SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label LIM KIT SIANG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LIM KIT SIANG. Papar semua catatan

Selasa, 21 Mei 2013

PANAS BERAPI!! ANWAR, LKS KETAKUTAN, LIM GUAN ENG LARI KE LONDON??


PANAS BERAPI!! ANWAR, LKS KETAKUTAN, LIM GUAN ENG LARI  KE LONDON??



SAMPAI HATIKAU TINGGALKAN AKU LIM GUAN ENG

Mesyuarat Himpunan 505 di Petaling Jaya semalam menghasilkan beberapa keputusan drastik ekoran Ketegasan Datuk Zahid Hamidi.

Pertama, semua himpunan haram 505 telah ditukar tajuk kepada berunsur santai seperti "Pesta" rakyat. Kedua, oleh kerana ketegasan Datuk Zahid Hamidi, IGP baru dan dasar-dasar yang semakin tegas Anwar dan Lim Kit Siang telah memutuskan supaya semua Himpunan Haram diberi tanggungjawab kepada NGO dengan panglimanya Chegu Bard. 

Tujuannya untuk mengelak mereka sebagai YB ditangkap dan hilang kelayakan sebagai YB jika ditangkap dan dibicarakan. Mereka melihat penangkapan Adam Adli dan Nik Nazmi amat-amat menakutkan. Jika Chegu Bard ditangkap pun dia bukan YB pun, itulah modus operasi mereka kali ini.

Pada hujung minggu ini 25 Mei 2013, mereka mengubah lokasi Himpunan Haram 505 itu di padang berdekatan AmCorp Mall di Petaling Jaya dengan tema "pesta". Himpunan tersebut dibuat pada 25 Mei 2013 supaya lebih ramai orang datang dari seluruh negara yang kebetulan PKR melaksanakan Kongres PKR di Petaling Jaya.

Yang paling mengejutkan, Lim Guan Eng akan "melarikan" diri ke London menjelang 25 Mei 2013 meninggalkan Himpunan Haram 505 atau pesta itu, meninggalkan Anwar meroyan seorang diri di Petaling Jaya itu.

Kasihan Anwar orang Melayu yang mudah ditipu, Lim Guan Eng.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.

"Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya? Itu adalah gopoh. 

"Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum," katanya menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Dalam pada itu DAP dan Lim Kit Siang turut berubah nada, DAP dilihat telah berubah nada, daripada kenyataan asalnya mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid menarik balik kenyataannya dan membuat permohonan maaf terbuka kini menuntut pula ruang satu hari penuh pada minggu pertama berdebat dalam sidang Parlimen.

Nampaknya, tindakan Anwar menipu rakyat dan penyokongnya untuk hadir ke perhimpunan 505nya dibalas dengan ditinggalkan sendirian oleh Lim Guan Eng yang akan berangkat ke London hujung minggu ini. 
Bye Bye Anwar...


Selasa, 14 Mei 2013

Analisis #PRU13 : Apa lagi Kit Siang mahu?? — Zulkiflee Bakar #TolakPR #BNBagus #VOTE4BN #GE13 #Najib4PM

Analisis #PRU13 : Apa lagi Kit Siang mahu?? — Zulkiflee Bakar #TolakPR #BNBagus #VOTE4BN #GE13 #Najib4PM




Lim Kit Siang ternyata tidak mampu membendung kemarahannya berikutan kegagalan pakatan pembangkang menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh Umno.

Kini boleh dikatakan hampir setiap malam Penasihat DAP itu terpekik terlolong di atas pentas-pentas ceramah bersama sahabat karibnya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang dianggap berlaku penyelewengan dan penipuan.

Kita tidak hairan dengan sikap Anwar kerana beliau sememangnya amat kecewa kerana impiannya untuk menjadi Perdana Menteri sudah terkubur. Selama ini Anwar sudah melakukan pelbagai usaha termasuklah memburuk-burukkan Malaysia di luar negara bagi meraih sokongan, tetapi akhirnya impian itu tidak tercapai juga.

