SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label KIRAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KIRAM. Papar semua catatan

Rabu, 1 Mei 2013

PANAS TERIK!! #LAHADDATU Gambar Tian Chua Berunding Dengan Kiram & MNLF Di Manila Didedahkan..

PANAS TERIK!! #LAHADDATU Gambar Tian Chua Berunding Dengan Kiram & MNLF Di Manila Didedahkan..




Kota Kinabalu, 1 Mei 2013.

Salam seluruh rakyat Malaysia, kami ingin memaklumkan bahawa apa yang berlaku di Lahad Datu bukanlah setakat menceroboh negeri kita, tetapi jauh dari itu Anwar, Tian Chua dan rakan-rakannya memang mempunyai Planning Gila.

Semasa saya di Davao City dan di Manila, selama lebih sebulan saya mencari bukti apa sebenarnya yang berlaku di Lahad Datu.

Saya terpaksa memujuk, menunggu lama, membayar dengan wang saya sendiri untuk mencari maklumat ini, bukan saya tak mengharap polis Malaysia. Saya pun bekas polis, kelebihan saya boleh bercakap tagalong memudahkan kerja saya.

Semasa saya kecil, saya terbayang ibubapa saya berasal dari Filipina, selepas berjaya memohon kerakyatan Malaysia, hidup kami berubah dan saya berkata dalam hati saya, saya akan tolong Negara Malaysia ini jika dia susah kerana saya kenang budi Negara ini.

Akhirnya saya berjaya mendapatkan beberapa keping gambar Tian Chua, R. Sivarasa semasa berada di Manila, di Makati City dan di Ninoy Airport.

Saya berjaya mendapat 6 keping Gambar Tian Chua sedang berbincang dengan wakil MNLF dan wakil-wakil Kiram. Saya akan serahkan sendiri kepada pihak berkuasa Malaysia esok. Untuk mata rakyat Malaysia, saya tunjukkan satu keping gambar Tian Chua sedang berbaris di airport di Manila.

Saya mendesak kerajaan Malaysia menahan Tian Chua segera, kerana menurut orang yang saya jumpa di Manila, Tian Chua turut berjanji kepada MNLF dan Kiram untuk memberikan Wilayah Autonomi di Lahad Datu kepada Kiram. Manakala wilayah Kunak dan Semporna kepada Nur Miswari (Nur Misuari).

Malah Tian Chua turut bersetuju untuk membayar setiap bulan Elaun DiRaja kepada Jamalul Kiram dan Nur Miswari jika Berjaya planning gila mereka itu.

Menurut dua tiga orang yang saya jumpa di Mindanao pula, sebenarnya mereka hanya hendak menakut-nakutkan kerajaan Malaysia supaya orang di Sabah tidak keluar mengundi, itulah arahan Anwar dan Tian Chua. Bila di Sabah tidak mengundi, Tian Chua kata mereka yakin akan menang di Semenanjung dan akan buat kerajaan.

Bila dah buat kerajaan kata Tian Chua, barulah mereka akan urus Sabah. Malangnya mereka tak sangka sampai berlaku pertempuran besar.

Banyak lagi lah kalau saya cerita pengalaman saya di Mindanao dan Manila selama sebulan ini, panjang sangat saya mahu tulis. Kepada rakyat Malaysia, kamu semua tolaklah Anwar, Tian Chua dan Pakatan Rakyat.

Walaupun saya generasi kedua di Malaysia, saya tahu bersyukur. Inilah balasan saya kepada rakyat Malaysia dan Negara Malaysia. Saya harap saya dapat membantu kamu walaupun sedikit. Gambar perbincangan Tian Chua bersama 2 orang kawannya dengan wakil-wakil Kiram dan MNLF saya serahkan kepada pihak Polis besok.


Dipetik dari Blog MrKinabaluBoy : http://mrkinabaluboy.blogspot.com/2013/04/gambar-tian-chua-berunding-dengan-kiram.html

Jumaat, 26 April 2013

PANAS BERAPI!! #LAHADDATU : Filipina tembak mati 35 pengganas Kiram!!

PANAS BERAPI!! #LAHADDATU : Filipina tembak mati 35 pengganas Kiram!!



Kementerian Pertahanan hari ini mengesahkan sebanyak 35 lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan pengganas Kiram telah ditembak mati oleh pasukan keselamatan Filipina. 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kumpulan lelaki tersebut ditembak mati Tentera Laut Filipina ketika cuba memasuki perairan negara. 

Utusan Malaysia dalam laporan eksklusif hari ini melaporkan pasukan keselamatan Filipina menembak mati 35 anggota pengganas Kiram dalam satu pertempuran sengit di Pulau Sibutu di negara jiran itu Sabtu lalu. 

