bangsa. Tetapi, dengan adanya bangsa itulah Islam dapat berkembang dengan lebih luas.

Islam dapat kekal kukuh dan kuat dengan adanya kesatuan bangsa. Tapi bila bangsa kita dipertikai dan diancam seperti sekarang, adakah kita akan terus tunduk?

Disebabkan Islam tidak bersatulah yang menyebabkan Palestine jatuh ke tangan Israel. Hanya semata - mata wujud pertualang yang merosakkan bangsa Palestine itu sendiri.

Bila Israel nak masuk ke bumi Palestine, petualang inilah yang menjaja cerita kononnya tanah Palestine perlu dikongsi dengan orang lain. Akhirnya?

Palestine juga yang terpinggir. Bangsa Palestine jugak yang disisih dan dihapuskan secara perlahan - lahan. Kesudahnnya kita dapat lihat sehingga hari ini.

Jadi, kita perlu tanya diri kita sendiri. Adakah kita mahu bangsa kita jadi seperti Palestine? Adakah kita mahu Islam itu kekal berpecah belah sedangkan musuh sudah ada depan mata? Sama - sama la kita renungkan!!!
Dalam Pakatan Rakyat, sekali lagi menjadi bahan pecacai yang dipandang dengan penuh curiga dan waspada adalah PAS. 
Dan sekali lagi juga cakap-cakap-cakap awal tentang kemaruknya pemimpin PAS untuk mewujudkan sebuah kerajaan perpaduandengan Barisan Nasional. 
Persoalannya ialah adakah benar yang PAS memang tidak boleh dipercayai sehinggakan Azmin Ali perlu menyindir dan memberi kata dua kepada PAS Selangor
Mengapa PAS yang mempunyai jumlah kerusi yang sama dengan DAP perlu diberi amaran sedangkan yang paling banyak mendatangkan masalah adalah wakil rakyat PKR. 
Yang paling tidak boleh dipercayai adalah PKR dan yang membawa paling banyak masalah juga datangnya dari PKR.
Sumber 

Jumaat, 15 Mac 2013

PANAS TERKINI!! MEDIA FILIPINA KAITKAN AZMIN ALI DGN PENCEROBOHAN DI SABAH..


PANAS TERKINI!! MEDIA FILIPINA KAITKAN AZMIN ALI DGN PENCEROBOHAN DI SABAH..



Selepas mendedahkan laporan perisikan tentera Filipina berkenaan kaitan pihak pembangkang di Malaysia dengan kejadian pencerobohan Tentera Kesultanan Sulu di Sabah, Inquirer News kini memetik bahawa Azmin Ali disyaki antara menjadi dalang kejadian tersebut.

Memetik laporan dari akhbar The New Straits Times, media Filipina berkenaan mengatakan bahawa Naib Presiden PKR itu kini antara yang disyaki selain dari Jeffry Kitingan dan juga Anwar Ibrahim.

Azmin sebelum ini membuat kenyataan didalam media bahawa Anwar tidak sepatutnya dikaitkan dengan kejadian pencerobohan Tentera Kesultanan Sulu di Sabah. Azmin juga mengecam tindakan media Malaysia yang mengaitkan Ketua Pembangkang itu didalam kejadian berdarah tersebut.

Walaupun Anwar tak menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh perisikan Filipina dan pendedahan oleh pihak Reuters berkenaan penglibatannya dengan agenda pencerobohan di Sabah, beliau kini bertindak menyaman pihak Utusan Malaysia serta TV3 yang menyiarkan pendedahan terbabit. 



Pssstttt... AKjr: Wowww... woowww.... Tokey aiskrim pun ada terlibat juga?? perghhhh hebat2.. Rangkaian mereka ni.....