Tambahan pula PKR mencatatkan keputusan tidak memberangsangkan. Oleh itu kita boleh fahamlah kenapa Anwar “meroyan” setiap malam. Tetapi apa yang kita persoalkan sikap Kit Siang. Beliau menjadikan pentas perhimpunan haram untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan kata-kata menghina termasuk menggunakan istilah 'syaitan yang dikenali menjadi Perdana Menteri'.

Jika melihat kepada apa yang dinikmati oleh Kit Siang dan DAP, beliau tidak sepatutnya berbuat demikian dan ini menimbulkan persoalan apa lagi yang Penasihat DAP ini mahukan? Tidak cukupkah dengan kejayaan DAP menjadi dominan dalam pakatan pembangkang apabila memenangi 38 kerusi berbanding PKR (30 kerusi) dan PAS (21 kerusi)? Tidakkah beliau berasa puas dengan kejayaan anaknya, Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal kedua? Belum puaskah hatinya apabila melihat calon-calon BN yang diwakili oleh MCA dan Gerakan ditolak hampir secara total oleh masyarakat Cina kerana termakan hasutan politik DAP? Belum puaskah nafsu politik beliau apabila berjaya menumbangkan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Parlimen Gelang Patah? Oleh itu apa lagi yang Kit Siang mahu?

Sebelum ini, apabila Utusan Malaysia menyiarkan artikel yang bertajuk “Apa lagi Cina mahu?” yang sekadar satu pertanyaan berikutan tindakan mereka tidak mengundi BN biar pun telah diberikan pelbagai layanan istimewa oleh parti itu, Kit Siang melenting. Beliau cuba menggambarkan kononnya laporan Utusan Malaysia itu boleh mendatangkan bahaya kepada negara.

Baca Selanjutnya DISINI

Sabtu, 4 Mei 2013

PANAS BERAPI!! #PRU13 ANAK CINA DAP BONGKAR RAHSIA LIM KIT SIANG!!! #TOLAKPR #VOTE4BN

PANAS BERAPI!! #PRU13 ANAK CINA DAP  BONGKAR RAHSIA LIM KIT SIANG!!! #TOLAKPR #VOTE4BN


Hijrah Ke Johor, Kit Siang Mahu Bunuh Karier Cheng Hau

Sekiranya tiada yang membocorkan maklumat ini pasti ramai yang tidak menyedari akan krisis dalaman yang berlaku di dalam DAP sebuah parti ‘ultra kiasu’ yang begitu tebal mengamalkan sikap perkauman. Namun pendedahan yang dilakukan oleh bekas pimpinan DAPSY Shen Yee Aun, baru-baru ini agak mengemparkan.

Ini kerana menurut Syen, walaupun dari segi luaran DAP nampak tenang namun pada hakikatnya ia penuh dengan pergolakan dan krisis dalaman. Parti ultra kiasu itu ketika ini dikatakan mempunyai dua kem yang saling cuba ‘bunuh-membunuh’ antara satu sama lain.

Satu kem dikatakan pro kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan satu lagi dikatakan menentang penguasaan ahli parlimen Ipoh Timur yang cuba mengekalkan kuasa dan pengaruh ‘Dinasti Lim’ di dalam parti tersebut. Malah dengan faktor umur yang semakin meningkat, Kit Siang sudah tentu khuatir sekiranya tidak mampu mengekalkan kuasa untuk anaknya.

Ramai pemimpin DAP dikatakan menolak kepimpinan Lim Guan Eng yang dilihat tidak mesra, kuku besi dan biadap. Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang itu dikatakan terlalu kurang ajar dengan pemimpin ‘senior’ DAP yang mencantas pengaruh mereka di kawasan, apabila cuba meletakkan ‘orang baru’ bagi mengantikan mereka.

Ekoran tindakan itu, beberapa pemimpin di peringkat negeri telah mula melancarkan serangan secara senyap bagi menolak kepimpinan Guan Eng di dalam DAP sebagai tanda bantahan. Antara kepimpinan negeri yang dimaksudkan ialah Dr Boo Cheng Hau (Johor), Sim Tong Hin (Melaka), Teng Cheng Kim (Selangor) dan Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham (Perak).

