SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label TALIBARUT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TALIBARUT. Papar semua catatan

Jumaat, 5 April 2013

TERKINI OPS DAULAT!! SENARAI NAMA PENGGANAS & TALIBARUT YANG DIBURU!! SEBARKAN.. #LAHADDATU

TERKINI OPS DAULAT!! SENARAI NAMA PENGGANAS & TALIBARUT YANG DIBURU!! SEBARKAN.. #LAHADDATU



Datu Esmail Kiram @ Raja Tua Kesultanan Sulu, 60 seorang suluk daripada Kg. Maimbong Jolo Sulu.

Datu Agbimuddin Datu Kiram @ Datu Puing, 60 merupakan Raja muda Kesultanan Sulu daripada Tubig Indangan, Simunul, Tawi-Tawi. Semasa di Lahad Datu tinggal bersama anak-anaknya Datu Nulbakti Datu Malhimuddin Jamalul Kiram @ Datu Puing di Kg Bilis, Tungku, Lahad Datu.

Agbimuddin @ Datu Puing adalah individu yang bertanggungjawab melatih 1,500 Royal Sulu Force, di Tubig Simunul. Panglima yang bertanggungjawab melatih adalah Jeneral Hadji Musa Abdulla dan Lt. Con. Ernesto Sambas @ Lion of Sulu.

Datu Piah Kiram, 60 seorang Suluk daripada Zamboanga City; pernah berkerja sebagai juruukur tanah di sebuah syarikat swasta di Kota Kinabalu, belum tertangkap dipercayai masih bersembunyi di Semporna.

Amat Malandi @ Mat Bom, 71 bajau sibutu - memberi perlindungan kepada pengganas di Kg Tanduo Felda 17 Sahabat, sehingga meletusnya tembak menembak dengan pasukan keselamtan pada 1 Mac. Mat Bom kini dalam tahanan.

Ali Amat-37 anak Mat Bom yang bertanggungjawab memasukan pengganas ke kg Tanduo. Ali yang memandu Toyota Cygnus dan Toyota Prado mempunyai aktiviti penyelundup dan mencuri buah kelapa sawit daripada ladang Felda.

Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 40 seorang suluk yang tinggal di kg Sri Melur, Bugaya Semporna- telah ditangkap. Bertanggungjawab menyebar berita palsu termasuk pada blog-blog dan media di Filipina.


Senarai Pengganas Sulu Yang Diburu?

1) Jamalul Kiram – Kononnya Sultan Sulu
2) Agbimudin Kiram – Bekas Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat, Sabah
3) Haji Kiram – Tinggal di Sandakan & mempunyai seorang anak yang berkahwin dnegan kakitangan  kerajaan
4) Haji Kaluang – ahli “Majic 8″ komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dan pembiayan pencerobohan siri Lahad Datu
5) Amirbahar (anak kepada Esmail iaitu adik kepada Jamlul Kiram)
6) Aidani - Penduduk Semporna, berperanan sebagai penjaga senjata api dan dikatakan telah menyimpan senjata api di lokasi rahsia di Semporna

SUMBER

Sabtu, 23 Mac 2013

WAJIB BACA!! #LAHADDATU KOMANDER SULU DAN TALIBARUT DITAHAN..

WAJIB BACA!! #LAHADDATU KOMANDER SULU DAN TALIBARUT DITAHAN..



LAHAD DATU, 23 Mac 2013 - Pasukan keselamatan berjaya melumpuhkan pergerakan militan Sulu susulan penangkapan pemerintah tentera yang memimpin pencerobohan di Lahad Datu di Semporna awal Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an itu ditangkap bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada 1.30 pagi hasil maklumat orang ramai.

Beliau berkata selain itu, pasukan keselamatan turut menahan seorang rakyat tempatan yang bertindak menyediakan segala keperluan kepada militan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo sehingga kini.

Tanpa menjelaskan butiran lanjut mengenai lelaki tempatan berusia awal 40-an itu, Khalid berkata suspek ditangkap bersama isterinya di satu kawasan di kampung tersebut pukul 10 malam tadi.

"'Local coordinator' itu dikenal pasti sebagai individu yang bertindak mengatur makan dan minum, tempat tinggal, kenderaan serta perubatan kepada militan Sulu sejak daripada awal pencerobohan.

"Dengan penahanan 'military commander' atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini.

Khalid berkata dengan penangkapan dua individu terbabit, beliau percaya pergerakan saki-baki pengganas kini semakin terbatas dan lemah ekoran kehilangan arah selain tidak lagi mendapat bantuan daripada warga tempatan.

Sambil merakam penghargaan kepada masyarakat yang membantu memberikan maklumat sehingga tertangkapnya individu paling dikehendaki itu, Khalid berkata Operasi Daulat yang memasuki hari ke-19 hari ini tetap diteruskan dan membayangkan masyarakat sekitar Lahad Datu akan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa tidak lama lagi.

Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, beliau berkata sehingga kini 408 orang ditahan atas pelbagai kesalahan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati kekal 63 orang.

Katanya sejumlah 38 mayat berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi termasuk lapan yang dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu semalam dan sedang melalui proses bedah siasat di Hospital Lahad Datu.

Berkenaan kejadian di Kembara Sakti semalam, Khalid berkata jumlah pasukan keselamatan di perkampungan itu kini ditambah bagi memberi keyakinan kepada penduduk untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Tidak ada sebab untuk mereka merasa takut dan saya nasihatkan semua ahli masyarakat, penduduk dan pekerja ladang di Kembara Sakti supaya kembali ke rumah masing-masing kerana pasukan keselamatan sentiasa melindungi mereka," katanya.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati perkara itu hanya satu khabar angin yang diperbesar-besarkan sehingga mendatangkan kerisauan kepada penduduk.

Kira-kira 1,000 penduduk di kampung Kembara Sakti dilapor bertindak berpindah ke sekolah agama serta masjid berdekatan selepas seorang suri rumah mendakwa dia yang bersendirian di rumahnya didatangi empat pengganas yang kelaparan dan mengikat kedua-dua kaki dan tangannya.

Wanita itu bagaimanapun dikatakan berjaya melepaskan diri ketika militan terbabit leka mencari makanan.

-- BERNAMA