Menurut sumber, kumpulan tersebut merancang strategi untuk menceroboh dan menyerang pantai timur Sabah bagi mengganggu kelancaran Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). 

Sumber tersebut memberitahu, dalam pertempuran lewat malam itu, dua daripada kira-kira 200 anggota pasukan keselamatan Filipina yang terlibat dalam serangan tersebut turut terbunuh. 

"Dengan kejayaan itu, satu lagi usaha pencerobohan pengganas Kiram yang diketuai pemimpin kanannya, Kalling Amirul untuk masuk ke negara ini berjaya digagalkan dengan kerjasama pihak berkuasa Malaysia dan Filipina. 

"Dalam serangan berkenaan, Kalling dilaporkan terbunuh. Pasukan keselamatan turut merampas lebih 20 laras senjata api M16 dan rifel Garand," kata sumber itu ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam. 

Jumaat, 29 Mac 2013

PANAS TERIK!! Lagi Panglima Kiram Mati Ditembak Mampus #LahadDatu #1Malaysia @PDRMsia

PANAS TERIK!! Lagi Panglima Kiram Mati Ditembak Mampus #LahadDatu #1Malaysia @PDRMsia




Seorang lelaki warga emas dipercayai panglima kepada kumpulan pengganas Kiram dan pengawal ilmu hitam mati ditembak selepas menetak seorang anggota keselamatan yang menjalankan operasi pemeriksaan di sebuah rumah di Lorong 4, Kampung Simunul, Semporna, Sabah hari ini.

Dalam kejadian pukul 8.45 pagi itu, anggota keselamatan yang ditetak menggunakan parang bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan kerana dilindungi oleh vest dan perisai keselamatan.Sumber memberitahu, pengganas lelaki berusia 60-an itu bertindak menyerang pasukan keselamatan semasa memeriksa rumah yang didiaminya bersama dua wanita termasuk seorang dipercayai isterinya.

Beliau berkata, kedua-dua wanita berusia 30-an dan 50 tahun termasuk seorang cacat ditangan turut diberkas.

"Ketika pemeriksaan dijalankan oleh pasukan keselamatan terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di rumah berkenaan, panglima itu tiba-tiba keluar dari sebuah bilik yang dilihat berkunci dari luar.

"Suspek terus meluru ke arah seorang anggota pasukan keselamatan dan menetak mangsa dengan parang barong secara bertubi-tubi," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber berkata, tindakan ganas lelaki itu memaksa anggota keselamatan melepaskan tembakan ke arahnya menyebabkan suspek mati di tempat kejadian.

Menurutnya, seorang daripada dua wanita yang berada di rumah tersebut cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam air tetapi dapat ditangkap oleh pasukan keselamatan.

Dalam masa yang sama, katanya, anggota keselamatan memberkas empat lagi lelaki berusia 20 hingga 30 tahun disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Kiram di sebuah kawasan di Lorong 5 iaitu tidak jauh dari rumah panglima yang ditembak itu.

"Berdasarkan maklumat awam dan risikan, lelaki yang ditembak dan beberapa suspek yang ditahan terlibat dalam aktiviti pengganas Kiram.

"Suspek merupakan seorang yang sangat digeruni kerana mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI) di kampung tersebut, selain aktif dalam aktiviti keagamaan," ujarnya.

Sumber berkata, walaupun aktif dalam aktiviti keagamaan, suspek juga difahamkan turut mengamalkan ilmu hitam dan syirik terutama ramalan nombor ekor.

Katanya, kesemua yang ditangkap termasuk dua wanita terbabit kini disiasat lanjut mengikut Akta Keselamatan Khas (Langkah-Langkah Keselamatan) 2012 (SOSMA).

Sabtu, 23 Mac 2013

WAJIB TENGOK!! #LAHADDATU TERKINI!! Foto Menteri Pertahanan Kiram Di Tangkap Hidup-Hidup

WAJIB TENGOK!! #LAHADDATU TERKINI!! Foto Menteri Pertahanan Kiram Di Tangkap Hidup-Hidup




Tahniah dan syabas kepada anggota keselamatan kita baik PDRM mahupun ATM atas kejayaan mereka menangkap hidup-hidup perancang utama pengganas Sulu di Semporna dan Lahad Datu pada pagi ini.

Tertangkapnya Datuk Amir Baha@Datuk Bahang yang dianggap seorang Jeneral Perang dan Menteri Pertahanan Sulu kononnya, akan memudahkan lagi kerja-kerja pembersihan yang dilakukan bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara ini.

Inilah wajah pengganas yang mahu berunding dengan pihak Malaysia tempohari dan menjanjikan tidak akan berlaku keganasan, berbincang cara baik dan berjanji akan meletakkan senjata mereka. Namun rupa-rupanya mulut manis mereka menyebabkan nyawa anggota keselamatan kita melayang.