Malah keputusan Kit Siang untuk bertanding di kerusi Gelang Patah, Johor dibuat atas faktor untuk mengukuhkan penguasaan Guan Eng. Ini kerana sebelum ini sokongan dan pengaruh Cheng Hau di katakan agak kuat di Johor dan permusuhannya dengan Guan Eng amat merisaukan Kit Siang. Tidak cukup dengan itu, keputusan Cheng Hau untuk meletakkan jawatan di dalam DAP sebelum ini turut dikaitkan dengan pertelingkahan ini.

Sebagai tindak balas, pengerusi DAP Johor itu telah meminta rakan sekutunya Norman Fernandez untuk mengeluarkan kenyataan yang agak keras dengan mengatakan undi DAP bukan Pas. Kenyataan tersebut sengaja dikeluarkan bagi menimbulkan kemarahan ahli Pas agak mengambil keputusan menolak Kit Siang di Gelang Patah. Dengan kehadiran Kit Siang di Johor diharapkan mampu membunuh populariti Cheng Hau sekaligus memastikan penguasaan ‘Dinasti Lim’ di dalam DAP berkekalan. 

Selain daripada itu, Kit Siang juga turut menghantar macainya, Kulasegaran untuk menyerang Nga dan Ngeh. Ahli Parlimen Ipoh Timur itu melalui twitternya tidak lama dahalu mengatakan Ngeh sebagai pengamal rasuah.

Malah ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut, Kit Siang secara terbuka turut mengakui wujud masalah dalaman di dalam kepimpinan DAP Perak. Penghijrahannya untuk bertanding di Johor diharap dapat membantu menyelesaikan apa jua pertikaian antara pemimpin parti itu di negeri ini.




 Kredit Kepada Anak Jati MALAYA

Jumaat, 5 April 2013

FAKTA!! #PRU13 JOM KITA UBAH NIK AZIZ DAN KIT SIANG KE TEMPAT SEPATUTNYA.. #TOLAKPR #VOTE4BN #UBAH

FAKTA!! #PRU13 JOM KITA UBAH NIK AZIZ DAN KIT SIANG KE TEMPAT SEPATUTNYA.. #TOLAKPR #VOTE4BN #UBAH


  
LIM KIT SIANG TIDAK PERNAH DIUBAH SEJAK 44 TAHUN YG LALU 
BERMULA DARI TAHUN 1969

NIK AZIZ TIDAK PERNAH DIUBAH SEJAK 26 TAHUN YG LALU 
SEMENJAK DARI 1987

Adoii... Sohih lagi benar... Nik Aziz dan Lim Kit Siang TIDAK AKAN BERTANDING pada Pilihanraya Tahun 2050... Hehehe... Kalau deme nak bertanding lagi, memang deme nie hebat la.. Masakan tidak, Nik Aziz dah Pegang Jawatan dalam PAS sebagai Mursyidul Am selama 26 Tahun,semenjak tahun 1987... Lim Kit Siang pulak tu diaaa... duk jadi calon dan pegang jawatan tertinggi dalam DAP Selama 44 tahun semenjak tahun 1969... Dari jawatan Setiausaha Agung sehingga la jadi Penasihat... Yang mereka tuju dan jaja kata Pemimpin UMNO terlalu lama berkuasa... 

Tapi ada x orang perasan yang Nik Aziz dan Lim Kit Siang lagi lama.. Pemimpin UMNO dah tukar ganti seramai 7 orang... Bermula Onn Jaafar,Tunku Abdul Rahman,Tun Razak,Tun Hussien Onn,Tun Mahathir,Tun Abdullah dan kini DS Najib.... Tapi DAP,PAS..?? Siapa yang lagi tamak kuasa?? Pemimpin UMNO Atau Pemimpin PAS dan DAP...???

PKR lagi Teruk... Parti Keluarga dan Rakan... Sebab tu PKR... Ketua UMUM - Anuwar Ibrahim (Suami/Bapa), Presiden - Wan Azizah (Isteri/Emak), Naib Presiden - Nurul Izzah (Anak), Timbalan Presiden - Azmin Ali (Sahabat Baik / Anak Murid), Naib Presiden - Tian Chua (Sahabat Baik)... Hampir Separuh Kepimpinan Pusat PKR adalah KRONI Anuwar!!! Sapa yang lawan, Gantung atau Pecat dari Parti... Sapa yang lebih kejam ??? UMNO atau PKR ??? Kehendak akar umbi di nafikan, kehendak Anuwar Di dahulukan... Anuwar berjuang untuk Rakyat atau diri Sendiri..?? Berjuang untuk Rakyat atau Ahli Keluarga dan Kroni..???

Pengundi digula-gulakan dan di bodoh-bodohkan oleh Anuwar dan Konco-Konconya tentang keburukan Barisan Nasional mentadbir Negara?? Sampai kata Barisan Nasional Kayakan Kroni?? Orang Terkaya Kat Malaysia nie, bukan jadi kaya dalam tempoh seminggu dua.. Berpuluh Tahun deme kumpul harta baru jadi orang kaya... Anuwar tak pernah jadi Timb. Perdana Menteri ke sebelum nie?? Kenapa selama bertahun dia dalam UMNO dan Barisan Nasional dia tak bising pasal kroni..??? Bayangkan kalau dia tak dipecat dari Kabinet dan UMNO..?? Adakah dia akan dedahkan pasal kroni dan Rasuah dalam Barisan Nasional..?? Adakah dia akan letak jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO seterusnya Sebagai Timbalan Perdana Menteri semata-mata kerana ada rasuah dalam Barisan Nasional dan Kepimpinan Negara..?? Dan dia tubuhkan Parti Baru atas sebab-sebab yang dia sebutkan...??? Kerat 18 pun dia takkan buat sebab dia taw dia akan jadi Perdana Menteri.. 

Dan dia akan buat lebih teruk daripada itu... Kalau Tun Mahathir Menjadi Perdana Menteri selama 20 tahun lebih, Anuwar akan pastikan dia jadik PM selama 30 tahun lebih.. Sebab tu Parti Keadilan Nasional (ADIL) di tubuhkan pada sekitar 1999-2000... Sebab apa, sebab gerakan Reformasi nak bela Anuwar, bukan bela rakyat... Cuba bayangkan sekiranya Anuwar tidak Dipecat?? Adakah PAS dan DAP boleh duduk semeja seperti sekarang?? Kompom idak.. Sebab mereka tamakkan kuasa dan mereka melihat Anuwar mampu jadi penghubung mereka, maka mereka pun join sekali Rancangan Jahat Anuwar... Tapi kalau Anuwar masih Bersama Barisan Nasional, sudah Pastinya Anuwar Musuh Mereka yang mereka akan tentang bermati-matian...

Sebenarnya,agenda yang dibawa Anuwar untuk membela nasib rakyat adalah lakonan semata-mata... Macam mana lakonan Anuwar masa kene Asid, Lakonan Anuwar masa Cedera tulang belakang, Lakonan Anuwar ditumbuk dan lain-lain Lakonan Anuwar lagi... Mana ada istilah nak bela rakyat dalam Pembangkang.. Istilah yang ada ialah Pentadbiran Barisan Nasional kotor dan teruk... Cuba tengok betul-betul... Isu yang dibawa adalah direka bagi orang nampak Kerajaan diketuai oleh Barisan Nasional teruk.. Tapi deme tak bawak isu rakyat sebenarnya... Tak percaya, tanya Lim Kit Siang, selama 5 Tahun jadi Ahlil Parlimen Ipoh Timor, berapa kali dia ada semasa pengundi kawasan dia dilanda musibbah..?? Berapa kali dia ada datang jamuan untuk hari raya..?? Tak kira la raya apa pun.. Tak Pernah... Macam mana yang dikatakan nak bela rakyat..??

Semua tu bohong dan omong kosong.. Inilah dia Menanam Tebu di Pinggir Bibir... Ingat, setiap pangkah yang kita turunkan di atas kertas undi mendatangkan akibat yang berbeza... Mengundi orang yang tamak akan menjadikan kita umpama sampan di tengah lautan... Tak tahu mana arah nak dituju dan tak tahu nasib bila dihempas ombak tak kira kecil atau besar... Hanyut atau karam... Nakhoda yang benar telah ditunjukkan... Nakhoda yang Palsu juga telah ditunjukkan... Tepuk dada tanya hati... Yang mana jadi pilihan... Setiap keburukan yang diceritakan oleh Pembangkang ialah keburukan mereka sendiri sebenarnya... Sebelum terdedah, letakkan kesalahan kepada orang lain.. Satu jari dituding kepada orang lain,3 jari menuding diri sendiri...


UNDILAH BARISAN NASIONAL untuk kesejahteraan semua, kecil besar, tua muda, miskin kaya...


JOM KITA UBAH 2 EKOR TUA YANG DAH X SEDAR DIRI NIHH...!!!

Isnin, 25 Mac 2013

GEMPAR!! LIM KIT SIANG CINA biaDAP AKAN BERTANDING DI BAWAH LAMBANG PAS!!!

GEMPAR!! LIM KIT SIANG CINA biaDAP AKAN BERTANDING DI BAWAH LAMBANG PAS!!!



Besar kemungkinan DAP akan diisytiharkan sebagai sebuah pertubuhan tidak sah ekoran penipuan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dan kumpulannya, terutama setelah secara jelas, terang dan nyata parti tersebut menolak calon-calon pemimpin tertinggi dari kalangan orang Melayu.

Untuk mengelabui pemikiran rakyat, kononnya DAP adalah sebuah parti terbuka yang tidak berasaskan perkauman, Lim Guan Eng kemudiannya mengisytiharkan Zairil Khir Johari atau nama sebenarnya Christopher Howard sebagai 'anak Melayu' yang menang jawatan dalam kepimpinan utama DAP.

Hakikatnya, Zairil bukanlah anak Melayu dan dia juga bukanlah anak Allahyarham Tan Sri Khir Johari, sebaliknya anak tiri daripada perkahwinan pertama ibu Zairil dengan seorang lelaki Singapura.

Ada dua kemungkinan yang sedang dinantikan oleh para penyokong Pakatan Rakyat, khususnya PAS. Kalau DAP diputuskan sebagai pertubuhan haram sebelum PRU13, PAS akan mendapat tempias ekoran calon-calon DAP terpaksa menggunakan lambang parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS dan PKR. Jarang benar calon-calon BEBAS akan menang dalam PRU terutama sekali di Semenanjung.

Untuk mendapatkan sokongan Melayu iaitu golongan pengundi paling ramai, calon-calon DAP perlu memilih untuk bertanding di bawah lambang PAS. Kalau menang, bermakna PAS akan menjadi parti terkuat mengalahkan PKR yang sedang bergelut untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim daripada didakwa dan dihukum mati kerana MELANCARKAN PERANG TERHADAP DYMM Yang Di-Pertuan Agong. Soal sama ada pemimpin-pemimpin DAP yang menang dalam PRU13 keluar dari PAS dan menubuhkan semula DAP, ia bukanlah sesuatu yang merungsingkan memandangkan PAS hanya perlu menjadi parti terbesar penguasaan kerusi Parlimen sebaik-baik sahaja keputusan PRU diumumkan.

Seandainya DAP diputuskan sebagai sebuah partubuhan yang tidak sah selepas PRU13 dilangsungkan, PAS juga akan mendapat tempias kerana sekali lagi PAS akan menjadi parti terkuat memandangkan PKR dilihat akan ruyup dan hancur lebur pada PRU kali ini. Bahkan ramai yang melihat ini adalah PRU terakhir yang menyaksikan PKR wujud.

PAS memerlukan undi Cina. Jadi, tidak hairanlah sekiranya para penyokong PAS bermunajat dan berharap sangat Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng, sekurang-kurangnya akan bertanding di bawah lambang PAS. Seandainya, kedua-dua beranak itu bertanding di bawah lambang PAS, secara tidak langsung, limpahan pengundi Cina akan turut memberikan undi kepada PAS.

Dengan cara itu, PAS boleh mendabik dada yang mereka telah berjaya mentarbiah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang dilihat sangat tegar menentang Melayu-Bumiputera dan Islam sebelum ini!!!

Maka, berdoalah sekalian pecacai dan penjilat, perkara ini akan menjadi kenyataan dengan buat pertama kalinya, PAS menampilkan calon DAP di bawah lambang bulan purnama!!!